MY IDEAL ITALIAN GUY

By raenees

569K 34.1K 2.8K

โฆ ๐“๐ก๐ž ๐›๐จ๐ฌ๐ฌ ๐š๐ง๐ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐ญ โฆ [ COMPLETE ] NENY ROBIN, pekerja di sebuah sya... More

Prolog - Knowledge
Bab 1 - Stare
Bab 2 - Benard
Bab 3 - Tumpang
Bab 4 - Joke's
Bab 5 - New Boss
Bab 6 - His Friend
Bab 7 - Jealousy
Bab 8 - Tangga
Bab 9 - Headache
Bab 10 - Terhantuk
Bab 11 - Space
Bab 12 - Offer
Bab 13 - Kopi
Bab 14 - Umi
Bab 15 - Reporter
Bab 16 - The Discussion
Bab 17 - Dinner
Bab 18 - Airport
Bab 19 - Airplane
Bab 20 - London
Bab 21 - Going Out
Bab 22 - Beautiful
Bab 23 - Dazzling
Bab 24 - Partner
Bab 26 - Flirt
Bab 27 - Messed up
Bab 28 - Remedy
Bab 29 - Lovely Talk
Bab 30 - Stuart's Phone
Bab 31 - My Nurse
Bab 32 - Caught Red-Handed
Bab 33 - Comeback
Bab 34 - Sweet Truck
Bab 35 - Fun Time
Bab 36 - The Broken Promise
Bab 37 - Last Moment
Bab 38 - Thoughts
Bab 39 - Lot Surprises
Bab 40 - Little Savage One
Bab 41 - Rent Boyfriend
Bab 42 - Price Tag
Bab 43 - The Deal
Bab 44 - He's back
Bab 45 - Stuart
Bab 46 - River
Bab 47 - Stuart's Birthday
Bab 48 - Avoid Him
Bab 49 - His Intention
Bab 50 - Cold Shoulder
Epilog I - The Right Time
Epilog II - Hide And Seek
New baes ๐Ÿ’ป
Buy HERE! (Special)

Bab 25 - Company

8K 580 13
By raenees

Bab 25

            JAM yang berada di pergelangan tangan dilihat sekilas lalu dia memandang sekelilingnya pula. Masih ramai lagi yang sedang makan di restoran ini. Hatinya mula terasa sedikit gusar kerana sudah dua puluh minit terlalu berlalu namun bayangan dia masih tidak nampak lagi dihadapannya. Kata dia tunggu dua puluh minit tetapi masih tidak muncul.

Kaki yang memakai kasut tinggi itu tak habis-habis daripada tadi menghentak perlahan jubin lantai yang bercorak pink pastel. Telefon berada di atas meja, Robin banyak kali menghidupkan telefon pintarnya untuk melihat jikalau ada mesej atau panggilan masuk. Hampa, tiada apa yang tertera pada skrin telefon.

Robin tekad kalau lima minit lagi Stuart masih tidak muncul, dia mengambil keputusan untuk mencari lelaki itu. Kalau lelaki itu tak ada dalam bangunan ini, tinggalkan dia seorang diri. Sampai lubang cacing Robin tak akan maafkan lelaki itu sebab telah meninggalkannya tanpa berita.

Terhenti kaki kanan yang Robin ketuk jubin tadi. Robin menggeleng perlahan. "Dia tak akan buat macam tu dekat diri kau, Robin." Gadis itu bermonolog yang positif agar tidak cepat menggelabah. Tadi sudah berkali-kali menelefon Stuart tetapi tidak disambut seperti dibawa angin sahaja.

Dia mengeluh perlahan. Badan disandarkan malas pada kerusi lembut itu lalu kedua tangan dilipat dan dibawa ke dada. Kakinya juga disilangkan. Habis rosak mood dia pada malam ini. Perut sudahlah berbunyi walaupun dah makan jagung rebus tadi tetapi masih rasa lapar. Ingat cukup ke makan makanan kuantiti yang kecil bagi perut sebesar ikan paus.

