(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

Door Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... Meer

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
Bab 59
SPECIAL CHAPTER

Bab 35

8K 275 39
Door Reyshaaziz

Aku termenung menghadap laut yang terbentang luas. Kedengaran anak anak kecil berlari riang bermain di gigi air kawasan pantai. Dalam aku luka dek perpisahan yang terjadi ada juga sedikit senyuman yang menghiasi wajah mendung aku.

Sampai bila nak bersedih? Suami aku bukan pergi berpoya poya. Dia kesana untuk tugasan. Ini ujian yang patut aku terima dengan hati yang terbuka.

Aku pandang telefon bimbit di tangan. Kosong tanpa pesanan ataupun panggilan dari Ray mahupun orang lain. Hanya bar coverage line je yang tergedik gedik bergerak kiri dan kanan. Teman setia aku semenjak dua menjak ini.

Rasa sunyi gila selepas kepergian Ray. Dulu sunyi juga tapi tak terasa sangat sebab semuanya terisi dengan pelbagai aktiviti. Aku sibuk dengan kelas. Sekarang aku hanya mampu krik krik memandang telefon yang sunyi tanpa bunyian.

Aku mengeluh berat. Hai begini teruk rupanya bila kena tinggal dengan suami.

Aku buka call enteries dari Ray. Termasuk bulan ni dah 3 bulan tanpa sebarang panggilan dari Ray. Aku call tak berangkat. Mesej dan chat tak di balas. Usahkan email lagi lah tak ada respond nya. Dalam aku berfikir positif ada juga negatif nya.

Apa Ray Idhlan kesayangan aku dalam keadaan baik?

Sihat kah dia?

Jangan jangan dia dalam musibah?

Kena tangkap dek penjahat? Mafia? Sharpshooter? Kidnappers?

Atau? Atau? Atau?

"Ahhhh!!!"

Aku terjerit perlahan. Kenapa benda benda macam ni kena membelenggu fikiran aku?

"Kau kena fikir positif Maira. Insyaallah Ray tak ada apa apa. Tak ada apalah. Ray sihat je."

Aku tarik nafas sedalamnya sebelum aku hembus kuat kuat. Rasa lega sedikit. Aku senyum lebar menampakkan gigi yang aku kira kalau Fazura atau Zahirah Macwilson tengok diaorang akan undur diri dari jadi model iklan gigi.

Gigi aku kalau sebatu orang tengok pun dah rasa silau. Putih dia memancor. Perahsantan!

Sah aku dah mereng sebab suka fikir benda merapu macam ni.

"Weiiii! Ok tak ni?"

Atalia tepuk bahu aku kuat. Berlapis kerutan pada dahi dia yang licin. Pelik agaknya bila aku dok terangguk angguk sendiri dari tadi.

Orang tua tua kata kalau dahi licin tanpa garis itu tandanya gadis itu masih suci dan tak pernah di sentuh oleh sesiapa lagi.

Habis tu dahi aku yang berkerut tanpa garis ni macam mana? Ray dah sentuh aku pagi petang siang malam senja pun onzzz lagi. Dahi masih tak ada garis pun.

Sah petua dan tips tu tak boleh pakai. Nilai kesucian wanita bukannya pada dahi seorang gadis. Bukan juga pada berapa garis yang timbul pada dahinya. Ianya pada nilai dia menjaga kehormatan diri, akhlak dan tingkah laku.

Itulah sebabnya aku sekarang memilih untuk mula berhijab. Menutup rambut panjang aku hanya untuk tatapan Ray Idhlan. Itupun kalau dia pulang nanti. Aurat aku hanya pada Ray Idhlan.

Alhamdulillah. Allah hadirkan aku hidayah sesudah seminggu pemergian Ray kesana. Aku bermimpi yang Ray belikan aku sehelai Shawl satin silk yang sangat cantik kainnya. Indah sekali dengan cetakan motif bungaan orkid berwarna peach yang cantik menghiasi hujung shawl tersebut. Paling aku suka material dia. Lembut dan mewah sangat bila aku sentuh.

Dalam mimpi aku tu juga aku dapat lihat Ray tersenyum manis memandang aku yang agak teruja dengan hadiahnya.

Pasal mimpi aku ini tak pernah aku ceritakan pada Ray setiap kali dia call. Dan dia pun masih belum tahu yang aku sudah bertudung. Aku berhajat untuk buat kejutan bila dia dah balik nanti. Bagi dia rasa terharu sikit.

