My Adore, Dr. Annoying

Por liahhanaa

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... Más

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

🌼Bab 17

1.9K 116 18
Por liahhanaa

"Telapak tangan anak siapa pula ni?"

"Telapak tangan mamat rambut bulu jagung kesukaan kau lah!" Jawab Airil Adryan selamba dan kuat perasannya. Tangannya masih lagi menghulur di depan muka Hazwini.

Terus jantung Hazwini berdegup laju. Rasa nak terkeluar jantung dari badan pun ada dah ni! Dia terkaku seketika.

"Let me help you..." kata Airil Adryan lagi. Memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Posisi Hazwini masih kekal di atas jalan tar tersebut.

Hazwini menjelingkan matanya sebelum menjawab kata-kata lelaki itu. Kepalanya di dongakkan sedikit. Memandang wajah lelaki itu yang masih berdiri di hadapannya.

"No. A big no! Is HARAM lah... Aku perempuan dan kau lelaki.. Haram kut..! Melainkan kau ni adik beradik Sajat tu.. lain cerita lah!" Tak fasal-fasal Hazwini menjual nama si Sajat yang tidak mengena-gena dengan isu mereka dua. Kesian Sajat dipersalahkan.

Airil Adryan hanya terdiam dengan bicara gadis itu. Hmm, betul jugak kan? Lelaki dan perempuan mana boleh bersentuhan.

Beberapa saat kemudian dia tersengih sinis. Mana boleh dia kalah dalam tangan perempuan. Debat tetap debat!

"Dalam keadaan darurat macam ni kau still berdegil lagi?"

"Darurat tak darurat, secara realtinya HARAM!" Bidas Hazwini geram.

"Tapikan kau tu jatuh tu... mari lah aku tolong... hari ni je aku baik."

Baik hotak dia!

"Aku rasa, aku tengah cakap dengan orang berpangkat PhD... bukannya budak tadika kan? Ke kay tak faham apa itu haram? Takkan duduk kat luar negara bertahun-tahun sampai tak tahu hukum hakam agama???" Sindir Hazwini selamba. Silap oranglah nak berdebat dengan aku!

"Okey!" Airil Adryan berpeluk tubuh sambil menghela nafas sedikit kuat. Aku kalah!

"Kalau kau tak nak aku tolong... tak apa. Bukan aku nak sangat tolong kau pun. Aku saja je. Rasa kesian pula pengemis ni terduduk dekat jalan tar USM ni. Sian mak cik. Mak cik nak saya bawa ke hospital tak? Parah dah tu." Ejek lelaki itu sambil tergelak. Apa yang lawak pun, tak tahu lah.

Hazwini terus bangun sambil membersihkan pakaiannya. Eh, boleh pula aku bangun? Tadi bukan main susah nak bangun!

"Pengemis pun, lebih baik dari kau! Hati busuk. Pergi mampus lah kau!" Katanya dengan geram. Matanya mencerlung tajam anak mata hazel lelaki itu yang kelihatan selamba.

"Dah, tak payah nak buat drama Melayu. Sekarang ikut aku, masuk dalam pejabat aku memandang kau dah boleh bangun."

"Kau ingat aku jahil sangat ke?" Templak Hazwini tegas.

"Jahil? Amenda kau merepek ni? Aku bukan nak apa-apakan kau, aku nak bagi ubat luka untuk kau." Terang Airil Adryan ringkas.

Aku dah salah faham? Huwaaa rasa nak selam je muka dekat laut! Malu nyaaaaa!

"Tak apa aku okey lah!" Dia cuba mengawal reaksinya.

"Kalau kau tak nak ikut aku, I'll decline your score...."

Alamak aihhh! Dia ni main ugut-ugut pulak dah... rasa nak lempang aje mamat ni! Hm, tak nak lempang je.. tapi aku nak masak dia jadi lempeng! Baru sedap.

"Aku tak nak! Tak nak dan tak nak!!" Hazwini masih berdegil.

"Okey, hobi aku memang suka tolak markah semua pelajar..."

"Ah! Okay, fine!" AkhirnyaHazwini mengalah.

Sempat lagi Hazwini membuat muka meluatnya apabila lelaki itu tersenyum sinis kepadanya.

Bukannya aku jatuh atas jalan lebuhraya pun. Cuma jalar tar kawasan USM je! Kecohlah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AIRIL ADRYAN hanya memaku pandangan ke arah Hazwini yang sedang menuju ke sofa yang tidak hauh dari meja kerjanya sambil membawa kotak first aid.

"Kau pandang dinding, jangan tengok aku! Kalau mata kau buta, tandanya kai memang mengintai aku dalam keadaan senyap!" Suruh Hazwini dengan nada tegas.

"Siapa nak tengok kau? You're not my taste okay!"

Werkkkkk! You're not my taste okay lah konon! Kau ingat aku ni makanan ke? Tertaste-taste bagai. Habis tu, taste kau yang jenis perempuan Zaman Paleolitik ke? Pakai baju macam tak cukup kain? Macam tu? Mengumpat Hazwini didalam hati.

Sambil dia mengumpat di dalam hati tangannya laju menjalankan kerja. Cecair iodin itu di tuang sedikit ke kapas lalu di sapu ke lutut yang luka itu.

