My Adore, Dr. Annoying

By liahhanaa

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULANโ—
๐Ÿค PROLOG I
๐Ÿค PROLOG II
๐Ÿค BAB 1
๐ŸŒผ Bab 2
๐ŸŒผBab 8
๐ŸŒผBab 9
๐ŸŒผBab 14
๐ŸŒผBab 15
๐ŸŒผBab 16
๐ŸŒผBab 17
๐ŸŒผBab 20
๐Ÿฏ๐ŸฃBab 22
๐ŸŒผBab 23
๐ŸŒผBab 24
๐ŸŒผBab 25
๐ŸŒผBab 26
๐ŸŒผBab 27
Bab 28๐Ÿค
Bab 29๐Ÿค
Bab 30๐Ÿค
Bab 31๐Ÿค
Bab 32๐Ÿค
Bab 33๐Ÿค
Bab 34๐Ÿค
Bab 35๐Ÿค
Bab 36๐Ÿค
BAB 37๐Ÿค
Bab 38๐Ÿค
Bab 39๐Ÿค
Bab 40๐Ÿค
Bab 41๐Ÿค
Bab 42๐Ÿค
Bab 43๐Ÿค
Bab 44๐Ÿค
Bab 45๐Ÿค
Bab 46๐Ÿค
Bab 47๐Ÿค
Bab 48๐Ÿค
Bab 49๐Ÿค
Bab 50๐Ÿค
Bab 51๐Ÿค
Bab 52๐Ÿค
Bab 53๐Ÿค
Bab 54๐Ÿค
Bab 55๐Ÿค
Bab 56๐Ÿค
Bab 57๐Ÿค
Bab 58๐Ÿค
Bab 59๐Ÿค
Bab 60๐Ÿค
Bab 61๐Ÿค
Bab 62๐Ÿค
Bab 63๐Ÿค
Bab 64๐Ÿค
Bab 65๐Ÿค
Bab 66๐Ÿค
Bab 67๐Ÿค
Bab 68๐Ÿค
๐ŸŒผBab 10
๐ŸŒผBab 3
๐ŸŒผBab 4
๐ŸŒผBab 5
๐ŸŒผBab 7
๐Ÿฆ‹Bab 18
๐Ÿฆ‹Bab 11
๐Ÿฆ‹Bab 13
๐Ÿฆ‹Bab 19

๐ŸŒผBab 21

1.9K 115 10
By liahhanaa


SUBUH pagi yang damai dan sejuk suam-suam kuku membuatkan Hazwini rasa semangat untuk bangun untuk menunaikan solat fardhu subuh. Lalu untuk bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman.

Huhu, Teluk Intan aku datang! Teriaknya dalam hati penuh teruja.

Usai bersiap, terus dia menggalas beg pakaian dan beg peribadinya ke hadapan pintu bilik.

Sebelum membuka pintu, hatinya tiba-tiba dilanda resah.

Semerta-merta fikirannya teringat perkara semalam. Kenapa lelaki itu tiba-tiba sahaja datang ke tempat asramanya? Nasib baik dekat lif yang berdekatan kafe penginapannya. Yang lagi menghairankan, suruh diikut. Memang tak lah dia nak ikut. Lagi-lagi berdua-duaan tengah malam. Gila!

Malas berfikir panjang dia terus memulas tombol pintu sebelum membuka pintu seluasnya. Sandal terus disarung kepada kaki. Selepas itu, dia pantas menutup pintu bilik lalu menguncinya.

Dia mengambil langkah menuju ke arah lif untuk turun kebawah. Jari runcingnya laju menekan butang lif

Ting!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka luas, dia kemudian masuk. Butan lif ditekan untuk turun ke bawah. Telefon pintar yang berada di beg silangnya dikeluarkan lalu aplikasi grab dicari untuk menaiki pergi ke terminal bas Bayan Lepas.

Sedar-sedar sahaja, pintu lif terbuka kali kedua. Dengan pantas dia keluar dari lif tersebut seraya matanya fokus melihat ke skrin telefon pintarnya.

Seketika dia mengerling ke arah jam tangannya. Masih ada satu jam lagi sebelum basnya yang akan dinaikinya itu bertolak kerana jam masih menunjukkan tepat pukul lapan pagi.

Hazwini mengambil keputusan untuk pergi ke kafe yang berada di kawasan asramanya yang dia diaminya untuk bersarapan pagi.

Matanya tidak lekang dari melihat skrin telefon. Tangannya laju mencari teksi yang berdekatan USM untuk menghantarnya ke terminal bas. Dia melabuhkan punggungnya untuk duduk sambil melihat kembali pada skrin telefonnya.

"Kruh... Kruh... Kruh..."

Kefokusannya terhadap telefon terganggu dek bunyi dengkuran yang datang arah tepinya. Tanpa berfikir apa terus dia menoleh.

Matanya terbuntang luas. Lidahnya kelu.

Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya.

Cepat-cepat dia bangun dari duduk. Sungguh tidak sedar lelaki itu tengah lena diulit mimpi di sebelahnya tadi.

Pelbagai soalan sudah muncul dibenaknya. Sekarang perlukah dia gerakkan lelaki itu dari tidur? Mesti terlepas solat subuh ni!

Hazwini perlahan-lahan mendekati Airil Adryan. Muka persis seperti Felix StrayKids membuat dia tidak keruan. Tidak tahu mengapa dirinya tenang melihat wajah lelaki ini. Dan lelaki ini jugalah yang selalu membuat darahnya menggeleggak panas ke muka.

"Ahchum!" Spontan Hazwini memejam mata tatkala sisa bersin lelaki itu tepat mengena diwajahnya.

"Hee, pengotornya kau ni!" Akhirnya Airil Adryan terbangun dari lena apabila mendengar jeritan kecil seseorang.

"Kau?"

"Apa kau? Banyaklah kau punya kau! Ni bersin kau kena muka aku tau tak?! Pengotor gila," leter Hazwini seraya mengelap mukanya dengan lengan baju hoodienya.

"Aku dah agak! Kau pasti turun juga. Dah sekarang kau ikut aku," arah Airil Adryan dengan sisa mengantuknya masih ada.

"Aku tak nak. Ni nak tanya, kau solat subuh tak?"

"Solatlah! Gila kau tak solat nak masuk dalam neraka ke apa?"

Hazwini tidak memberi respon. Dia mula menjauhi sedikit dari Airil Adryan kerana pelajar-pelajar yang menetap di blok ini mula datang ke kafe ini.

"Hazwini, ikut aku."

Hazwini mendengus perlahan sebelum bersuara. "Beritahu kat aku, kenapa aku perlu ikut kau? Aku tak ada masa lah! Nanti tak pepasal aku tertinggal bas."

"Balik rumah kau?" Lelaki itu menyoal dengan wajah blurnya.

"Yalah! Dah, berambus sana! Kang terlambat aku," usai berkata Hazwini mengorak langkah langkah keluar dari kafe Saujana. Niatnya hendak bersarapan, musnah angkara lelaki itu.

"Kejap!" Hazwini tetap berjalan tanpa mempedulikan Airil Adryan menyuruhnya berhenti.

Terasa lengan panjang bajunya ditarik membuat kedua-dua kakinya terhenti.

"Ish, semak lah! Kau nak apa sebenarnya ni, Airil Adryan?"

"Kau pergi terminal bas naik apa?"

"Teksi lah. Takkan jalan kaki kut," loyar Hazwini dan membuka langkahnya kembali. Tapi terhenti sekali lagi, bila lengan hoodienya ditarik oleh lelaki itu.

"Ada ke teksi pepagi buta ni? Jomlah aku hantar kau ke terminal. Aku pun nak balik KL alang-alang menuju ke arah selatan."

Selatan?

Hazwini mula hairan. Macam mana dia tahu?

"Rumah aku kat Perlis. Terima kasih atas ajakan kau tu. Aku tak berminat, tata!" Dalih Hazwini seraya mengangkat kaki.

"Hazwini Raihana, now at 8.30am,
do you think you have time to wait for a taxi? What time does your bus leave?"

Hazwini terdiam. Matanya mengerling ke arah jam tangannya. Betul apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

Jap, 8.30am?

Matanya membulat besar.

"Aku dah lambat! Ah, cane ni?! Ya Allah!"

"I sent you to the bus terminal. Just easy."

Easy hotak dia.

Lama berfikir, akhirnya Hazwini hanya mengangguk. Tiada pilihan lain.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LAMBORGHINI? Mata aku salah nampak ke? Bisik Hazwini dalam hati. Jari-jemarinya menggosok sikit pada kedua-dua matanya. Realitinya tetap sama. Sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini berwarna hitam betul-betul di depan matanya. Tetapi dia tidak pasti lamborghini modal apa.

"Are you serious? This is Lambo?" Soalnya ingin kepastian.

"Nope. Actually this is kereta lembu... Cantikkan?" Sindir Airil Adryan.

Hazwini cuma mencebik kegeraman sahaja. Jelingan yang diberi oleh lelaki itu dibalas dengan jelingan.

"Masuk!" Arah lelaki itu.

Hazwini membawa tubuhnya memasuki perut kereta.

Pintu kereta ditutup rapi oleh Airil Adryan. Kemudian bagasi gadis itu ditarik ke belekang bonet kereta.

Usai meletakkan bagasi milik Hazwini di dalam bonet, Airil Adryan berjalan menuju ke arah pintu kereta bahagian pemandu. Tubuhnya di bawa masuk dalam perut kereta.

"Lembu, pagi ni kau kena keluarkan tenaga kau banyak-banyak ya? Kalau tak larat nanti kita singgah dekat mana-mana nanti," ujar Airil Adryan sambil mengusap stereng kereta.

