✓ ENRIQUE DANNIKA

Per Blqs_Rose

4M 237K 22.3K

# 4th UNDER HE SERIES: •Enrique Dannika 💋 ~Under His Deadly Revenge~ Perempuan lemah? Perempuan lembik? Pere... Més

💋 Hero & Heroin
💋 •BAB 1•
💋 •BAB 2•
💋 •BAB 3•
💋 •BAB 4•
💋 •BAB 5•
💋 •BAB 6•
💋 •BAB 7•
💋 •BAB 8•
💋 •BAB 9•
💋 •BAB 10•
💋 •BAB 11•
💋 •BAB 12•
💋 •BAB 13•
💋 •BAB 14•
💋 •BAB 15•
💋 •BAB 16•
💋 •BAB 17•
💋 •BAB 18•
💋 •BAB 19•
💋 •BAB 20•
💋 •BAB 21•
💋 •BAB 22•
💋 •BAB 24•
💋 •BAB 25•
💋 •BAB 26•
💋 •BAB 27•
💋 •BAB 28•
💋 •BAB 29•
💋 •BAB 30•
💋 •BAB 31•
💋 •BAB 32•
💋 •BAB 33•
💋 •BAB 34•
💋 •BAB 35•
💋 •BAB 36•
💋 •BAB 37•
💋 •BAB 38•
💋 •BAB 39•
💋 •BAB 40•
💋 •BAB 41•
💋 •BAB 42•
💋 •BAB 43•
💋 •BAB 44•
💋 •BAB 45•
💋 •BAB 46•
💋 •BAB 47•
💋 •BAB 48•
💋 •BAB 49•
💋 •BAB 50•
💋 •BAB 51•
💋 •BAB 52•
💋 •BAB 53•
💋 •BAB 54•
💋 •BAB 55•
💋 •BAB 56•
💋 •BAB 57•
💋 •BAB 58•
💋 •BAB 59•
💋 •BAB 60•
💋 •BAB 61•
💋 •BAB 62•
💋 •BAB 63•
💋 •BAB 64•
💋 •BAB 65•
💋 •BAB 66•
💋 •BAB 67•
💋 •BAB 68•
💋 •BAB 69•
💋 •BAB 70•
💋 •EPILOG•

💋 •BAB 23•

40K 2.9K 345
Per Blqs_Rose

"LEYLA!" Leyla menelan liur melihat wajah angkuh Datin Fara. Wanita itu sedang melangkah mendekatinya. Ada Sabila, adik arwah Syafeeq dan juga dua orang lelaki berbadan sasa. Tak lain tak bukan, mesti anak buahnya.

Clarissa Rose tenang duduk di tempatnya. Cleopatra dan Q tenang sama. Namun mereka berada dalam langkah berjaga-jaga.

"Bangun. Ikut mummy balik." Datin Fara berkata. Kepalanya mendongak sedikit. Bukan yakin. Tapi angkuh. Sangat angkuh gayanya menjejakkan kaki di kawasan kampung ini.

Q memandang jelek wanita itu.

E to the w.

Eww!

"Tak nak. Leyla tak nak ikut mummy." Leyla berkata. Perlahan sahaja nada suaranya.

Datin Fara menjulingkan mata dan lantas memberi isyarat ke arah dua orang anak buahnya. Leyla terundur ke belakang apabila orang suruhan Datin Fara mula mendekatinya.

"Hei!" Izzad muncul dengan plastik berisi roti di tangan. Tegak dia berdiri di hadapan Leyla. Melihat gayanya, mesti baru balik dari kedai.

"Leyla tak akan ke mana-mana. Saya minta maaf tapi tolong pergi dari sini. Tolong Datin. Sila pergi. Saya rasa Datin tak akan cari masalah di tempat ini." Izzad berkata. Masih berbudi bahasa budaya kita. Menghalau Datin Fara dengan cara yang sopan.

