MY IDEAL ITALIAN GUY

By raenees

569K 34.1K 2.8K

❦ π“π‘πž 𝐛𝐨𝐬𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐚π₯ 𝐚𝐬𝐬𝐒𝐬𝐭𝐚𝐧𝐭 ❦ [ COMPLETE ] NENY ROBIN, pekerja di sebuah sya... More

Prolog - Knowledge
Bab 1 - Stare
Bab 2 - Benard
Bab 3 - Tumpang
Bab 4 - Joke's
Bab 5 - New Boss
Bab 6 - His Friend
Bab 7 - Jealousy
Bab 8 - Tangga
Bab 9 - Headache
Bab 10 - Terhantuk
Bab 11 - Space
Bab 12 - Offer
Bab 13 - Kopi
Bab 14 - Umi
Bab 15 - Reporter
Bab 16 - The Discussion
Bab 17 - Dinner
Bab 18 - Airport
Bab 19 - Airplane
Bab 20 - London
Bab 21 - Going Out
Bab 22 - Beautiful
Bab 23 - Dazzling
Bab 24 - Partner
Bab 25 - Company
Bab 26 - Flirt
Bab 28 - Remedy
Bab 29 - Lovely Talk
Bab 30 - Stuart's Phone
Bab 31 - My Nurse
Bab 32 - Caught Red-Handed
Bab 33 - Comeback
Bab 34 - Sweet Truck
Bab 35 - Fun Time
Bab 36 - The Broken Promise
Bab 37 - Last Moment
Bab 38 - Thoughts
Bab 39 - Lot Surprises
Bab 40 - Little Savage One
Bab 41 - Rent Boyfriend
Bab 42 - Price Tag
Bab 43 - The Deal
Bab 44 - He's back
Bab 45 - Stuart
Bab 46 - River
Bab 47 - Stuart's Birthday
Bab 48 - Avoid Him
Bab 49 - His Intention
Bab 50 - Cold Shoulder
Epilog I - The Right Time
Epilog II - Hide And Seek
New baes πŸ’»
Buy HERE! (Special)

Bab 27 - Messed up

7.7K 510 12
By raenees

Bab 27

           AKU terbangun pada pukul lima pagi kerana bunyi alarm daripada telefon samsungku terlalu bising. Terpaksa aku bangun untuk bersiap sedia lebih awal bagi mesyuarat yang kedua ini. Aku yang masih duduk dikatil, menyerabaikan rambut.

Aku bangun dengan mamai lalu pergi ke bilik untuk membasuh muka dan menggosok gigi terlebih dahulu. Selesai sahaja basuh muka dan menggosok gigi aku duduk di atas katil semula. Badanku disandarkan pada kepala katil.

Telefon di atas meja lampu, aku capai. Skrin digesekkan ke atas lalu ibu jariku menekan sekali pada aplikasi berwarna hijau, membuka aplikasi WhatsApp. Dahiku berkerut tatkala melihat mesej daripada Stuart dan Beni.

131 Message from 2 chats

52 Missed Calls

Aku melihat bila mesej-mesej ini dihantar. Pukul empat lima puluh tujuh minit pagi. Maksudnya tadilah kan? Kenapa mereka mesej banyak banyak? Pagi-pagi pulak tu. Tanganku menekan mesej Stuart terlebih dahulu. Aku tenung mesej mesej yang Stuart hantar. Lambat sel sel otakku berfungsi untuk mencerna ayat-ayat yang terpapar di skrin.

+Keluar daripada hotel tu sekarang.

+Now!

+Ada kebakaran di bangunan hotel kita.

+Come out now before the fire spread over your room.

+Wake up, Robin!

+God! Robin!

+I'm coming to your room.

Terbeliak mataku dengan mesej terakhir Stuart. Gila dia ni! Aku cepat cepat mencari baju yang lebih sopan untuk ditukar kerana aku memakai baju pijama di dalam beg besar. Walaupun baju pijama tu menutup seluruh badanku iaitu menutup aurat tetap aku rasa tidak selesa.

Aku mencari tudung sarung pulak. Baju satu persatu aku belek dengan pantas. Tatkala aku jumpa tudung sarung saat itu pintuku menerima ketukan yang bertalu-talu. Aku dah cemas. Beg besar itu aku tutup semula lalu memakai tudung sarung yang berada ditanganku tadi.

Langkahku laju menuju ke pintu hadapan. Badanku sorok dibelakang pintu, membiarkan kepala aje yang terjenguk dihadapan pintu. Tombol pintu aku pulas. Terserlah wajah kacak Stuart dihadapan bilikku. Dia macam baru lepas membuat larian marathon.

"Keluar sekarang, Robin. Api tu dah merebak di kawasan beranda saya. Tunggu masa aje merebak di kawasan beranda awak." Aku menggeleng laju.

"Saya tak tukar baju lagi." Aku menggenggam erat telefon ditangan bersama baju dan seluar yang dipeluk ke dadaku.

"Kita tak ada masa Robin. Jom." Aku mendengar banyak jeritan di bangunan hotelku ini. Ada yang berlari dibelakang Stuart untuk menuju ke lobi. Aku terasa ngeri melihat semua orang menjerit, menyelamatkan diri.

"Tapi say-"

"Sir, you have to go sir." Tidak sempat aku mahu berkata, datang seorang pengawal keselamatan tingkat ini memintaskan kata-kataku dengan menyuruh kami keluar daripada bangunan ini untuk keselamatan kami lalu pengawal itu terus berlalu pergi.

