Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.3K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|34

32.9K 1.8K 248
By AizackMesle

Janji yang telah terpateri

⚜⚜⚜




SUDUT bibirnya ternaik lebar apabila melihat panggilan yang diterima. Cepat-cepat dia jawab panggilan daripada sang suami yang sudah berada di Australia sejak dua hari lepas.

Rindu. Satu perasaan yang tidak mampu dilihat dengan indera pandangan tetapi mampu dirasai dengan detak hati.

Mawar jadi gila bayang. Jika dulu Engku Raid yang mengejar, kini dia juga amat terkejar-kejarkan perhatian sang suami. Dia mahukan Engku Raid sama sebagaimana lelaki itu mahukan dirinya.

Mungkin, Mawar sudah gila? Ya, itulah gilanya penangan sebuah perasaan yang dinamakan 'cinta' . Mawar tak mampu untuk ungkapkan, tetapi dalam hati hanya Mawar yang menyimpan.

Biarkan. Biar tiada sesiapa yang tahu.

"Assalamualaikum!" Dia memberi salam sebaik saja talian bersambung.

Kedengaran orang di pihak sana ketawa kecil, terhibur apabila mendengarkan suara teruja sang Mawar merah yang mengkhayalkan.

Kata orang, Mawar merah simbolik cinta. Jadi sejak itu, seorang Mawar akan kekal menjadi cinta yang bertakhta di hati. Hanya Mawar, tiada duanya.

Salam Mawar dijawab dalam hati.

"Buat apa tu?"

Mawar sengih. Kaki yang tidak mencecah lantai, digoyang-goyangkan. Jemarinya menguis-nguis cadar katil. "Fikirkan awak..." jawabnya main-main.

Pecah tawa Engku Raid. Mawar makin nakal sekarang sejak-sejak hamil. Terkadang perangai itu membuatkan dia jadi hilang pertimbangan.

Suara Mawar,

Senyuman Mawar,

Tawaan Mawar,

Bauan Mawar,

Tidak pernah gagal membuatkan jantung seorang lelaki bernama Engku Raid Nasaie berkocak hebat. Rentak jantungnya berdentam-dentum.

Mawar yang hanya milik Raid.

"Main-main..."

Mawar juih bibir ke depan. "Habis tu, kalau saya cakap saya fikirkan Haris ke, Fayyadh ke, ha tak pun Anas—"

"Don't you dare Mawar Adelia!" Sepertinya Mawar berjaya mengundang cemburu sang suami. Sejujurnya, lelaki itu dah lama tak menunjukkan sisi yang itu. Mawar jadi rindu nak usik.

Mawar ketawa perlahan. "Ala gurau je..."

"Hmm..." Engku Raid bergumam saja.

"Awak bila nak balik?"

"Kau rindu aku ke?" Soalan berbalas soalan. Mawar tak puas hati dengan respon sang suami. Bantal peluk, dia tumbuk-tumbuk seakan melampiaskan rasa geramnya.

Ketawa lagi, Engku Raid di pihak sana sudah menggelengkan kepala. "Yalah-yalah. Tak main-main dah. Lusa aku balik."

Mawar yang tadinya layu dek kemuraman, kini sudah kembali menegak bagai baru lepas ditabur baja kasih. Senyuman Mawar memekar.

Mawar tak sabar nak peluk Raid!

"Betul-betul ni? Tak main-main?"

Beria Engku Raid angguk meskipun Mawar tak dapat melihat.

"Betul sayang..."

Sayang...

Kalimat itu lagi. Wajah Mawar menghangat tiba-tiba. Gaya orang baru nak bercinta. Macam itulah. Mawar senyum seorang diri. Gila, penangan seorang Engku Raid memang gila.

"Awak ni..." Pipi Mawar merah. Hangat, sehangat hatinya kini yang terbakar dek api panahan cinta sang Raid. Mawar lemah. Mawar cair. Tak salah kan?

"Kau dah makan?" Suara serak-serak basah sang suami membuatkan Mawar rasa berbunga-bunga. Meski hanya dengar suara, Mawar jadi tak tentu arah.

