Muzika Melodia

By Merci_Misha

491K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎29💎

5.3K 424 33
By Merci_Misha

Gelap, sunyi dan kelam. Itulah apa yang aku rasakan ini. Apakah aku... Di dunia realiti?

"Bonjour? Ada sesiapa di sana?" Sapaku. Entah apa yang aku nampak, aku tegur sahaja walau dalam kegelapan.

Aku berjalan di sekitar kawasan tersebut walau tiada cahaya yang membantu. Buat beberapa lama, aku duduk dan memandang langit yang kelam.

"Hailey, sayang." Satu suara yang amat aku kenali menyapa.

Sudah lama aku tidak mendengar suara itu. Tanpa ditunggu-tunggu, aku terus menoleh ke belakang. Seorang wanita sedang berdiri ditemani cahaya putih yang terang.

Oh, mama.

"Mama." Panggilku dan segera berlari ke arahnya. Sewaktu aku ingin mencapai tangannya, satu dinding halimunan telah memisahkan kami.

Aku mengetuk dinding itu sebanyak kali yang mungkin. "Mama! Mama! Kenapa tinggalkan saya?"

"Kenapa kita boleh jumpa di sini?" Soal mama yang bagaikan turut terkejut. Dia meletakkan tapak tangannya pada dinding tersebut.

Aku hanya memandangnya. Dia berada di hadapanku, tetapi aku tidak boleh memeluknya.

"Hailey, ini bukan dunia realiti. Minda kamu yang berketerunan Chanson, telah menyatukan kita! Mama belum mati ya, sayang. Ini bagaikan telepati di fikiran kita yang prasedar." Tutur mama dengan penuh lembut sekali. Air matanya kini jatuh perlahan-lahan.

Mama menyeka air matanya lalu memandangku dalam-dalam. "Hailey, ingat ini sebelum mama pergi. Cabaran kamu akan menjadi lebih sukar dan banyak masalah akan mendatang. Bertabahlah anakku. Jaga ayah, abang dan kakak kamu baik-baik."

"Nanti apabila keadaan semakin genting, mama akan kembali."

Itulah kata-kata terakhir mama sebelum aku terjaga secara mengejut. Silau rasanya apabila cahaya memasuki mata secara tiba-tiba. Turun naik nafasku bagaikan orang yang baru sahaja berlari.

Aduh, kepalaku sakit! Tekakku perit! Terbatuk-batuk aku dibuatnya.

Dan... Kenapa wajah aku basah? Apabila melihat keberadaan Faron di hadapan aku, aku bagaikan sudah tahu apa yang telah terjadi.

"Lepas semua ahli kita dah jumpa, tiada lagi rahsia yang akan disimpan oleh kau."

Aku menjelingnya tajam sambil mengelap wajah yang basah dengan air. "Rahsia apa? Mengarut sajalah engkau ni!"

Namun, aku tidak sedar bahawa terdapat lagi orang lain berdekatan denganku dan bukan hanya dia.

Aku memandang sekeliling lalu terpaparlah wajah Mayu yang sedang tersengih, Reuben yang sedang terkebil-kebil dan Olivia yang kerisauan. Fuh, mujur Min Hyuk tiada di sini.

"Er, maaf." Ujarku dan Faron serentak. Kemudian, kami saling berpandangan lalu menoleh ke tempat lain.

Olivia mengambil tindakan dengan berdiri di hadapan kami lalu bertepuk tangan. "Baiklah." Ucapnya sambil menghulurkan kedua belah tangannya kepada Reuben dan Mayu.

"Ayuh kita cek di The Detector. Hailey dan Faron, awak lihat di tablet saya sama ada mereka layak atau tidak. Jikalau layak, nama mereka akan muncul di situ." Kata Olivia dengan serius. Aku dan Faron mengangguk faham.

Sewaktu mereka bertiga berjalan pergi ke pusat Music Autumn, seorang jejaka berlari ke arah kami secara tiba-tiba dan mengambil tempat di sebelah Faron.