"Weiii.. Melamun lagi. Aku selam jugak minah ni dalam laut tu karang."

Atalia duduk rapat di sisi. Sempat dia cubit hujung pinggang aku sampaikan aku mengaduh kecil. Tak padan dengan bertudung. Perangai macam mafia. Ye, Atalia juga ikut bertudung macam aku. Katanya hidayah dia timbul bila dia lihat aku cantik bertudung. Nampak cantik, manis dan rasa macam selamat gitu.

Itulah nikmatnya menjaga aurat. Kita akan rasa terjaga. Selamat dari mata mata nakal. Fitnah dan hasad dengki orang ramai. Bila dah bertudung ni aku dah tak susah susah fikir nak buat rambut style apa. Nak Keringkan berapa lama. Cukup sahaja jaga sebaiknya dengan rangkaian penjagaan shampu dan serum rambut yang sesuai. Rambut aku pun dah nampak makin sihat dan bermaya. Mungkin sebab dah kurang terdedah pada cuaca panas.

Senang cerita sebab dah ada cover.

"Ermm.. Aku teringatkan Ray lah. Macam mana agaknya dia sekarang. Rindu mengebu gebu ni."

Aku tunduk menguis pasir pantai dengan ranting kayu yang aku pungut di depan rumah ma tadi.

Aku lorek huruf membentuk nama Ray. Sambil bibir terukir senyuman manis.

Auchh Ray yang beku. Tetap macho di mata aku. Tu belum lagi tengok dia masa tidur. Comel sangat. Tidur penuh tertib tak berdengkur bak guruh menghentam bomi macam si angah. Dada dia hanya  berombak tenang. Mata dengan bulu mata yang lebat itu walau tertutup tetap nampak tajam dan menawannya.

Ya tohan, hari demi hari cinta aku pada Ray menggunung.

"Paksu ada call kau tak?"

Atalia gigit coklat bar yang dia rembat dari adik dia sebelum keluar dari rumah tadi. Umur dah macam mak mak orang tapi perangai masih belum 'pokk' bak kata orang kelantan. Dulu aku pun tak faham amenda yang pokk pokk ni. Rupanya maksud dia masih mentah, muda atau belum cukup matang.

Mati mati aku ingatkan isi getah skrap tu. Sebab dulu aku pernah dengar adik si Atalia panggil yang isi getah tu pokk.

" Ni dah masuk bulan ketiga tau dia menyepi. Ish. Aku risau lah. Aku rasa macam nak pergi sana."

Atalia tersedak. Makan coklat pun boleh tersedak ke? Aku hulur botol air mineral. Ada bagusnya aku ni beringat nak bawa botol air ke pantai tadi, bolehlah Atalia minum hilangkan rasa tercekik dia.

Dia minum air dengan gelojoh. Meleleh leleh hingga ke leher. Nasib beralas dengan tudung. Tak senonoh sungguh minah ni. Ini ke pompuan yang angah sukakan sangat tu? Aihh, rasa nak tepuk punggung sendiri. Aku juga match maker nya. Haha. Sesuai sangat dengan angah. Sama sama tak senonoh. Aih, mengumpat. Dalam hati tak apa kan?

"Kau biar betul?"

Dia masih dengan riak terkejut yang tak sudah sudah. Aku cakap nak pergi sana pun terkejut ke?

"Laa salah ke? Sambil menyelam aku minum air. Alang alang nak melawat Ray, aku nak lawat tempat best best kat sana. Aku dah lama aim kawasan Cappadocia tau. Teringin gila nak naik belon udara panas tu. Nak..."

"Aku ikut sama boleh?"

Atalia pamer wajah teruja atau lebih kepada mengharap yang aku akan setuju untuk dia ikut. Aku memang dah plan nak ajak dia pun. Sekalipun dia tak nak aku akan heret dia ikut sama. Tak dia, aku angkut je angah. Atau lagi best kalau kami bertiga pergi sama sama. Baru boleh aku  paw duit angah nanti.

Si pakcik tu duit bebanyak buat apa? Bini tak ada. Dengan Atalia pun masih dalam fasa kenal mengenal. Entah bila betul betul kenal. Dok dalam fasa kenal je dah berkurun.

Angah.. Angah.. Kalau Atalia tinggalkan kau baru kau tahu. Melepas dooo. Perempuan secantik Atalia dan rajin pulak tu memang rugi lah kalau di lepaskan. Tolak perangai dia kadang kadang yang tak senonoh tu dia memang perfect as a women.