"Erm belum..." Bibirnya melengkung ke bawah. Tersebek. Entah nak tunjukkan kepada siapa, tak tahulah. Walhal, hanya dia seorang saja di situ.

Engku Raid di pihak sana sudah mengerutkan kening. Respon yang Mawar berikan membuatkan dia resah. Risau jika terjadi apa-apa kepada sang belahan jantungnya.

"Kenapa tak makan? Aish kau ni..."

"Saya nak makan awak."

Senyap.

Jatuh rahang Engku Raid apabila Mawar menyelar kata-katanya dengan sesuatu yang tidak terjangka dek akal. Mawar ni biarlah betul? Engku Raid garu kepala.

Mawar pula sudah menunduk apabila mendapat kesedaran. Bibir dipukul sendiri. Coi punya mulut. Gatal sangat pesal ni Mawar?! Dia memarahi diri sendiri.

"Ehem maksud saya, nak makan dengan awak..." Cepat-cepat Mawar mereka alasan.

Tapi sesaat, dua saat, tiga saat...Mawar tak dengar lagi suara sang suami. Yang dia dengar hanyalah dengusan berat lelaki itu. Mawar gosok puncak hidung.

"Er awak ada lagi ke—"

"Mawar." Barulah Mawar dengar suara Engku Raid. Manalah tahu kot lelaki itu tiba-tiba pengsan ke. Risau dia. Mawar melepaskan keluhan lega.

"Ya?"

"Aku balik esok."

"Hah? Tapi awak cakap lusa baru balik-"

"Aku nak balik esok juga. Tunggu aku ya, sayang?" Tiba-tiba Mawar rasa nada suara Engku Raid berubah. Rendah sehinggakan bulu romanya meremang.

"Erm okey..."





























TALIAN dimatikan.

Bibir membuang keluh. Telefon pintarnya diletakkan ke atas meja bulat seraya mengangkat punggung daripada kerusi. Kaki dihayun ke arah katil bayi yang terletak di hujung sana.

Wajah tidak beriak. Dia hanya merenung dalam wajah bersih bayi lelaki seberat 3.8 kg itu. Tatkala kelopak mata bayi tersebut bergerak, tahulah bahawa bayi itu telah terjaga.

Dia jadi resah seketika. Nak buat apa, bagaimana? Dia tak tahu. Dia tak pernah menguruskan seorang bayi sekecil ini. Bahkan, tidak pula pernah mengasuh mana-mana budak.

"Uwekk!"

Dan keresahannya bertambah apabila bayi tersebut mula mengeluarkan tangisan nyaring. Nyaris membuatkan dia rasa nak berlari pergi dari situ.

Tetapi takkan pula dia nak biarkan bayi itu menangis seorang diri?

Dalam kebuntuan tidak tahu nak buat apa, dia terpaksa juga mengangkat perlahan tubuh kecil bayi tersebut. Kekok. Seumur hidupnya, dia tak pernah pegang bayi.

"Shuh...shuh..."

Lama-kelamaan dia jadi kurang kekok. Bebas menghayun perlahan tubuh bayi tersebut dalam dakapan hangatnya. Bayi itu pula seakan mengerti dia sedang dipujuk, terus berhenti menangis.

"Tak nangis dah?" soalnya seraya mengintai wajah bayi itu.

Dia gagal menahan senyum. Wajah bayi itu terlalu polos dan comel untuk diabaikan. Bermata hazel sama sepertinya, berkulit cerah dan rambut sedikit keperangan asli.

Macam anak mat salleh!

Dua ulas bibir kemerahan bayi tersebut bergerak-gerak. Mungkin dahagakan susu ibu. Dia mengeluh. Lalu kaki dihayun kembali ke arah katil bayi.

"Eh Haidar dah bangun?"

Kaki yang baru melangkah masuk, terpaku di muka pintu. Namun perlahan dia membuka langkah kembali. Senyuman lembut diukir.

Nahar Haidar, sebaris nama yang diberikan sendiri oleh sang bapa.

"Er ya. Tadi aku tengok dia kejap lepas tu dia menangis."

