Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.3K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|23

33.8K 1.9K 178
By AizackMesle


Imperfect beast




⚜⚜⚜






MERENUNG hamparan dada langit di atas, bibir melepaskan keluhan. Jemari mencengkam penghadang balkoni dengan mata dipejamkan.

"I need you to heal me."

Bisikan itu, suara itu, kata-kata itu sentiasa terngiang di fikirannya sejak beberapa hari yang lepas. Cuba mencari jawapan tapi dia masih buntu.

Lantaran itu, dia berada di sini seorang diri demi mencari secebis ketenangan. Tak tahu untuk berapa lama lagi dia harus bertahan dengan semua ini.

Satu persatu apa yang dia lalui pada setiap hari membuatkan kepala dia makin kusut. Dengan teman baik dia sendiri sudah seperti ingin menjauhkan diri.

Ditambah pula dengan perangai dan tingkah laku suaminya yang makin hari membuatkan dia bertambah hairan. Nyaris membuatkan dia berfikir untuk lari dari kehidupan realiti.

"What are you thinking about?"

Bahu ternaik sedikit, terkejut apabila tiba-tiba mendengar suara serak-serak basah itu berbisik halus di tepi telinga. Mata dibuka, namun dia langsung tidak menoleh.

Liur ditelan apabila merasakan sentuhan dingin di batang leher dan kemudiannya semakin turun ke bahu. Ruang di antara mereka cuba ditambah, namun figura itu sengaja datang mendekat.

Seakan suka apabila mengujinya begini. Oh parah.

"Jom masuk. Sejuk ni, nanti masuk angin."

Tangan dilingkarkan ke pinggang ramping itu lalu Engku Raid menarik Mawar supaya masuk. Dan ironinya gadis itu sekadar menurut. Tak membantah seperti sebelum ini.

"Do you hide something from me?"

Jelas Engku Raid agak tersentak mendengar soalan Mawar. Namun dia pandai mengawal ekspresi wajah agar tidak nampak terlalu jelas bahawa dia ingin mengelat.

Tak sangka gadis itu terfikir untuk bertanya begitu.

"Tell me Raid. What do you mean by you need me to heal you?" Mawar seakan terdesak inginkan jawapan.

Menghembus nafas, Engku Raid menolak tubuh Mawar supaya duduk di birai katil. "Kau takkan faham Mawar."

"Jadi fahamkan saya." Mawar bertegas.

"Now is not the right time to talk about this Mawar. Tapi aku cuma nak kau sentiasa ada di samping aku dan jangan pernah berfikir untuk tinggalkan aku, faham?" Lidah ditolak ke isi dalam pipi.

"Saya tak faham. Selama ni awak cuma mempermainkan saya je ke apa? Awak nak saya dengar cakap awak, beri apa yang awak nak tapi awak-"

Jeda. Mawar mengeluh.

"...awak tak pernah fikir pun apa yang saya nak. Pernah tak walau sedetik awak fikir perasaan saya? Pernah tak awak rasa apa yang saya rasa bila awak buat perkara terkutuk tu dekat saya selama bertahun-tahun dan sekarang awak nak saya sentiasa berada di samping awak? This is not funny Engku Raid Nasaie."

Pertama kali dalam hidup Mawar meluahkan isi hatinya kepada Engku Raid. Dia cuma...letih. Jemari Engku Raid yang jatuh ke bahunya ditepis.

"Saya rasa jijik dengan diri saya sendiri bila teringat kembali waktu awak layan saya macam pelacur. Saya tipu mama dengan papa sebab ugutan awak yang tak masuk akal tu. Saya tak faham, sampai sekarang saya masih tak faham apa yang awak nak sebetulnya?"

Engku Raid sekadar membuka telinga tetapi dia mendiamkan mulut daripada bersuara. Dalam keadaan tegang begini, dia memang sejenis tak suka membalas. Lebih tenang mendengar dan memikirkan kembali.

Melihat Mawar yang menunduk, ibu jari dan jari telunjuknya mengepit dagu sang isteri lalu wajah bersih itu diangkat. Jemari dia menghapuskan cecair hangat yang berkumpul di tubir mata isterinya.

"I'm sorry..." Itu saja dia mampu katakan sekarang ini. Tubuh Mawar ditarik masuk ke dalam pelukan. Dia sekadar membiarkan Mawar terus teresak di bahunya.

"When the right time comes, I will tell you everything. But for now you just need to stay beside me no matter what happen and be a good wife to me. Be a good wife to this imperfect beast." Bisiknya di cuping telinga sang isteri.
















SETELAH membaca pesanan mesej yang diterima sebentar tadi, Mawar cepat-cepat turun daripada katil seraya melangkah ke ruang persalinan. Tanpa berfikir dua kali, Mawar menyalin pakaian dan bersiap sedikit.

Hatinya kembali berdetak laju apabila Anna menghantar mesej kepadanya kerana gadis itu ingin berjumpa dengan dia. Ada berbagai rasa yang bercampur aduk.

Antara takut, resah, gembira dan kecewa berada di tengah-tengah.

Pertama, dia takut jika Anna tidak mahu mendengar penjelasan dia.

Kedua, dia jadi kecewa bila Engku Raid menceritakan perkara sebenar.

Anna sekadar mereka cerita kononnya Engku Raid bersetuju untuk keluar temu janji, walhal lelaki itu sekadar ingin menguruskan beberapa hal berkaitan projek dengan Dato Arief.

Malah Engku Raid ada menjelaskan sesuatu semalam bahawa Anna sengaja menipu dia. Lantaran itu, Engku Raid membiarkan Mawar datang ke Hotel Saujana pada hari itu supaya dapat menjelaskan status sebenar hubungan mereka kepada Dato Arief. Tapi kebetulan Anna juga datang sekali.

Dan makin hairannya, apa motif sebenar Anna berbuat begitu? Bukan dia tak percaya Anna, cuma dia hairan.

"Puan nak ke mana?"

Mawar menoleh. Senyuman diukir kepada Haikal yang menonton televisyen di ruang tamu manakala Kane pula sibuk mengambil balang keropok di dapur. Amboi, buat macam rumah sendiri lagaknya. Ni kalau Engku Raid tahu, mampus engkorang.

"Nak keluar kejap."

"Oh, jap eh. KANEEEE!"

Nyaris tersembur keropok yang dikunyah. Kane mengerutkan kening lalu melangkah pantas ke ruang tamu. Bercekak pinggang dengan sebelah tangan memegang balang keropok.

"Ni puan nak keluar. Melantak aje kerja kau. Dah jom." Haikal menutup siaran televisyen tersebut lalu berdiri pantas.

"Eh takpelah, saya boleh pergi sendiri. Tak lama pun."

"Puan!" Kane tiba-tiba menjerit membuatkan Mawar tersentak. Ya Allah, kalau hari-hari macam ini boleh luruh jantung dia.

"Apa?"

"Puan nak kami mati awal ke? Bos kalau tahu puan keluar sorang-sorang, matilah kami." Rengus Kane. Meskipun begitu, mulut masih belum berhenti mengunyah.

Mawar mengurut dahi. Memejamkan mata sesaat lalu dia berpusing membelakangi mereka berdua. "Fine. Cepatlah, saya tunggu dekat luar." Akur Mawar. Tahu sajalah perangai Engku Raid itu macam mana.

Dengan Haikal dan Kane pun kadang-kadang boleh datang api cemburu. Nasiblah mereka berdua dah biasa dengan majikan mereka itu.



























Mawar senyum apabila melihat figura Anna yang sedang duduk di meja berhampiran tepi tingkap, betul-betul di bahagian belakang sekali. Tali beg silangnya yang melorot ke bahu, dikemaskan.

Untuk Haikal dan Kane sudah dia beri amaran awal-awal supaya tidak duduk berdekatan dia dengan Anna. Tak mahu perjumpaan mereka terganggu.

Dia memerlukan privasi untuk berbincang dengan Anna.

"Anna." Sapa Mawar lembut.

Anna yang ralit memerhatikan pemandangan luar sedikit tersentak lalu kepala ditoleh. Riak wajahnya berubah apabila melihat Mawar berdiri di depannya dengan senyuman.

Lama dia diam sebelum membuat keputusan untuk berdehem. "Duduklah." Pelawanya berbasa-basi.

Mawar mengangguk. Masih tidak lekang senyuman di bibirnya. Menarik kerusi berhadapan Anna lalu punggung dihempas perlahan.

"Erm, kau sihat?" Mawar pula beria-ia memulakan perbualan. Walhal, Anna yang ajak berjumpa.

Anna sekadar bergumam perlahan. Menghembus nafas, dia silangkan tangan ke dada. Renungannya terus menusuk ke dalam anak mata Mawar membuatkan gadis itu melarikan pandangan.

"Aku ajak jumpa sebab nak dengar penjelasan kau. Kalau diam macam ni baik tak payah jumpa." Kedengaran kasar bicara Anna.

Sedikit merenggut hati Mawar.

"Ak...aku tak tahu nak mula dari mana." Mawar mengeluh. Dia tak boleh diam begini. Dia perlu jelaskan kepada Anna agar temannya itu tidak salah faham lagi.

Tapi tak mungkinlah dia akan membuka aib dia dan suami. Biarlah perkara itu hanya berada di sebatas pengetahuan dia, Engku Raid dan Tuhan saja.

"Family Engku Raid dengan family aku sebenarnya berkawan rapat dah lama. Jadi sejak kecil, aku memang kenal Engku Raid. Cuma kenal gitu je sebab aku jarang bercakap dengan dia. Lagipula, waktu umur Engku Raid enam tahun, dia tak tinggal di Malaysia, itu apa yang mama beritahu aku. Sebab aku tak ingat sangat."

"Beberapa tahun lepas tu, dia pulang semula ke Malaysia tak silap aku umur dia 12 tahun. Then, aku selalu kena tinggal dekat rumah family dia sebab yalah aku anak tunggal, mama dengan papa pula selalu kerja di luar negeri."

"Sampailah sekarang hubungan kami sebatas itu aje."

"Apa maksud kau dengan sebatas itu je? Kau kan dah bernikah dengan dia." Anna membuka suara. Rasa tertarik untuk mendengar topik seterusnya.

"Ya memanglah. Tapi kita orang kahwin bukannya atas kerelaan. Aku terpaksa terima dia. Sebab-sebab dia, kau tak perlulah tahu. Aku hanya boleh bagitahu sampai sini je."

Anna mengerutkan kening. Masih samar-samar nak memahami maksud Mawar. Mata dia menyepet, merenung Mawar dengan pelbagai rasa sekarang ini.

"Jadi kalau terpaksa, maknanya kau tak cintakan dialah. So kau tak ada apa-apa perasaan dekat dia?"

Mawar terpempan. Tak tahu nak jawab bagaimana. Dia sendiri buntu dengan perasaan yang terkadang berbelah bahagi dan ada rasa was-was terhadap Engku Raid.

Bukan mudah untuk dia terima lelaki itu setelah apa yang terjadi sebelum ini. Jika dia boleh terima pun, mungkin memerlukan sedikit masa lagi untuk dia percaya lelaki itu sepenuhnya.

"Ak...aku..." Mawar ketap bibir.

Melihatkan Mawar yang tidak mampu menjawab, Anna sudah seakan tahu jawapannya. Perlahan tangan Mawar diraih lalu diramas lembut.

Mawar angkat wajah dengan mata membulat.

"Sorry sebab terlalu beremosi. Aku tak tahu. Aku fikir kau tipu aku dengan sengaja. Tapi sekarang aku dah tahu, kau tak cintakan Engku Raid pun kan." Anna senyum.

Seakan ada batu besar yang menindih kepala, Mawar sekali lagi terpempan. Perasaan serba-salah makin menggunung di dada. Tak memberi respon, Mawar sekadar memandang ke luar dinding kaca.

Tidak lama kemudian, Mawar dan Anna serentak mengangkat wajah apabila sedar ada seorang lelaki berdiri di sisi meja. Mawar telan liur manakala Anna pula masih senyum.

"Balik." Mati terus senyuman Anna mendengar suara dingin itu.

Tanpa sebarang amaran, tangan Mawar ditarik lalu Engku Raid menjeling Anna sekilas. "Jangan jumpa dengan isteri aku lagi." Bunyinya dia sedikit memerintah.

"Raid apa ni, Anna kawan sayalah..."

Engku Raid tidak menghiraukan kata-kata Mawar. Lantas, dia mula melangkah diikuti Mawar yang terpaksa mengejar langkahnya kerana ditarik paksa. Anna yang terkaku mula mengepal penumbuk.

























Tak ada apa nak cakap, cuma hai-

Sorry hambar sikit, idea entah ke mana. Hahah.

Continue Reading

You'll Also Like

732K 39.2K 49
"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen. . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
277K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.1M 61.8K 63
[COMPLETED BUT UNDER MAJOR EDITING] ⚠️ MATURED CONTENT/LANGUAGE Tengku Khalid, Nama seindah tuannya. Kacak dan bergaya, antara jutawan terkenal di...
78.4K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...