"Kalau kau tak cakap nak ikut pun memang aku nak paksa kau ikut sama. Aku baru tengok pakej yang Airin share kelmarin. Memang tip top lah. Segala aktiviti, makan makan, tempat tinggal dan flight semua travel agency dia sediakan. Lagipun dia pun akan kesana juga bulan ini. Jadi part timer as tourist guide. Tambah tambah lagi travel agency tu milik abang dia, untunglah dia kan."

Aku senyum sambil menunjuk pakej yang tertera dalam telefon bimbit yang sempat aku minta dengan Airin semalam. Harga yang agak berbaloi. Tak terlalu mahal dan murah. Paling penting semua cukup. Tak perlu pening nak fikir macam macam. Hanya bawa duit untuk shopping dan duit poket.

Aku dah mula nampak masjid Hagia Sofia. Mesti cantik sangat bila dapat tengok depan mata. Masjid yang dulunya adalah gereja dengan seni bina unik itu membuatkan aku rasa agak teruja. Yela, Selama ini aku hanya tengok dari video atau gambar yang kawan kawan terdekat aku kongsi sahaja. Itu pun aku dah rasa macam nak melompat lompat suka.

Eh lupa... Angah pun pernah pergi sana. Nanti balik aku tanya dia lah pengalaman dia di sana. Nasib baik lah dah grad, boleh lah jalan jalan sepuasnya. Aku baru grad sebulan yang lepas. Sedihkan, terima segulung ijazah tanpa suami di sisi.

"Yes.. Aku setuju.. Bila kau nak transfer kat dia? Nanti aku transfer duit kat kau. Urusan visa dan passport semua macam mana?"

Atalia sambung mengunyah coklat bar tu lagi. Ni dah masuk bar yang kedua. Katanya nak diet dengan makan coklat bar bijiran. Diet apanya kalau hari ini pun dah baham dekat 4 ke 5 bijik dah. Sampai membebel bebel si adik. Siap dengan adegan tarik menarik rambut lagi.

Fuh dahsyat diaorang punya style gaduh. Ngilu urat rambut kepala aku. Tu baru aku yang menengoknya. Cuba aku yang kena? Mau aku nangis kesakitan. Belum sempat aku nak jawap soalan dia....

"Semalam bobo di mana.. Bobo sama siapa ngapain aja.. Yeahh. Se.. Se.. Se.. Malam bobo di mana. Bobo.. Boboo.."

Dahi aku berkerut maha hebat. Aku pandang Atalia. Atalia pandang aku. Lagu yang paling meluat aku dengar berkumandang hebat pada pancaindera pendengran aku. Siap di rap kan lagi lagu tu. Masyaallah! Siapa lah punya penangan ni.

Aku belek telefon di tangan. Aih! Tak ada siapa pun yang call. Asal bunyi macam nada dering telefon? Lain macam pulak rentaknya. Gila ke aku nak taruk sebagai ringtone dengan lagu entah apa apa ni.

Atalia seluk poket seluarnya. Membuntang luas mata anak sedara merangkap kawan baik aku itu. Sebelum telefon dalam gengaman dia gesek ikon menerima panggilan sempatlah juga aku dengar dia menyumpah seranah.

Aku dari tadi dok menahan ketawa yang aku rasa urat perut pun boleh kecut.

Ini memang sukar di ramal. Telefon Atalia ringtone call guna lagu 'Bobo Dimana'. Lagu duet usahawan terkenal Dato' Alif Syukri, Sajat dan Lucinta Luna selebriti dari Indonesia. Itupun dah berubah hampir lima puluh darjah dah sebab lagu asal di gubah menjadi versi lagu rap.

Ayoyooo! Siapalah yang kreatif gila ni.

"Ha a. Ye.. Ye.. Ok.."

Sepatah sepatah sahaja Atalia menjawab panggilan dari orang sebelah sana. Samaada dia berlagak formal atau dia sedang bengang gila dengan malaun yang menukar ringtone telefon dia itu pun aku tak tahu. Aku hanya mampu tahan ketawa yang tersisa. Nak bantai gelak kuat kuat, Atalia dah jeling marah. So, hendak tak hendak aku tahankan sahaja.

Aku dah dapat jangka kejap lagi akan ada perang bakal meletus. Sediakan pedang macam dalam cerita Stars wars tu ye semua. Kita main libas kiri dan kanan.

Aku tengok Atalia mengetap bibir dia kuat kuat.

