My Adore, Dr. Annoying

By liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🀍 PROLOG I
🀍 PROLOG II
🀍 BAB 1
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🀍
Bab 29🀍
Bab 30🀍
Bab 31🀍
Bab 32🀍
Bab 33🀍
Bab 34🀍
Bab 35🀍
Bab 36🀍
BAB 37🀍
Bab 38🀍
Bab 39🀍
Bab 40🀍
Bab 41🀍
Bab 42🀍
Bab 43🀍
Bab 44🀍
Bab 45🀍
Bab 46🀍
Bab 47🀍
Bab 48🀍
Bab 49🀍
Bab 50🀍
Bab 51🀍
Bab 52🀍
Bab 53🀍
Bab 54🀍
Bab 55🀍
Bab 56🀍
Bab 57🀍
Bab 58🀍
Bab 59🀍
Bab 60🀍
Bab 61🀍
Bab 62🀍
Bab 63🀍
Bab 64🀍
Bab 65🀍
Bab 66🀍
Bab 67🀍
Bab 68🀍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
πŸ¦‹Bab 18
πŸ¦‹Bab 11
πŸ¦‹Bab 13
πŸ¦‹Bab 19

🌼 Bab 2

2.8K 182 62
By liayurina

Kertas yang sudah bertaip lengkap mengandungi jadual waktu kuliah dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Rasa ingin marah, hampa, kecewa semua bercampur aduk.

Mana tidaknya, awal-awal semester dah kena hadap subjek algoritma. Haih. Mujur sahaja pembaris panjang tahun lepas masih elok digunakan lagi. Kalau tak, kena beli yang baru. Sudahlah dia ni kedekut orangnya.

Tahun ini merupakan tahun ketiga semester bagi Hazwini dan tahun ini juga dia perlu fokus untuk mencapai target yang akan dibawa ke tahun hadapan. Dimana tahun dia akan berakhir sebagai mahasiswi dan akan mendapat ijazah kepujian. Lagi-lagi bidang yang diambilnya itu susah. Tidak tahulah dengan orang lain. Mungkin ada yang mudah ataupun sukar.

Sukar...

Sukarlah dia dengan subjek yang akan bermula dalam beberapa minit lagi.

Ceh. Lari topik ni!

Tersengih Hazwini melayan kata hatinya.

"Oi, Boleh pula kau tersengih? Nasib baik time drive kau tak tersengih macam ni! Tersengih berangan nak kahwin dengan anak raja ke?"

Hazwini menjeling tajam ke arah Liana.

"Sengih itu indah."

"Sengih nampak braces kau tu ada lah!" Balas Liana seraya memeluk erat sebuah fail ungu.

Hazwini tergelak. Memang dia memakai pendakap gigi pada tahun lepas. Angkara stres gigi arnabnya yang jongang sedikit lalu dia membuat keputusan untuk memakai. Terpaksa dirinya menahan 'seksa' apabila memasang pendakap pada giginya. Seandainya dia tidak memakai ramai yang menganggap dia seekor arnab tapi bukan seorang manusia kerana giginya.

Suasana kembali senyap apabila Hazwini dan Liana menumpu perhatian kepada telefon pintar.

Kelas pertamanya akan bermula dua puluh minit lagi. Liana pula menumpang dengannya. Kereta punya mewah malas pula nak bawa. Dengan alasan, pergi sekali jimat masa.

Jimat masa ke, jimat duit minyak?

Kekadang tak boleh percaya dengan minah sorang ni. Nak katanya dia kedekut, dia pun sama je.

Proton Iriz berwarna merah yang di hadiah oleh ibunya menjadi mangsa keadaan. Sebenarnya bukan Liana  sorang sahaja yang menumpangnya, tetapi Nini dan Syasya turut juga menumpangnya. Sekarang ini Nini dan Syasya tiada dengan  bersama mereka di taman mini ini kerana, perlu menghadirkan diri ke pejabat dekan atas urusan tertentu sebelum jam menginjak pukul 9.00 pagi.

"Jomlah masuk dewan dulu. Memanglah awal, tapi aku nak tidur sekejap sementara lect datang."

"Yelah... first class kan. Nanti ber second- second class jangan kau buat pula," saja Liana berpesan. Kadang kala tidak dijangkanya Hazwini akan juga tidur dalam kelas seperti semester sebelum ini. Tetapi alhamdulillah, sahabatnya itu mencapai point GGPA yang tinggi darinya. Siapa sangka budak kuat tidur dalam kelas boleh berjaya? Huhu.

Hazwini hanya mengeyakan. Memang sebelum keluar dari bilik penginapan, dia sudah berasa amat mengantuk. Natijah main game sampai larut pagi.

Kemudian dia bersama Liana melangkah menuju ke dewah kuliah A.

****

"BELUM start class lagi dah pengsan kawan kau tu." Satu suara mengejutkan Liana yang fokus membaca buku subjek Algoritma. Dia memandang empu punya si suara dengan tiada riak.

"Biarlah dia. Macam kau tak biasa," balasnya. Sempat dia menjeling ke arah Hazwini yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Kemudian dia kembali menumpukan pembacaannya.

"Nyah, aku tahu lah. Tapi ni kan first sem tahun ketiga ni. Takkan sampai final sem dia nak tidur lagi? Mujur otak dia pandai."

"Alah, kau ni semak lah Nes! Kalau nak membebel pergi jauh-jauh."

Nes atau Nazran Huzair muncung apabila Nini memarahinya. Jiwa perempuannya mudah terasa dengan segala hal walaupun dia seorang lelaki sejati. Tetapi tidak bermakna dia pondan. Hanya berjiwa perempuan sahaja.

Syasya disebelah Nini sama mengikuti Hazwini yang sedang lena diulit mimpi.

"Lek ah, aku cakap je. Dah lah bye!" Nes terus melangkah ke arah kerusinya untuk duduk.

"Tak yah lah kau nak merajuk. Habis kelas aku belanja kau pekena mi goreng mamak Subaidah. Nak?"

"Tak nak."

"Dia tak nak tu, Nini. Belanja aku lah," Liana mencelah sedari hanya mendengar bicara antara Nini dengan Nes.

"No problem. Huish, bapak ah! Wini mendengkur kuat gila!"

Pada waktu itu, satu suara didepan menggunakan pembesar suara membuat Liana untuk membalas kata Nini terhenti. Suasana di dalam dewan kuliah yang riuh kini, senyap sepi ibarat dijengah malaikat maut.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Profeser Fauzy Bin Al-Azhar. Di sini saya ingin memaklumkan pertukaran pensyarah dalam subjek Fundamentals of Algorithm development. Ada seseorang yang akan mengajar..." Tidak menyempat Prof. Fauzy menerus bicaranya, kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dewan. Kemudian berjalan segak ke arah Prof. Fauzy.

"Assalaimualaikum.... sorry, I'm late." Lelaki yang bersuit hitam itu memberi salam. Dia memegang satu fail berwarna hitam sambil berjabat tangan dengan Prof. Azhar.

" Waalaikumussalam, It's okay Dr. Airil."

Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.

Waktu itu Liana dan Nini kalut mengejutkan Hazwini serta Syasya untuk bangun dari tidur.

Hazwini dan Syasya akhirnya bangun dari tidur setelah bersusah payah Liana dan Nini menggunakan cara yang senyap agar tidak terkantoi dengan kedua-dua pensyarah yang berada di hadapan.

"Lecturer dah datang ke?" Hazwini bertanya dengan mata yang kuyu. Cermin mata berbingkai nipis dan bulat yang berada di atas buku dicapainya lalu dipakai.

"Dah. Kau tengok lah tu."

Hazwini memandang ke arah dua susuk tubuh di hadapan yang sedang berbual itu. Tetapi satu susuk yang tinggi lampai itu menyedarkan dia akan sesuatu.

Berkelip-kelip matanya memandang teliti ke arah ke arah lelaki tinggi lampai itu. Dia harap matanya salah lihat tapi benar.

Dia!

Mamat rambut bulu jagung! Detik hatinya.

"Class, it is my pleasure to introduce you guys... This is Dr. Airil Adryan, new lecturer and will teach you Fundamentals of Algorithm development subcjects. Now, Dr. Airil can take this class. Okay... bye class. Assalamualaikum... " Itulah ucapan terakhir dari Prof Fauzy sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah ini.

Selepas Prof. Fauzy keluar dari dewan, Dr. Airil terus memperkenalkan dirinya lebih lanjut.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera..." Suaranya yang besar yang penuh garau itu dapat menarikkan perhatian pelajar perempuan. Huihh! Siapa yang gay tu mungkin boleh juga terpikat aura lelaki itu! Deep voice siak!

Tambahan dengan senyuman kecilnya itu, dapat memikat seluruh hati warga pelajar perempuan di dalam dewan ini apabila dia menayangkan senyuman membunuhnya. Jangan ada yang pengsan sudahlah. Tak pun mati. Hohoho kejam pula ayat.

"Memang betul lah dia," tanpa sedar Hazwini berkata dengan perlahan.

"Betul apa?" Soal Nini yang berada di sebelahnya yang terdengar kata Hazwini.

Cepat-cepat Hazwini berdalih untuk menafikannya. "Betul lah, dapat letcurer kacak confirm tak ponteng kelas."