Selepas itu dengan senyap-senyap mengemas peralatan ubat itu lalu perlahan-lahan dia berjalan pergi ke depan meja lelaki itu. Kemudian dia mengcangkung dari dilihat oleh Airil Adryan yang tengah memandang dinding belakang. Telefon pintar didalam beg silangnya diseluk lalu aplikasi dikamera dibuka.

Hahaha, kau tunggu Airil Adryan! Aku lah paling jahat dalam dunia nyata ini. Muahahaha.

"Okay, done!" Jerit Hazwini. Sedang kan dia sudah menyorok tempat lain.

"Per... lu... ke nak men..jerit?" Kata Airil Adryan tergagap-gagap. Tiada langsung bayangan gadis itu di sofa. Mana budak ni pergi.

"Bahhhhh!!!!" Terjah Hazwini lalu bangun dari mengcangkung bersama telefon bimbit ditangan dan sudah siap sedia melakukan sesuatu yang begitu pantas.

"Allahuakbarr!" Jerit Airil Adryan terkejut.

Klik!

"Muahahaha.... I got it! Hodoh gila muka kau terkejut! Hahaha kalah dari muka beruk nak curi kelapa!" Terbahak-bahak Hazwini mengertawakan Airil Adryan yang tampak terkejut.

"Hazwini Raihanaaaa!" Yow, bapak Harimau Malaya dah keluar taring! Seram you!

"Bak sini telefon kau tu!"

"Mana boleh... ni aku punya. Kalau nak beli lah sendiri!"

"I said... give me your phone!"

"I won't..."

"Kau bagi sekarang!" Buat pertama kali Airil Adryan menjerkah kuat kepada seorang perempuan. Eh? Yanf dalam tandas tu bukan dia jerkah ke?

Terpinga-pinga Hazwini seketika. Terkedu, terkelu dan ter'tatau' nak buat apa. Beberapa saat kemudian dia tersenyum jahat.

"Jap-jap! Sebelum tu," Hazwini terus menayangkan sesuatu gambar yang berada di dalam telefon pintarnya kepada Airil Adryan. "Comel tak?" Sindir Hazwini. Telefon pintarnya digoyang-goyangkan sikit.

Kelihatan mata Airil Adryan membulat besar. Terkejut. Macam ni rupa aku bila terkejut. Hodoh sial.

Tak semena-semena ketawa Hazwini pecah lagi. Bagi orang lain melihat gambar itu memang comel. Tapi baginya memang hodoh! Sereh! Tunjuk kat lembu pun, lembu pun lari.

"Delete!" Arah Airil Adryan tegas. Dia cuba mengawal riak malunya.

"Kalau aku tak nak? Huish, ni aku viral kat mana-mana dalam socmed..."

"Tolak markah!" Laju Airil Adryan memintas.

"Hisyhhh.. asyik-asyik tolak markah je.. tapi tak tolak-tolak pun!"

"Okey." Lantas Airil Adryan menghidupkan macboknya.

"Okey, tak-tak! Jangan.. please..!"

"Bagi telefon tu cepat!"

Hazwini tersenyum jahat. Muka tidak berdosanya ditayangkan. Telefon bertukar tangan.

Airil Adryan menekan button on di sisi telefon itu.

"What the hell?" Carutnya tiba-tiba.

Hazwini hanya menahan gelak dari meletus.

"Fingerprint?" Soal lelaki itu dengan hairan.

Hazwini hanya mengangkat kening kananya tanda membalas pertanyaan lelaki yang sentiasa menjengkelkan itu.

Tiada angin, tiada ribut dan pokok tak bergoyang-goyang. Airil Adryan terus menarik lengan Hazwini. Jari-jemari gadis itu dicapai dengan lembut. Kemudian dia memegang ibu jari yang comel itu dan meletakkan jari tersebut di atas skrin telefon milik gadis itu.

Akhirnya fingerprint lock screen itu berjaya dibuka. Tanpa membuang masa Airil Adryan membuka Aplikasi gallery. Terdapat beberapa gambarnya terpampang di situ. Cepat-cepat dia memadamnya. Walaupun agak kekok untuk memadam gambar kerana dia bukan lah seorang pengguna Android. Sudah terlalu biasa dia dengan sistem IOS.

"Done." Telefon itu kembali kepada tuannya.

Hazwini masih terkaku. Sehingga tidak sedar telefon pintarnya berada di tangannya semula.

Pantas betul kejadian itu berlaku. Tidak sempat otaknya mencerna perbuatan lelaki itu

"Kau..." Hazwini kehilangan kata-kata. Lelaki itu adalah manusia pertama yang haram menyentuh kulitnya selain ayah, abang dan adik lelakinya.

"You can go, now.."

Hazwini menghela nafas beratnya.
Bertimbun-timbunlah dosa aku! Keluh Hazwini di dalam hati seraya memandang jari-jemari tangan kanannya.

Berdebar siak jantung aku ni! Bisik hatinya.

Seguir leyendo

También te gustarán

209K 8.9K 81
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
8.9M 577K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
523K 14.1K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
5.6M 256K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...