TANIA

Od divalescious

4.8K 353 8

Alert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal... Viac

TANIA 1
TANIA 2
TANIA 3
TANIA 4
TANIA 5
TANIA 6
TANIA 7
TANIA 8
TANIA 9
TANIA 10
TANIA 11
TANIA 12
TANIA 13
TANIA 14
TANIA 15
TANIA 16
TANIA 17
TANIA 18
TANIA 19
TANIA 20
TANIA 21
TANIA 22
TANIA 23
TANIA 24
TANIA 25
TANIA 26
TANIA 27
TANIA 28
TANIA 29
TANIA 30
TANIA 31
TANIA 32
TANIA 33
TANIA 34
TANIA 35
TANIA 36
TANIA 37
TANIA 38
TANIA 39
TANIA 40
TANIA 41
TANIA 42
TANIA 43
TANIA 44
TANIA 45
TANIA 46
TANIA 47
TANIA 48
TANIA 49
TANIA 50
The New Chapter In Life
TANIA 51
TANIA 52
TANIA 53
TANIA 55
TANIA 56
TANIA 57
TANIA 58
TANIA 59
TANIA 60
TANIA 61
TANIA 62
TANIA 63

TANIA 54

49 4 0
Od divalescious

Episode 54

Tania memerhati seorang gadis serigala jadian yang dibelasah teruk oleh kumpulan alphanya sendiri di tepi sebatang sungai. Lengan kirinya melecur, sepertinya baru sahaja terkena minyak panas. Dia ditendang dan disepak berulang kali oleh sekumpulan serigala jadian itu. Gadis itu cuba melindungi dirinya dengan memeluk tubuhnya dan melingkar di atas tanah. Rintihan gadis itu tidak dipedulikan, dia dipukul tanpa belas kasihan. Gadis itu mengerang kesakitan dan merayu mereka agar berhenti memukulnya.

Lucy. Gadis itu bernama Lucy. Lucy merupakan anak yatim piatu. Dia telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak dua bulan yang lalu kerana diserang oleh sekumpulan serigala jadian "Alpha Red", kumpulan serigala jadian yang sangat kuat dan digeruni. Kejadian itu berpunca dari Lucy, kerana dia telah menolak permintaan ketua kumpulan "Alpha Red" untuk memperisterikannya. Kerana berang permintaannya ditolak maka kedua ibu bapanya telah diserang hendap dan dibunuh semasa mereka dalam perjalanan menuju ke pasar bersama Lucy. Dalam kejadian itu hanya Lucy sahaja yang terselamat dan ditemukan dua hari kemudiannya, Lucy hanya mendiamkan diri setelah kejadian itu. Dia tidak memberi sebarang penjelasan ke atas apa yang terjadi dan menimbulkan kemarahan ahli keluarga dan kumpulan alphanya, "Alpha Blue". Setelah kejadian itu , dia telah dipersalahkan atas kematian kedua-dua orang tuanya. Dia dilayan dengan teruk dan tanpa belas kasihan.

Gadis serigala jadian itu merupakan misi pertama Tania. Dia perlu mengutip roh suci gadis itu dan menamatkan penderitaannya.

______________________________________

Bulan purnama penuh pada malam itu sangat cantik sekali, menerangi segenap pelusuk bumi di kala malam mula berkabung, gelap gelita dan kelam. Tania merenung bulan purnama penuh malam itu. Jubah hitam bersulam benang emas yang dipakainya beralun lembut ditiup angin.

Tania menoleh ke arah katil "Queen size" di dalam bilik mewah itu. Shizuma masih lagi lena diulit mimpi. Dia menyeluk poket Jubah yang dipakainya. Daun itu bercahaya dan mula terapung di atas telapak tangannya. Daun itu berpusing menunjukkan arah yang harus diikutinya. Tania menoleh ke arah Shizuma buat kesekian kalinya sebelum secara senyap memanjat pagar balkoni rumah agam mewah itu dan terjun ke bawah. Kedua-dua telapak kakinya mendarat secara senyap. Tiada siapa perasan akan kehadirannya termasuk pengawal keselamatan yang berjaga pada malam itu. Tania mula berjalan perlahan menuju ke arah pantai mengikut arah yang ditunjuk oleh Daun itu. Langkahnya terhenti saat dia sampai di penghujung pantai di tengah-tengah lautan itu. Daun yang terapung tadi mula mengeluarkan cahaya yang terang dan menyilaukan. Angin pula mula bertiup kencang membuatkan Tania terundur sedikit. Dia menutup mukanya menggunakan kedua belah tangannya mengelak daripada terkena pasir yang beterbangan.

