[C]Crush Minta Kaki | KSJ

By Lucidlassie

26.3K 4.4K 3.7K

"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful co... More

👣Intro/Prolog👣
👣Bab 1👣
👣Bab 2👣
👣Bab 3👣
👣Bab 4👣
👣Bab 5👣
👣Bab 6👣
👣Bab 7👣
👣Bab 8👣
👣Bab 9👣
👣Bab 10👣
👣Bab 11👣
👣Bab 12👣
👣Bab 13👣
👣Bab 14👣
👣Bab 15👣
👣Bab 16👣
👣Bab 17👣
👣Bab 18👣
👣Bab 19👣
👣Bab 20👣
👣Bab 21👣
👣Bab 22👣
👣Bab 24👣
👣Bab 26👣
👣Bab 25👣
👣Bab 27👣
👣Bab 28👣
👣Bab 29👣
👣Bab 30👣
👣Bab 31👣
👣Bab 32👣
👣Bab 33👣
👣Bab 34👣
👣Bab 35👣
👣Bab 36👣
👣Bab 37👣
👣Bab 38👣
👣Bab 39-WYMM?👣
👣Bab 40-Ending👣
👣Special Chapter👣
👣Epilog👣

👣Bab 23👣

478 86 89
By Lucidlassie

Who is G?


A/N:Taehyung dan Hansung ialah orang yang sama.Jangan keliru ye guys.


"Tuan G,Taehyung dah ditangkap oleh  Seokjin dan Jungkook.Apa kita nak buat sekarang?"tanya lelaki tinggi lampai itu kepada lelaki dengan susuk tubuh tegap dan tinggi di hadapannya.

Lelaki itu tertawa kecil mendengar pertanyaan daripada orang kanannya itu.

"Jadi,mereka dah tangkap anak angkat palsu kau tu,Namjoon?Bagus."ujar lelaki dengan gelaran Tuan G itu.

Namjoon hairan mendengar Tuan G langsung tidak terkejut mahupun bimbang ketika dia memberitahu Taehyung sudah ditangkap.

Di benak fikiran Namjoon,Tuan G sepatutnya risau kerana anaknya ditangkap.Taehyung tu anak angkat kesayangan dia kut.

"Bagus?Tuan tak risau ke kalau Taehyung beritahu rahsia kumpulan-kumpulan kita kepada Seokjin?Lagi bahaya kalau Jungkook tahu,tuan."soal Namjoon menyuarakan kehairanannya.

"Aku kutip Taehyung di lorong masa dia budak lagi.Aku yang bela dia daripada dia kecil sampai dia besar.Aku yang ubah nama dia daripada Taehyung kepada Hansung.Jadi..."

Sengaja Tuan G meleretkan ayatnya agar Namjoon menyambung.

"Taehyung tak akan beritahu apa-apa kepada mereka.Walaupun dia terpaksa mengorbankan nyawanya,dia tak akan khianati kita."sambung Namjoon yang mula mengerti dengan isyarat yang dihantar oleh Tuan G.

Jika Tuan G sengaja meleretkan ayatnya ketika bercakap mengenai Taehyung,itu bermakna dia tidak mahu meneruskan topik perihal anak angkatnya itu.

"Satu lagi,Namjoon.Suruh adik kau hantar 'surat cinta' pada Seokjin.Aku nak tengok sejauh mana dia nak bermain dengan aku."arah Tuan G tegas.

"Baik,tuan.Saya akan suruh Namjoona hantarkan 'surat cinta' kepada Seokjin."tutur Namjoon menurut perintah Tuan G.


👣


Jungkook yang sedang asyik mengorek hidung itu aku pandang atas bawah.Kalkulator saintifik berjenama Casio dihempuk kuat ke kepalanya.

"Aduh,sakitlah Yoonji bodoh!Kau dah kenapa?Meroyan sebab tak dapat cari jawapan persamaan kuadratik ke?!"marah Jungkook setelah kepalanya berbekas merah akibat menjadi mangsa hempukan kalkulator.

"Kaulah punca aku meroyan.Aku tanya kau Hansung pergi mana sampai dua minggu tak datang sekolah.Eh kau sesedap tangan je abaikan soalan aku sambil korek hidung.
Beritahu aku kenapa Hansung tak datang sekolah."desakku sambil mengacah mahu menghempuk kepala Jungkook dengan kalkulator lagi.

Riak muka Jungkook berubah resah gelisah setiap kali aku bertanya mengenai Hansung.

Seperti ada perkara tentang Hansung yang dia sorokkan daripada pengetahuan aku.

"Erm.Err,Hansung dia tak datang sekolah sampai dua minggu sebab dia...Sebab dia kena demam campak."beritahu Jungkook gugup.

"Demam campak?Siapa pulak yang mencampakkan demam kepada Hansung sampai dia kena demam campak ni?"soalku lagi penuh ingin tahu.

Pukk!

"Auch,tak sakit pun.Kau dah kenapa ketuk kepala aku dengan kamus english kau ni?Meroyan sebab tak reti sebut frustated?"

Sempat aku memerli Jungkook walaupun kepala aku sudah naik benjol akibat ketukan kamus english Jungkook.

"Kaulah punca aku meroyan.Bebal tu simpan sikit untuk anak cucu cicit kita.Sejak bila pulak demam campak dicampakkan oleh orang ni?Patutlah subjek Sains kau dapat 70% je.Bebal."perli Jungkook kembali tidak mahu kalah.

Malas mahu bertengkar dengan anak makcik Jeon ini,rambut panjangku dilibaskan ke muka Jungkook.

Biar dia tertelan kelumumur yang ada kat rambut aku.

