[C]Crush Minta Kaki | KSJ

By Lucidlassie

26.3K 4.4K 3.7K

"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful co... More

👣Intro/Prolog👣
👣Bab 1👣
👣Bab 2👣
👣Bab 3👣
👣Bab 4👣
👣Bab 5👣
👣Bab 6👣
👣Bab 7👣
👣Bab 8👣
👣Bab 9👣
👣Bab 10👣
👣Bab 11👣
👣Bab 12👣
👣Bab 13👣
👣Bab 14👣
👣Bab 15👣
👣Bab 16👣
👣Bab 17👣
👣Bab 18👣
👣Bab 19👣
👣Bab 20👣
👣Bab 21👣
👣Bab 22👣
👣Bab 23👣
👣Bab 24👣
👣Bab 26👣
👣Bab 25👣
👣Bab 27👣
👣Bab 28👣
👣Bab 30👣
👣Bab 31👣
👣Bab 32👣
👣Bab 33👣
👣Bab 34👣
👣Bab 35👣
👣Bab 36👣
👣Bab 37👣
👣Bab 38👣
👣Bab 39-WYMM?👣
👣Bab 40-Ending👣
👣Special Chapter👣
👣Epilog👣

👣Bab 29👣

422 85 21
By Lucidlassie


The Revealed Secret


Gambar-gambar aku yang terpapar di skrin telefon Jungkook aku pandang.

Walaupun ini sudah kali kedua aku melihat gambar-gambar yang dicuri ambil oleh Jungkook ini,aku masih tak faham.

Memang tiada apa yang aneh dengan gambar-gambar aku itu.Tetapi yang anehnya bagaimana gambar-gambar ini boleh berada dalam dompet daddy Jungkook?

"Aku tak faham.Kenapa daddy kau simpan gambar-gambar aku dalam dompet dia?Daddy kau suka aku ke apa?"soalku kepada Jungkook yang juga sedang melihat gambar aku itu.

"Aku rasa daddy aku suka kau.Kalau tak,buat apa dia nak simpan gambar kau dalam dompet dia.Atas sebab ni jugalah kau suruh Yoongi menyamar jadi kau masa malam hallowen prom party tu kan?"soal Jungkook separuh berbisik di tepi telinga aku.

Buku rujukan sains dan sejarah diambil daripada rak buku.Badan aku rapatkan sedikit dengan Jungkook untuk memudahkan aku berbisik.

Yelah kami berdua ada dalam perpustakaan sekarang.Terpaksalah berbisik.

"Yup.Kita pun tak tahu apa rancangan daddy kau pada malam tu.Kalau daddy kau nak buat benda bukan-bukan pada aku,dia tak akan dapat buat macam tu sebab itu bukan aku."

"Tapi kau kan ada tali pinggang hitam dalam Taekwando.Kalau daddy aku nak buat benda bukan-bukan pada kau,kau bagilah flying kick tepat ke muka dia."cadang Jungkook.

"Memanglah aku ada tali pinggang hitam dalam Taekwando.Tapi kau kena ingat satu benda.Sekuat mana pun seorang perempuan,tenaga dan kekuatan seorang lelaki tetap melebihi kekuatan perempuan.Aku tak nak ambil risiko."balasku kembali.

Jungkook memegang kedua-dua belah bahu aku.Dia memandang tepat ke anak mata aku.

"Kalau daddy aku berani apa-apakan kau,aku tak akan teragak-agak untuk lawan daddy aku.Aku tak akan biarkan kau terluka.Walau apa pun yang terjadi,aku akan sentiasa ada untuk melindungi kau."

Aku mengukirkan senyuman manis buat Jungkook setelah mendengar kata-katanya itu.Jungkook juga membalas senyuman aku.

"Aww,sweet betul ayat kau.Thank you,my bff.Sayang kau ketat-ketat."ujarku sekadar mahu berbasa basi tetapi lain pula jadinya.

Tanpa dijangka,Jungkook mencium pantas pipi aku.Dia kemudiannya berlari pecut meninggalkan aku kerana dia tahu aku akan memukulnya selepas ini.

"Yah,Jeon Jungkook!Berani betul kau!Mari sini kau,tak guna!"jeritku bingit di dalam perpustakaan sambil mengejar Jungkook.