Lelaki bertubuh sasa tadi hanya menjeling Izzad sebelum menyambung langkahnya. Izzad menghalang lagi. Namun entah bagaimana, lelaki tadi menebas kuat buku lalinya sehingga tubuh Izzad jatuh terbaring di atas pasir.

Izzad terus mengerang kesakitan memegang pergelangan kakinya.

"Izzad!" Leyla mendekati Izzad.

Clarissa Rose mengeluh. Isyarat mata diberikan kepada Cleopatra dan Q. Faham. Mereka berdua terus berdiri di hadapan tetamu-tetamu tidak diundang.

"Please back-off." Cleopatra mengangkat tangan di hadapan lelaki bertubuh tegap tadi. Menghalang lelaki itu daripada meneruskan langkahnya.

"Sorry but no sorry. Please back-off. Can't you see? Ini gelanggang silat. You mess up at the wrong time in the wrong place. So please. Nak dihormati? Tolong belajar menghormati." Ujar Q pula. Tegak di berdiri di hadapan Sabila dan Datin Fara.

"Aku cuma nak ambil menantu aku. That's it. Jadi tolong beri laluan."

"Kau dengar tak apa mummy aku cakap? Tepi sikitlah!" Sabila mahu menolak bahu Q. Namun ada tangan melingkar di pergelangan tangannya sebelum tangannya terasa dipulas ke sisi.

"Aduh! Sakitlah!" Sabila mengaduh sakit. Matanya menjeling si pemilik empunya tangan itu.

Pandangan Cleopatra tajam menikam mata Sabila. Terus dia menolak tangan itu menjauhi Q. Kakinya melangkah sedikit. Berdiri betul-betul di hadapan Datin Fara. Tangan naik bersilang di dada. Kepala didongakkan sedikit dengan mata mencerun tajam memandang Datin Fara.

"Let me repeat. Please. Back-off. Easy."

Cleopatra melangkah maju ke hadapan. Datin Fara, Sabila dan dua orang pengikutnya terundur ke belakang sehingga mereka melangkah keluar dari gelanggang.

Kau ingat kau seorang je boleh sombong menonggek? Aku pun boleh lah.

"Kau ingat kau siapa? Aku Datin Fara lah. Kau tu budak kampung. Tak layak nak halang aku."

Kepala hangguk dia. Meh sini aku ajar macam mana budak kampung bergusti!

"Gelaran Datin tu tak bawa mati pun mak cik. Bawa-bawalah sedar diri. Rambut mak cik pun dah beruban. Apa kata mak cik balik je. Orang tua tak elok keluar malam-malam." Q berkata dengan senyuman tidak bersalah di bibir. Sarkastik benar nada suaranya.

"Kau panggil aku mak cik?! Emran kau pergi!" Naik turun dada Datin Fara. Dia paling anti dengar orang memanggilnya sebegitu rupa. Buruk bunyinya.

Lelaki bernama Emran tadi menolak bahu Cleopatra.

"Blah." Cleopatra pegang bahu yang terasa agak sakit ditolak lelaki itu.

"No. Ini gelanggang martial art. Please give some respect!" Cleopatra berkata sebelum dia angkat kaki. Menendang kuat abdomen Emran sehingga lelaki itu terjatuh ke belakang.

Datin Fara dan Sabila terundur apabila tubuh besar Emran hampir menghempap mereka.

Q bagai dapat melihat asap-asap mula keluar dari telinga Cleopatra. Dia melangkah keluar dari gelanggang itu dan pintu pagar terus ditutup. Menghalang mereka dari masuk ke dalam gelanggang sekaligus menghalang mereka daripada mengheret Leyla pergi.

"Kau!" Lelaki itu bangkit. Mahu menolak lagi bahu Cleopatra. Cleopatra mengetap rahang. Sebelum tangan itu menyentuh bahunya, dia mengelak sedikit. Tangannya diletak di pelipat siku lelaki itu dan dipulas ke belakang. Kaki naik memijak belakang pelipat lutut lelaki itu sehingga Emran jatuh terduduk.