Daun itu tiba-tiba berubah menjadi jelmaan seorang jejaka kacak, namun tanpa seurat benang pun pada tubuhnya. Mereka saling berpandangan. Tania terkebil-kebil memandang jejaka dihadapannya. Wajah jejaka itu tiba-tiba merah padam.

" Yah!! Apa tengok-tengok?!," Jerit jejaka kacak itu, tangannya mula menutup tubuhnya yang tanpa pakaian itu. Kulitnya putih, seputih salju, bibirnya merah bak delima, anak matanya berwarna biru laut serta berambut merah.

"Aaa... Sorry ," Tania berpaling membelakanginya. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Dia segera membuka jubahnya lalu dihulurkan kepada jejaka kacak itu tanpa sedikitpun menoleh ke arahnya.

Felix mengambil jubah itu dan segera memakainya. Dia kemudiannya berdehem .

Tania berpaling semula menghadapnya. Felix terpaku melihat kecantikkan Tania, angin dingin malam itu mengelus lembut rambut Tania. Dia bertambah cantik lebih-lebih lagi di bawah pantulan sinar rembulan pada malam itu.

Felix menggelengkan kepalanya. Tubuhnya dipeluk erat.
" Who are you? How you do it?," Soal Felix.

" Do what? ," Tanya Tania pula.

" Macam mana kau boleh leraikan sumpahan pada aku?! Aku tak pasti bagaimana kau lakukannya tapi apa yang pasti ini bermakna masa aku telah berjalan semula dan perlu menjalankan tugas aku kembali seperti sebelumnya. Apa permaisuri yang menghantar kau kemari? ." Soal Felix inginkan kepastian.

".........." Tania terdiam seketika.

" Did she forgive me already? Hahaha...I know right, she wont get mad for too long. Hahaha," Felix ketawa dengan kuat, dia berasa gembira sekali kerana telah bebas dari hukumannya. Tania hanya tertunduk, serba salah.

" Permaisuri ...dia.. dia telah tumpas dan meninggal dunia.," Kata Tania perlahan.

"..hey ... hey hey...shhh..listen here, no one will ever.. be able to defeat the queen, watch your word," kata Felix bengang sambil mencekak kolar baju Tania.

Tania menepis tangan Felix. Kolar bajunya dibetulkan. " Believed or not, she's already gone," kata Tania tegas.

" No!. Tak mungkin. Aku tak percaya! Kalau dia dah mati mana mungkin hukuman aku bisa berakhir begitu sahaja tanpa permaisuri sendiri yang membebaskan aku dan meleraikan sumpahannya. " Dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya.

"What do you think would've happened after she's died ? Do you think that no one is as capable as she is to set you free," Tanya Tania kepadanya.

Felix menoleh kearahnya, dia terpandang rantai pada leher Tania.

"Itu rantai permaisuri, kenapa ia ada pada kau?." Soal Felix tidak puas hati.

" She give it to me, it's mine now." jawab Tania selamba. Tania menyembunyikan rantai itu ke dalam bajunya.

Riak wajah Felix berubah, dahinya berkerut. Dia mula teringat akan ramalan tukang tilik nasib istana beberapa tahun yang lalu dan cerita mengenai lagenda permaisuri galaksi yang baru.

" Tak mungkin! Itu hanya kisah dongeng!." Felix menggelengkan kepalanya.

" Tak kisahlah apapun, sama ada kau nak percaya atau tidak. Sekarang ni, apa yang harus aku buat? Kenapa aku dipanggil ke sini dan berjumpa kau? Sila jangan buang masa aku. " Kata Tania tegas. Dia merenung tajam mata Felix. Felix menelan air liurnya, cuak. Aura gadis dihadapannya sangat berbeza, dan mengerikan. Sama seperti yang diceritakan oleh tukang tilik istana itu. Dia cuba untuk bertenang, dan berinteraksi angkuh seperti selalunya. Dia mengeluh berat.