👣

Di kawasan lokar pelajar

2:00 petang

Waktu rehat untuk kelas petang


"Jin,Jin,Jin.Tengoklah apa saya bawa untuk awak ni.Saya bawa roti straw-"

Langkah penuh gedik aku ke arah Jin terhenti.Kata-kata aku juga mati.

Mata aku membulat tatkala kedua-dua biji mata aku menyaksikan adegan yang tidak sepatutnya aku lihat ini.

Kim Seokjin merangkap crush pujaan hati aku hingga syurga sedang melakukan perkara yang tidak senonoh.Dia sedang mengangkat skirt sekolah kakak aku.

"KIM SEOKJIN!!!!BERANI KAU MENCABUL KAKAK AKU!KAU NI MEMANG MEMINTA KAKI BETUL!MARI SINI KAU!!!!"pekikku bingit sambil mataku merenung tajamnnya.

Jin serta merta menghentikan perbuatan kejinya itu setelah terkejut dengan suara jeritan aku.

Tidak menunggu masa yang lama,aku pantas berlari ke arah Jin dan kakak aku.

Sejurus tiba di hadapan Jin,kaki aku melayang tepat ke muka kacak yang selalu dibanggakannya itu.

"Hiyarghhhhh!!!Matilah kau wahai crushku yang byuntae!Dahlah muka handsome lepas tu byuntae pulak!Kalau aku tahu kau nak cabul kakak aku,aku sebarkan gambar kau masa tengah mandi!Nak cabul kakak aku sangat kan!"

Sebuah ap chagi atau nama lainnya front kick aku hadiahkan buat crush tercinta.Maksud aku ex crush aku selepas apa dia dah buat pada kakak aku.

"Auch!Sakitlah muka aku hanat!!!Jatuh peratus kekacakan aku!Kau apasal tiba-tiba sepak muka aku dengan kaki kotor kau tu?!Aku cuma nak tolong kakak kau jelah!"jerkah Jin yang sudah terbaring di lantai akibat penangan sepakan padu aku.

Tidak berpuas hati dengan jawapan Jin,tali lehernya aku tarik kasar.Kaki kanan aku memijak kuat dada bidangnya itu.

"Kau tak payah nak putar belit ceritalah,byuntae.Kau nak tolong kakak aku?Kau nak tolong apa hah?!Kau nak tolong rosakkan maruah dia?Macam tu?"tengkingku betul-betul di hadapan muka Jin.

Entah jin apa yang merasuki badan aku saat ini,aku dengan penuh beraninya meludah ke muka Jin.

Jin melopong apabila mukanya diludah oleh aku.Mungkin dia tak sangka peminat terbesarnya ini meludah ke muka kacaknya itu.

Kaki aku yang mendarat elok di dada Jin ditepis kasar oleh Jin.Jin tiba-tiba menolak badan aku ke bawah sehingga kepala aku terhantuk ke lantai.

Kedua-dua belah tangannya berada di sebelah kepala aku.Menyekat pergerakan aku agar aku tidak dapat meloloskan diri daripadanya.

"A-apa kau buat ni?!Tak cukup dengan kakak aku kau cabul,sekarang kau nak cabul aku pulak?!"tuduhku membuta tuli.

"Jaga bahasa kau,perempuan.Aku tolong kakak kau daripada benda ni.Ha tengok aku nak tunjuk benda yang mengacau kakak kau tadi."

Jin kemudiannya mengeluarkan 'benda' yang dikatakannya mengacau kakak aku.

Saat mata aku bertatapan dengan benda yang berada di tangan Jin,aku terus pengsan tidak sedarkan diri di tempat kejadian.

👣


Bilik kesihatan sekolah

Jin Pov


Tangan Yoonji yang digenggam erat oleh aku bergerak-gerak sedikit.Nampaknya Yoonji sudah mula sedar daripada pengsan.

"J-Jin?Apa yang dah jadi?Saya ada kat mana n-"

Tidak membiarkan Yoonji terus bercakap,percakapannya pantas aku potong.

"Kaulah perempuan paling bodoh pernah aku jumpa sepanjang 30 tahun aku hidup."ujarku sambil merenung tajam Yoonji.

