[C]Crush Minta Kaki | KSJ

By Lucidlassie

26.3K 4.4K 3.7K

"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful co... More

👣Intro/Prolog👣
👣Bab 1👣
👣Bab 2👣
👣Bab 3👣
👣Bab 4👣
👣Bab 5👣
👣Bab 6👣
👣Bab 7👣
👣Bab 8👣
👣Bab 9👣
👣Bab 10👣
👣Bab 11👣
👣Bab 12👣
👣Bab 13👣
👣Bab 14👣
👣Bab 15👣
👣Bab 16👣
👣Bab 17👣
👣Bab 18👣
👣Bab 19👣
👣Bab 20👣
👣Bab 21👣
👣Bab 22👣
👣Bab 23👣
👣Bab 24👣
👣Bab 25👣
👣Bab 27👣
👣Bab 28👣
👣Bab 29👣
👣Bab 30👣
👣Bab 31👣
👣Bab 32👣
👣Bab 33👣
👣Bab 34👣
👣Bab 35👣
👣Bab 36👣
👣Bab 37👣
👣Bab 38👣
👣Bab 39-WYMM?👣
👣Bab 40-Ending👣
👣Special Chapter👣
👣Epilog👣

👣Bab 26👣

441 84 51
By Lucidlassie


Daddy Jungkook

Satu bulan kemudian

"Saya tahulah saya dah setuju nak join pakatan awak tapi perlu ke kita buat benda ni kat sini?Tak ada tempat lain yang lebih selesa ke untuk buat benda ni?"soalku sambil menutup hidung dengan tangan.

Jin tidak mempedulikan soalan aku.Dia mula menanggalkan blazer sekolah diikuti dengan tali leher.

"Shh!Diam.Jangan buat bising.Nanti orang tahu kita ada kat sini.Tak pasal-pasal aku kena tangkap basah dengan kau pulak nan-"

Tok!Tok!

Bunyi ketukan pintu daripada luar mengejutkan kami berdua.

"Saya Jeon Jungkook daripada kelab pencegah maksiat sekolah.Pemaksiat-pemaksiat di dalam,sila buka pintu ini sebelum saya pecahkan."

Itu macam suara Jungkook kat luar.Sejak bila pula Jungkook masuk kelab pencegah maksiat?

"Woi,Jungkook!Akulah kat dalam ni."ujarku membuatkan Jin menjelingku tajam.

"Yoonji!Kau buat projek dengan siapa dalam tandas lelaki ni hah?!Mari sini kau!"jerit Jungkook lalu bunyi kuat mula kedengaran.

Bukk!

Pintu tandas lelaki terlerai daripada engsel dek tendangan padu daripada Jungkook.

"Yoonji!Jin!Apa korang berdua buat dalam tandas lelaki lama berdua-duaan ni?Kalau ye pun nak buat maksiat,tak payahlah buat dalam tandas.Tak malu ke hantu setan dalam tandas ni usha korang tengah buat maksiat?"

Jungkook mula membebel kerana menyangka aku dan Jin buat maksiat.

Aku tutup telinga dengan kasut sebab tak nak dengar bebelan Jungkook.

Jin pula sedang mengangkat kasut untuk memukul mulut Jungkook.

"Siapa pulak yang buat maksiat dalam tandas ni,bodoh?Lain kali,kalau tak tahu jangan suka menuduh.Aku ajak Yoonji masuk tandas lelaki ni sebab kami nak tengok video di dark web."

Dengar sahaja pasal dark web,Jungkook terus menolak aku ke tepi sehingga aku jatuh tergolek ke lantai.Dia pulak yang duduk di sebelah Jin.

"Video dark web?Video apa?Aku nak tengok juga.Cepatlah buka!Cepatlah!"ujar Jungkook yang teruja.

"Tepilah kau!Mengacau je aku dengan Jin nak tengok video dark web."tuturku sedikit marah sambil cuba mengambil tempat di sebelah Jin.

Jin tidak menghiraukan perlakuan kanak-kanak kami berdua.Dia sibuk menekan-nekan sesuatu di komputer ribanya.

"V baru upload satu video di akaun red room dia.Jom kita tengok video baru dia."

Jin menekan sebuah video terbaru daripada akaun red room V.

Video mula dimainkan.Video ini tidak seperti video pembunuhan kejam yang aku lihat sebelum ini.

Video kali ini berlatarbelakangkan sebuah sekolah tinggi.Macam video vlog di sekolah pun ada.

Latar belakang video kini bertukar kepada sebuah kawasan lokar pelajar yang sunyi tanpa pelajar.

Lensa kamera bergerak menghampiri sebuah lokar bernombor 7.Tangan seseorang membuka lokar itu.

Sebaik sahaja pintu lokar dibuka,seorang pelajar perempuan sedang terbaring dalam keadaan terduduk di dalam lokar.

"Itu bukan ke a-"tutur Jungkook yang kaget melihat pelajar perempuan di dalam lokar itu.

"Adik aku.Itu adik aku."potong Jin bernada sedikit marah.

Kami bertiga kembali fokus melihat video di skrin komputer riba.

Tangan seseorang muncul lagi di lensa kamera.Kali ini,tangan itu memegang sebilah pisau belati.

Pisau belati itu diarahkan kepada pelajar perempuan itu.Tangan itu merodok perut pelajar perempuan itu dengan pisau.

Darah memercik mengenai lensa kamera sehingga menyebabkan lensa kamera menjadi kurang jelas.

Walaupun lensa kamera kurang jelas,aku masih boleh melihat tangan itu sedang menikam dada pelajar perempuan itu bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

"Aku bunuh kau sebab Yoonji.Sesiapa yang sakitkan perempuan kesayangan aku mesti mati.Mati!"ujar suara itu lalu dia kembali menikam pelajar perempuan itu.

Tergamam aku mendengar suara milik orang yang telah membunuh adik Jin di dalam video.

Jadi,Hansung bunuh adik Jin sebab aku?Sebab adik Jin selalu buli aku?

Jin menghentikan sebentar video itu.Dia menoleh memandang aku.

"Aku dapat rasakan Hansung bunuh adik aku bukan semata-mata sebab adik aku buli kau je.Mesti ada sebab lain dia bunuh adik aku.Ata-"

"Atau ada orang lain di sebalik pembunuhan adik kau.Aku yakin mesti ada orang lain yang mengarahkan Hansung untuk bunuh adik kau."

Jungkook memotong percakapan Jin lalu dia juga memandang aku.

Lagak Jin dan Jungkook bercakap sudah seperti detektif dalam drama.

"Maksud korang?Ada dalang lain di sebalik pembunuhan adik Jin.Siapa dia agaknya?Adakah dalang tu lelaki ni?"

Telefon dikeluarkan daripada beg sekolah.Galeri gambar ditekan.

Gambar lelaki yang aku jumpa di dalam diari Hansung ditunjukkan kepada Jungkook dan Jin.Nasib baiklah aku sempat snap gambar tu hari tu.


Mata Jungkook membulat tatkala dia melihat gambar lelaki yang aku tunjukkan.Dia merampas telefon aku untuk melihat gambar itu dengan lebih jelas.

"I-ini..."ujar Jungkook yang gugup dan tangannya mula terketar-ketar.

"Kau kenal ke lelaki ni,Jungkook?"soal Jin.

"Kenapa dengan kau?Kenapa kau terketar-ketar lepas tengok gambar lelaki ni?Kau kenal ke lelaki ni?"soalku yang  hairan melihat reaksi Jungkook yang resah.

"I-ini daddy aku.Dari mana kau dapat gambar ni?"soal Jungkook.

"Dari diari Hansung.Di belakang gambar tu,Hansung tulis terima kasih ayah sebab jaga Taehyung.Tae sayang ayah.Kenapa kau tanya?"soalku kembali.

Jungkook menekan-nekan sesuatu di skrin telefonnya.Dia seperti mencari-cari sesuatu di telefonnya.

"Aku ada gambar yang sama macam gambar yang kau tunjukkan.Cuba korang tengok ni."ujar Jungkook sambil menunjukkan skrin telefonnya kepada kami berdua.


"Jin,awak fikir tak apa saya fikir?"soalku sambil memandang tepat ke mata Jin.

"Aku fikir apa kau fikir."balas Jin lalu kami berdua sama-sama melihat Jungkook.

"Apa yang korang berdua fikir?"soal Jungkook yang aneh dengan kami berdua.

"Aku bukan nak menuduh daddy kau tapi aku rasa daddy kau ada kena mengena dengan pembunuhan adik Jin."tuturku berhati-hati menyusun ayat agar Jungkook tidak salah faham.

Riak muka Jungkook berubah serius setelah aku mengaitkan ayahnya dengan pembunuhan adik Jin.

"Aku tahu kita dah 15 tahun berkawan tapi itu tak memberi hak pada kau untuk sewenang-wenangnya menuduh daddy aku membunuh orang tanpa bukti."getus Jungkook dingin.

Suara Jungkook jelas kedengaran seperti dia sedang marah.Siapa yang tak marah kalau orang tuduh ayah kita bunuh orang kan?

"Buat masa sekarang,aku dan Yoonji memang tak ada bukti untuk menuduh daddy kau membunuh adik kau.Tapi cuba kau tengok balik gambar di daddy kau yang diconteng dengan pen merah di telefon Yoonji."celah Jin yang cuba meredakan situasi hangat antara aku dan Jungkook.

Gambar daddy Jungkook di telefon aku ditunjukkan kepada Jungkook.Jungkook melihat sekilas gambar itu.

"So,apa yang tak kena dengan gambar ni?Gambar muka daddy aku kena conteng dengan pen merah je kut."balas Jungkook tidak berpuas hati.

"Aku suruh tengok guna mata kau tengok guna kaki.Jungkook bebal,cuba kau tengok betul-betul gambar daddy kau ni.Kalau orang biasa yang simpan gambar ayah dia,dia takkan conteng gambar ayah dia dengan pen merah."

Ah,aku dah nampak apa yang Jin cuba nak sampaikan.Pandai betul crush aku ni bermain dengan kata-kata.

"Hansung conteng gambar daddy kau sebab dia tak nak sesiapa tahu daddy kau ialah ayah angkat dia.
Kalau kau fikir elok-elok guna otak kau tu,kenapa Hansung perlu sembunyikan muka daddy kau sedangkan dia simpan gambar daddy kau dalam rumah dia sendiri?"

Ini kali pertama aku rasa aku bercakap dengan bijak.Okay nak bangga dengan diri sendiri kejap.

"Aku dah faham.Ada sesuatu tentang daddy aku yang Hansung cuba sembunyikan.Sebab itulah dia conteng gambar daddy aku walaupun dia simpan gambar daddy aku dalam rumah dia sendiri."ujar Jungkook yang mula faham setelah diterangkan oleh aku dan Jin.

"Pandai pun."tutur aku dan Jin serentak.

Kami berdua sama-sama memalingkan muka ke arah lain kerana malu.

Jungkook pula menayangkan muka menyampah melihat kelakuan kami berdua.

"So,apa kita nak buat sekarang?Kita kena buat sesuatu untuk cari tahu apa yang Hansung sembunyikan tentang daddy aku dan kaitan daddy aku dengan pembunuhan adik kau."celah Jungkook merosakkan suasana romantik antara aku dan Jin.

"Aku rasa kita kena buat pakatan khas untuk siasat Hansung dan daddy kau.Aku namakan pakatan ni YoonKookJin."cadangku sambil melihat Jin dan Jungkook yang memandangku aneh.

"YoonKookJin?"soal Jin dan Jungkook serentak.

Sudah dapat mengagak Jin dan Jungkook akan menyoalku begitu,aku menggenggam penumbuk lalu diletakkan di antara mereka.

"Yoon!"ujarku kuat memberi isyarat kepada Jungkook untuk menyilangkan tangannya dengan aku.

"Kook!"sambung Jungkook yang memahami isyarat aku sambil menyilanangkan tangannya dengan aku.

"Jin!"sambung Jin pula lalu dia menyilangkan tangannya di antara tangan kami berdua.

"Cross!"jerit kami bertiga merasmikan pakatan YoonKookJin.

Kami bertiga kemudiannya tertawa kuat kerana berasa lucu dengan pakatan YoonKookJin itu.

"So,bila kita nak mulakan rancangan pakatan YoonKookJin kita ni?"soalku ingin tahu.

"Kita akan mula merancang rancangan kita daripada sekarang.Kita akan laksanakan rancangan itu dua bulan daripada sekarang."balas Jin lalu dia mengukirkan senyuman jahat.

"Dua bulan daripada sekarang?"soal Jungkook pula.

"Kita akan laksanakan rancangan ni pada malam hallowen prom party yang akan berlangsung dua bulan daripada sekarang."jawab Jin sambil memandangku aneh.

"Erm,Yoonji.Aku rasa rambut kau paras bahu je.Sejak bila rambut kau panjang sampai pinggang ni?"soal Jin membuatkan aku melihat rambutku.

Kepala ditundukkan sedikit untuk melihat rambut.Memang benar apa dikatakan oleh Jin.Rambut aku memang panjang sampai pinggang.

"Ini bukan rambut sayalah.Jangan-jangan..."

Tidak sempat aku mahu menghabiskan bicara,Jungkook dan Jin terlebih dahulu menjerit seperti orang dirasuk.

"MAKKKK!HANTU SADAKO!HANTU SADAKO!LARIIII!!!"jerit Jungkook lalu dia berlari pantas seperti lipas kudung.

"MAMI!DEDI!ADA HANTU THE RING!HANTU THE RING!ARGHHH!JINNIE TAKUT!ARGHHHH!"teriak Jin pula lalu dia berlari lintang pukang meninggalkan aku keseorangan.

"Yah,jantan-jantan tak guna!Korang tinggalkan aku kat sini!Tunggulah aku!Woi!"marahku sambil segera berlari mengikut Jungkook dan Jin yang sudah jauh di hadapan.

To be continued...


A/N:

Makin lama makin drama ff ni😂

So,macam mana bab ni?Okay?

Curious tak nak tahu apa yang daddy Jungkook buat sebenarnya?

Continue Reading

You'll Also Like

40.4K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
372K 45.8K 56
❝ Sunbae! Saranghae! ❞ ❝ Huh? ❞ ❝ Ish! Sunbae ni pekaklah! ❞ Start: 051116 End: 161116 Status ; completed + Cerita ni idea saya sendiri. Don't copyc...
49K 7.2K 21
'S I N O P S I S' ; Disebabkan BTS bakal keluarkan album baru di Malaysia kamu Mon Leader kena berganding bahu dengan seseorang dari Malaysia Bergand...
68.1K 8.4K 31
abang kacak kook adalah pembuat air boba yang amat kacak.