Usai sahaja panggilan di tamatkan. Atalia bingkas bangun dari batang pokok Rhu tumbang yang kami duduk.

"Arrayyan!!!!!"

Lima oktaf jeritan nyaring dari mulut Atalia kedengaran amat amat menyakitkan. Secara automatiknya aku tertekup kedua dua belah telinga. Janganlah sistem pendengaran aku trauma dek jeritan kuat si Atalia ni.

Kedua belah tangan Atalia cekakkan di pinggang rampingnya. Kelihatan remaja lelaki yang di seru namanya hanya bungkam berdiri sehingga bola tampar yang dia dah siap sedia untuk dilantun sekuat tenaga terlucut dari tangan.

Jeritan kuat Atalia boleh tahan kuat juga bunyinya. Sampaikan bebudak lelaki yang sedang bermain bola tampar itu semua senyap sendiri. Gerun dengan jeritan yang membingitkan telinga masing masing. Arrayyan terkedu.

" Kau Rayyan mari sini kau.."

Atalia berjalan laju menuju ke arah Arrayan. Aku hanya duduk menanti babak babak aksi yang bakal di persembahkan oleh Atalia. Kalau ada popcorn ni baru onzzz. Bila lagi nak tengok Atalia mengamuk macam tu.

"Aaaapaaa kak."

Arrayan berdiri statik menghadap kakaknya yang sedang menyinga. Mata di kerling sekejap pada kawan kawan yang diam.

"Kau tanya aku apa? Kau kan yang tukar nada ringtone aku pada lagu yang entah apa apa tu."

Atalia memandang tajam pada Arrayyan. Aku hanya senyum dan melambai sedikit pada Arrayyan yang memandang aku sekilas. Haih bertemu buku dengan ruas bebudak ni. Dah tua bangka pun perangai macam kanak kanak.

" Bila pulak aku buat. Handphone kau, mesti kau yang set kan. Asal nak marah aku."

Arrayyan membuang pandang ke laut. Barangkali takut nak bertentang mata dengan kakak dia yang sudah serupa 'The Big Hulk'.

Atalia mendengus geram. Aku yang menonton ni pun terkekeh kekeh gelak. Macam manalah si kawan kawan Arrayyan tu boleh tahan gelak ye.

"Haaa, menjawab menjawab.. Aku tahu ini mesti kau yang punya pasal. Tak ada orang lain yang nak buat macam tu dah kalau bukan kau. Ikutkan hati aku, aku selam selam kau dalam air laut tu."

Arrayyan senyum sinis. Mungkin Atalia lupa agaknya yang dia tu cinonet je orangnya ada hati nak selam si Arrayyan. Atalia.. Macam macamlah kau ni.

" Amboi amboi cakap tak pandang diri sendiri. Sebelum niat kau terlaksana untuk selam aku, aku yang selam kau dulu kat sini. Yang kau marah sangat pasal ringtone tu apasal? Apa bunyinya."

Arrayyan lempar bola yang berada di tangannya pada seorang rakan di hadapan dia.

" Apa kau tanya... Lagu... "

Belum sempat Atalia nak jawab handphone dia sekali lagi berdering..

" Semalam bobo di mana.. Bobo sama siapa ngapain aja.. Yeahh. Se.. Se.. Se.. Malam bobo di mana. Bobo.. Boboo.."

Sekali lagi aku gelak bagai nak di rasuk. Geli hati. Bukan aku je yang gelak dek lagu dari handphone Atalia. Kawan kawan Arrayyan pun sama. Lucu sangat bunyinya bila lagu macam tu di rap kan. Arrayyan dengan gelak yang tertahan di bibir hanya memandang sekilas kakaknya.

"Eeee, kau ni kan..."

Atalia cuba nak tarik telinga Arrayyan. Tapi budak tu lagi cerdik. Dia dah lari dahulu sebelum sempat telinga dia di piat piat oleh tangan Atalia.

Maka berlari larilah mereka berdua sambil di selang selikan teriakan geram Atalia dan gelakkan dari kami yang berada di pantai.

'Terima kasih Ray untuk keluarga yang besar ini. Sedih saya terubat'

Ye, aku bahagia walau dalam duka merindui suami yang jauh di mata.

Halah halah Ray dah pergi tinggalkan Maira. Siapa yang dah tahu bab seterusnya zip mulut k.

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

331K 14.6K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
69.9K 6.1K 52
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
1.1M 38.9K 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni...