Mawar Milik Raid[C]✅

Por AizackMesle

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... Más

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|43

36.2K 1.8K 131
Por AizackMesle

OST: Tanpa kekasihku-Agnes Monica

Sila pasang lagu di atas untuk lebih menghayati, ceh! Haha.





⚜⚜⚜





                     

JEMARI kaku yang terasa sejuk dingin itu disulamkan bersama jemari hangatnya. Bertukar haba badan. Lalu kekura tangan kaku itu dibawa ke pipi kirinya. Merehatkan tangan itu di situ.

Setitik demi setitik, dia tak sedar bahawa habis lencun kekura tangan dingin itu dek dicurahkan dengan air matanya. Bergenang matanya, merenung wajah pucat sang suami.

Perlahan dia bawa jemarinya ke wajah lelaki itu. Mengusap lembut. Daripada dahi yang berbalut dengan kain kasa, turun ke pipi dan berakhir ke batang leher sang suami.

Rindu.

Satu perasaan yang sudah acapkali dia rasakan sejak sebulan yang lalu. Sebulan lalu, detik-detik yang dia akan ingat sampai akhir nafasnya. Detik di mana titik-titik permulaan kisah Engku Raid dan Mawar baru nak bermula.

Ya, kisah mereka tidak seperti pasangan lain yang akan kecapi bahagia pada awalnya, berantakan di tengah cerita dan menemui bahagia di pengakhirannya.

Tidak. Kisah Engku Raid dan Mawar tidak seperti itu. Kisah mereka berbeza. Kisah bagaimana seorang lelaki yang terlalu mengejar cinta Mawar, yang akhirnya entah tidak pasti akan dibalas atau tidak.

Dari permulaan kisah mereka, Mawar bukanlah seperti Mawar yang sekarang. Jika dulu hanya Engku Raid yang mendambakan seorang Mawar. Kini Mawar juga mendambakan lelaki itu.

Bahkan, setiap detik harinya berlalu, tidak pernah walau sesaat pun Mawar tidak memikirkan Engku Raid. Lelaki itu, bukanlah lelaki jelmaan hero novel yang didambakan.

Tetapi Mawar tetap menerima setiap baik dan buruk yang tersemat kukuh dalam diri Engku Raid, sang duri yang dulunya Mawar anggap 'pembunuh' dia dalam diam, kini berada di kedudukan tertinggi dalam hidupnya.

Engku Raid Nasaie, sang duri yang berjaya melemaskan Mawar. Sejak bila atau bagaimana, Mawar tak pernah membayangkan dia juga turut mendambakan sang duri dalam diam.

Jika ditanya, bahagiakah dia selama ini sepanjang bergelar isteri Engku Raid? Sejujurnya, bahagia itu hanyalah sementara. Kisah dia dengan lelaki itu lebih banyak 'sakit' daripada bahagia.

Boleh dikira guna jari, detik manalah sangat dia rasa bahagia dengan Engku Raid. Tapi semuanya dia tolak ke tepi sejak hatinya sendiri yang mendambakan lelaki itu.

Kerana itulah dia kata, kisah mereka sebenarnya baru saja bermula. Selepas ini, dia berjanji untuk melakar memori indah mereka bersama lalu disematkan ke kotak ingatan agar tiada yang dapat memadamkan 'lakaran' indah itu.

"Awak...bila awak nak bangun? Saya rindu...saya rindu renungan awak, senyuman awak, suara awak...saya rindu segala-galanya tentang awak..." ujarnya dengan suara tertahan.

Hujung jemari Engku Raid yang terasa dingin, dia kuis lembut. Lelaki itu masih kaku sejak sebulan yang lepas.

Mawar menggigit bibir. Pandangannya kabur dengan air mata yang tidak dapat ditahan. Dia dah cuba. Dia dah janji tidak mahu menangis lagi. Tapi tak boleh. Sakit! Sakit sangat rasanya.

"Tak lama lagi anak kita akan lahir. Lagi beberapa minggu je. Awak pernah cakap yang awak tak sabar untuk sambut anak kita kan? Awak bangunlah...tolonglah bangun..." Lengan sang suami digoyang-goyangkan.

"Setiap hari saya datang sini, saya nak jumpa awak. Saya nak awak buka mata. Saya nak dengar suara awak. Saya tak kesah dah kalau lepas ni awak nak marah-marah saya sebab cemburu. Saya tak kesah kalau awak renung saya tajam bila saya ada buat awak sakit hati. Saya cuma nak awak sedar..."

Mawar memejamkan mata. Lalu kekura tangan Engku Raid dikucup berkali-kali. Tak cukup sampai di situ, dia sembamkan wajah ke dada Engku Raid yang berombak perlahan.

"Awak tak kesian ke dekat saya, anak kita, Haidar? Haidar hari-hari tunggu papa dia dekat rumah. Papa yang selalu layan dia, yang selalu usik dia bila lapar..."

Mawar tertawa dalam tangisan. Nafas ditarik dalam-dalam. Air mata yang mengalir laju, dia seka cepat-cepat menggunakan lengan baju. Tak dihiraukan lagi rupanya yang sudah tidak semenggah itu.

"Saya tahu awak dah lama tunggu saya cakap benda ni. Saya menyesal sebab tak sempat nak ungkapkan lafaz ni dulu. Tapi saya benar-benar cintakan awak. Saya tak tahu bila atau bagaimana, tapi setiap kali awak jauh, saya mula cari awak. Hati dan fikiran saya sentiasa mendambakan awak, Raid. Walaupun mulut saya sentiasa menidakkannya. Saya minta maaf sebab tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk awak..."

Dan tanpa sedar, ada sebutir mutiara jernih jatuh dari tubir mata Engku Raid yang masih tertutup. Sama-sama melayan perasaan. Dia dengar segalanya.

Dia dengar suara Mawar yang tidak pernah jemu memanggilnya. Menyebut nama dia. Dia dengar. Tapi dia tak mampu nak buka mata, bahkan mulutnya terkunci.

Aku cintakan kau juga, Mawar.

Jangan jemu untuk tunggu aku, sayang.

"Bangunlah...demi saya dan anak-anak kita," kata Mawar separuh berbisik. Bahunya terhinjut-hinjut. Tak tahu sampai bila harus menunggu, tapi janjinya hanya satu.

Dia akan menunggu Engku Raid selagi mana Allah masih mengizinkannya. Akan dia semai dan dia tabur benih 'indah' agar kisah mereka berakhir dengan satu kata yang disebut sebagai 'kebahagiaan' .

Sedetik, Mawar rasakan masa bagai terhenti apabila merasakan jemari dingin yang bersulam dengan jemari hangatnya terasa bergerak. Dia jadi kejung seketika.

Lalu matanya jatuh ke jemari Engku Raid. Jemari itu—bergerak perlahan.

Mawar menekup tangan ke mulut. "Aw...awak dah sedar!"






"MAWAR duduklah dulu. Mama yang mengah tengok kamu ke hulu, ke hilir."

Tangan Mawar yang ligat membetulkan selimut terhenti. Pandangan diluruskan ke arah Puan Dahlia. Wanita itu ketawa perlahan apabila berjaya membuatkannya malu sendiri.

"Tahulah rindu. Tapi Nasa baru sedar je tu." Hangat wajah dia terasa sehingga ke seluruh tubuh. Empat pasang mata yang ada di situ turut memandangnya dengan senyuman mengusik.

Engku Raid berdehem pendek membuatkan Mawar kembali mencari anak mata sang suami. Cepat-cepat dia berdiri kembali ke sisi katil. Menunggu jika-jika Engku Raid menginginkan sesuatu.

"Awak nak apa-apa ke? Nak air? Saya tuang—"

"Mawar," potong Engku Raid perlahan. Kekura tangan Mawar, dia raih lembut. Mawar yang sedikit kaku hanya akur tatkala pandangan Engku Raid seolah-olah mengarahkannya supaya duduk.

Hendak tidak hendak, dia tetap akur.

"Boleh tak tinggalkan Raid berdua dengan Mawar?" Pandangan Engku Raid kini terhala ke arah kedua orang tua dan mentuanya. Mereka sekadar senyum segaris lalu masing-masing membawa diri untuk keluar dari bilik wad tersebut.

Engku Raid menunggu. Membiarkan pasangan-pasangan tua itu sudah hilang daripada ruang mata, barulah dia kembali menatap Mawar.

"Mawar..."

"Ya?" Kalut-kalut Mawar mencari anak mata suaminya. Lelaki itu ketawa kecil.

"Tak nak peluk abang?"

Mawar kaku. Adakah dia salah dengar atau Engku Raid yang salah kata? Meski hati separuh mati ingin bertanya, tetapi dia hanya simpan persoalan itu dalam hati.

Lalu tanpa berlengah, Mawar terus mendorong diri masuk ke dalam dakapan Engku Raid. Lelaki itu memang awal-awal sudah mendepakan tangan. Tahu betapa rindunya Mawar kepada dia.

Tapi ada sesuatu yang mencuit hati dia. Pelukan Mawar kaku. Dia tahu, pasti diam-diam Mawar memikirkan kata-katanya awal tadi. Abang? Haha, dia sendiri rasa kelakar apabila menggelarkan dirinya begitu.

Namun jauh di sudut hati, mungkin sudah tiba masanya dia memberikan kehidupan yang sama seperti pasangan bahagia lain kepada Mawar. Dia berjanji selepas ini, setiap keinginan Mawar, akan dipenuhi.

Dia akan menebus kembali betapa banyak jam, minit dan detik yang telah dibazirkan sepanjang perkahwinan mereka. Segala episod buruk yang dia telah berikan, akan dia gantikan dengan sesuatu yang indah.

"Kenapa diam? Tak nak bercakap dengan abang ke?"

Sekali lagi Mawar bungkam. Merasakan jantungnya berdegup laju. Mata terbuka luas. Liur ditelan kesat, payah rasanya. Ini bukan rasa yang main-main.

Walaupun hakikatnya ianya adalah perkara normal saja. Tapi tidak! Bila melibatkan Engku Raid, ianya menjadi luar biasa. Engku Raid yang dia kenali, tak seperti ini.

"Sayang?"

"Hah?"

Engku Raid ketawa lagi melihat Mawar yang mengedip-ngedipkan kelopak mata. Memandangnya polos seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aih, hebat betul penangan Raid kepada Mawar. Entah-entah dah kena jampi tak?

Ya mungkin, jampi cinta. Ceh!

"Kenapa hm? Diam je. Tak sudi berbual dengan abang dah? Hm, takpalah. Kalau macam tu, baik abang tak bangun terus je. Sekurang-kurangnya abang masih boleh dengar suara Mawar," kata Engku Raid, seakan berjauh hati.

Tak merajuk pun, tapi sengaja nak menyakat Mawar. Dan Mawar pun sememangnya cepat gelabah dengan perubahan sang suami, terus menghamburkan tangisan.

Engku Raid tersentak sedikit tatkala dadanya sudah basah dengan air mata Mawar. Tersenyum segaris, belakang Mawar digosok perlahan. Lalu ubun-ubun sang isteri, dia kucup.

Tak lama mana, tapi cukup membuatkan Mawar rasa senang.

"Mawar rindu...hiks rindu sangat-sangat."  Suara Mawar tenggelam timbul, bersulam dengan tangisan.

"Jangan buat macam tu lagi. Jangan tinggalkan—"

"Shuhh...abang janji, selagi detak jantung abang masih berbunyi, selagi nafas abang masih tersisa dan selagi Allah masih meredhai hubungan kita, abang takkan pernah tinggalkan sayang," Pipi Mawar dielus lembut.

Dahi mereka dirapatkan. Pandangan mereka bersatu. Masing-masing bertukar rasa yang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata. Tiada kata yang dapat menjelaskan perasaan mereka.

"Ab..abang?" Terketar-ketar Mawar menyebut.

Engku Raid angguk. "Ya, mulai detik ni Mawar perlu panggil abang, abang. Faham sayang?" Hidung Mawar dicuit. Dia senyum segaris apabila melihat isterinya seakan mengelamun.

Fikir apalah sayang oi?