Cleopatra melingkarkan tangannya di leher lelaki itu. Erat. Emran terus meronta-ronta dan terus mengerang kesakitan apabila tangan perempuan yang mengilas tangannya tadi menekan kuat tulang diantara bahu dan lengannya. Lengan di leher juga bagai menyempitkan lagi saluran pernafasannya.

"Bergeraklah kalau berani. Either you lose your breath or i'll rip your hand off your body. Choose." Bisik Cleopatra di telinga lelaki itu. Headlocknya dikejapkan lagi. Tangannya menarik sedikit bahu lelaki itu. Memberi amaran penuh.

"Zed!" Datin Fara menjerkah lelaki di sebelahnya pula.

"Baik Datin." Lelaki itu bergerak ke arah kawannya. Mahu menarik Cleopatra menjauh.

Q lebih pantas menghalang laluan lelaki bernama Zed tadi. Tangan menarik tubuh itu ke arahnya. Dia menundukkan sedikit tubuh. Tubuhnya dipusingkan dan lantas membengkes kaki lelaki tadi sebelum tangan itu ditarik, membanting tubuh tegap itu dengan teknik bantingan dalam judo.

Badan sasa tapi kalau tiada teknik, tak guna bro.

Lelaki itu cuba bangkit dari atas pasir. Namun Q terus mengeluarkan pisau dari sebalik jaket kulitnya dan diangkat di hadapan wajah. Sebelah lagi tangan naik dengan hujung jari menyentuh sedikit mata pisau itu. Seperti pisau yang berkilat di tangan, mata Q juga menikam lelaki yang terkaku memandang ke arahnya. Tajam.

Memberi amaran dalam diam.

Suasana tiba-tiba bertukar hening. Semua mengalih pandang ke arah mereka. Akif dan Adam berpandangan sesama sendiri dengan mulut yang ternganga.

Itu betulke kakak atlet dengan abang gedik tu? Ke dua orang yang mereka kenal tu kena sampuk. Serius lain gila!

Clarissa Rose berdehem perlahan. Automatik Q dan Cleopatra angkat muka memandang Clarissa Rose. Faham akan isyarat mata yang diberi. Cleopatra terus melepaskan headlock di lelaki bernama Emran itu. Tubuh itu ditolak kuat sehingga jatuh tertiarap di atas pasir. Q pantas menyimpan semula pisau tadi ke belakang tubuh. Nasib baik dia membelakangi pandangan ramai orang dan gelanggang.

Clarissa Rose bangun. Tenang dia mengatur langkah ke arah Datin Fara. Pintu pagar masuk ke gelanggang itu ditutup semula.

"So, Datin Fara. I know you. Don't you know me too?" Sapa Clarissa Rose. Ada senyuman nipis di bibirnya. Namun senyuman itu bertukar sinis.

Datin Fara ketawa mengejek melihat budak perempuan di hadapannya yang hanya memakai baju t-shirt besar gedebeh berwarna hitam dan tracksuit adidas dengan line berwarna emas. Kelihatan selekeh.

Dasar budak kampung.

"Maaf tapi aku tak kenal budak kampung macam kau. Jadi sila ke tepi!" Datin Fara terus menolak tubuh Clarissa Rose sehingga tubuh gadis itu tertolak ke tepi selangkah.

Clarissa Rose menjongket sebelah kening. She underestimate me...

Tangan diangkat. Menghalang langkah Datin Fara.

"Get lost!" Datin Fara cuba menepis tangan Clarissa Rose.

Namun gadis itu lebih pantas mencengkam bahu Datin Fara dan menolak badan wanita itu sehingga terundur ke belakang. Nasib baik ada konco-konconya yang menyambut wanita itu daripada jatuh terduduk ke atas tanah. Kalau tidak. Hmm. Memang kena...

Kena gelak!

Datin Fara berang. Dia terus merentap lengannya dari pegangan Zed dan Emran.

"I'm sorry. I didn't mean to harsh on old people like you."

Datin Fara menggenggam penumbuk. Memerah wajahnya kerana dikuasai amarah.