" Huhh... it's look like, you give me no choice. Jadi, setiap kali bulan purnama tiba terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh seorang permaisuri. Antaranya adalah hari pertabalannya sebagai seorang permaisuri dan diperkenalkan kepada seluruh rakyat kerajaan sakti di bawah naungannya. Mengutip roh suci makhluk-makhluk mistik terpilih yang teraniaya, permaisuri perlu menamatkan penderitaannya. Setiap kali bulan purnama tiba, hanya satu roh makhluk mistik akan dipilih oleh Pokok Bulan. Selain itu, permaisuri juga perlu memusnahkan barang-barang terkutuk dan sumpahan yang ada. Menghapus segala jenis sihir dan mentera ilmu hitam. Memetik buah-buah dan herba-herba di taman sakti untuk dibuat penawar bagi segala jenis penyakit, fyi hanya permaisuri sahaja yang boleh memetiknya. Jika orang lain memetiknya, tumbuhan itu akan mati. " Terang Felix panjang lebar.

"Pokok bulan.? Ternyata dia punya peranan yang sangat penting dalam kerajaan ini." Kata Tania tanpa sedar sambil tersenyum sinis.

"Kau tahu pokok bulan? Kau pernah melihatnya?!" Soal Felix terkejut.

" Of course, sebab aku pemiliknya yang baru beserta hotelnya." Jawab Tania mula bengang dan berasa terbeban.

"Hotel?," Felix mula kehairanan.

"Hotel Del Luna," Tania memberitahu nama hotel itu.

"Apa?! hotel berhantu tu milik pokok bulan,?!"Felix seakan tidak percaya. Tania hanya menjongketkan bahunya.

Tiba-tiba cahaya bulan purnama malam itu memantulkan cahayanya pada satu objek terapung di air laut. Felix segera mengutipnya. Ternyata ia adalah sebuah buku lama. Felix tanpa berlengah, mengutipnya dan menyelak helaian buku itu.

"Nampaknya tugasan pertama kau telah ditetapkan dan makhluk terpilih kali ini adalah serigala jadian Lucy Myra. Let's see how you can handle this mission my Queen ," kata Felix memandang wajah cantik Tania.

Menggunakan kuasa magis Felix, mereka telah terteleportasi ke lokasi di mana Lucy berada.
______________________________________

Bussshhhh..
Tubuh kurus Lucy dicampak ke dalam sungai.

Lucy cuba berenang menggunakan sebelah tangannya. Luka di tangan kirinya terasa pedih. Air sungai pula terlalu deras, menyukarkan pergerakannya.

"Abang !! ...Tolong!!.. Lucy tak boleh berenang dengan tangan sebelah sahaja. Abang!!! ..Tolong selamatkan Lucy.!" Katanya sambil tenggelam timbul di air deras sungai itu. Lucy cuba menggapai dan berpaut pada apa sahaja yang bisa dipegangnya. Dan nasibnya baik kerana ada kayu tumbang di sungai itu, dia berpaut padanya.

"Abang!!.. Abang !.. selamatkan Lucy. Kenapa abang buat Lucy begini?!," Dia menangis. Namun tiada balasan, abangnya hanya mendiamkan diri.

" Mak dan ayah pasti kecewa kalau mereka boleh nampak apa yang abang buat pada Lucy." Katanya lagi cuba meminta simpati dari abangnya.

Buukkk..

Seketul batu singgah dikepalanya. Lelaki yang dipanggilnya sebagai abang itu membalingnya menggunakan seketul batu.

Lucy memegang kepalanya yang berdarah, pandangannya mula kabur dan dia akhirnya tenggelam ke dasar sungai sambil disaksikan oleh Tania dan Felix dari seberang sungai. Tania kaku di situ. Memorinya jatuh di sungai beberapa tahun lalu terputar kembali di mindanya seperti wayang gambar. Tania berpaling membelakangi sungai itu. Matanya dipejam rapat, air matanya mengalir menuruni pipinya. Titisan air matanya berubah menjadi butir-butir mutiara saat jatuh mengenai tanah. Felix terpaku di situ, tangannya digenggam kuat.

" Tolong, "

" Tolong,"

Tania menekup telinganya sambil mencangkung, dia enggan mendengar rintihan sayu Lucy. Dia memejam matanya rapat.