"Baik ab...abang," Mawar sembunyikan wajah ke dada Engku Raid. Tapi masih berhati-hati kerana tubuh lelaki itu masih belum sihat sepenuhnya.





























Seminggu selepas itu,


"BOLEH tak tu?" Engku Naima menjongket kening kepada Mawar yang sedang membantu Engku Raid melabuhkan punggung di birai katil.

Syukur, genap seminggu selepas Engku Raid sedar daripada koma, lelaki itu sudah dibenarkan pulang ke rumah. Cuma lelaki itu masih perlu bergantung dengan bermacam jenis pil.

"Boleh mummy. Biar Mawar yang jaga abang. Mummy jangan risau okey?" Mawar senyum kecil. Kerusi roda milik Engku Raid, dia tolak ke sisi katil. Lalu turut melabuhkan punggung bersebelahan sang suami.

"Sayang, awak tu dah sarat. Lepas ni abang nak sayang pula berehat. Biar abang yang jaga sayang, ya?"

Tersenyum lebar Engku Naima memerhatikan gelagat anak dan menantunya. Engku Raid yang ibarat hero novel pujaan gadis, manakala Mawar pula heroin yang malu-malu gaya orang baru nak bercinta.

Haihlah, ada-ada saja. Engku Naima geleng kepala. Haidar yang berada di gendongannya, dia kerling lama. Lalu perlahan langkah dibawa ke luar dari kamar beradu pasangan itu.

Pasti Engku Raid dan Mawar memerlukan masa untuk berdua.

"Abang ni..." Mawar sembunyi senyum.

"Abang apa?"

Perlahan, Engku Raid tarik wajah Mawar supaya menatapnya. Bebola matanya berkilat, merenung terus ke dalam anak mata Mawar. Merenung sang isteri tanpa rasa puas.

Tak, dia tak pernah puas merenung Mawar. Bahkan, dia sanggup merenung gadis itu selama mana yang dia boleh.

Sedetik, memori dan kenangan yang dia berikan kepada Mawar sebelum ini kembali terlayar di ruang ingatan. Menyelak kembali layar ingatan, sakit rasa dadanya.

Tak terfikir perasaan Mawar.

Bila teringat kembali bagaimana dia memperlakukan Mawar dengan teruk dulu, buat dia rasa dia tidak layak untuk Mawar. Benar, dia lelaki menjijikkan yang penuh dengan noda silam. Banyak cela yang dia tutup selama ini.

Tapi sikit pun tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyakiti Mawar. Semua yang dia lakukan, hanya didorong oleh perasaan yang terbawa-bawa.

Dia terlalu mendambakan Mawar. Memikirkan bagaimana Rasha pernah meninggalkan dia selamanya, membuatkan dia jadi paranoid. Dia takut untuk merasai kehilangan buat sekian kalinya.

Lantaran itu, dia memaksa Mawar untuk terjebak dalam kehidupan dia. Dunia dia yang kelam. Penuh dengan noda dan cela yang dia sendiri jijik bila difikirkan semula.

"Abang minta maaf, Mawar," ucapnya tiba-tiba. Kekura tangan Mawar, dia raih lalu meramas lembut.

Mawar diam beberapa tika. Sejak Engku Raid sedar, kata-kata maaf itu tidak pernah terlepas daripada bibir lelaki itu. Kalau boleh, setiap masa dia akan dengar kata maaf itu.

"Abang kan Mawar dah kata, Mawar dah lupakan semua tu. Mawar dah tak mahu ingat lagi. Mawar dah lama maafkan abang..." Lembut suara Mawar. Dia tak mahu Engku Raid terlalu memikirkan hal lama.

Biarlah semua kenangan itu menjadi pengajaran buat mereka. Baik dia mahupun Engku Raid sendiri. Tak usah diingatkan kembali.

"Untung abang ada isteri yang baik macam Mawar ni," Puncak hidung Mawar, dicuit lembut. Rona-rona merah di wajah Mawar, membuatkan dia ketawa kecil.

"Mawar pun beruntung sebab ada suami yang kuat macam abang!" Mawar juga tidak mahu kalah memberi pujian.

"Mawar, janji dengan abang jangan pernah mengalah untuk pertahankan hubungan kita. Walaupun ada badai melanda, jangan pernah tinggalkan abang. Biar kita sama-sama menelusuri kisah kita. Kisah yang akan menjadi sejarah dalam hidup abang."

"Kisah apa abang?"

"Kisah..."

Engku Raid berjeda. Tersenyum segaris, dia tarik wajah Mawar rapat ke wajahnya. Dahi mereka bersentuhan. Berbagai-bagai rasa dia curahkan melalui pandangan.

Orang kata, mata tak boleh menipu.

"...Mawar milik Raid," sambungnya seraya mengucup kening Mawar, turun ke pipi lalu berakhir pada dua ulas bibir kemerahan isterinya.

Mawar senyum. "Mawar selamanya milik abang. Dan abang pun, selamanya milik Mawar," Tautan dilepaskan.

Keadaan sepi buat beberapa detik. Mereka sekadar membalas pandangan sambil tersenyum. Perlahan, jemari kasar Engku Raid naik mengelus pipi kemerahan Mawar.

"Tadi papa dengan mama call. Dia orang nak datang malam ni, jenguk abang."

Gerakan jemari Engku Raid terhenti di tepi bibir Mawar. Anak mata sang isteri, dia kembali cari. Tidak menjawab, sekadar mengangguk sebagai respon.

Bila sebut tentang mentuanya, ada satu rahsia yang Mawar sendiri tidak tahu. Yang sebetulnya, sebelum dia mengikat Mawar menjadi isterinya, awal-awal lagi dia sudah mengakui segalanya kepada mentua dia.

Tentang apa yang telah dia lakukan kepada Mawar bertahun-tahun lamanya. Semuanya dia telah akui. Walaupun pada mulanya Tuan Qash memang naik berang dengan dia. Bahkan, ketika itu Tuan Qash tidak sudi untuk memandangnya lagi.

Tetapi dek kerana dia bersungguh-sungguh untuk bertanggungjawab, Tuan Qash terpaksa merelakan semuanya. Lagipula, benda dah berlaku. Nak mengamuk tara mana pun, dah tak ada guna.

Puan Dahlia pula, terpancar riak kecewa di wajah wanita bergelar itu itu pada awalnya. Tetapi syukur, sekarang ini hubungan mereka sudah membaik kembali.

Mentua dia sudah tahu segala rancangannya sebelum bernikah dengan Mawar lagi. Tapi dia memang sengaja berpesan kepada mereka berdua agar tidak membongkarkan kepada Mawar dan ikut saja alur rancangannya.

Alur takdir mereka. Berpura-pura di hadapan Mawar seperti tidak tahu apa-apa.

Engku Raihan dan Engku Naima pula, mereka berdua memang mengamuk habis-habisan. Engku Raid memang sengaja memberitahu segalanya kepada kedua orang tuanya secara privasi tanpa kehadiran Mawar.

Dia tahu, Mawar pasti akan membelanya. Dan tidak dia sukakan perkara itu. Biarlah mereka menghukumnya. Memarahinya andai semua itu mampu menebus dosa dia.

Semuanya sudah berlalu. Sekarang ini, hanya satu tujuan dia. Membahagiakan Mawar dan bakal anak-anak mereka. Tidak sabar ingin mencipta episod indah bersama keluarga kecilnya.

Episod pahit dalam kisah ini, akan dia tutup dengan episod manis bersama keluarga kecilnya.




















Nah, disebabkan dalam MMR tak ada banyak scene 'manis' hero dan heroin, yang banyaknya 'pahit' aje. Haha. Jadi author cuba sehabis baik utk chap ni. Even macam ala kadar.







Satu chapter lagi—then insya-Allah if rajin, author buat Epilogue.


TO BE CONTINUE



















Seguir leyendo

También te gustarán

1.8M 62.2K 90
[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB...
80.6K 8K 43
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
107K 4.5K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
761K 42.8K 33
𝐋𝐚𝐚𝐢𝐭𝐡 𝐌𝐢𝐜𝐡𝐞𝐥𝐞 ~ 𝐊𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐉𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚 " Goodnight my little lady..." LAAITH MICHELE. Jejaka berusia 26 tahun. Mempunyai perwatakkan...