MACAM tak sangka lima hari sudah berlalu. Dengan sekali lafaz dan bersaksikan Fahim dan Rizky, aku sudah sah menjadi isteri Raf. Baju nikah pun Kak Arwaa tolong tempahkan untuk aku sebagai hadiah perkahwinan. Pernikahan kami berdua pun di buat ringkas - ringkas sahaja kerana Raf tak mahu Uncle Wan dan Imdad buat kacau ketika Raf majlis pernikahan berlangsung.
“Pengantin baru!” Aku tersentak tatkala mendengar suara kuat Rizky yang menyergah. Aku pandang dia yang datang bersama - sama Rian dan Fahim. Mereka bertiga tersenyum kacak.
“Kenapa kau termenung seorang di sini? Kata nak pergi ke tandas. Raf cari kau”, Kata Rian.
Aku tersenyum nipis.
“Rasa terkejut sebab tak sangka dah jadi isteri Raf. Cepat betul masa berlalu”, Balasku dalam nada perlahan. Malu bila mereka bertiga sudah mula tayang senyuman mengusik. Ada lah tu akal mereka nak mengusik aku.
“Dah kahwin jangan lupa bagi anak buah untuk kami. Aku tak sabar nak tengok anak kau dan Raf. Mesti comel”, Dah agak dah. Memang aku akan kena usik punyalah.
“Itu lah. Kau kena hati - hati Widya. Dia tu tak sabar dah nak terkam kau. Habislah kau”. Kali ini Rian pula mengusik.
Mereka bertiga ketawa nakal.
Aku mengemam bibir.
Raf tu gatal ke? Kenapa aku tak pernah nampak pun sisi gatal dia? Aku cuma nampak sisi gelap dia aje.
“Gelak - gelak apa? Kau bertiga burukan aku depan Widya ya?” Suara garau Raf terus mematikan ketawa Fahim, Rian dan Rizky. Aku menunduk tatkala melihat Raf merapatiku. Pinggang aku di paut kemas.
Rasa berdebar. Selesa pun ada juga.
“Mana ada. Kami cuma minta anak buah aje. Bukannya mengutuk kau”, Ujar Fahim sambil tergelak kecil.
“Betul tu”, Rizky tidak ketinggalan menyokong Fahim.
“Kalau Widya tanya soalan yang pelik - pelik pada aku, siap kau bertiga”. Pesan Raf dengan suara acah - acah garang. Mereka bertiga tergelak kecil. Tak takut langsung dengan peringatan itu.
“Widya”,
Aku cepat - cepat mendongak memandang wajah kacak Raf. Dia ukir senyuman manis kepadaku. Hari ini dia tampak sungguh segak dengan baju melayu berwarna putih dan bersampin putih - kuning keemasan serta songkok hitam di atas kepalanya. Indah betul ciptaan yang Maha Pencipta.
“Ehem, Widya. Tenung Raf macam nak telan tu kenapa? Nanti masuk bilik tenunglah puas - puas. Tapi kalau kat sini jangan lain main tenung - tenung. Kesiankan orang single”. Panas pipiku dikala mendengar teguran Fahim.
Rian dan Rizky turut tersengih.
“Siapa suruh kau bertiga tak cari pilihan sendiri?” Tempelak Raf. Geram agaknya bila mereka bertiga tidak berhenti mengusikku.
Aku tersenyum nipis tatkala melihat mereka masing - masing mencebik.
“Jom lah. Kita bagi ruang untuk pengantin baru bermesra. Tengok dua merpati ni buat aku lapar je”. Gumam Fahim. Tak tunggu lama, dia terus angkat kaki meninggalkan aku berdua bersama Raf. Begitu juga Rian dan Rizky.
Kedua - dua tanganku di ramas perlahan.
Alahai… gemuruhnya aku. Rasa tak biasa pula bila tiba - tiba status aku dan Raf berubah.
“Hai, sayang”. Gemersik suara Raf menampar gegendang telinga. Cik jantung sudah mula berdendang sakan. Darah naik menyerbu wajahku.
“Pandanglah aku”, Dia bersuara lagi.
Separa rela aku menoleh memandang wajahnya. Wajah Raf tampak berseri sangat hari ini. Kata abang, seri pengantin.
“Kau nampak lebih cantik bila kau pakai tudung Widya”, Pujinya bersama senyuman ikhlas. Tangan kekarnya menyentuh lembut kepalaku yang diselubungi tudung.