"Tolong,"

"Tolong, sekurang-kurangnya selamatkan ..anak dalam kandungan aku."

" Anakku, maafkan ibu."

Mata Tania membulat. Jantungnya berdegup laju. Tania pantas berdiri menoleh kebelakangnya menghadap sungai.

Abang Lucy terkejut melihat Felix dan Tania di seberang sungai. Mereka saling berpandangan. Dia tidak perasan tindakkannya diperhatikan mereka berdua. Kehadiran Tania dan Felix secara tiba-tiba itu membuatkannya mula rasa tidak sedap hati. Anak mata hijau emerald Tania tiba-tiba berubah menjadi merah menyala, dia mula berasa cuak dan kecut perut. Pandangan tajam Tania, mampu membuatkan jantungnya rasa mahu meletup. Luca terduduk berlutut sambil memegang dadanya dan mengerang menahan kesakitan. Mereka yang lain yang menyaksikan Luca mengerang kesakitan mula panik. Salah seorang dari mereka ternampak Tania.

"De.. de ..demon," kata salah seorang dari mereka sambil menunjuk ke arah Tania, dia jatuh terduduk. Angin tiba-tiba bertiup kencang, pokok-pokok disekitarnya mula bergoncang kuat. Wajah bengis Tania sangat menakutkan. Rantai yang dipakai Tania menyala menyerap ledakan kuasanya yang membuak-buak. Tania tidak bisa mengawal kuasanya. Dia telah dikuasai amarahnya.

" My Queen!," Panggil Felix sambil memegang bahunya. Tania menepis tangan Felix dan tidak memperdulikannya, dia terus terjun ke dalam sungai yang dalam itu.

Buuussshhh...!!

Tania berenang terus ke dasar sungai mencari kelibat Lucy. Dia memandang sekitarnya, namun air terlalu keruh, membataskan penglihatannya. Tania mula menumpukan sepenuh perhatiannya, matanya dipejam rapat. Bau darah Lucy menusuk hidungnya. Tania membuka matanya semula. Tanpa berlengah dia segera berenang ke arah di mana datangnya bau darah itu. Sebaik sahaja menemukannya, Tania terus menarik tubuh Lucy ke dalam dakapannya, rambut gadis itu diusap lembut. Tanpa berlengah Tania berenang ke permukaan sungai semula.

Bussh..

Mereka terkejut melihat wanita demon itu timbul ke permukaan sungai semula sambil menarik tubuh Lucy yang tidak sedarkan diri ke darat.

Felix membantu Tania dan Lucy naik ke darat. Tania pantas menekan-nekan dada Lucy beberapa kali. Dagu Lucy diangkat, Tania memberikan bantuan pernafasan kepadanya.

"Uhuk uhuk ," Lucy terbatuk- batuk memuntahkan air. Tania terduduk di tanah keletihan. Felix membantu Lucy untuk duduk sambil menepuk-nepuk belakangnya lembut. Tania merenung tajam sekumpulan serigala jadian di hadapannya.

Sekelip mata Tania muncul dihadapan mereka. Dia mencekak leher Luca dengan menggunakan sebelah tangannya membuatkannya sukar bernafas, perlahan kaki Luca terapung di udara. Wajah Luca mula merah padam kekurangan oksigen. Serigala jadian yang lain cuba membantu namun ditepis Tania. Tubuh Luca dicampak ke dinding dan jatuh ke tanah. Dia memegang lehernya yang sakit.

Dia hanya mampu memandang ahli keluarga dan kumpulan alphanya yang lain dibelasah teruk oleh Tania. Bunyi derapan tulang patah kedengaran setiap kali ada yang cuba melawan gadis demon itu. Gadis demon itu sangat kuat.

Serangan Tania berakhir dengan cakaran pada wajah cantik gadis serigala jadian yang cuba membantu kekasihnya. Gadis itu mula mengamuk dan membalas cuba menyerang Tania tapi gagal. Tania menahan tangan kanannya .

Pangg!!

Satu tamparan singgah pada pipi yang dicakarnya. Gadis itu menjelingnya tajam.

Panng !!

Tamparan kali kedua mengenai pipinya membuatkannya jatuh terjelupuk ke tanah. Gadis itu mengerang kesakitan, terduduk di tanah menangis sambil memegang pipinya yang berdarah.

