My Adore, Dr. Annoying

By liahhanaa

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

🌼Bab 15

1.9K 119 13
By liahhanaa

Klik! Klik! Klik!

Setelah puas gambar yang ditangkap, dia berlari anak mendapatkan ayah dan ibunya yang sibuk memanggang ayam di bawah jambatan. Berkelah di bawah jambatan kedua Pulau Pinang amat menyeronakkan. Suasana petang yang mendamaikan serta tiupan angin laut yang lembut.

"Ayah, ibu! Cantik tak kakak tangkap?" Dengan begitu pelat dan comel Hazwini berkata seraya menghulurkan kamera Canon EOS 200D kepada ayahnya untuk menyuruh melihat beberapa gambar suasana laut yang telah diambilnya.

"Wah, cantiknya kakak tangkap! Ada gaya nak jadi photographer ni." Puji Encik Zamarul sambil tangan kanannya mengusap rambut anak perempuannya berumur enam tahun itu. Ikatan tocang kanan rambut anaknya itu ditarik sikit. Sengaja dia ingin mengusik.

"Potogaper tu apa, ayah? Hee, ayah jangan lah tarik tocang kakak! Nanti penat ibu nak betulkan balik."

Encik Zamarul tergelak besar. Sudah marah anak perempuannya. Dengan pelat anaknya itu bertambah lagi gelaknya. Walaupun memang comel.

"Photogapher tu adalah perkerjaan. Kerjanya tangkap gambar orang... Kalau bukan gambar orang, gambar-gambar tempat yang cantik macam kakak tangkap tadi. Memang cantik!"

"Oh..." Hazwini hanya mengiakan. Walaupun blur, dia terpaksa buat-buat faham. Haih, nama pun budak lagi.

"Kenapa? Kakak nak jadi photographer ke?"

Terus Hazwini memuncungkan mulutnya.

"Tak nak! Nak jadi macam ayah!" Katanya dengan tegas tetapi mulutnya masih tidak lepas dari memuncung.

"Apa pulak... Itu kerja orang lelaki lah."

Tiba-tiba satu suara berkata bertambah lagi muncung mulutnya dan wajahnya bertambah masam mencuka.

"Menyakat kakak banyak-banyak, Along. Jangan ibu menyakat kamu campak dalam laut tu kang," kini suara Puan Hawa membebel memarahi Hazriq Raikkal, abang sulung Hazwini berusia 9 tahun.

"Ayok, padan muka. Kena marah..."

"Mana ada kena marah. Ibu nasihat kat abang je."

"Sudah-sudah jangan nak gaduh. Kalau kakak nak jadi macam ayah, kena belajar elok-elok tau sayang..."

"Baik ayah. In shaa Allah," balas Hazwini dengan senyuman comelnya. Selepas itu dia melapangkan kedua-dua tangan dihadapan ayahnya untuk meminta sesuatu.

"Ayah, nak dukung!"

Encik Zamarul terkecil. Sebelum itu, dia meletakkan kamera miliknya di atas rumput sebelum mendukung anak perempuannya.

"Huwaa, along nak dukung juga. Mana aci ayah dukung kakak!" Ujar Hazriq Raikkal dengan tak puas hati.

"Kejap ya... Nanti ayah dukung along."

Terpaksalah Hazriq Raikkal menunggu. Sebenarnya dia tidak rasa cemburu sedikit pun dengan adik perempuannya itu. Cuma dia suka mengusik sampai terbuat adiknya menangis.

"Ayah..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"AYAH... kakak sayang ayah! Banyak-banyak!" Usai bicara terus bibirnya mencium pipi ayahnya.

"Ayah pun sayang anak ayah yang comel ni..."

Hazwini tersenyum comel.

Air mata yang sudah membasahi pipinya dikesat lemah. Walaupun sudah lama berlaku, tetapi masih terpahat dalam memorinya. Kenangan berkelah di bawah jambatan bersama ayah, ibu dan arwah abang sulungnya, Hazriq Raikkal.

