(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

By Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... More

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
Bab 59
SPECIAL CHAPTER

Bab 30

9.6K 291 13
By Reyshaaziz

Aku menggeliat kecil di atas katil. Tangan mengagau tubuh di sebelah. Eh, tak ada? Kemana pulak perginya. Aku bingkas duduk di atas katil. Rambut yang mengurai ke dahi aku selitkan ke telinga. Tangan kanan aku tekapkan dengan selimut ke dada. Menutup dada yang agak terdedah.

Aku pandang ke lantai bilik. Pakaian aku yang semalam berteraburan di situ. Tergaris senyuman manis di bibir aku. Masih malu untuk mengingati adegan malam tadi. Hai seminggu kawin masih malu lagi ke? Ni soalan sendiri tanya sendiri jawab ke? Aku senyum malu.

Aku tercari cari kelibat Ray. Belakang badan yang terdedah dengan hanya bertuala pada paras pinggang di balkoni bilik aku amati. Kelihatan dia sedang bercakap di telefon. Serius sekali mukanya. Entah apa yang di bualnya. Pasal kerja mungkin.

Aku bangun perlahan dengan selimut yang membaluti badan. Terjengket jengket kaki ini menuju ke arah Ray. Gaya aku ni seolah olah kami berada di dalam bilik berlantaikan lantai kayu. Padahal kalau jalan macam biasa pun bukan Ray dengar pun. Eh ye tak?

Jarak antara kami pula Tidak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Aku kalau boleh Tak nak kehadiran aku disedari Ray. Rugilah kan, tak dapat nak sergah dia kejap lagi dan curi dengar apa yang dia tengah borakkan.

"Kau gila ke apa? Takkan aku nak tinggalkan dia macam tu je? Kami baru je kawin. No! I'm out of this. Aku tak nak involve."

Aku diam. Mendengar suara Ray yang memetir kuat itu aku tahu dia tengah marah gila. Apalah agaknya yang buatkan dia jadi sebengang itu. Aku berdiri menyorok di balik dinding. Tapi kepala terjongol juga macam kura kura. Macam comel pulak. Sendiri puji diri sendiri. Masih cuba untuk mencuri dengar.

" Peduli apa aku kalau itu arahan pihak atasan sekalipun. Aku tak nak."

Ray mendengus kuat. Rambut dia gosok kasar. Makin kusut jadinya. Tapi tetap nampak hensem. Gaya sememeh macam tu masih menyerlahkan sisi kehenseman dia. Oppsss! Terpuji suami sendiri. Pertama kali sebenarnya aku dengar Ray mengingkari arahan ketuanya macam ini. Setahu aku dia seorang yang agak komited dengan tugasnya. Apa sahaja arahan mesti dia akan patuh. Wah, ini perkara baru. Apa ye arahan yang dia tak mahu ikut tu ye?

" What? About my late father?"

Ray diam. Rahang kirinya bergerak gerak tanda dia sedang memendam geram. Tangan kiri dia mencengkam kuat besi pemegang beranda. Aku jadi tertanya tanya. Kenapa dengan arwah ayah dia? Apa rahsia yang masih belum aku tahu? Dia diam. Mendengar dengan teliti pada sang pemanggil di sebelah sana.

"Okay. Bagi aku masa. Aku kena fikir dulu."

Ray mendengus berat. Matanya lurus memandang ke depan. Handphone di tangan dia bawa dan gengam ke tangan. Panggilan tadi sudah tamat. Aku masih lagi di posisi sama. Berdiri kaku di balik dinding. Mencuri pandang.

" Tak lenguh ke terjengket jengket kat tepi tu?"

Ray pusing badan secara mengejut. Aku segera menyorok rapat ke dinding. Bimbang kalau tertangkap oleh Ray yang aku ni sedang mencuri dengan perbualan dia. Walaupun aku tahu Ray dah tahu kewujudan aku di balik dinding ni. Aku usap dada sedikit. Agak terkejut juga bila tengah fokus dan dalam keadaan sunyi macam ni di sergah secara tiba tiba.

"Haaaa.. Ingat menyorok macam ni orang tak nampak lah ye?"

Ray menyergah aku. Siap senyum mengejek. Dia berdiri tegak menghadap aku. Sebelah tangan dia tekap ke dinding di sebelah pinggang kanan ku. Aku kemaskan selimut yang mahu melorot jatuh. Aihh, masa ni lah selimut nak buat hal.

" Menyorok, tapi hujung selimut tu terjojol keluar. Intip musuh macam ni, sia sia je nyawa melayang dari badan."

Dia rapatkan dahi sehingga menyentuh dahiku. Kami berpandangan.

"Amboi amboi. Macam mana awak boleh tahu saya jalan terjengket jengket. Lantai ni kan simen. Bukannya kayu."

Aku tenung mata dia dalam dalam. Ray senyum sinis. Adalah tu ayat dia yang bakal menyakitkan hati aku.

"Dah tu kenapa kau jalan terjengket jengket kalau kau tahu ni lantai simen?"

Dia jongket kening kanan. Saja nak memperli. Menyampah.

"Itu tindakan automatik lah."

Aku mendengus geram. Sengaja nak menyakat aku.

"Iye.. Iye lah tu. Tahu tak, kami anggota polis ni telinga mudah allert dengan suasana sekeliling. Instinct pun kuat tau."