"Haidar nak susu ni." Gadis itu mengambil Haidar daripada dukungan lelaki itu. "You duduklah dulu. I susukan Haidar kejap."

Lelaki itu mengangguk akur. Menarik kerusi berhampiran lalu melabuhkan punggung. Mata hazelnya sekadar merenung bayi kecil yang kini sedang menyusu. Bukan susu ibu, hanya susu botol.

"Nasa..."

"Hm?" Lelaki itu mengangkat kening.

"You betul ke nak bawa Haidar balik Malaysia?"

Engku Raid terdiam beberapa detik sebelum bibirnya bergerak-gerak, meluahkan hasratnya untuk membawa Haidar pulang bersamanya ke Malaysia.

"Ya, lebih baik Haidar duduk dengan aku. Dekat sana ramai boleh jaga dia. Kau pula bukan selalu ada masa. Kau kerja kan? Jadi aku tak nak susahkan kau." jelasnya tak terlalu panjang.

Ariana senyum. Sejuk hatinya apabila mendengar bicara Engku Raid. Daripada memandang Engku Raid, kini matanya jatuh menusuk ke wajah tenang Haidar.

Kasihan. Anak kecil ini tidak sempat merasai walau setitik susu ibu pun.

Tak pernah menjangkakan bahawa Aulia akan pergi tanpa melihat wajah Haidar. Permata hati yang selama ini, wanita itu tunggu-tunggu untuk lihat, kini hanya tinggal kata-kata.

Aulia kembali tenat sebaik sedar daripada koma kira-kira dua minggu setelah menjalani pembedahan untuk melahirkan Haidar. Dan wanita itu menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan Engku Raid sendiri.

"Nasa, I nak minta you jaga Haidar baik-baik. Ini permintaan terakhir Aulia. Dia pesan, kalau ada terjadi apa-apa kepada dia nanti, dia nak you jaga Haidar. Jaga Haidar macam anak you sendiri."

"Ya, aku tahu. Haidar ni juga anak aku. Walaupun bukan darah daging aku, tapi Aulia tetap pernah menjadi isteri aku. Soal Haidar, kau jangan risau. Aku akan pastikan dia membesar dengan baik. Depan mata aku sendiri." Engku Raid menyusun janji.

Ariana mengangguk. Melihatkan Haidar yang sudah kembali menutup mata, dia angkat tubuh bayi tersebut lalu diletakkan semula ke atas katil bayi. Rambut lebat Haidar diusap lembut.

"Haidar dah tidur. You tengokkan dia kejap. I nak masak. You tak makan lagi kan?"

Engku Raid berdehem pendek. Tak ada rasa nak berbual panjang. Kepala dijatuhkan sekali. Langkah Ariana yang sudah pergi, dia kerling dengan ekor mata.

Lalu dia kembali menghayun langkah ke arah katil bayi tadi. Sekali lagi, hatinya tercuit. Tangkal hatinya terjentik melihat wajah tenang Haidar.

Mungkin inilah perasaannya bila Mawar melahirkan nanti. Dia benar-benar tak sabar untuk menunggu detik itu tiba. Kira-kira tiga bulan lebih saja lagi sebelum tarikh Mawar melahirkan.

"Mungkin aku tak boleh jaga kau tapi aku akan jaga anak kau sebaiknya, Aulia. Maaf. Maaf kerana tak dapat jadi suami yang terbaik untuk kau. Aku tak boleh berikan kasih aku, aku tak boleh duakan Mawar..." bisiknya sambil merenung Haidar.

Jemarinya tanpa teragak-agak mengelus pipi kemerahan Haidar.































Flashback





"Raid."

"Hm?" Pensel warna yang dipegang, dijatuhkan apabila namanya dipanggil. Kening diangkat sebelah.

"Rasha bosanlah..."

Kening Raid berkerut. Mengerang perlahan, rasa naik pening apabila Rasha tidak henti-henti merengek dan menempel kepadanya.

Dahi Rasha ditolak menggunakan pensel warnanya. Menghalang kanak-kanak itu daripada terus menempel pipi ke lengan dia. Aih, rimaslah macam ini!

"Pergilah main sana. Tak nampak ke aku tengah buat apa ni?" Tubuh kecil Rasha ditolak.

