(EDITING) HATI BEKU ENCIK POL...

By Reyshaaziz

551K 19.1K 1K

100% idea asal author! -NO PLAGIARISM- Benarlah kata yang diri dia itu umpama jatuh di timpa tangga. Kehilan... More

BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 28
Bab 29
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Sembang Author
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Sembang Author
Bab 59
SPECIAL CHAPTER

Bab 22

9.1K 331 11
By Reyshaaziz

"Aku terima nikahnya, Maira Iris binti mohamad Zam dengan mas kahwinnya sebanyak 1000 ringgit tunai."

Aku tunduk menahan debar. Lancar sahaja suara Ray melafaz akad. Jari jemari aku gengam kemas.

"Macam mana saksi? Sah?"

Tok iman bertanya pada saksi yang ada. Paklang angguk. Angah pun sama. Aku dah  gelisah tak senang duduk. Berdebar dada ini macam nak pecah.

"Alhamdulillah."

Masing masing mengucap syukur. Maklang kelihatan menitis kan airmata. Bahu aku di peluk kejap.

"Tahniah sayang. Selamat pengantin baru. Maklang doakan semoga berbahagia hingga ke syurga."

Aku balas pelukan maklang. Terasa basah tubir mata ni dengan airmata sendiri. Walau mama tak dapat bersama kami pada hari ini, hati aku terawat juga dengan adanya maklang sekeluarga.

Khaira tepuk peha aku. Aku paling ke tepi.

" Apa?"

Soalku hairan. Main tepuk tepuk pastu sengih sengih. Aku yang kawin dia ke yang tersampuk?

"Tuuuu.."

Panjang muncungnya menunjuk ke satu arah. Aku yang blur blur siput mula memandang ke arah yang di tunjukkan.

Ray..

Mata dia tajam menikam tepat padaku. Tak berkedip walau sekali. Sedangkan aku dah hampir lima kali kelip dah.

Air liur yang normal pada saluran tekak terasa kelat serta merta. Muka aku panas. Panas menahan malu.

"Asal kau tunjuk kat dia. Malu lah."

Aku tunduk malu. Peha kanan Khaira aku cubit geram. Terkekek kekek budak tak cukup umur tu gelak.

"Dah dia suruh panggil kau kak. So aku panggilah. Siap lah kau nanti. Jerit nanti slow slow k."

Khaira sengih. Aku jeling geram. Memandai budak ni. Kang aku suruh maklang carikan calon suami jugak baru tahu.

"Maklang, Khaira cakap dia nak kawin sama lah lepas tengok Maira kawin ni. Maklang carikanlah jodoh untuk dia sama."

Maklang yang sedang bercakap dengan tetamu di sebelah menjengilkan mata kepada Khaira.

"Jangan nak menggatal. Kamu tu kecik lagi. Mengada. Sekolah belum habis dah nak kawin."

Ambik kau. Tadi gelakkan aku. Sekarang masanya aku pulak gelakkan kau.

"Mana ada lah mama. Kak Mai ni saja je cakap gitu. Tak terfikir lagi nak kawin lah."

Khaira cebik bibir. Maklang geleng kepala.

"Dah, jangan cakap bukan bukan lagi. Kamu tu bagi laluan sikit. Abang Ray nak datang tu."

Maklang mengensot ke tepi. Kami pandang ke depan. Ray dengan gaya nan macho mampir ke arah ku. Allah! Bila mata bertentang mata versi sah ini buatkan aku rasa nak lari sejauh yang mungkin. Dia dah rupa rimau terlepas kandang. Macam nak terkam orang je.

" Assalamualaikum isteriku."

Ray dengan senyuman di bibir merenung tepat ke mata. Aku tunduk memandang lutut sendiri. Jemari ku mainkan. Tanda gementar. Suara yang lembut bercampur garau tu buatkan jantung aku hendak melorot dari tangkainya.

"Ray, hulur lah tangan tu. Dok main renung renung, dalam bilik nanti boleh sambung. Lebih dari renung pun tak apa"

Salah satu suara menyampuk di sebalik keriuhan suara yang lain. Ada yang bersiul nakal ada yang gelak geli hati dan aku makin malu serupa di panggang panggang. Panas punggung, peluh halus terasa mengalir di celah ketiak. Eh!

"Maira, sambutlah tangan suami tu. Cium."

Maklang ciut bahu aku. Aku pandang ke sebelah. Maklang tersengih.

Nafas aku tarik dan ku hembus resah. Serasa menggeletar tangan ni bila nak mencapai tangan Ray. Ku sentuh perlahan tangan dia. Hangat sehingga menghangatkan perasaan yang sedia ada hangat untuknya.

Aku tunduk dan cium tangan dia. Lama. Dah photographer nya yang sibuk suruh aku cium lama. Aduhai, dia tak tahu ke yang dada aku ni macam mana? Nak pecah menahan rasa. Gementar dan berdebar gila bila sudah halal bersentuhan.

Aku angkat kepala. Ray masih lagi dengan senyuman manisnya. Bagi aku kalau tak ada gambar yang terakam hari ini pun, wajah indah Ray yang nampak bahagia ini tetap akan tersemat kemas dalam ingatan aku.