Aku putarkan bola mata ke atas. Cara dia cakap anggota polis tu macam di tuju padanya sahaja. Sengaja di tekan perkataan tu. Membangga diri.

" Yolah.. Yo.. Dok ho keh nyetok.."

Ray ketawa kuat. Geli hati dengan sebutan loghat kelantan yang aku tuturkan. Perkataan ini aku tahu pun bila dengar Atalia menyembang dengan adiknya, Arrayyan.

"Comel je kau cakap kelantan macam ni. Dah Macam orang siam sesat. Lidah tu lembut sangat."

Dia cengkam mulut aku. Dan lidah aku dia jentik sedikit. Gurau kasar.

"Sakitlah Ray.."

Aku mencebik geram. Lidah dalam mulut aku gerakkan. Rasa sengal sedikit. Mulut pun automatik termuncung. Sakit jugak kena jentik dek jemari kasar dia.

"Ni nak ajak sekali lagi ke? Urmmm!"

Ajak dia. What the?

Dia meniup cuping telinga aku lembut. Sempat di gigitnya sedikit. Bulu roma yang tak berapa nak ada ni meremang, berdiri tegak. Mungkin kalau cicak jatuh cicak pun boleh arwah rasanya. Well, hiperbola mesti kena kuat.

"Maaa.. Mana ada.."

Aku tolak tolak muka dia yang melekat di telinga. Kalau di biarkan lama lagi dia mengusik telinga aku, aku konpem kejap lagi akan ada scene atas katil yang terbaru. Opsss!

"Hurmm, sayang suami kau kerja apa sayang?"

Dah kenapa tanya aku soalan rupa itu? Menyimpang dari perbualan kami. Leher aku di kucupnya lembut. Mata pulak terpaku ke dada. Cucuk mata tu baru tahu.

"Lah, tanya orang pulak. Polis lah. Takkan semenjak dah kawin ni dah lupa kerja apa?"

Hidung mancung dia aku cuit dan gesel dengan hidung aku. Senyuman manis terukir di ulas bibirnya. Kami sama sama tersenyum.

"Tak cukup tricky lagi tau nak hendap aku. Banyakkan belajar k. Apalah sangat terjengket dengan bunyi rantai tangan yang berloceng ni."

Ray pandang rantai tangan aku di pergelangan tangan. Rantai tangan ini memang ada loceng. Sikit pun aku tak ingatkan benda ni tadi. Haihhh..

Dari sebelah tangan yang melekat ke dinding, kini kedua dua belah tangan tu memaut kemas pinggang aku. Aku pusing bebola mata ke atas. Menyampah... Walau dia memang hensem, tapi nada puji syok sendiri tu buat aku melaut.

" Ye, ye tahulah telinga awak tu telinga bercabang. Telinga tu cepat sangat tangkap bunyi bunyian. Ke ada antena sama kat situ? Meh nak cek."

Tangan aku lingkarkan sebelah pada leher dia. Membawa badan pendek ni menjengket ke arahnya. Telinga dia ku belek belek.

" Ray!!! "

Terjerit nyaring aku jadinya bila Ray rentap kuat selimut yang membaluti badan aku. Sudahnya terpamer terus bagi tatapan matanya badan aku tanpa seurat benang. Aku tutup dada dan tuttt yang terdedah dengan telapak tangan. Walau tak sempurna sangat cara aku menutupnya.

Senyuman nakal dengan kening sengaja di naikkan terukir di bibir Ray. Bibir bawahnya dia gigit sedikit. Pamerkan wajah menggoda padaku. Membahang merah muka aku. Malu! Bertambah malu bila mata dia meliar ke serata tubuhku.

"Auchh sayang! Seksissss.. Jom sarapan badan. Aku lapar."

Dia tarik badan aku rapat padanya. Dada kami bersentuhan. Tanpa lapik. Tanpa alas. Tangan dia menepuk lembut punggung aku.

"Ray! Mana ada orang sarapan badan. Awak ni kanibal ke apa?"

Aku jerit geram. Dia gelak lepas bila aku rasakan muka aku kembali memerah.

"Kanibal tak kanibal, tapi kalau dapat yang ni kenyang lain macam. Tak makan nasi satu hari pun tak apa.."

Tangan dia merayap hampir ke peha. Aku tepuk kuat. Ish.. Tak malu langsung.

"Gatal..."

Aku cakap dia gatal. Tapi aku pun dua kali lima. Mana boleh nak tolak Ray yang begitu menggoda ni.

Hailah, Lambat pulak keluar makan hari ini. Ray ni! Sengaja buat aku lupa apa benda yang aku nak tanya pada dia.

___________________________________

Sorry semua pendek pulak bab ni. Tepu idea.😜

Agak agak korang lah kan, apa yang akan jadi dengan Ray dan Maira?
Dan apa yang paling korang nak tahu sebenarnya?

1) Maira kena tinggal
2) Ray pergi untuk misi rahsia
3) Siapa Ray sebenarnya?

Fuh, iolls sendiri pun fenin nak fikirkan pasal mereka ni. Makin berbelit jadinya.

Anyway, thanks a lot sebab sudi baca cerita ni. Ampuni daku kalau terasa semacam. Haha..

Continue Reading

You'll Also Like

332K 14.6K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
2.1M 97.9K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
568K 19.7K 54
Completedโˆš Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
1.1M 2.2K 80
sekadar berkongsi