Kemudian Hazwini memandang ke arah tempat dimana menjadi sebuah kenangan yang tidak dia akan lupa sampai bila-bila.

Terdapat beberapa orang yang memancing disitu. Ada juga beberapa keluarga yang sedang duduk bersantai sambil melihat pemandangan laut Pulau Pinang yang terbentang luas.

"Are you crying?"

Pantas Hazwini menoleh ke arah suara garau menegurnya.

Tetapi beberapa saat dia kembali memandang laut. Menyemak pulak mamat kutip hutang ni.

"Kau nangis sebab aku ke?" Tanya lelaki itu sambil membetulkan kaca mata jenama RayBan berwarna hitam di mata.

"Siapa kau sampai aku perlu menangis?"

"Then, what makes you cry?"

"Perlu ke aku bagi tahu kat kau?" Soalan berbalas soalan. Hazwini hanya membuat riak menyampah kepada Airil Adryan yang selamba memandang laut.

"Ikut kau lah. Kalau kau rasa benda tu baik untuk aku tahu, bagi tahu je lah."

Hazwini gelak sindir sebelum menjawab. "Aku nangis sebab aku tak sabar nak tolak kau ke laut!" Spontan itu laju Hazwini menarik sweater yang dipakai oleh lelaki sebelum dengan kuat dia menolak batang tubuh lelaki itu ke laut.

Tapi malangnya, Airil Adryan terlebih pantas untuk menahan kedua-dua kakinya terdorong jatuh ke laut. Tidak dijangka, mereka berdua akhirnya jatuh terlentang. Kali ini tidak bertindih sesama sendiri, tetapi meniarap di atas rumput.

"Kau buat macam mana sekalipun... kau tetap kalah, Hazwini Raihana. Dengan gaya kau tak cukup zat ada hati nak tolak badan aku yang seksi ni," tutur lelaki itu lalu bangun dari meniarap.

Hazwini mendengus kasar. Kemudian dia bangun untuk berdiri.

"Tata, chau luh!" Selepas berkata, Hazwini terus membuka langkah untuk meninggalkan tebing laut ini.

Pantas juga, Airil Adryan menarik tali beg silang tang dipakai oleh Hazwini. "Kau dah lupa, kau datang sini dengan aku?"

"Haah," jawab Hazwini acuh tidak acuh.

"Jom, aku hantar kau balik."

"Aku boleh balik sendiri lah!" Bentak Hazwini kasar.

"Jangan nak mengada! Kira baik aku nak hantar kau balik. Lagipun rumah aku tak jauh dari USM," ujar Airil Adryan seraya membetulkan rambutnya yang diasapa oleh angin laut.

Huish, asal tetiba jantung aku degup semacam ni? Dia cuma betulkan rambut dia je. Kau pula, lebih-lebih ni kenapa?

"Eh, boleh tak jangan kau tayang muka kacak kau dan jangan betulkan rambut kau?"

Terangkat kening kanan Airil Adryan.

"Entah. Tetiba je jantung aku dengup laju." Eh? Sereh ah Wini! Kau bagi tahu dia?

Laju Hazwini menekup kedua-dua tangannnya ke mulut. Sudah terlanjur kata-katanya. Haih, terlajak feri boleh diundur, terlajak cakap, hmm kau tengok lah mamat kutip hutang ni kembang sekawah.

"Aku dah agak. Kau memang suka kat aku kan? Yalah, aku kan kacak... lelaki idaman semua perempuan dalam dunia ni."

You see that? Kembang sekawah mamat ni.

"Heh." Hazwini membuat wajah menyampah.

"By the way, thanks for treat me. Too bad you're on me, right?"

"Eee, tolonglah! Nak muntah aku!"

Dan akhirnya terpaksa Hazwini menumpang lelaki itu untuk balik ke kampus.





























Continue Reading

You'll Also Like

368K 23K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
36.8K 3.8K 40
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
73.7K 9K 24
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
38.2K 4.7K 6
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.