Mata Robin tajam memandang semua pelanggan yang datang bersama pasangannya lalu makan bersama-sama dan dijeling pelayan lelaki yang agak kacak kerana daripada tadi melihat ke arahnya. Garfu daripada saiz kecil hingga besar itu, Robin pandang lalu dia mengambil garfu paling besar. Dia acu dekat pelayan mat salleh itu dengan mata kecil besar kecil besar aje.

Lintang-pukang pelayan lelaki itu kembali membuat kerjanya yang tergendala. Aksi itu membuatkan hati Robin terasa geli, dia tergelak perlahan dengan tangan kanannya menutup mulut. Dia hanya mahu bergurau sahaja. Tambahan pula lelaki itu seperti malu malu sahaja untuk senyum kepadanya. Comel.

Apabila reda ketawanya, terus mood yang monyok tadi datang kembali sebab memikirkan majikannya yang tinggalkan diri dia seorang disini. Pintu kelabu menuju ke sebuah bilik itu dipandang. Nampak macam kawasan dapur. Kelihatan beberapa chef keluar daripada pintu kelabu tersebut.

"Excuse me?" Suara seorang lelaki menyapanya bersama loghat Britishnya. Pekat. Robin menoleh ke kirinya. Pelayan lelaki tadi. Senyuman lebar dipamerkan. Robin duduk sedia.

"Yes?" Wajah pelayan itu dipandang. Makin kacak pula bila tengok dari dekat. Pelayan itu pula memberi senyuman menawan kepada Robin.

"Are you alone?" Robin menggeleng.

"No, I've come here with my boss." Terangguk-angguk pelayan itu. Terdetik hati Robin bersuara. Pelayan mat salleh ni, tak rasa nak marah ke berkawan dengan dirinya? Selalunya apabila dia jalan di kawasan sini, pasti akan ada yang memandang pelik ke arahnya. Dia pun tidak tahu. Atau sebab dia memakai tudung dan baju yang menutup aurat?

"Have a sit." Robin memberi kebenaran kepada pelayan mat salleh itu duduk di kerusi milik Stuart, bertentangan dengannya. Teragak-agak juga, pelayan itu mahu duduk. Akhirnya pelayan mat salleh kacak itu duduk juga. Boleh tahan tinggi dia ni, Robin bersuara di dalam hati. Duduk berdepan pun rasa macam dia budak kecil duduk atas kerusi khas.

"I haven't ask this yet. So, what's your name?" Robin memulakan temubual dengan ramah agar tidak terasa janggal kerana dia gugup pada waktu ini cuma tidaj tunjuk sahaja.

"My bad. Jacob Hollien. Just call me, Jacob." Jacob menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan bersama Robin. Namun Robin dengan muka bersalah, tersenyum sedikit lalu tunduk sedikit. Tangan kanan lelaki itu dipandang sekilas lalu beralih pada wajah Jacob.

"I'm sorry but I don't do that." Kata Robin dengan rasa serba salah. Wajah Jacob agak terkedu juga melihat perlakuan Robin tadi. Tetapi dah syaratnya macam tu, tidak boleh sesama sekali untuk langgar.

Tangan kanan yang dihulur tadi terus menggaru belakang kepala. Awkward.

"That's okay. It's fine. You know my name. Now, it's your name." Robin tersenyum kecil. Berasa sedikit tenang pula.

"Neny Robin Binti As'ad. Just call me Robin." Jacob mengangguk perlahan.

"Like nanny?" Tawa kecil dilepaskan Robin bersama gelengan.

"No. Not nanny. But Neny. As in N.E.N.Y." Robin menerangkan namanya agar tidak tersalah anggap. Apa pulak nanny. Nama dia bukan pengasuh budak. Jacob tersenyum sehingga lesung pipitnya tertayang.