"Kenapa awak kata saya bod-"

Sekali lagi aku tidak memberi peluamg kepada Yoonji untuk bercakap.

"Kenapa kau tak beritahu aku yang daddy Jungkook simpan gambar kau dalam dompet dia?"soalku dengan nada sedikit marah.

Yoonji kelihatan agak terkejut setelah mendengar soalan aku.

"Ma-macam mana awak boleh tahu?"

Soalan aku dibalas kembali dengan soalan.

"Daripada mana aku tahu itu tak penting.Yang aku nak tahu sekarang kenapa kau tak beritahu aku tentang perkara sebesar ni?Kau ingat aku takkan dapat tahu walaupun kau sembunyikan daripada aku?"

Kemarahan yang aku pendam sejak waktu rehat tadi dilampiaskan kepada Yoonji.

Aku baru dapat tahu tentang hal ini daripada mata-mata aku ketika waktu rehat tadi.

"Kau tahu tak perkara ini melibatkan soal hidup mati kau?Kau tak tahu betapa berbahayanya daddy Jungkook.Kau dah lama tahu pasal hal ni dan kau langsung tak beritahu aku?"marahku lagi.

Yoonji terdiam seribu bahasa.Dia menunduk sahaja ketika aku memarahinya.

"Macam mana kalau daddy Jungkook apa-apakan kau?Apa aku nak jawab dekat bapak kau kalau sesuatu terjadi pada kau?Kau ni memang suka buat kerja tanpa fikir baik buruknya.Dasar bodoh!Bebal!"

Yoonji kekal tunduk.Dia langsung tidak mengangkat mukanya.Bahunya terhinjut sedikit.

Dia menangis ke?Takkanlah dia menangis sebab aku marah dia?

"Yoonji,tengok aku.Tengok aku!"arahku lembut.

Yoonji mengangkat mukanya menghadap aku.Sempat dia mengelap hingus dengan hujung bajunya.

"Yoonji,am I a joke to you?"soalku lagi kembali dalam nada marah.

"No.Saya bukannya sengaja tak nak beritahu awak.Saya cuma-"

Malas mahu mendengar kata-kata Yoonji,bicaranya aku cantas.

"Shut your f*cking mouth and listen to me!"

Yoonji tercengang mendengar kata-kata aku kali ini yang lebih pedas daripada sebelumnya.

"Aku dah buat keputusan.Kau tak boleh pergi ke malam hallowen prom party.Biar Yoongi yang pergi untuk gantikan tempat kau."arah aku tegas.

"Kenapa saya tak boleh pergi pulak?Kalau saya tak pergi,macam mana rancangan kita nak berjalan?Saya nak pergi juga."soal Yoonji yang tidak berpuas hati.

Perasaan marah aku semakin memuncak.Akibat terlalu mengikut amarah,rahang Yoonji dicengkam kuat dengan tangan kanan aku.

"Kau ingat kau penting sangat dalam rancangan ni?Rancangan ni akan tetap berjalan walaupun tanpa ketiadaan kau."tutur aku betul-betul di hadapan muka Yoonji.

"Tak kira apa pun yang terjadi,saya tetap akan pergi ke malam hallowen prom party.Saya akan pergi."balas Yoonji yang berdegil.

Rahang Yoonji yang dicengkam aku lepaskan.Aku bangun daripada kerusi berhadapan dengan katil Yoonji.

"Pergilah kalau kau dah tak sayang nyawa kau.Aku tak kisah.Nyawa kau yang akan melayang nanti.Bukan nyawa aku."ujarku sedikit sarkastik.

Tidak menunggu masa yang lama,aku terus mengatur langkah keluar daripada bilik kesihatan.

Geram dengan Yoonji yang berperangai degil seperti budak-budak itu.

To be continued...

A/N:

Sekali Jin marah,terus menangis Yoonji😂

Korang rasa Yoonji akan pergi tak malam hallowen prom party tu?

So,macam mana bab kali ni?Okay or not?

Continue Reading

You'll Also Like

28.5K 1.6K 49
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...
2.8K 168 22
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
68.1K 8.4K 31
abang kacak kook adalah pembuat air boba yang amat kacak.
225K 18.1K 41
• apabila seorang perempuan yang baik bertembung dengan lelaki yang jahat • • jimin × readers •