revenge ; parkseonghwa

Av geumvengers-

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... Mer

intro
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

twenty six

1.2K 169 94
Av geumvengers-

"bak sini remote tu" pinta seonghwa. tangannya sahaja dihulurkan walaupun matanya langsung tidak menoleh memandang si isteri di sebelah dengan jarak 1 meter.

lambat lambat, seohee hulurkan juga remote dengan matanya yang tak dialihkan dari wajah seonghwa. sempat dia berdecit, lama juga marah seonghwa ni. malas nak bising bising, seohee bangkit dari duduknya dengan diam lalu dia melangkah ke laci berdekatan pintu. laci dibuka lantas sesuatu diambil di dalamnya.

"saya pinjam kereta awak dah alang alang awak pun tak boleh drive dah kan. saya tak minta kebenaran awak, saya cuma nak bagitahu awak yang saya nak keluar" beritahu seohee sambil menunjukkan kunci kereta seonghwa. tanpa menunggu balasan daripada seonghwa, dia terus menyarungkan kasutnya dan keluar.

seonghwa yang tadinya berniat taknak melayan seohee terus terkedu. tak menyangka yang tindakannya itu mampu membuatkan seohee keluar tanpa meminta kebenarannya seperti tu. sudahla keluar tak menunggu respon seonghwa.

"tch keluar nak jumpa jantan jantan tu la tu" lagi sekali, akhirnya tanggapan buruk juga yang melekat dalam kepala seonghwa.

weh, ni kalau seohee dengar ni, memang berlaku perang dunia ketiga la.

-

"tolong hias cantik cantik sikit eh. eh tak tak, cantik cantik banyak tau. saya nak suprisekan suami saya ni" sempat seohee tersengih sumbing kepada gadis di hadapannya. gadis itu menganggukkan kepalanya bersama senyuman kecil sebelum memulakan kerjanya.

seohee mengambil kesempatan untuk melihat barangan di dalam kedai itu. tengah khusyuk dia membelek barangan, tiba tiba telefon di dalam beg tangannya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. segera dia mengambil telefon dan melihat nama pemanggil sebelum mengangkat panggilan.

seonghwa cayunk💞
accept/decline

lambat lambat seohee mengangkat panggilan seonghwa. sengaja dia buat macam tu. biar seonghwa tu panas sikit.

"hm nak apa?" usai dia menekan ikon hijau, telefon diletakkan rapat ke telinga.

"pergi mana sampai tak reti nak balik?"

seohee mengerling jam di pergelangan tangannya. dahinya turut berkerut. rasanya dia baru keluar 2 jam lepas dan waktu pun tak malam lagi tapi seonghwa dah marah?

"saya dah kata tadikan yang saya keluar bukannya nak minta kebenaran awak, jadi saya rasa awak tak perlu nak tanya saya soalan bila saya nak balik"

"yang awak pinjam tu kereta saya! awak sedar tak?"

"yang awak nak marah saya pinjam kereta awak ni kenapa pula? awak dah boleh drive ke sampai tak bagi saya nak pinjam kejap? kalau saya naik teksi awak juga yang tak bagi, takkan saya nak call yeosang pula suruh jemput saya?"

"apa masalah awak ni hah?"

"patutnya saya yang tanya awak apa masalah awak nak kena soal saya macam macam. sebelum ni saya keluar rumah awak takdelah nak tanya macam macam. saya ni dah malas nak balas balik apa yang awak cakap. jangan risau, kereta awak tu elok je lagi. tak lama lagi saya balikla dengan kereta kesayangan awak tu"

tut!

terus seohee meletakkan panggilan. dia yang kononnya nak buat seonghwa panas tapi dia pula yang panas lebih. kenapa seonghwa jadi macam tu pula?

"puan—"

seohee berpaling apabila terasa dirinya dipanggil oleh pekerja tadi. lantas seohee mengukirkan senyuman kerana dapat dia merasakan yang gadis itu takut melihat dirinya bergaduh di dalam telefon tadi.