Benarkah Raf kata begitu? Bab tudung ini pun Kak Arwaa dan Ayeen yang bantu aku. Aku gagal jikalau bab - bab berhijab. Jahilnya aku.
“Kenapa kau diam ni?” Tegur Raf lagi.
Aku tayang sengihan.
Kenapa aku diam? Aku diam sebab aku rasa segan dan malu. Terkejut pun ya juga sebab macam drastik sangat aku jadi isteri Raf.
“Widya…”
“Aku tak tahu nak cakap apa. Rasa macam tak percaya aku dah jadi isteri kau”. Apa yang aku beritahu Fahim, Rian dan Rizky tadi… aku beritahu perkara yang sama kepada Raf.
Bibir merah Raf tersenyum senget.
“Kau tahu tak aku memang dah lama tunggu untuk saat - saat ni?” Soalnya lembut.
Mataku berkelip beberapa kali. Bibirku terkunci rapat.
Betul ke?
“Dari aku rapat dengan kau masa kau tingkatan satu dan aku tingkatan dua. Aku simpan angan - angan nak kahwin dengan kau. Semalam pun aku tak boleh tidur sebab teruja untuk akad nikah hari ini. Puas aku berlatih lafaz akad dengan Fahim, Rian dan Rizky semalam sebab aku tak nak gelabah bila tengok bidadari yang seorang ini”. Kata Raf separa berbisik. Renungan matanya itu terbias rasa cinta yang begitu sarat.
Aku tersenyum nipis.
“Aku tak layak jadi bidadari, Raf. Aku perempuan kotor”. Rasa jelik pula Raf samakan aku dengan bidadari. Mana wujud bidadari sehina aku.
“Widya, kau tak kotor. Kau bidadari paling terindah dan aku ni pula lelaki yang sangat beruntung di dalam dunia ni sebab dapat kahwin dengan seorang bidadari”. Suaranya kedengaran agak tegas.
Barangkali Raf bengang sebab aku selalu mencemuh diri sendiri.
“PENGANTIN perempuan tu peluk leher suami ya”, Pinta seorang lelaki yang lengkap berkemeja hitam. Kamera Nikon tersangkut pada lehernya. Terketar - ketar tanganku melingkar pada leher Raf. Cuba membuang rasa malu tatkala melihat renungan nakal Fahim, Rian dan Rizky.
“Raf, kau peluk pinggang Widya. Rapat sikit”. Arah lelaki itu pada Raf pula.
Drastik tubuhku di tarik sehingga dadaku bersentuhan dengan dadanya. Mataku membulat. Sumpah, aku terkejut!
Raf merapatkan wajahnya. Hidung kami bersentuhan sedikit. Perlahan - lahan bibir merahnya tersenyum senget.
“Aku cintakan kau”, Bisiknya.
Pipiku meruap panas. Cik jantungku sudah mendengdang sakan.
Klik!
“Cantik, Raf!” Puji lelaki itu. Ibu jarinya diangkat ke arah kami.
“Aku sayangkan kau”, Ujarnya lagi. Berbisik. Bibir merahnya itu hampir sahaja bercantum dengan bibirku. Jika seinci lagi aku bergerak pasti bibir kami akan bertemu.
Klik!
“Okey, selesai”.
Sebaik sahaja jurukamera memeriksa gambar kami tadi, aku terus mengalihkan tanganku dari terus melilit lehernya. Bagiku, keadaan kami ketika ini sangat intim. Malu pula budak bertiga itu melihat kami.
Tangan Raf yang berada di pinggangku cuba di alihkan. Tapi semakin aku cuba longgarkan tangannya semakin Raf mengetatkan pegangannya.
Aku memandang wajah Raf. Sepasang mata helangnya itu langsung tak lepas memandang wajahku. Bibir aku kemam.
“Raf, sesi bergambar dah selesai”. Tegurku perlahan. Gugup.
“Aku tahu. Tapi aku suka peluk kau. Kalau boleh tak nak lepas dah”, Katanya selamba. Bibir merahnya tersungging senyuman sinis.
Aku hilang kata. Bibir diketap.
Tahu aje menjawab. Nasib suami.
“Raf…”
Serentak itu pandangan kami berdua beralih pada Ayeen yang sedang berdiri tak jauh dari kami.
“Nak apa?” Soal Raf hairan.
“Aku nak cakap dengan isteri kau boleh?” Pinta Ayeen sambil tersenyum manis.
Raf diam.
Raf pandang aku dan dia pandang Ayeen pula. Lambat - lambat dia melepaskan rangkulan. Tak tunggu lama aku terus mencicit lari ke arah Ayeen. Lengan Ayeen aku rangkul kemas.
