Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|41

30.9K 1.8K 128
By AizackMesle

Mungkin buat kali terakhir







⚜⚜⚜









PUAS dengan hasil kerjanya, ikatan pada tubuh Engku Raid dilepaskan. Tidak semena-mena tubuh lelaki itu rebah ke lantai. Dia benar-benar puas hati setelah berjaya menumbuk lelaki itu berkali-kali.

Bercangkung di hadapan Engku Raid, rambut lelaki itu dicengkam lalu didongakkan wajah lelaki itu supaya memandangnya. Darah merah yang mengalir melalui hidung dan bibir lelaki itu membuatkan dia ketawa kuat.

Pipi Engku Raid ditepuk berkali-kali. Meskipun sudah tidak larat, namun Engku Raid masih gagah membuka mata. Pandangannya berbalam-balam. Dia mencari Mawar.

"Mawar..." Lemah suaranya. Mata dia mulai merah. Tumbukan demi tumbukan yang dilayangkan ke wajahnya membuatkan dia tidak dapat menampung tubuh.

Dada mulai diasak resah. Ke mana perginya Tengku Fayyadh? Dia merengus dalam hati. Jika begini caranya, dia tak pasti jika dia mampu menyelamatkan Mawar atau tidak.

"Lepaskan suami aku! Anas tolonglah lepaskan dia!" Sedari tadi, Mawar jerit tanpa henti. Dada Anas ditumbuk kuat apabila lelaki itu menahan langkahnya daripada mendekati Engku Raid.

Air mata mengalir laju. Lencun habis wajah dia.

Assir berhenti ketawa. Mata melirik ke arah Mawar sejenak. Kening diangkat sebelah. Sepertinya ada sesuatu yang bermain di fikiran. Mungkin sesuatu yang akan menyenangkan dia.

"Let's make a deal." ujarnya tiba-tiba. Bibir memiring sinis.

"Aku akan lepaskan bini kau. Tapi-"

Jeda.

Dia sengaja ingin melihat reaksi Engku Raid yang kelihatan terdesak. Dia tahu, lelaki itu sanggup buat apa saja asalkan Mawar selamat. Ianya merupakan satu bonus kepada Assir kerana sudah mengetahui satu-satunya kelemahan lelaki itu.

"Aku nak kau serahkan semua harta kau, atas nama aku. Syarikat kau, rumah kau, segala harta kau. Letak atas nama aku. Termasuk harta bapak kau." Sambungnya.

Jatuh rahang Mawar mendengar permintaan Assir. Ianya bukan permintaan pun tetapi lebih kepada arahan sebenarnya. Dan Mawar tidak akan membenarkan semua itu terjadi.

"Tak Raid, jangan buat macam tu! Jangan dengar cakap orang tua gila ni!" jerit Mawar membuatkan pandangan Assir tajam memanah kepada gadis itu.

Berbahang seluruh badan Assir. Kaki dihayun laju ke arah Mawar. Lalu tanpa sebarang amaran, dia hayunkan tapak tangan ke wajah gadis itu. Terteleng wajah Mawar dibuatnya.

"Ja...jangan sentuh Mawar!" Engku Raid memejamkan mata. Berbekalkan sekelumit baki tenaga yang masih ada, dia cuba bangkit. Tangan dipautkan ke kerusi. Sesekali dia berdesis.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, perempuan!" Tangan Assir sekali lagi ingin dihayunkan ke wajah Mawar, namun Anas cepat-cepat menghalang.

Membuatkan Assir berdecit. "Kau bernasib baik sebab anak aku nakkan kau, perempuan bodoh!" jerkahnya tepat-tepat di depan muka Mawar.

Assir memalingkan wajah daripada Mawar. Kini bebola matanya mencari wajah lemah Engku Raid. Ternyata lelaki itu masih gagah berdiri dan ingin melangkah ke arahnya. Dia sikit pun tidak berganjak.

Sekadar mendepakan tangan, menunggu detik langkah Engku Raid berhenti di depannya.

"So macam mana? Menarik bukan-"

Buk!

"Si*l punya jantan!" Assir meludah kahak ke lantai apabila wajahnya ditumbuk tiba-tiba. Kepala lutut diangkat lalu dihayunkan ke perut Engku Raid. Tubuh lelaki itu terundur ke belakang.

Tidak semena-mena, Engku Raid terbatuk kuat. Makin banyak cairan merah darah yang keluar. Dada yang terasa sesak dipegang. Terasa payah nak bernafas. Dia memejamkan mata.

"Kau memang nak mati sekarang kan? Okey, aku akan tunaikan. Kamil, kau tahu apa tugas kau kan? Belasah dia cukup-cukup. Biar tinggal nyawa-nyawa ikan, baru kau bawa dia melutut di depan aku."

