My Adore, Dr. Annoying

By liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🀍 PROLOG I
🀍 PROLOG II
🀍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 27
Bab 28🀍
Bab 29🀍
Bab 30🀍
Bab 31🀍
Bab 32🀍
Bab 33🀍
Bab 34🀍
Bab 35🀍
Bab 36🀍
BAB 37🀍
Bab 38🀍
Bab 39🀍
Bab 40🀍
Bab 41🀍
Bab 42🀍
Bab 43🀍
Bab 44🀍
Bab 45🀍
Bab 46🀍
Bab 47🀍
Bab 48🀍
Bab 49🀍
Bab 50🀍
Bab 51🀍
Bab 52🀍
Bab 53🀍
Bab 54🀍
Bab 55🀍
Bab 56🀍
Bab 57🀍
Bab 58🀍
Bab 59🀍
Bab 60🀍
Bab 61🀍
Bab 62🀍
Bab 63🀍
Bab 64🀍
Bab 65🀍
Bab 66🀍
Bab 67🀍
Bab 68🀍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
πŸ¦‹Bab 18
πŸ¦‹Bab 11
πŸ¦‹Bab 13
πŸ¦‹Bab 19

🌼Bab 26

1.7K 105 4
By liayurina

Mak cik Halia yang ingin mengangkat tangannya untuk menampar Hazwini tiba-tiba ditahan dengan begitu tangkas oleh Puan Hawa.

"Aku dan arwah suami aku tak pernah angkat tangan kat anak aku, tahu tak?! Kau jangan sesuka hati nak angkat tangan kau macam sampah ni dekat anak aku."

"Oh, sebab kau tak pernah angkat tangan, anak kau jadi kurang ajar?" Laju Mak cik Halia atau nama sebenarnya Melur membidas dengan amarahnya.

"Dia kurang ajar dengan orang macam kau je. Kalau kau tak kurang ajar dari dulu lagi, dia tak adanya nak kurang ajar dengan kau sekarang..."

"Ibu dengan anak... Sama! Kurang ajar! Dua-dua jalang!"

Tindakan spontan Mak cik Halia yang tidak pernah terjangka dalam situasi hening ini adalah menolak Puan Hawa begitu kasar. Alhamdulillah, tetapi Hazwini terlebih dahulu menahan tubuh ibunya dari terjatuh di atas tanah.

"Aduh, mak cik ni... Cubalah bawa bersabar sikit. Haih, tak cukup nak lempang saya nak tolak-tolak ibu saya pula. Kami berdua ni bukannya tiang elektrik tau. Tiang elektrik tu kat situ. Haaa," jari telunjuk Hazwini menunjuk dimana terletak sebenarnya keberadaan tiang elektrik yang sepatutnya menjadi habuan Makcik Halia waktu ini. Dia tahu lawaknya yang tidak lawak dan hambar itu lagi mendatangkan kemarahan wanita tua dihadapannya ini. Saja. Nak marah-marah pun, lagi mendatangkan kedut di muka adalah! Kau nak muka kau kedut sebelum umur 30? Nak?

Puan Hawa yang mendengar anak gadisnya membuat jenaka itu terus menyenggol bahu anaknya. Dia membuat isyarat mata kepada Hazwini supaya lebih serius.

"Daripada aku lempang dan tolak tiang elektrik tu baik aku buat kat kau orang berdua ni. Puas hati aku! Mati terus pun tak apa."

Hazwini mencebik. Sudah terduganya didalam benaknya wanita tua dihadapannya ini menjawab jenaka hambarnya tadi.

"Apa yang bising-bising ni?" Kemunculan Imam Salleh secara tiba-tiba menyebabkan mereka yang lain tergamam seketika. Mengejutkan lagi pemuda kacak yang tidak dikenali turut serta di sisi Imam Salleh.

Halah... Siapa lagi? Mamat kutip hutang tu lah!

"Ni ha, bang Imam. Hawa dengan anak betina dia ni... Tak habis-habis nak sakitkan hati saya. Apalah dosa aku dengan dia orang berdua ni?"

Hazwini menepuk dahinya perlahan. Boleh kau tanya dosa kau sendiri sedangkan kau dah tahu apa dosa kau buat? Ah, mungkin dia tak sedar lagi... Sabar Wini, sabar.

"Sudah-sudah lah Melur, Tipah... Dah bertahun-tahun kau memburukkan Hawa dan keluarga dia. Tak takut azab ke? Bukan azab dalam kubur dan akhirat je, nak mati nanti pun dah cukup terazab lagi-lagi apa kau dan kawan-kawan kau dah buat. Nak mati ni bukan tunggu tua dan sakit, bila-bila je Allah boleh suruh Malaikat Izrail tarik nyawa kau. Belum terlambat lagi nak bertaubat nasuha dan minta maaf, Melur." Nasihat Imam Salleh. Walaupun dah berkali-kali nasihat telah diberikan, masih tidak lagi berubah. Agaknya tunggu ajal sampai baru kelam kabut hendak meminta maaf?

Makcik Halia dan Makcik Lengkuas diam. Mungkin dalam diam, mereka berdua sudah panas hati apabila Puan Hawa ditolong oleh Imam Salleh sekaligus mendengar ceramah tak terbayar.

"Tipah, jom lah balik. Panas pula aku."

Makcik Lengkuas menurut tatkala Makcik Halia mengajaknya untuk pulang ke rumah.

"Ceh, kalau dah panas bawa-bawalah pergi berwuduk. Mana tahu jin atau syaitan kat keliling makcik itu berambus." Entah datang dari mana Haziq Raiyyan selamba berkata sambil tangannya memegang secawan plastik polistrena berisi teh tarik. Selamba dibuatnya lagi diminum dengan senang hati.

"Hati aku ni panas macam neraka tau tak?!"

"Pernah masuk neraka ke? Wah, cuba cerita sikit. Nak tahu juga..." sakan Haziq Raiyyan mengusik. Tidak endah dengan cubitan ibunya yang menyengat pada lengan kirinya.

Mak cik Halia sudah berangin maka dia dengan Mak cik Lengkuas terus membuka langkah untuk beredar.

"Nanti kejap!"

Hazwini terkesima apabila satu suara garau asli yang sudah lama tidak didengarnya itu kedengaran.

Suara garau itu menyebabkan langkah Mak cik Halia dan Mak cik Lengkuas terhenti.

"Kau ni siapa pula? Jangan cakap kau ni pemilik kereta mewah yang kat depan rumah jalang tu?" Mak cik Lengkuas bersuara. Dari pandangannya melihat pemuda itu dia sudah agak pemuda itu adalah pemilik kereta mewah itu. Lihat sajalah mukanya yang tidak pernah wujud didalam kampung ini.

"Saya? Tak perlulah makcik tahu. Saya cuma nak cakap. Bukan hanya sekadar cakap tetapi memberi informasi. Mungkin yang bakal saya katakan ini mungkin membuat makcik dan makcik terasa sikit. Oh bukan sikit, tapi boleh tahan banyak juga," ujar Airil Adryan dengan serius. Walaupun ayat terakhir itu hendak membuat dia tergelak. Tetapi dia terpaksa menahan ia dari meletus.

"Tahukah makcik dan makcik... Maaf, saya tidak tahu nama. Okey, sambung balik... Mengumpat, menghina, membawang atau seangkatannya ibarat memakan daging saudara sendiri? Tak guna kalau asyik keluar masuk surau, masjid tapi masih buat dosa... Nak buat dosa ni bukan tunggu berzina sahaja. Macam-macam perkara yang senang boleh dijadikan dosa. Contohnya mengumpat, salah satu dosa terbesar paling Allah s.w.t benci selain syirik dan zina. Makcik dan makcik saya pun tahu mana yang dosa dan haram. Tidak perlu dimbimbangkan, saya sendiri serta Haziq akan teman saya tidur disurau ini untuk mengelakkan fitnah. Insya- Allah, esok juga saya keluar dari kampung ni."Panjang lebar Airil Adryan membuka taskirah secara percuma pada jam yang menunjukkan pukul sepuluh suku.

"Lagi satu, dosa mengumpat ni tak macam dosa-dosa lain yang boleh Allah terima taubatnya serta diampun. Ia perlu orang yang diumpatnya memaafkannya dahulu barulah Allah SWT mengampunkan semua khilafnya." tambahnya lagi.

"Betul tu. Aku pun pernah cakap kat kau dulu. Kiah, Kinah dan Siti pun aku ada cakap juga."

Orang yang dimaksudkan oleh Imam Salleh ialah Makcik bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup yang tidak ada pada malam ini.

Mak cik halia dan Mak cik lengkuas terus beredar tanpa membalas apa-apa.

"Betul ke kamu dengan Haziq nak tidur dalam surau malam ni?" soal Puan Hawa. Hazwini pula sempat minum teh tarik kerana haus sekian lama mendengar lelaki itu berceramah.