“Widya…” Raf seru namaku.
Aku pusing kepala untuk memandang wajah kacaknya. Mataku terkedip - kedip melihatnya.
“Nanti lepas selesai hal kau, masuk bilik”. Pesannya. Muka Raf tampak pasrah.
Tak angguk, tak juga menggeleng, lekas sahaja aku tarik Ayeen pergi dari Raf. Risau kalau bad boy tu tukar fikiran.
Phew, nasib baik Ayeen datang!
LENGAN baju di sinsing sampai ke siku. Aku menapak mendekati abang yang sedang sibuk membantu mama dan Mak Rubiah mengemas. Manakala Kak Arwaa pula pergi mandikan Adami di bilik air yang berdekatan dengan dapur.
“Nak Widya tolong apa - apa tak?” Soalku sambil tersenyum mesra.
Kasihan mereka pula yang terpaksa mengemas walhal majlis tadi adalah pernikahan aku dan Raf.
“Raf mana?” Soalan aku di balas soalan.
“Dalam bilik. Dia kata dia nak mandi”. Balasku polos. Tak faham bila mama nampak aje muka aku, terus tanya keberadaan Raf. Mentang - mentanglah anak comel kesayangan mama baru aje berkahwin dengan Raf…
“Habis kenapa Widya tercegat lagi kat sini? Pergi lah masuk bilik”. Gesa mama.
Blur.
Kenapa aku mesti masuk bilik? Raf kata dia nak mandi aje sebab badan dia berlengas. Takkan aku kena masuk bilik untuk mandikan dia?
“Tapi Widya nak tolong mama dan abang mengemas”, Aku masih lagi mencuba nasib. Tak selesa lah kalau aku duduk berdua - duaan bersama Raf di dalam bilik. Apatah lagi dengan status halal itu.
“Tak payah, Widya. Abang boleh aje tolong mama dan Mak Rubiah mengemas. Rasanya, Raf yang berada di dalam bilik tu lebih memerlukan Widya”. Ujar abang sambil tersenyum nakal. Mengusik.
Aku mencebikkan bibir.
Gatal punya abang.
Bila aku ingin membuka mulut untuk menjawab, mama terus tayang muka garangnya membuatkan aku tiada pilihan selain daripada masuk ke dalam bilik.
PINTU bilik di kuak perlahan. Aku mengatur langkah masuk ke dalam bilikku yang kini juga menjadi bilik Raf. Mata meliar mencari kelibat Raf.
Aku menghela nafas perlahan apabila mendengar bunyi pancuran air. Nampaknya dia sedang mandi. Langkah di buka mendekati baju yang bertimbun bersebelahan katil. Mentang - mentang bilik aku tak jauh dari bilik abang, suka hati dia aje main campak - campak baju ke dalam bilikku.
Sehelai demi sehelai baju milik Raf aku lipat sebaik sahaja punggung di henyak di atas lantai. Dahiku berkerut hairan tatkala melihat tulis yang tertera pada t-shirt hitamnya. ‘Rafya’.
Siapa pula perempuan ni? Siap nama ditulis pada bajunya lagi.
Aku mengetap bibir. Ini tak boleh jadi. Raf sekarang dah jadi suamiku. Mana boleh perempuan lain mencantas dia dariku. Tak boleh!
“Kenapa kau tenung baju tu sampai nak tembus?” Suara garau Raf yang menyapa gegendang telinga membuatkan aku menoleh. Niat nak marah dia berterbangan pergi apabila melihat Raf yang seksi bertuala separas pinggang. Rambutnya yang masih lagi basah membuatkan aku terkelu. Nak bangun, rasa lembik pula lutut.
Mama… abang…
Tolong Widya!
“Hey, kau ni kenapa?” Soal Raf hairan. Keningnya bercantum tatkala melihatku yang masih terpaku.
Pandangan di alihkan ke arah lain. Baju t-shirt hitam miliknya aku layangkan di hadapan wajahnya.
“Tengok t-shirt ni”. Arahku. Acah - acah marah.
“Apa masalahnya dengan t-shirt tu? Koyak ke?” Polos soalan Raf. Lain yang aku suruh dia tengok, lain pula yang dia tanya aku.
“Bukanlah”.
“Habis tu? Kau tak suka aku pakai t-shirt hitam?” Tebaknya lagi.
“Bukan. Cubalah kau tengok betul - betul. Takkan tak nampak lagi?” Soalku geram. Raf ni sengaja pura - pura tak tahu atau dia memang tak faham apa yang aku sedang tujukan?