"Maybe... Lagipun lect dalam USM ni tak ada yang handsome dan bergaya macam Dr. Airil. Kebanyakan yang mengajar, rambut tak sikat, kepala botak dah kahwin ada anak haha. Ada pun boleh kira dengan jari je lect macam Dr. Airil ni," selamba Nini berkata lalu kembali pandang ke arah depan.

Hazwini hanya tersengih mendengar kata Nini. Dia pun kembali memandang ke hadapan.

Langsung tidak sedar Hazwini apabila lelaki itu sedang mula memperkenalkan dirinya dengan wajahnya serius. Hilang senyuman manisnya tadi. Serius betul. Suaranya pula... Haih sabar kak, sabar!

DOKTOR AIRIL ADRYAN BIN ISA DAMIAN

Umur 27 tahun.

Educated phD in Degree Computer Science Egineering. Seoul National University, South Korea.

4 flat

Fast track in degree (first class) to phD

Boleh bertutur bahasa: Melayu, Inggeris Australia dan Amerika... Dan juga Korea.

Itulah rumusan-rumusan pelajar tentang Dr. Airil Adryan di dalam kelas ni. Terutamannya pelajar perempuan. Tersenyum, tersengih, tergedik, terperasan mereka. Ada yang siap tulis tentang Dr. Airil dalam buku notebook mereka berdasarkan slide power point yang ditayangkan. Sebahagian tentang diri lelaki itu tiada di slide ada ditambah didalam buku nota mereka yang terlalu ingin mengetahui pensyarah muda kacak itu.

Haish, sampai macam tu sekali? Haih tahulah pensyarah baru ni handsome dan muda. Agaknya, kalau lah lelaki itu pensyarah yang baya-baya umur dengan Prof. Fauzy ada ke nak tulis? HAHAHAHA.

"Semua dah tahu diri saya kan? So, sekarang ni saya nak maklumkan sesuatu yang penting pada awak semua..."

Pelajar di dewan ini hanya mengangguk.

Nafas ditarik dalam. Dia menyambung bicaranya.

"For this class, If you're not absent from this class and don't write any letters of reason why you don't present this class, you're gonna get punishment on the spot. Markah tugasan berkumpulan mahupun secara individu akan di tolak 5%. Kelas ini akan diadakan pada setiap selasa dan khamis malam."

"For this year, final exam juga ada.. Jadi, awak semua kena get ready to face exams for graduation. However, exam ni susah awak wajib perlu menghadapinya.. Insya allah! Dengan keberkatan-NYA Dia akan tolong awak semua.... Just Do'a Allah can help you... Don't worry... Kalau tak faham, boleh tanya saya."

Kelihatan sesetengah pelajar lelaki frust! Ada keluhan dan kerungutan bagi setiap pelajar. Muka mereka ada yang menunjukkan kemarahan yang teramat. Walaupun kata-kata terakhir itu membuat mereka semua tenang... Mereka juga tetap tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh Doktor Airil.

Punishment on the spot? Haih... Tak sanggup.. Baik datang kelas ni hari-hari pun tidak mengapa. Pendek kata, makan, minum, tidur, mandi semua di sini. Bukan lebih baik begitu? Tidak payah susah-susah tinggal di asrama lagi.

"Lagi satu! Saya tidak suka pelajar yang datang lewat ke kelas. Tak kisah lah, kalau saya panggil sekalipun untuk datang ke bilik pejabat saya. Sama juga dengan kes ponteng tadi. Markah assigment ditolak 5%. Dan.. Kalau terlambat, sila fikir 10 alasan logik."

Terkejut beruk mereka semua di dalam dewan ini. Terkejut! Kali pertama melihat pensyarah muda menetapkan peraturan yang agak 'kejam.'

"Kita perlukan lect yang lama ajar kita balik... huwargh!" Suara Syasya merungut. Kepalanya sudah terlentok di atas meja.

Pelajar di dalam dewan sudah kehampaan dan pasrah. Selama ini, pensyarah yang mengajar mereka tidaklah terlalu serius dan banyak bergurau dengan mereka. Tetapi kali ini... tak boleh jangka! Apalah nasib.

"Macam ni, aku sanggup jadi kerusi. Tak payah lagi nak belajar dan masuk kelas," kata Hazwini yang turut hampa.

"Aku nak jadi meja!"

"Aku whiteboard. Huhu," sambung Nini selepas Liana bersuara ingin menjadi meja.

"Redho lah kita semua ni..."

Usai Syasya bicara suara Dr. Airil bergema di hadapan.

Dan akhirnya bermulalah kelas pada pagi itu dengan suasana senyap sepi.




Continue Reading

You'll Also Like

925K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
303K 19.4K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...