Lelaki bernama Kamil yang berdiri tegak tidak jauh dari situ mengangguk akur. Lalu mengarahkan rakan-rakannya yang lain untuk membelasah Engku Raid. Mungkin dalam 10 orang.

Masing-masing memegang kayu hoki dan kayu besbol di tangan. Tubuh Engku Raid dihentak ke dinding. Tak sempat lelaki itu nak bersedia, tubuhnya terlebih dahulu dipukul bertubi-tubi.

Dari kepala, dada, perut, dan berakhir di kaki. Semua wilayah tubuhnya tidak terkecuali, dipukul habis-habisan. Engku Raid hanya mampu melepaskan erangan kesakitan.

Buk!

Buk!

Buk!

"Berhenti! Anas suruh dia orang berhenti. Aku cakap berhentilah!" Mawar menjerit. Nafasnya mulai tidak teratur. Lengannya yang masih dicengkam oleh Anas cuba direntap.

Namun usahanya hanya sia-sia apabila Anas melingkarkan tangan ke lehernya. Lelaki itu menarik sengihan sinis apabila pandangan bersambung dengan Assir.

Tubuh Mawar dipeluk sepuasnya. Sudah lama dia mengimpikan saat ini. Saat Mawar akan menjadi hak mutlaknya tidak lama lagi. Tepat apabila Engku Raid menghembuskan nafas terakhir.

"Mawar, Mawar...kau menangis untuk jantan tu tak ada guna pun. Kau perlu terima hakikat yang takdir kita dah tertulis. Kau anggap saja jantan tu sekadar pengganggu kebahagiaan-arkk bodoh!"

Anas terus melepaskan tubuh Mawar apabila lengannya tiba-tiba digigit. Bukan gigitan manja tetapi gigitan yang maha kuat. Lengannya dilibas-libas ke udara.

Mawar menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus panjang. Langkah terus diatur ke arah Engku Raid tanpa berfikir dua kali. Tubuh lelaki-lelaki yang mengepung suaminya, ditolak kasar.

Lalu dia terus memeluk tubuh Engku Raid. Menghalang lelaki itu daripada terus dipukul. Bibir digigit kuat apabila melihat keadaan suaminya yang sudah separuh sedar.

"Awak...jangan tinggalkan saya..."

"Pergi Mawar, lari dari sini. Tinggalkan aku...erghh!"

Orang-orang suruhan Assir tadi menghentikan pukulan apabila mendapat arahan daripada Assir. Mereka masing-masing berdiri tegak kembali. Sekadar merenung pasangan suami isteri malang itu dengan renungan kosong. Tidak berperasaan.

"Aku tanya kau lagi sekali, kau setuju atau tidak?" Assir melangkah ke arah pasangan suami isteri itu. Puntung rokok yang terselit di celahan bibir tuanya disedut dalam lalu dihembus.

Engku Raid tidak menjawab, sebaliknya dia menarik tubuh Mawar ke dalam dakapan. Tiada sekelumit rasa gentar pun apabila berhadapan dengan Assir. Lelaki tua itu bukan kuat mana pun sebenarnya.

Nampak kuat hanya kerana ada senjata. Uish, macam Yahudi.

"Jangan harap aku akan dengar cakap kau, orang tua. Kau tu yang bodoh! Kau tamak." balas Engku Raid berani.

Meskipun dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan, tapi selagi masih bernyawa, dia akan berusaha mempertahankan Mawar sehabis baik.

"Tch. Degil kau kan? Okey takpalah. Offer tu aku tutup. Kau nak mati kan? Sini bini kau tu, biar aku mampuskan sama-sama. Baru bahagia sampai ke jannah kan? Sini." Tangan Mawar ditarik supaya berdiri.

Melihatkan rontaan Mawar yang semakin lemah, dia ukir senyuman sinis. Belakang kepala Mawar, dia hentak menggunakan siku. Membuatkan Mawar tidak mampu bertahan lama dan rebah ke lantai.

Buntang mata Engku Raid. "Aku dah cakap jangan sentuh bini aku!"

Assir ketawa saja. Dia mengarah Kamil supaya membelasah Engku Raid kembali. Dan seperti arahannya tadi, lelaki itu hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Mungkin ada masa beberapa jam daripada sekarang?

Buk!

Buk!

"Papa-"

"Diam kau Anas. Jangan nak mengajar aku. Kau patut bersyukur aku masih benarkan kau ambil perempuan tu." Assir mendengus. Menjeling sekilas Anas, dia kuis kaki Mawar yang sudah tidak sedarkan diri itu.

"Bos! Ada polis dah kepung dekat luar." Salah seorang orang suruhan Assir yang diarahkan untuk berjaga di depan, mula menjerit ketakutan.

Assir mengetap rahang. "Kau bawa polis juga huh? Bodoh! Aku nak kau bakar tempat ni! Cepat!"




