“Kalau itu pun bukan, apa lagi masalahnya? Cuba kau cakap terus - terang. Aku tak fahamlah!” Rengus Raf. Dia tayang muka bengang.
“Nama perempuan mana yang kau tulis pada baju ni!” Aku isi peluru untuk serang dia. Nak kena.
“Perempuan?”
“Ni, Rafya ni siapa?!” Soalku lagi apabila melihat Raf masih lagi di pagut rasa hairan.
“Rafya?” Raf terdiam. Sepasang matanya itu merenung lama tulisan yang tertera pada t-shirt hitam miliknya. Lambat - lambat dia mengukir senyuman menggoda kepadaku sebaik sahaja matanya kembali menatap wajahku.
“Siapa perempuan ni?” Aku tanya dia lagi sekali.
Raf tarik tangan aku agar berdiri di hadapannya. Pinggangku di rangkul kemas sehingga tubuhku betul - betul rapat dengan tubuhnya.
Liur di telan berkali - kali.
“Nak tahu ke?” Soal Raf bersama suara yang kedengaran agak sensual. Meremang bulu romaku apabila matanya merenung lama seraut wajahku. Tangan kekarnya menyentuh lembut pipiku.
“Na… Nak”,
“Kalau kau nak aku jawab, kita kena bersenam dulu”. Ujarnya bersahaja.
“Bersenam?” Aku mengerutkan dahi. Apa kena mengena jawapan yang aku mahukan dengan bersenam?
“Nak bersenam di mana masa malam - malam buta macam ni?” Aku tanya dia semula. Tak faham aku dengan perangai Raf sekarang ni.
“Tu”, Bibir merahnya di muncungkan ke arah katil.
Berderau darahku apabila melihat wajah bersahajanya. Bersenam itu yang dia maksudkan?
“Jangan main - main boleh tak? Aku serius lah!” Dadanya aku cuba tolak kuat. Tak nak. Aku takut kalau Raf memang nak tuntut hak dia malam ni. Aku tak sedia lagi. Jujur!
Raf ketawa kecil.
“Dah kau nak tahu sangat. Jom lah kita bersenam dulu. Nanti lepas bersenam, aku bagitahu lah kau”. Mudah sungguh ayatnya.
“Ra…” Aku baru nak menjerit marah pada Raf tapi dia dulu - dulu tekup mulutku. Mataku membulat memandang wajahnya.
“Shhh, jangan menjerit. Nanti semua orang fikir kita ‘bersenam’ tak ingat dunia”. Pesannya.
‘Bersenam’, ‘bersenam’. Tak sangka Raf pun gatal juga rupanya. Tangannya aku tolak kasar. Aku renung dia tajam.
“Kau jangan nak main - main dengan aku ya, Raf? Kau banyak sangat rahsia dengan aku. Tambah - tambah lima tahun yang lalu. Nasib baik aku masih setia dengan kau tahu tak? Perangai kau ni buat aku…”
Rasa nak gugur jantungku apabila bibirku dipagut Raf. Urutannya lembut membuatkan lututku terasa longgar. Nasib baik Raf paut tubuhku sekarang ini. Kalau tidak, aku pasti akan melorot jatuh ke lantai.
“Geram sangat. Mulut kau tu dari tadi asyik nak marah aku je. Widya, nama ‘Rafya’ tu aku ambil sempena nama kau dan aku. Dah lama dah aku tempeh baju tu. Dalam empat tahun lepas”, Terangnya lembut. Bibirku di usapnya.
Pipiku memanas. Suara rasa macam tersekat di kerongkong gara - gara di cium Raf tadi.
“Bisu dah? Tu baru cium biasa. Belum luar biasa lagi”. Raf tayang sengihan nakal. Tangannya yang memaut tubuhku di alihkan kasar. Baju t-shirt miliknya aku campakkan ke lantai.
“Eh, kau nak pergi mana? Aku baru nak ajak kau ‘bersenam’. Aku masih lagi tak mengantuk”.
“Nak mandi. Lepas tu aku nak turun tengok Adami”, Tu je aku balas. Lepas tu, aku cepat - cepat capai tuala dan berlari persis palesit masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air aku kunci kemas.
Cik jantung aku sentuh sekejap. Rasa detakkan laju dek penangan Raf.
Dahi yang berpeluh aku seka perlahan.
Betul lah, apa yang Rian kata. Raf memang gatal. Lebih gatal dari singa yang nak mengawan.
Seram aku!