"dah siap? berapa?"

-

but kereta dibuka, lantas senyuman bangga terlakar di wajah seohee. adalah beberapa hadiah yang dia sudah sediakan untuk kejutkan seonghwa. tapi tu pun tak dapat nak jamin yang seonghwa akan terkejut. seohee mengeluh sekejap.

"takpelah, salah aku kan yang buat dia marah"

seohee menutup but kereta sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. yang penting, kunci kereta dia bawa masuk ke dalam. kotkot seonghwa nak marah dia pasal kereta ke kan.

kasut dibuka dan disusun di atas rak. nampaknya seonghwa masih berada di ruang tamu sambil menonton tv.

"ingatkan lupa dah jalan balik sini" sindir seonghwa. langkah seohee mati. dia cuba sabarkan hati, ya dia yang menyebabkan seonghwa jadi macam tu. kenalah bertanggungjawab.

"sebelum saya terlupa, ni kunci kereta awak. saya tak tahu sejak bila awak berkira sangat dengan saya tapi terima kasihla" seohee mendekati seonghwa lalu dia menghulurkan kunci kereta kepada seonghwa.

"saya tak suka awak bawak kereta saya untuk jumpa jantan lain tanpa saya"

seohee menghadiahkan pandangan pelik ke arah seonghwa. sungguh dia tak faham apa yang seonghwa katakan.

"apa benda yang awak merepek ni? jantan lain mana pula?"

"awak ingat saya tak tahu awak jumpa siapa tadi?"

seohee imbas semula sepanjang dia keluar berseorangan tadi. rasanya takde jumpa sesiapa pun cuma..

dia ada terserempak dengan chanyeol.

terus membesar anak mata seohee. seonghwa tayang sengih sinis.

"dah ingat dah jumpa siapa tadi? memandai nak bawak kereta orang jumpa laki lain. suami kat rumah ditinggalkan. kalau dah memang gatal memang macam tu ke?"

terkedu dibuatnya seohee. dia terkejut dengan kelancangan mulut seonghwa. sampai hati seonghwa fikir buruk buruk pasal dia!

"awak jangan nak tuduh saya benda bukan bukan eh! saya isteri awak tau!"

"aku takkan tuduh isteri aku bukan bukan kalau takde bukti la, seohee. hei, kau ingat aku ni tak bijak ke?" seonghwa mencampakkan telefonnya ke atas meja. sudahla gelaran sudah bertukar semula.

dapat dilihat oleh seohee gambarnya bersama chanyeol sedang bergelak ketawa di kedai hadiah tadi.

"macam ni sekali awak tak percayakan saya eh? buruk sangat ke saya kat mata awak sampai awak kena upah orang tengokkan saya pergi mana, buat apa semua tu? kalau betul awak nak balas dendam tentang apa yang saya dah buat kat awak sebelum ni, jangan tuduh saya curang dengan awak. saya tak pernah terniat sekali pun nak buat macam tu kat awak! awak tu yang tak tahu cerita yang sebenar, dah terus buat spekulasi sendiri. lepastu nak kata saya ni isteri yang tak berguna sedangkan awak tu yang langsung taknak percayakan saya! tolonglah seonghwa, saya penatlah nak dengar awak tuduh saya"

"suka hati awak nak cakap apa lagi dah, tapi kalau awak tak tahu cerita sebenar, tolong jangan sesekali nak tuduh saya curang belakang awak. sejahat jahat saya, seteruk mana pun saya, saya tak pernah berniat dan tak akan berniat untuk mencurangi awak faham tak?" dada seohee berombak kencang menahan rasa marah dan geramnya terhadap seonghwa. kaki laju diangkat menuju ke bilik yang digunakan dulu sebelum baik bersama seonghwa.

mula mula dia rasa yang seonghwa jadi macam tu sebab dia baru je pulih dari sakit. tapi masalahnya dah makin melampau pula cemburu seonghwa tu. sampai bertukar terus gelaran mereka!

ni dah terlupa terus tentang tujuannya untuk buat suprise kat seonghwa. mula mula nak suruh seonghwa ambik barang kat dalam but, tapi dah keadaan jadi macam ni, taknaklah dia.

"mulut keluar lain, hati kata lain heh" sempat lagi seonghwa memerli.

-

seohee berfikir fikir sama ada mahu keluar dari bilik atau tidak. teragak agak dia nak putar tombol pintu. tapi memikirkan perutnya yang lapar tu, kena la jugak keluar.

"eh lantak dia la nak cakap apa. ingat aku tak boleh makan ke"

seohee mengambil langkah mudah, kita keluar je dulu, kalau jumpa seonghwa kita jeling dia. yang penting perut kenyang.

keluar je, ngam ngam pula seonghwa pun baru keluar. step pertama, jeling dulu. lepastu seohee jalan je tanpa mempedulikan seonghwa. sampai dapur, dia cari nasi segera dan lauk yang disimpan di dalam peti sejuk.

nasi segera dimasukkan ke dalam microwave dan apabila dia berpusing, terasa terhenti degupan jantungnya sebaik sahaja dada bidang seonghwa betul betul berada di depan matanya. usai seonghwa mengambil sesuatu dari dalam kabinet di atas kepala seohee, dia sempat menjeling seohee.

perasan la tu aku nak peluk dia huh.

"tak payah nak tercegat lama sangat macam tu lah, seohee. mengada"

hilang terus lamunan seohee. sejak bila pula dia mengada? dia bersuara pun tidak, tiba tiba kena perli pula. perut dahla tengah lapar sangat, seonghwa nak cari gaduh ni dah kenapa?

seohee abaikan seonghwa dan sambung semula kerjanya tadi. terdengar sahaja bunyi microwave, dia bergerak laju ke situ. dia masak untuk dia sorang jela, seonghwa tu dia dah malas nak layan. kalau bagi makan pun macam tu juga mulutnya, baik pandai pandai dia la.

terkubur terus segala janji yang dia pernah taburkan sebelum ni untuk jaga seonghwa betul betul. puih!

"ingatkan dah taknak langsung keluar dari bilik tu. lain kali kenapa tak keluar je terus dari rumah ni?"

tangan seohee yang baru sahaja membuka pintu microwave terhenti. dia tarik nafas dalam dalam dan

bam!

akhirnya pintu microwave menjadi mangsa kemarahan seohee.

"ugh serabutlah macam ni!" terus sahaja seohee berlalu ke pintu utama dengan kakinya yang dihentak hentakkan. mujur telefon memang dibawa ke mana mana. takdelah dia kena naik ke atas dulu baru nak turun ke bawah.

"nak pergi mana tu?!" jerit seonghwa.

"baik saya berambus dari rumah ni kalau awak nak cari salah saya 24 jam. saya ingat hubungan kita dah baik, hwa. tapi sebab awak tak percayakan saya, semuanya jadi macam ni"

cliche gila weh hahagajag geli yang amat

Fortsett å les

You'll Also Like

7K 1.3K 23
apa nasib kau bila kena friendzone dengan kawan sendiri kerana tak memahami nya. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2021
Attention Av .

Fanfiction

1.3K 352 20
"I just need your time and attention," Start| 25/7/2023| End |25/7/2023|
4.8K 727 10
baca dulu Cold Husband kalau nak tahu apa yang terjadi dekat ff ni •^• "maafkan saya Jiyeon" Start:10/8/2020 End:12/8/2020
17.3K 2.3K 22
Kang Mina adalah seorang anak kepada manager YG ENTERTAINMENT. Dia juga tak lama lagi akan menggantikan tempat kerja appa nya. Atas alasan? Encik kan...