"Let's make this short and simple." Clarissa mendekati Datin Fara dan berhenti betul-betul di hadapan wanita itu.

"I understand. You really want that house so much but... You don't wanna lose Jati Holding too right?" Suara Clarissa Rose separa berbisik.

Datin Fara kelihatan bingung mendengarnya. Masih belum dapat tangkap maksud kata-kata Clarissa Rose.

"Jati Holding. My family owns seventy percent of that company. Seventy bruh. It is the biggest shares in 'your' company. Which gives meaning that, i can take it off from your hands, Datin Fara. Take it. Grab it. Make em mine. But then voila! You have nothing left Datin Fara. Nothing." Clarissa Rose senyum lebar. Menayang barisan gigi putihnya yang cantik tersusun. Psiko. Sinis. Sarkastik. Mengejek.

That's how she drag her enemy down.

"Mummy, apa..." Sabila menjeling Datin Fara. Dia juga terkelu sama saat terpandangkan wajah terkedu ibunya.

"Datin faham apa yang saya cuba sampaikan? Easy formula Datin. You want that house? Just take it. Jadi saya akan ambil emm? Saya akan ambil... Jati Holding! Bila saya ambil Jati Holding, maksudnya saya boleh beli rumah Datin. Betul tak datin?" Perlahan nada suara Clarissa Rose. Namun suara perlahan itu cukup untuk menaikkan suhu Datin Fara.

Clarissa Rose berjalan mengelilingi Datin Fara yang mula berada di dalam dunianya sendiri. Bagai ada benda bermain di fikirannya.

"Plus, Datin mesti tak nak jadi gelandangan kan?" Clarissa Rose memusingkan tubuh. Memandang wajah Datin Fara semula. Mata wanita itu menikam tajam wajahnya.

Hilang senyuman di bibir Clarissa Rose. Wajah itu bertukar tegang dan serius. Mata kelabunya mencerun tajam ke arah Datin Fara.

"Sila pergi Datin. Saya tak ada mood nak cederakan sesiapa." Clarissa Rose berkata sebelum dia menyelak sedikit baju loose t-shirt. Menayang sedikit senjata di pinggangnya.

Zed dan Emran terus berpandangan sesama sendiri. How come budak macam ni ada pistol?

Datin Fara mendengus kasar sebelum terus memusingkan tubuh. Mahu berlalu dari situ.

"Mummy!" Sabila terus mengekor langkah ibunya.

Clarissa Rose senyum ceria. Tangannya melambai ke arah mereka.

"Selamat tinggal. Jumpa lagi. Eh salah! Tak payah jumpa lagi pun tak apa. Bye!" Clarissa Rose melambai-lambai tangan ke kiri dan ke kanan. Namun wajahnya bertukar tegang apabila matanya bersatu dengan pandangan Datin Fara.

Dia mencebik sebaik sahaja kereta itu hilang dari pandangan mata.

Cis. Menyusahkan aku je...

"Argh!" Clarissa Rose memusingkan tubuh dan pantas melangkah ke arah Izzad. Kakinya sedang diperiksa oleh Cleopatra.

"Aduh!" Izzad menjerit menahan kesakitan apabila Cleopatra menggerak-gerakkan pergelangan kakinya. Sakit mula mencucuk di pergelangan kakinya itu.

"How?" Tanya Clarissa Rose sebelum dia turut menjatuhkan sebelah lutut di sebelah Izzad.

"Sama ada terkehel, patah atau retak. That's it." Jawab Cleopatra mudah. Namun tangannya masih menekan-nekan kawasan yang sudah memerah itu.

"Macam teruk." Ujarnya lagi sebelum mengeluh.

"Jangan kuat-kuat. Sakit!" Izzad mahu duduk dan menepis tangan Cleopatra. Namun dia terbaring semula. Serius sakit!

"Esok macam mana ni?" Izzad menggumam sendiri.

"Ala abang. Esok abang minta cuti kan boleh." Soal Leyla. Dia merasa bersalah melihat keadaan lelaki itu. Dia rasa dialah punca lelaki itu cedera seperti ini.

"Mana boleh. Mulai esok, abang akan bekerja dengan anak dia. Abang tak tahu lagi anak dia macam mana orangnya."

Itulah perkara yang paling dia risaukan. Selama ini dia sudah kenal bagaimana sikap majikannya. Tapi esok dia akan berkhidmat dengan anak sulung lelaki itu. Bimbang jika anak majikannya tidak seperti yang dia sangka. Anak orang kaya ni kadang-kadang unpredictable.

"Matilah abang kalau kena buang nanti." Keluh Izzad. Dia menukar posisi kepada duduk. Berkerut wajahnya memegang kaki yang terasa berdenyut-denyut.

"How if..."

Semua terus mengangkat muka memandang Clarissa Rose. Menunggu gadis itu menyambung bicaranya.

"... I replace you?" Ujar Clarissa Rose perlahan.

Terkebil-kebil mata Izzad memandang wajah Clarissa Rose.

"Just a day. Lagipun ada bagusnya kalau saya cuba kerja baru." Clarissa Rose mengoyak bahagian bawah baju t-shirtnya yang panjang sehingga menyentuh lutut. Kain itu kemudian dibalut di kaki Izzad.

"Sorry."

Berkerut dahi Izzad apabila Clarissa Rose tiba-tiba meminta maaf. Sebab?

"Kenapa... Aduh!" Berlaga gigi Izzad apabila balutan di kakinya terasa diketatkan lagi. Sakit. Namun rasa berdenyut-denyut tadi hilang sedikit. Melegakan rasa sakitnya.

"So. Esok saya ganti awak. Okey?"

"Errr okey." Izzad mengangguk.

Setuju.

TELEFON bimbit yang berdering lantang itu membuatkan Clarissa Rose terus tegakkan tubuh. Tubuh yang terasa lenguh di regangkan sedikit sebelum panggilan itu diangkat.

"Yes Izzad?"

"Saya dah inform boss saya tadi. Dia kata boleh je. Asalkan dia nak awak tengok-tengokkan anak dia kalau anak dia ke mana-mana. Itu je." Beritahu Izzad dari corong telefon.

"Okey. I'm babysitting people. I get that."

Pecah gelak Izzad mendengar nada suara Clarissa Rose. Mesti bosan menunggu tu. Itulah dia. Nak sangat ganti aku kan.

"Ermm. Maaf kalau saya menyusahkan awak." Suara Izzad mengendur. Rasa bersalah kerana menyusahkan gadis itu

"Tak apa Izzad. Bukan selalu saya tolong orang."

"Baiklah. Terima kasih ya Clarissa."

"You're welcome."

Dan talian terus dimatikan.

Clarissa Rose mencampak telefon bimbit ke seat sebelah. Cap di kepala ditarik sedikit agar menutup wajahnya. Mask turut dinaikkan menutup hidung.

Bosannya. Dah pukul enam setengah. Batang hidung anak Tan Sri ni pun tak nampak lagi. Penat betul menunggu!

Clarissa Rose membuka radio. Terjongket sebelah keningnya mendengar lagu-lagu yang sedang dimainkan.

Entah lagu apa agaknya.

Terus radio dimatikan semula. Tak ada mood nak dengar lagu pelik-pelik.

Clarissa Rose memandang sekeliling. Kut-kut orang yang ditunggunya dah keluar. Matanya terpandangkan susuk tubuh seseorang yang melangkah keluar dari pintu utama bangunan megah itu.

Terus tegak tubuhnya. Mata tidak terkelip memandang langkah tersusun lelaki itu. Tiba-tiba nafas rasa sesak apabila melihat langkah lelaki itu yang mendekati ke arah kereta yang dipandunya.

Terpaku. Terkaku. Terkelu. Tergamam.

Aku... mimpi ke?

Clarissa Rose terus tundukkan pandangannya saat mata hazel terang itu menjelingnya dengan ekor mata.

Sah!

Itu Enrique.

Enrique Dannika.

Serius weh!

Terasa pintu bahagian penumpang di sebelah kiri dibuka. Lelaki itu memboloskan tubuh ke dalam kereta dengan wajah tenangnya.

Clarissa Rose telan liur saat mendengar pintu kereta ditutup kasar. Tiba-tiba suasana rasa beku. Sejuk dan dingin. Dia rasa macam tidak dapat bergerak walau seinci sekalipun. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana masih terkejut.

Clarissa Rose angkat kepala. Memandang lelaki itu dari cermin pandang belakang. Lelaki itu sedang membuka baju sut kelabunya. Tali leher yang terasa semak dilonggarkan sedikit. Dua butang baju teratasnya turut dibuka. Rasa panas.

Clarissa Rose mendengus perlahan sebelum melarikan pandangan mata. Muncung cap di turunkan lagi agar menutup wajah.

Kenapa malang sangat nasib aku ni?

Aku tak nak jumpa kau!

Clarissa Rose rasa menyesal tiba-tiba. Sangat menyesal!

"Are you replacing Izzad for today?"

Mengeras tubuh Clarissa Rose mendengar suara itu. Deep, husky voice.

Yup. He is that dem Enrique Dannika...

Urgh!

"Yes sir. I'm sorry because i didn't fetch you this... this morning." Clarissa Rose saja menekan sedikit suaranya. Agar kedengaran garau sedikit.

Dari cermin pandang belakang. Dia dapat melihat tubuh lelaki itu terkaku sesaat. Wajahnya bertukar serius. Namun lelaki itu terus menggeleng kepala.

"Yeah whatever. Just drive."

Clarissa Rose menjatuhkan kepala walaupun dia tahu yang Enrique Dannika bukannya nampak pun dia anggukkan kepala. Disebalik mask, bibir bawah digigit. Menahan rasa yang bercampur baur di hati.

Bengang betul lah.

"My name is Enrique. Enrique Dannika. Yours?"

Clarissa Rose tersentak mendengar soalan itu. Nasib baik dia tak pijak pedal minyak sampai bawah. Terkejut punya pasal.

"Nick. Nickayla sir. You can call me Nick." Clarissa Rose gigih melakukan penyamaran. Dan tak sangka otaknya terus memberi impuls agar menggunakan nama itu sekarang.

Rose Nickayla.

Nama yang sudah berkurun lama dia tak dengar.

"Hmm." Malas sahaja suara lelaki itu.

Clarissa Rose menjeling lagi cermin pandang belakang. Lelaki itu sudahpun menyandarkan tubuh ke belakang. Mata melempar pandang ke luar tingkap.

Terus dia melepas nafas lega. Tapi dia tak lega lagi sebenarnya. Situasi belum selamat lagi.

Terus dia menarik zip sweater ke atas. Menyembunyikan tatu di collarbonenya.

Hati sudah mendongkol geram.

Shitty.

Kenapa sekarang...

Maaf kalau tak menarik. I wrote this in kind of emotional situation. Manatau ada terkesan dimana-mana. Huhu~ kalau ada typo atau sebagainya. Boleh betulkan ya.

Selamat membaca 🌹

Do votes 🌟 and comments 📝 ya!

Continua llegint

You'll Also Like

Dia, Aydenku (TERBIT) Per Ayden's

Literatura romàntica

1.1M 3.5K 3
Tujuh tahun dianggap mati, Ayden kembali lagi. Munculnya lelaki yang dulu dia anggap hanyalah sebagai seorang 'abang' buat kali kedua membuahkan keke...
743K 61.9K 51
KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Beru...
1.1M 30.4K 32
Beku. Sombong. Kerek. Tipikal seorang Arden Mikael. Perjanjian yang berlangsung selama tiga bulan itu menarik hati Ryana untuk mendekati Arden. Namun...
173K 11K 15
R1: ASTERIA Here was the most powerful king ever born. The face of dreams and nightmares. KING ADRIEL DARREN LUTHER, heart like ice, soul like fire...