"Robin, now." Arah Stuart dengan tegas dan dingin. Aku menelan air liur. Takut melihat wajahnya yang serius tambah garang itu. Aku mengangguk laju. Tidak mahu menambah kesulitan yang sudah sedia ada.

Aku keluar disebalik pintu. Terasa panas wajahku apabila dia melihat pakaian yang kebudak-budakanku. Aku menolak lengannya yang berlapik t-shirt panjang itu perlahan daripada menghalang laluan.

"Jom, Stuart." Stuart mengangguk. Tidak sempat aku untuk melarang dia terus menarik lenganku supaya berjalan laju dengannya. Nasib baik tak terlucut baju dan seluar bersama telefon yang aku bawa. Aku merungut perlahan. Dia ingat kaki kita ni panjang macam dia ke?

Jalan dengan Beni lagi best. Aku berhenti mengejut. Stuart juga turut terhenti. Sekarang ini kami sudah berada di pintu utama yang besar bagi hotel ini. Dia memandangku dengan risau.

"Stuart!" Aku semakin cemas. Beni mana? Beni mana? Mana!? Mataku meliar mencari susuk Beni di dalam kalangan orang ramai yang berada dilobi.

"What's wrong, tesoro? You scared me." Balasnya dengan risau. Lenganku dia masih tarik untuk keluar daripada hotel ini. Sekarang kami betul betul di luar hotel. Di tempat letak kereta VVIP. Aku menoleh ke belakang mencari lagi susuk Beni.

"Stuart! Beni mana? Mana Beni, Stuart?" Kataku separuh jerit. Ya Allah, mana Beni ni? Aku dapat rasakan kedua-dua tanganku menggigil. Semakin ngeri aku melihat kebakaran di tingkat atas semakin marak apinya. Mataku terasa panas. Don't cry, Robin. Don't cry.

"I don't know." Jawabnya perlahan. Seratus lapan puluh darjah aku pusing menghadap Stuart dengan hati yang mula panas.

"Awak tak tahu? Dia kawan saya, Stuart! My friend!" Jeritku kuat padanya. Aku tidak terfikir langsung pandangan orang sekeliling dan perasaannya.

"Do not yelling at me, Robin." Dapatku lihat rahangnya diketap kuat olehnya seperti menahan sabar. Dia dengan wajah yang tenang itu membuatkan aku terasa semakin membara hati ini. Terasa air mengalir di pipiku. Pantas aku lap. Air mataku? Sejak bila aku nangis. Aku bertentang dengan matanya lalu menggeleng kecil.

"Saya kena cari kawan saya juga." Tanpa menunggu jawapannya, aku terus meninggalkannya lalu merempuh orang yang berlari di lobi untuk mencari Beni. Sebelum lari tadi, sempatku dengar Stuart marah dalam bahasanya tapi aku tidak peduli.

Aku berlari sambil membiarkan air mata mengalir menitik jatuh ke lantai. Semakin ke dalam aku cari, pandanganku menjadi semakin kabur. Aku terus mengelap mata dengan lengan bajuku. Bibirku menggeletar. Nafas yang termengah-mengah aku biarkan. Yang penting sekarang ni Beni!

"Beni!" Aku menjerit kuat. Suarakan tenggelam timbul akibat jeritan dan hasil bunyi tapak kasut orang ramai yang kuat di lobi yang besar ini.

Aku menolak semua orang yang menghalang laluanku. Tidak sempat aku untuk menolak orang yang badannya lebih besar daripadaku, dia terlebih dahulu merempuhku sehinggakan aku jatuh terduduk di atas lantai.

Tangisanku, aku cuba tahan sedaya mungkin daripada terkeluar. Baru sahaja aku mahu bangun, seorang perempuan yang berbadan gempal memijak kaki kananku. Aku mengaduh kuat lalu memegang kaki kananku yang terasa berdenyut kuat seperti patah kerana berbunyi tadi.

Aku memandang wanita untuk meminta bantuan. Wanita itu tidak menolong ataupun meminta maaf kepadaku malah dia hanya melihat keadaan lalu dia tinggalkan aku begitu sahaja.

Air mataku mengalir deras kerana sakit yang teramat. Hanya Allah sahaja yang tahu. Aku mengetap bibir mengumpul semangat untuk berdiri. Nafas aku tarik lalu hembus perlahan. Tangan kananku aku letak ke atas lantai lalu menekankan untuk menampung beratku untuk berdiri namun aku jatuh terlopok semula.

Aku buntu tak tahu nak buat apa kerana asap mula memenuhi kawasan lobi dan masih ramai lagi manusia berlari keluar daripada hotel besar ini. Aku masih mencari kelibat Beni di lobi walaupun hanya nampak seluar sahaja. Secara tiba-tiba, aku mula batuk-batuk kerana asap api terlalu banyak yang aku sedut.

Terasa dadaku semakin sempit dan rongga udara mula sukar untuk beroperasi. Aku menepuk dadaku kuat. Terasa hidungku muka sukar untuk bernafas. Pandanganku menjadi huyung-hayang dan kabur. Aku terbaring di atas lain kerana badan tidak larat untuk terus duduk.

Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini, Ya Allah.

"Robin!" Dapatku dengar suara yang memanggil namaku sebelum semuanya menjadi gelap.

Bersambung.

19 MAC 2020


Continue Reading

You'll Also Like

508K 35.4K 29
Dayyan Mikael & Arisha Maisarah Dipaksa berkhawin akibat aturan keluarga? itulah kisah dayyan dan juga arisha. dari zaman sekolah hingga ke anak cucu...
1.8M 57.9K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...
1.4M 93.8K 57
AYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya watt...
712K 25K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...