Hari ini juga Pertama kalinya aku tengok Ray menangis. Menangis semasa tok iman sahkan yang aku akhirnya milik dia. Ray yang kayu, keras, beku tanpa perasaan itu sudah mula menonjolkan perasaan sebenarnya. Dengan Senyuman yang tak lekang di bibir. Dia nampak lain. Akhirnya sisi istimewa yang selama ini tersembunyi elok dalam diri seorang lelaki yang bernama Ray Idhlan sudah mula di pertontonkan padaku.

Kini kami sudah ada tanggungjawab baru. Tanggungjawab untuk mendidik dan menyayangi antara kami menuju ke jalan Allah.

"Lama tu dok bertatapan. Dah. Dah orang lain nak tumpang bergambar ni. Tadi lagi aku dok tunggu ni"

Suara angah yang bercakap kuat umpama speaker surau menyedarkan kami yang hanyut dalam angan angan baharu.  Malu aku jadinya. Aku baru je berangan tentang kehidupan kami bila hidup berdua nanti. Pergi kelas dia hantarkan. Kalau aku rajin, aku ambil dia balik dari kerja. Lepas tu hidangkan dia dengan masakan yang paling sedap aku pernah masakkan di dunia ini. Angah ni kacau daun betul. Semua orang dah mula gelakkan kami.

Ray yang sudah berdiri, menghulurkan tangan dia kepada aku. Aku capai dan terasa hangatnya gengaman dia. Senyuman manis di bibirnya terasa serba indah.

Puan Rohani, ibu Ray rapat ke arah kami. Matanya berkaca. Tangan aku dia raih dan gengam kemas.

"Maira, timo kasih sebab sudi jadi pelengkap hidup Ray. Ma dok mintok banyak, cumo bersabarlah dengan segala perangai Ray. Kalu ada masalah bawak berbincang sesama kamu. Jangan bermasam muka laki bini lebih dari 24 jam. Dok molek."

Ma Ray, peluk aku kemas. Aku tepuk tepuk belakang badan dia. Seolah olah merasai pelukan mama. Oh Tuhan! Aku rindu.

" Ye ma, insyaallah. Jangan berterima kasih, sebab Maira yang patut ucapkan terima kasih dekat ma sebab bagi peluang untuk Maira rasa lagi hidup ada mak."

Airmata aku mengalir lesu ke pipi. Tersedu sedu jadinya. Pedih bila mengingat balik yang aku rupanya anak yatim piatu di hari bersejarah.

Aku hanya ada maklang sekeluarga.

" Hey, jangan oyak gitu. Walau ma ni tok tuo, jange raso ado jurang. Anggap ma supo ma kandung Maira deh. Wat tak dok tu kito sedekah kan al fatihah dan doa. Soh bimbe, maklang sekeluarga tu keh ada."

Ma gosok bahu aku. Aku senyum dan lap sisa airmata yang mengalir.

" Haa, Ray. Mu tu kalau wat gapo dok molek ko Maira siap lah. Maira, jange takut nok oyak ko ma. Nanti ma smack down lah dio."

Terlepas ketawa geli hati dari mulut aku. Kelakar betul ma Ray ni. Alhamdulillah, aku di kirimkan dengan keluarga mentua yang baik hati.

Ray pandang kami dengan menyilang kedua tangannya ke dada. Muka tak puas hati.

" Amboi, dah ada geng eh! Sukalah kan. Ma ni po dok cayo kokre jah. Insyaallah Ray akan jago molek menantu baru mama ni."

Bahu aku di tarik rapat ke dadanya. Aku yang masih dalam fasa menyesuaikan diri terasa agak kekok di peluk sambil di perhatikan orang yang ramai.

Malu weh!

" Holah, holah cayo. Anok bertuoh ni sore."

Ma tepuk kuat bahu Ray. Aku dongak muka memandang raut wajah Ray. Dia senyum dan tunduk mencium dahi aku.

Spontan, tanpa aku jangka pun. Makanya bertambah blushing lah muka ni. Malu.

"Selamat menjadi hak milik Ray. Sayang. Malam ni siaplah kau."

Ray berbisik perlahan ke telinga kanan ku. Senyuman nakal dia hadiahkan kepada ku.

Oh, no!

Aku tak sanggup nak hadapinya lagi.




Alhamdulillah. Selesai sudah akad nikah diaorang. Tapi permulaan hidup yang mencabar bakal menanti mereka berdua. Jangan ingat bila dah kawin tu semuanya indah indah saja.

Kawin lah paling banyak rintangan yang kena hadapi.

Masa ini ianya akan menguji kita dari segi mental dan fizikal.

Siapa sini dah kahwin?

Continue Reading

You'll Also Like

331K 14.6K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
71.8K 2.5K 18
Rose iaitu seorang asistant kepada seorang ceo yang digilai oleh ramai wanita tanpa dia sedar ceo tersebut tanpa sengaja telah jatuh cinta kepadanye...
4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
559K 27.2K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...