Tit...tit...tit

DI pucuk sunyi, ada alat patient monitor yang berbunyi tanpa henti. Di luar bangunan, titisan hujan bergegas turun mencurah turun ke lantai bumi. Awan cerah menyelinap di sebalik awan gelap yang berganti.

Bibir membuang keluh. Jemari disulamkan sesama sendiri. Kaki dihentak-hentak perlahan ke lantai. Menahan antara rasa resah, risau dan seangkatan dengannya.

Kalaulah dia tidak lambat bertindak, pasti semua ini tidak akan terjadi. Berkemungkinan Engku Raid dan Mawar akan pulang dengan selamat. Tetapi dek kerana dia tertangkap oleh salah seorang orang suruhan Assir, dia terpaksa melepaskan diri daripada lelaki itu dulu.

Mujur saja sekarang ini Assir serta konco-konconya yang lain sudah berjaya diberkas oleh pihak polis. Anas juga turut akan diheret ke muka pengadilan atas tuduhan bersubahat dan pembunuhan ke atas Anna.

Itulah hukum yang selayaknya untuk manusia-manusia keji seperti itu. Masih belum selayaknya. Tetapi cukuplah itu balasan mereka di atas muka bumi ini. Selebihnya, kirim salam di akhirat nanti.

"Mawar tak sedar lagi?" Kepala dihalakan ke sisi seraya menggeleng. Engku Haris yang melihat hanya mampu senyum pahit.

Sudah dua hari kejadian itu berlalu. Syukur tiada kecederaan teruk terjadi kepada Mawar. Tetapi Engku Raid...lelaki itu masih ditahan di wad ICU. Keadaan lelaki itu amat menyedihkan.

"Kau baliklah dulu. Mawar dengan Raid, aku boleh tengokkan. Uncle Raihan dengan aunty Naima pun dah balik. Ni kejap lagi mungkin uncle Qash datang nak jenguk Mawar sekejap." Kata Engku Haris tanpa dipinta.

Bahu Tengku Fayyadh ditepuk beberapa kali. "Kau jangan risau. Insya-Allah Mawar tak apa-apa. Tapi Raid, aku tak pasti. Kita hanya mampu berserah kepada Allah."

Tengku Fayyadh memejamkan mata. "Kalau aku cepat-cepat bertindak, mesti semua ni takkan terjadi." keluhnya. Wajah ditunduk menekur jemari di atas paha. Ada rasa bersalah menghimpit hati.

"Kau perlu percaya Qada dan Qadar. Semua yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. Orang kata apa tu? Haa, pasti ada pelangi selepas hujan." seloroh Engku Haris membuatkan sudut bibir Tengku Fayyadh senget sedikit.

Lelaki itu menggeleng kepala lalu melipat tangan ke dada. Wajah tenang Mawar direnung lama. Dia jatuh kasihan kepada Engku Raid dan Mawar. Satu persatu dugaan datang.

Baru nak melakar bahagia, ada dugaan yang menconteng tanpa diduga.

"Tadi doktor dah check kandungan Mawar kan?"

Engku Haris mengangguk. "Dah, syukur anak dia orang kuat betul. Sihat bukan main. Tak sabar nak keluar agaknya."

"Kuat macam Raid dan Mawar..." Tengku Fayyadh senyum nipis.

Seketika kening Engku Haris berkerut apabila telefonnya berdering. Kening diangkat sebelah. Menjawab panggilan tersebut, bibir digigit resah. Dia bangkit daripada kerusi lalu melangkah ke satu arah.

Buntang matanya apabila mendapat panggilan daripada pihak wad ICU. Dia pandang Tengku Fayyadh sekilas sebelum berlari keluar. Meskipun dia bukan doktor bahagian itu, dia tetap akan mendapat maklumat terkini mengenai Engku Raid. Memandangkan lelaki itu merupakan ahli keluarganya.

Mereka memberitahu bahawa corak rentak jantung pada alat patient monitor Engku Raid tiba-tiba tak normal. Dia sudah berdoa dalam hati agar tiada apa-apa yang berlaku kepada sepupunya.






















3 bab lagi-stay tuned! Sikit lagi ni, harap bersabar. Dan selamat berlockdown.

Mungkin ada surprise lepas ni, haha tak tahu tak tahu.

Continue Reading

You'll Also Like

574K 27.8K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
307K 18.7K 53
♔︎𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐝𝐨𝐞𝐬𝐧'𝐭 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐞𝐧𝐝 𝐰𝐞𝐥𝐥, 𝐛𝐞𝐚𝐬𝐭𝐢𝐞♔︎ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...
11K 420 57
"Don't be too confident, Zaryan. I'll never love you". -Evelyn Daisy "Fiore, my fiore. You can't deny your feelings towards me when your actons say o...
114K 3.6K 61
cover by : @nursaidatull "Kau hanya milik aku , dan aku punya , sehingga Allah memisahkan kita berdua , sayang ." • Cinta Obses yang mengekalkan mer...