"Ops,sorry.Aku tak sengaja terlibas rambut aku sampai terkena muka kau.By the way,apa kata petang ni kita pergi melawat Hansung?Kesian dia kedemaman sorang-sorang kat rumah."

Sekali lagi riak wajah Jungkook berubah apabila nama Hansung disebut.Ada apa dengan Hansung sebenarnya?

"Jangan!No!Tak boleh!Kita tak payah pergi melawat dia.Aku tak benarkan kau pergi melawat Hansung.Demam campak senang berjangkit tau."bantah Jungkook habis-habisan setelah aku mengajaknya melawat Hansung.

"Okay.Kita tak pergi melawat Hansung."ujarku sekadar mengiyakan bantahan Jungkook itu.

Aku tak kira.Petang ni aku nak pergi melawat Hansung juga.Kesian bff kunyit aku demam campak seorang diri di rumah.

Dan aku akan pastikan aku pergi ke rumah Hansung tanpa diketahui oleh Jungkook.

👣

Jin Pov

Sampul surat berwarna merah jambu cair terselit elok di antara timbunan buku di dalam lokar.Tangan aku mencapai pantas sampul surat itu.

"Siapa pulak hantar surat cinta pada aku ni?Tak sangka aku yang dah tua ni pun ada orang nak bagi surat cinta.Maklumlah aku kan kacak orangnya."pujiku terhadap diri sendiri sambil membuka sampul surat itu.

Mata aku membuntang tatkala aku melihat percikan darah yang terpercik secara rawak ke permukaan surat ini.

Mulut aku ternganga luas apabila terdapat kesan tikaman pisau pada gambar anak perempuan aku,Sooyoung.

“I'm the bad guy,duh~”

Seperti ada yang tidak kena,telefon aku berdering tepat selepas aku membaca isi kandungan surat berdarah ini.

"Lepaskan anak aku dan anak perempuan kau akan selamat."arah suara si pemanggil di talian.

"Kau ingat aku percaya anak aku ada dengan kau?Aku tak akan terpedaya dengan penipuan kau."balasku kembali tidak mempercayai anak aku berada dengan si pemanggil itu.

Walaupun sebenarnya hati aku mula bimbang dengan keselamatan dan keberadaan anak aku sekarang.

"Kau tak percaya?Dengar ni."

"Daddy,daddy.So-Sooyoung ta-takut.Da-ddy!"

Suara esakan anak perempuan aku yang ketakutan jelas kedengaran di corong telefon.

"Macam mana?Kau percaya cakap aku se-"

"Hantar alamat pada aku.Aku pulangkan Taehyung pada kau.Kau pulangkan anak aku semula."

Talian serta merta diputuskan setelah si pemanggil mendapat jawapan yang dimahukannya.

"Tak guna punya Namjoon.Tengoklah apa aku akan buat pada adik perempuan kau.Tunggu nasib kau,Namjoona."tekadku dengan kemarahan yang meluap-luap di dada.


👣

5:00 petang

Pin,pin!

Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Hansung,aku serta merta menekan hon skuter.

Sengaja mahu memberi isyarat kepada Hansung bahawa sahabat baiknya yang prihatin ini datang melawatnya.

"Hansungggggg!!!Yuhuuu,bff kunyitku!Yoonji gojes datang mencemar duli ni.Bukalah pin-"

"Yoo-nji.Yoo..nji.To...long a-aku."

Sapaan ceria aku terhenti setelah telingaku menangkap suara Hansung.

Suara Hansung kedengaran seperti dia berada dalam kesakitan.

"Ya Tuhan!Hansung!"jeritku secara tidak sengaja setelah melihat Hansung.

Hansung yang datang entah daripada mana sedang terbaring lemah di hadapan pintu pagar rumahnya.

Bergegas aku mendapatkan Hansung yang tersandar lesu di pintu pagar rumah.

"Hansung,siapa yang pukul kau sampai teruk macam ni?Apa yang dah jadi sebenarnya?Kau tak datang sekolah sampai dua minggu sebab ni ke?"soalku bertubi-tubi sambil kepala Hansung diribakan di atas paha aku.

Muka Hansung dipenuhi dengan lebam-lebam.Terdapat kesan lebam yang lama dan lebam baru.

Kedua-dua belah tangannya berbekas kesan lecuran seperti terkena sesuatu yang panas.

Baju yang membaluti tubuhnya juga terkoyak hampir separuh sehingga menampakkan bahagian belakang badannya yang berbirat.

"Beritahu aku siapa yang pukul kau.Siapa yang berani pukul bff aku ni?Beritahu aku,Hansung."soalku sambil mengelap darah yang mengalir keluar di hujung bibir Hansung dengan sapu tangan.

"J-Jin.Jin."tutur Hansung perlahan sebelum dia mula tidak menyedarkan diri.

To be continued...

A/N:

Rupanya ada dalang di sebalik dalang ye guys🙂

Dah dapat teka ke siapa Tuan G tu?😏

Aku ada letak hint tentang Tuan G dalam bab ni kalau korang perasan.

Btw,sorry kalau bab ni klishe.Sekali sekala klishe takpa kan😂

Continue Reading

You'll Also Like

24.6K 1.5K 17
LET ME GO [ 전 정국 ] [ 2019 ] '' kau akan menyesal sebab tolak cinta Jungkook dulu ! '' '' kau tak akan jumpa Jungkook lagi '' '' kau dah terlambat ''
49K 7.2K 21
'S I N O P S I S' ; Disebabkan BTS bakal keluarkan album baru di Malaysia kamu Mon Leader kena berganding bahu dengan seseorang dari Malaysia Bergand...
2.9K 171 22
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
1.1K 204 6
E.S.P; • Extrasensory Perception -known for psychic abilities like mind reading and fortune telling. Hidup Jungkook huru hara kerana 'penyakit' y...