"Oh, hai senior!" Sapa Faron terlebih dahulu. Talha yang baru melabuhkan punggung menjawab sapaannya dengan lambaian tangan. Dia kelihatan penat.

Aku membiarkan mereka berdua dan memberi fokus yang penuh kepada sahabat-sahabatku itu. Bagi mendapatkan pandangan yang jelas, aku mengecilkan mata.

Mereka sudah mula meletakkan tapak tangan ke atas permukaan air. Masing-masing menutup mata dengan kuat. Takut sangat tu, hahaha!

Tling!

Bunyi dari tablet menarik perhatian aku. Dua nama muncul secara tiba-tiba bersama tanda lahir mereka. Alangkah gembiranya aku apabila dapat bersama sahabatku dalam menjalani misi yang besar ini. Satu kumpulan pula itu!

Kini, tinggal Min Hyuk sahaja. Jadi, kena tunggu dia sampai dulu.

Berlari-lari Reuben dan Mayu ke sini. Olivia pula hanya melangkah tenang.

"Kami dapat, Hailey! Kami dapat!" Jerit Mayu dan Reuben serentak. Seraya itu, Mayu segera melemparkan tubuhnya ke arahku dan memelukku erat.

Aku membalas pelukannya dan mengangguk laju. Ya Mayu, aku nampak tadi.

"Faron, apa maksud awak tentang rahsia?" Soal Reuben mengenai apa yang Faron perkatakan kepadaku tadi.

Putera sekolah itu hanya tersenyum nipis sebelum menoleh ke arah Reuben.

"Selepas semua dah selesai, saya akan beritahu nanti."

♪♪♪♪♪

Sambil menunggu kedatangan Min Hyuk, kami melepak sekejap. Tidak sangka pula aku yang Reuben akan bawa makanan ringan dan Mayu pula membawa sedikit minuman. Ini dah macam berkelah.

"Lambatnya si Min Hyuk, dah lebih dari masa yang ditetapkan." Keluh Mayu sebelum menyandarkan tubuhnya ke belakangku. "Aaa..." Suaranya dikeluarkan bagi menghilangkan rasa bosan.

"Umm... Min Hyuk mesej saya tadi. Dia kata dia sampai pukul 12 sebab kelas dia kena extend. Tapi dia tak datang seorang. Dia kata dia akan bawa calon yang berpotensi." Jelas Reuben sebelum mengambil kepingan kentang dan memakannya.

Olivia memicit batang hidung lalu menunduk dan menggelengkan kepala. "Haih, pukul tiga nanti saya ada kelab pula." Keluhnya. "Saya harap, 'calon' yang dia bawa tu memang kenalah dengan kita sekali." Sambungnya lagi.

Sambil bersandar pada Mayu, aku meneliti tablet itu. "Kita tinggal seorang pemain biola, seorang pemain dram dan seorang lagi pemain gitar." Tuturku kemudian disambuti anggukan ramai.

"Cakap pasal gitar..." Faron memandang Reuben. "Boleh kau mainkan untuk aku? Aku nak nyanyi sikit. Bosanlah." Pintanya.

Reuben tersenyum mengangguk. Gembiranya dia apabila si putera sekolah ingin melakukan duet melodi bersamanya.

Aksi mula dilakukan oleh Reuben. Dia memegang bahunya lama sehinggalah muncul satu cahaya bewarna hijau terang dari celah jarinya. Dia mengalihkan tangannya dengan perlahan dan melakukan beberapa gerakan tangan. Maka, muncullah sebuah gitar cahaya yang hanya boleh dimainkan olehnya.

Apabila bait-bait muzik mula muncul dan suara Faron mula kedengaran, aku memejamkan mata bagi menghayati dengan penuh asyik. Tanpa sedar, aku bersenandung (humming) seperti mengikuti melodi yang terhasil merdu.