Rasha menjuih-juih bibir. Kolam air matanya pecah, menghamburkan tangisan yang tidak berlagu. Memang sengaja nak menarik perhatian Raid sebenarnya. Niatnya hanya ingin mengusik abangnya itu.

Tapi bagi Raid, dia rasa serba salah. Pantas tubuh kecil Rasha dipeluknya tanpa berfikir panjang. Dahi Rasha yang ditolak menggunakan pensel warnanya tadi diusap semula.

"Sorry okay?" Pujuknya. Dia tak pandai memujuk. Memang itu ajelah modal dia jika Rasha menangis. Mujurlah Rasha jenis cepat mengerti. Rasha mengangguk beria. Membalas pelukan Raid dengan erat.

"Rasha boleh maafkan Raid. Tapi dengan satu syarat." Tiba-tiba Rasha meleraikan pelukan. Membuatkan Raid kerut kening.

Aik, ada syarat-syarat pula ? Apa-apa sajalah asalkan Rasha bahagia.

"Syarat apa?"

"Nanti dah besar, Rasha nak Raid kahwin dengan Lia!"

Buntang mata Raid mendengar syarat merepek Rasha. Dia menggeleng laju. Mana mungkin dia ingin melakukan semua itu jika dia sudah anggap Aulia seperti adik dia. Tak lebih daripada itu pun.

"Jangan merepeklah Rasha. Dahlah, jangan ganggu aku. Tepi."

Rasha kembali tersebek.

"Raid tak sayang Rasha..." Bahu Rasha terhinjut-hinjut.

Raid yang melihat tangisan Rasha kembali berlangsung, membuang keluh daripada bibir. Memejamkan mata, Raid tarik tangan Rasha supaya memeluknya.

Namun kali ini Rasha tak termakan lagi dek taktik pujukannya yang lapuk itu. Asal nak pujuk, mesti peluk, cakap sorry. Itu aje modalnya. Hmph!

"Rasha jangan mengada-ngada boleh tak?" Raid naik buntu. Kening yang tidak gatal digaru.

"Janji dengan Rasha, Raid kena kahwin dengan Aulia juga. Rasha suka Aulia, dia baik. Aulia suka layan Rasha. Kalau Raid tak nak, Rasha tak nak cakap dengan Raid lagi. Hmph!" Rasha memalingkan wajah.

"Rasha..."

Raid mengeluh. Melihatkan wajah muram Rasha membuatkan dia jadi tak sampai hati. Dia tak suka bila Rasha sedih.

"Okey okey."

"Apa yang okey?" Rasha kembali memandang Raid.

"Yalah, nanti aku kahwin dengan Lia." jawabnya tanpa senyuman. Tatkala Rasha memeluknya, pantas dia membalas pelukan adiknya itu.

Lega apabila Rasha tak merajuk lagi.

"Yeay! You're the best Raid. Rasha sayangggg Raid!"

Raid menggulingkan bebola mata.



Dan bila janji memakan diri, waktu itu masa tidak boleh diputarkan kembali. Janji harus ditepati. Janji yang dulu dibuat sekadar ingin menjaga hati, terpaksa dikotakan meskipun terpaksa menyakiti dua hati, dua jiwa, dua jasad.

Waktu itu Raid sedar, semua yang berlaku berpunca daripada dia.









Siapa yang kejam sangat sanggup suruh matikan anak Aulia? Author tak sanggup. Cukuplah Aulia seorang, author kan tak kejam. ;(

Hahaha.

Continue Reading

You'll Also Like

732K 39.2K 49
"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen. . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
55.7K 1.8K 51
(third book) Cover book by @thenurinyx Idea by @ctsyfrna "I know we will win the best ending ever!" . . "I'll end this chapter and no one will ever r...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
764K 42.9K 33
𝐋𝐚𝐚𝐢𝐭𝐡 𝐌𝐢𝐜𝐡𝐞𝐥𝐞 ~ 𝐊𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐉𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚 " Goodnight my little lady..." LAAITH MICHELE. Jejaka berusia 26 tahun. Mempunyai perwatakkan...