" No one hurts what's mine, all of you should be grateful that I won't kill you this time, ..but i can't promise that I won't be killing all of you in the future. All of you will never want to know how much I've to deal with the crave I have for not to killing.." Kata Tania berbaur amaran.

" Sejak bila adik aku milik kau hah!! Demon tak guna!!," Teriak Luca tidak puas hati sambil menahan dadanya.

" Sejak kau buang dia dari hidup kau, dia telah jadi milik aku sepenuhnya," Marah Tania.

" My Queen !! Bahaya!!," Teriak Felix.

Tania menghalang pukulan kayu daripada mengenainya tubuhnya menggunakan sebelah tangannya namun sebelah daripadanya pula pantas menerkam dada serigala jadian itu, kuku Tania pantas memanjang menusuk dada kirinya. Tania mengepal tangannya, bunyi derapan tulang rusuknya yang patah kedengaran.

Dia menarik keluar jantung makhluk itu. Mereka yang lain yang berada di situ terkejut.

Pusssh!! Jantung makhluk itu pecah berkecai saat Tania menggenggam erat jantung di tangannya.

Serigala itu jatuh terkulai tidak bernyawa.

"I told you not to mess up with me, I've kill too many people. Why don't all of you behave and act nicely. This is my first warning." Semua serigala jadian yang ada di situ mula kaku menggigil ketakutan.

Felix datang menghampiri Tania.

"What all of you doing?!! Bow to your new Queen now!!," Kata Felix.

Semua yang ada di situ terkejut, mereka mula cuak dan tunduk kepadanya.

"My Queen," kata mereka dalam keadaan ketakutan tunduk hormat kepadanya.

Tania memejam rapat matanya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya cuba untuk bertenang. Tania membuka semula matanya sambil menghela keluar nafasnya. Anak mata merahnya bertukar hijau emerald semula. Wajahnya tidak kelihatan menakutkan lagi.

Tania membuka genggaman tangannya, butir-butir cahaya biru yang terapung disekelilingnya mula masuk ke dalam tangannya. Jantung di tangannya mula berdenyut semula.

Tania mencangkung lalu memasukkan semula jantung itu ke dalam dada serigala yang dibunuhnya tadi. .Tania tunduk sambil menggenggam erat baju serigala itu. Tik...tik... Air matanya jatuh mengenai luka pada dada serigala itu. Sekuntum bunga neon mekar bercahaya dari luka pada dadanya. Bunga itu kemudiannya terserap masuk semula membentuk Tatu bunga lily padanya.

Tania segera bangun lalu mengarahkan Felix untuk segera beredar bersamanya dan membawa Lucy bersama mereka. Felix mengangguk faham. Mereka bertiga kemudiannya sekelip mata hilang dari tempat itu.

"Hhhhhh...uhuk uhukk ..uhuk..,"

Luca segera berlari mendapatkan rakannya.

" Jeff !! Kamu tak apa - apa?!," Soal Luca cemas.

" Lu..ca?? , is everything okay now ?," Soal. Jeff lemah.

Pertanyaan Jeff tidak berjawab, Luca memeluk erat rakan karibnya itu.


Shizuma membuka matanya.
Dia duduk bersandar pada katilnya. Dia memandang balkoni luar biliknya lalu mengeluh berat.
Tania.

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

Split Love Od Farid Sattar

Mystery / Thriller

3.7K 567 56
Sambungan dari novel Kelas DSB Setelah apa yang berlaku 11 tahun yang lalu, hidup Alif Najmi berubah 360 darjah sebaik mendapat tahu dia memilik lima...
85.4K 7K 88
Suatu kali, karena sepasang mata ungu ia dicemooh. Dia adalah seorang wangye yang dikenal di seluruh negeri, dingin dan haus darah, memandang rendah...
1.3K 77 9
Tentang seorang budak gemuk yang berazam nak kurus demi mengejar cinta hakiki (?) tapi apakan daya nasib tak menyebelahi dirinya hmm.. korang baca la...
218 151 17
Sebuah hikayat. Satu cerita. Dua rasa. Bersatukah jua? Renjana Niskala || Rasa yang tidak wujud Andai Renjana, Nirmala bahari, Ku susun aksara buat...