Mujurlah suara Faron yang merdu menarik perhatian mereka. Jikalau tidak, pasti suaraku yang tidak buta nada ini menjadi perhatian. Yalah, sudah pandai main alat muzik, mana boleh menyanyi kan?

"Yo!" Min Hyuk muncul sebaik sahaja nyanyian tamat dengan tepukan dari ahli kami. Dia bukan sendirian malah bersama Justin. Dan... Seorang pelajar perempuan? Siapakah?

"Ara." Pelajar perempuan itu berkata setelah terlihat aku. "Hailey kan?!" Terus sahaja dia bersalaman denganku.

Aku mengangguk sahaja. Terkedu aku dibuatnya. Siapakah dia ini?

"Saya bawa dia sebab dia pandai main gitar juga. Kot-kotlah boleh pula dia dengan kita nanti." Kata Min Hyuk apabila aku memandangnya kelu.

"Hai nama saya Lydia Robert! Saya dari Singapore. Saya teringin sangat nak kawan dengan orang Perancis! Baiklah Hailey, mulai sekarang, saya peminat awak." Ujar pelajar perempuan itu dengan penuh teruja sekali. Melompat-lompat dia walaupun aku sedang bersimpuh tenang di atas guguran daun luruh.

"Hailey, awak tengok Miraculous Ladybug?"

Keadaan menjadi senyap apabila dia menyoal secara tiba-tiba.

Ahahaha... Biasanya orang yang minat cerita itu pasti akan tertarik kepada orang Perancis. Macam orang yang minat anime dan suka kepada orang Jepun. Bukan suka cinta tu ya, suka sebab nak buat kawan.

"Of course!" Balasku dan balasan itu membuatnya menjerit gembira.

Dengan penuh yakinnya, dia menarik tangan Min Hyuk dan berlari ke arah The Detector. Tidak sabar betul untuk satu kumpulan dengan aku.

"Habislah awak, Hailey. Dah ada orang minat." Usik Faron lalu ketawa besar. Olivia yang berada di sebelahnya hanya menepuk dahi.

Tling!

Tling!

Dua bunyi muncul dari tablet itu. Nama mereka muncul dan juga bentuk tanda lahir mereka.

Leganya! Leganya! Akhirnya, bukan Ethan pemain gitar kami. Reuben dan Lydia rupanya. Tidak kusangka akan ada kenalan baru buatku untuk hari ini.

Apabila mereka berdua kembali ke tempat kami, pusat tumpuan kini diberi pada Justin yang sudah membuat riak malas. Nampak sangat dia tidak kisah tentang perkara ini.

"Pergi cepat! Saya tak nak bagi awak croissant nanti." Ugutku kepadanya.

"Mana ada kedai croissant dekat sini. Pandai-pandai saja." Balas Justin bersahaja.

Ayyy, aku tampar juga senior aku ni karang.

"Ada-lah! Awak je yang tak tahu." Kataku sebelum berpeluk tubuh dan memalingkan wajah.

Tidak lama kemudian, aku mendengar dia mengeluh perlahan. "Yalah-yalah." Mengalah juga akhirnya. Haha!

Dengan penuh longlai, dia melangkah ke tasik tengah. Bunyi sahaja tablet itu, aku dan Olivia melompat gembira. Aku sudah agak!

"Yeayy!!" Ucap kami berdua serentak sambil menepuk tangan masing-masing.

"Dapat pun pemain biola kita!" Ujar Lydia dengan girang sekali.

Mayu yang sedang mengunyah snek dengan penuh nikmat, bagaikan tercekik apabila terdengar yang kami telah menjumpai pemain biola.

"Kenapa Mayu?"

"Dah jumpa? Justin ke?!" Mayu menyoal dengan penuh bersemangat.

Justin menganggukkan kepalanya laju. Membulat mata Mayu yang sudah pun bulat itu. Kenapa sehingga begitu sekali reaksinya?

"Saya memang teringin bermain seruling dengan seorang pemain biola! Alangkah indahnya, jikalau saya dapat bermain seruling dengan jejaka idaman saya." Mayu berkata sambil membuat gaya sedang berimaginasi.

Reuben menggosok dagunya kemudian menyoal. "Siapakah jejaka itu, Mayu?"

"Pastilah Keane Chanson! Sudahlah kacak, berkarisma dan pandai bermain biola. Ah, so dreamy~" Balas Mayu sambil memejamkan mata.

Tercengang kami dibuatnya. Terutamanya si Reuben tu. Bukan aku tak tahu yang dia dah mula ada hati dekat Mayu.

Aku pula, tidak terkata apa. Abang aku? Berkarisma? Ahahaha, buat lawaklah! Kalau dia dengar, memang kembanglah.

Tapi aku tahu, abang aku memang baik dan kacak. But, tak bermakna aku benarkan Mayu mendekatinya. Boleh pengsan dibuatnya kawan aku yang seorang itu.

"Licuit (baiklah), kita akan mulakan perbincangan kita sekarang." Faron mengambil tempat di hadapan kami apabila kami sudah duduk secara berbaris dengan teratur. Olivia pula berada di sebelahnya.

"Maksud aku tentang 'rahsia' itu, bermakna kita tidak boleh berahsia antara kita kerana ini satu peraturan Le Musique Concurrence untuj mewujudkan kepercayaan penuh kepada ahlinya."

"Seandainya, seseorang melanggar peraturan ini, tanda lahirnya akan bewarna gelap dan itu akan memaklumkan kami tentang ke-abnormal-an diri kau orang." Jelas Faron dengan memandang wajah kami seorang demi seorang.

Aih mamat ni, baru tahun satu. Macam-macam dia tahu. Terpegun pula aku.

"Untuk tempat latihan, kita akan menuju ke setiap rumah ahli kumpulan. Tidak kira jauh mana negara kalian tu, semua rumah kena pergi! Hal ini diperlukan untuk mengenal keluarga, latar belakang dan risiko untuk dibelot. Faham?" Sambung Olivia pula.

Pergi rumah? Tiada rahsia? Apa nasib aku nanti?

Reuben menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Lamanya kita nak kena melekat je dengan satu sama lain." Rungutnya.

Faron ketawa sinis lalu menjawab. "Alah, sampai akhir tahun ni je."

Bunyi seseorang menghentakkan kepalanya ke atas permukaan dahan pohon kedengaran. Talha dah bosan sangat tu.

"Kita nak buat lagu apa?"

"Nanti difikir-fikirkan dan dibincangkan."

Setelah beberapa minit aku mendiamkan diri, aku mengambil keputusan untuk bersuara. "Apa... Nama kumpulan kita?"

"Ooh! Ooh! Apa kata nama kumpulan kita, The Blue Silhouette." Cadang Lydia sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Energetic sungguh budak ini.

"Not bad." Puji Faron berserta sedikit cebikan. Apabila tiada sesiapa membidas, akhirnya kami semua bersetuju untuk mengambil nama itu untuk menjadi nama kumpulan kami.

"So, The Blue Silhouette, kita jumpa lagi esok!" Faron bertepuk tangan tanda bangga terhadap pencapaian hari ini.

Kami semua turut memberikan tepukan gemuruh. Gembira rasanya apabila permulaan misi sudah selesai diaturkan. Kini, tinggal Le Musique Concurrence menjadi tujuan kami.

Baiklah, Le Musique Concurrence, akan kita ketemu nanti!

Continue Reading

You'll Also Like

361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
119K 12.1K 44
Do you suffer from social anxiety? This book is only for people who suffer from social anxiety. Kalau rasa diri tu normal tapi jenis menganjing, sil...
116K 11.3K 44
" Aku ingatkan Dark Web ni khabar angin ja tapi rupanya .. aku silap " -Haneul search : www.kqdαrkfєllαz.cσm " Hi , welcome to ' Dark Web World ' . s...
31K 2.3K 42
Not trying to be perfect but trying to stay 'alive'