Airil Adryan tidak menjawab hanya mengukir sebuah senyuman nipis sahaja.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kereta berjenama Porsche 718 diletak elok berhadapan sebuah gudang lama. Selesai keretanya dikunci, Mia Qistina mengatur langkah dengan bergaya memasuki gudang tersebut.

"Gila kau Mia, dalam tempat semak pun sempat lagi kau nak bergaya," ejek seorang lelaki botak kepada Mia.

Mia hanya menjuling matanya ke atas. "Lantak aku lah.. aku nak bergaya ke apa ke. Yang kau tu sibuk apahal? Kau curi tulang ke apa? Tak ada kerja ke?"

"Memang ada kerja pun... Kerja aku sambut kedatangan kau la! Bapak kau suruh. Kalau bapak kau tak suruh, dah lama aku blah,"

"Orang tua tu mana?" Tanya Mia dengan kasar. Malas dia ingin bergaduh dengan lelaki suruhan ayahnya. Tak ada class dia nak cakap orang bawahan ayahnya itu.

"Ikut aku!" Mia hanya mengekori lelaki itu.

Kemudian Mia sampai tempat yang di bawa oleh lelaki itu. Kali ini tempat ni lebih bersih berbanding tempat yang tadi.

"Bapak kau kat dalam," katanya sebelum meninggalkan Mia di situ

Mia menghampiri mendekati ayahnya yang sedang meneliti sesuatu dokumen.

"Datang pun kau..."

"Ayah nak apa suruh Mia datang sini? Seriously, ni markas ayah selama ni? Tak macam dulu..." tidak sempat Mia menghabiskan katanya Kamal terlebih dahulu menyampuk.

"Kau jangan banyak soal. Tempat ni jugalah aku bagi kau makan tahu tak?!" Jerkah Kamal kepada anak perempuannya.

Mia tersentak seketika dengan jerkahan ayahnya. Tak lama kemudian dia ketawa sinis. Dia dengan ayahnya bukan seerat macam anak-anak yang lain. Dia mula tidak sebulu dengan ayah semenjak kematian ibunya, Suriani. Kematian ibunya berpunca daripada ayahnya. Sungguh dia benci lelaki dihadapannya itu. Hanya semata-mata berdendam seseorang yang telah merampas kebahagiannya sanggup membuat ibu dan dirinya seperti sampah.

"Duit haram bolehlah cakap macam tu." sindir Mia sambil memeluk tubuh.

"Kurang ajar kau!"

"Lepaslah sakit! Hei kau yang ajar aku jadi kurang ajar!!! Cukup-cukup kau nak dagang aku dekat Thailand lepastu kau nak jadi aku pelacur! Kau memang tak layak nak jadi ayah! Apatah lagi nak jadi suami! " Jerit Mia sepuas hatinya. Rambut blonde paras bahu miliknya di tarik kuat oleh Kamal sehingga dia meringis kesakitan.

Dengan amarah semakin membuak-buak, Kamal menumbuk muka Mia dengan kuat. "Memang sepatutnya dari dulu aku bunuh kau sekali dengan mak kau yang tak guna tu! Dua-dua tak boleh pakai. Hidup pula menyusahkan aku je." Kata Kamal masih lagi mencengkam rambut anaknya.

Terumbang-ambing badan Mia tika ini. Sekejap dia hempas di lantai simen. Kemudian dia hempas di dinding. Sakitnya Allah yang tahu.

"Sakit...Ayah..tolong lepaskan.." rintih Mia.
Kamal melepaskan cengkamannya.

"Aku nak kau berhenti menyamar jadi pelajar dekat USM tu. Sebab pihak atasan tengah mula siasat kau. Jadi aku nak kau keluar dari situ," ujar Kamal setelah amarahnya kian reda.

Mia mengangguk. Tidak sanggup dia hendak membantah. Tidak fasal-fasal dia menjadi mangsa pukulan ayahnya lagi sekali.

"Bila kau keluar dari situ jangan lupa kerja kau. Kau perlu tengok budak tu... Ada info baru jangan lupa bagi tahu aku.. Dah, sekarang ni kau berambus dari sini!"

Badannya yang masih rasa sisa kesakitan terpaksa gagah untuk bangun. Perlahan-lahan dia mengorak langkah keluar dari tempat ini.

Continue Reading

You'll Also Like

934K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
651K 24.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
1.8M 61.6K 47
1st story β™₯️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...