Kunci kereta yang berada dalam poket seluarnya di keluarkan. Lalu dia menghidupkan enjin kereta.

"Kau cakap dengan siapa?"

"Aku cakap dengan lembu yang nak bawa kita ni..."

Hazwini menjuling mata ke atas. Dia perli aku lagi!!!

Akhirnya pancuan empat roda ini berjaya keluar dari perkarangan USM.

Dalam perjalanan membelah lebuh raya, mereka berdua masing-masing berdiam. Hanya celoteh radio sahaja yang melambung ke udara.

Hazwini mengambil keputusan untuk bertanya. Walaupun pertanyaan tidak mengena berkaitan terminal bas.

"Kereta lembu kau ni nama model dia apa?"

"SUV Urus." Jawab Airil Adryan sepatah. Mata Hazelnya menumpu ke pemanduannya.

"Wah... Berapa ribu?"

"Ribu? Banyak lah kau punya ribu! Sejuta kut aku beli."

"Se... se?" Hazwini tidak mampu menghabis kata. Sekarang dia begitu terkejut. Jadinya kenderaan yang dinaikinya ini berharga sejuta ringgit?

"Kau kenapa?" Tanya lelaki itu pelik.

Eh, boleh pula dia tanya aku kenapa? Aku tengah terkejut ni!

"Tak ada apa lah. Whiskas naik harga." Balas Hazwini tidak acuh. Kedua-duanya matanya melempar pandangan ke arah luar tingkap. Dan baru dia perasan akan sesuatu.

Jap... ni bukan jambatan kedua Pulang Pinang ke? Dah jauh dari terminal bas ni!

"Wei, terlepas dah ni... Ni macam..."

"Send location rumah kau." Arahnya.

"Kan aku ca..kap.." tergagap Hazwini bila wajah Airil Adryan semakin hampir dengan wajahnya. Ketika itu dalam lampu isyarat berwarna merah.

"Ikut je apa yang aku suruh.." keadaan masih sama. Wajah lelaki itu tidak berganjak sedikit.

"Err, lampu hijau!" Kata Hazwini dengan kalut.

Dengan muka menjengkelkan serta muka tidak bersalah Airil Adryan memandu seperti biasa.

Hazwini menarik nafas lega. Padahnya kalau lelaki dan perempuan duduk berduaan dalam kereta. Lepas tu muncul lah orang ketiga.

Thanks, lampu hijau! Kau selamatkan aku..

"Cepat sikit send location tu," suara Airil Adryan menyentak lamunannya.

"Kejap lah!"

Terpaksa Hazwini menghantar lokasi rumahnya kepada lelaki itu. Erghh!

"Ambil ni," tiba-tiba Airil Adryan menghulurkan iphone 12 pro miliknya kepada gadis itu.

"Nak buat apa?"

"Buka whatsApp. Buka link location yang kau hantar tadi," arahnya tanpa memadang wajah Hazwini. Dia hanya memfokuskan pemanduannya.

Butang sisi telefon ditekan oleh Hazwini. Kemudian terpapar pasword di skrin telefon itu.

"Password?" Sepatah Hazwini bertanya.

"1522."

Hazwini tergamam seketika. Jarinya berhenti bergerak di atas skrin. 1522? Bukan tarikh birthday kan? Mana ada bulan 15 atau 22. Melainkan itu tarikh.

"Cepat lah! Dah nak masuk highway ni!"

"Jap.. jap!" Kelam kabut Hazwini membuka kata kunci tersebut.

Aplikasi whatsApp dibuka. Mencari mesej yang dihantar olehnya keoada lelaki itu.

Sekali lagi dia tergamam campur kaku. Dia save number aku Hana? Panggilan tu cuma panggilan nama manja aku je.. macam mana dia tau? Kawan-kawan aku pun jarang panggil aku Hana. Telah Hazwini dalam hati.

Lelaki yang bernama Airil Adryan memang begitu misteri. Yup, mystery guy.

"Dah ke belum? Kalau dah tolong bluetooth iphone ni device kereta.."

Terus jari Airil Adryan menunjukkan punat bluetooth bersebelahan punat radio.

"Thanks... Kalau mengantuk tidurlah. Jauh lagi perjalanan." Ujar Airil Adryan dengan lembut.

Hazwini mengangguk perlahan. Iphone 12 milik lelaki itu yang berada di pengangannya di letakkan perlahan-lahan di atas peha lelaki itu.

Matanya tidak dapat lagi mengawal dari buka lalu dia terlena dengan pelbagai jutaan soalan yang menpegaruhi akal fikirannya.

Continue Reading

You'll Also Like

686K 39.5K 57
ON- GOING [1๐“ข๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ฝ๐“ฒ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
1M 36.4K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
943K 30K 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai...
522K 14.1K 59
โ› ๐ˆ ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐š๐ฒ ๐ˆ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...