"Then what about Robin? Are you Robin Hood 2.0?" Kali ini, Robin tidak menahan tawanya lalu dilepaskan sahaja tawa besar, tangan menutup mulut. Ketawa besar tetapi tidak melebihi batas ketawanya. Jacob tersenyum gembira melihat gadis dihadapannya tersenyum.

"No." Balas Robin bersama sisa tawanya.

"Don't take me like that. I'm Robin. The girl that shut down all hers enemies in nice way." Robin berkata dengan nada bergurau senda. Jacob meletakkan tangannya ke atas meja lalu turut tergelak kerana hatinya terasa geli.

"I'll take note for it. Robin, where are you from?" Soalnya dengan wajah teruja.

"Malaysia." Jawab Robin dengan profesional.

"Why did you come here?" Robin memandang mata Jacob. Kening kanannya terjungkit.

"Is it wrong for me to come here?" Pantas Jacob menggeleng. "No. Don't take this in wrong way. I just interested to know about traveller experience." Robin mengangguk faham.

"Business work . That's why I'm here." Jacob mengangguk kecil.

"How long wil-"

"You shouldn't be here, man." Terkejut Robin dan Jacob apabila mendengar suara garau dan agak marah ke arah mereka berdua. Mereka berdua menoleh memandang gerangan yang datang dari arah pintu kelabu itu. Terbangun Robin daripada kerusinya. Jacob turut bangun daripada kerusi Stuart. Terbuntang mata Robin melihat keadaan Stuart. Gadis itu tidak kisah dengan wajah dingin Stuart yang menuju ke arah mereka.

Yang dia kisah sekarang ialah baju biru kemeja Stuart penuh dengan sos berwarna kuning, merah dan sedikit warna putih di serata tempat dan yang dia tidak boleh dia pinggirkan ialah apron yang dipakai Stuart berwarna merah pekat bersama corak hati berwarna putih ditengah-tengah tengah apron. Besar pulak corak hati tu.

"Who?" Biadab sekali Stuart bertanya kepada Jacob sebaik sahaja dia berdiri dihadapan Jacob. Ditenung wajah Jacob gugup yang menunduk bawah, memandang lantai. Ketinggian Stuart mendahului ketinggian Jacob. Robin terus membuat isyarat agar tidak memarahi Jacob.

"He's Jacob. Dia baru berkenalan dengan saya tadi semasa awak tinggalkan saya seorang diri." Robin terlebih dahulu membuka cerita agar tidak menimbulkan apa apa salah sangka.

Wajah dingin Stuart tadi berubah lembut apabila wajah Robin yang sedih itu. "Robin, It's not like I leave you alone for years. Please, don't be mad at me." Pujuk Stuart. Wajah Stuart, Robin pandang. Sedikit lega marahnya kerana mengetahui lelaki itu tidak meninggalkannya. Hatinya terasa sejuk kerana Stuart memujuknya.

"Plus, I have something special for you. Just you wait." Bersinar mata Robin mendengar kata-kata Stuart.

"Leave, Jacob." Arah Stuart tanpa toleh ke arah Jacob yang berdiri seperti patung. Jacob mengangkat muka lalu tersenyum kecil kepada Robin dan berlalu pergi. Robin berasa kesian pula terhadap Jacob. Sempat dia membalas senyuman Jacob tadi. Wajah Stuart dipandang semula.

"Where's my something special?"

Bersambung.

23 FEBRUARI 2020

Thank you for reading, comment and vote. I appreciate that.

Continue Reading

You'll Also Like

77.8K 235 1
MAIN IDEA CREDIT: @haihlaaaa SAVAGE KINGS THROW A TRICK, DEMON QUEEN PLAY AND KILL.
712K 25K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
49.4K 2.1K 26
|COMPLETED| . โ•ฐโ˜†โ•ฎ HIS BEAUTIFUL FLOWER โ•ฐโ–บ BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23
1.8M 57.9K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...