Her Bad Boy - [ɌȺF]

By CutyLyn123

867K 48.7K 3.2K

-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka... More

Notes☠️
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Epilog
Special 1💋 - Cemburu Seorang Bad Boy
Special 2💋 - The Little Bad Boys
Last Special💋 - Princess of bad boys
Yes or No?

Bab 18

11.4K 757 33
By CutyLyn123

Salam maghrib. Selalu bad boy sweet - sweet je. Hari ni saya bagi sour pulak ya?😉

----

RASA hairanku mula menggunung apabila melihat mama sedang sibuk membantu Mak Rubiah. Abang juga sibuk berjalan ke hulu dan hilir untuk membantu mama dan Mak Rubiah memasak.

Takkan Raf dah balik kut? Mustahil. Masih terlalu awal untuk Raf pulang.

Takkan ada orang pula tiba - tiba masuk meminang aku?

Jangan nak perasanlah, Widya. Siapa aje nakkan kau? Lainlah kalau kau cantik macam Ayeen!

Tapi kalau betul macam mana? Apa yang aku nak buat? Aku takkan terima mana - mana lelaki kecuali Raf. Aku hanya mahukan Raf seorang sahaja!

"Kenapa Widya tercegat di situ lagi? Pergi hidangkan pada tetamu!" Aku blur seketika apabila mama secara tiba - tiba menghulurkan dulang yang terisi tiga cawan kaca, satu jug air oren dan biskut coklat yang baru siap dibakar.

Tetamu mana pula yang datang awal pagi macam ni?

"Ma..."

"Pergilah hantar cepat!" Gesa mama kasar. Tak sempat aku nak tanya.

Pandanganku singgah sebentar pada abang yang berada di sisi Mak Rubiah. Abang turut memandang wajahku seakan - akan punya makna tersirat. Tapi apa maknanya?

"Pergi cepat, Widya. Tak baik buat tetamu menunggu!" Marah mama. Wajahnya seakan marah benar denganku.

Aku mengeluh.

Tak faham kenapa pagi ini mood mama tiba - tiba aje rosak. Aku tak pernah lihat mama marah sampai sebegini rupa. Aku ada buat salah ke pada mama?

Meskipun berat hati, aku tetap juga membuka langkah menuju ke arah ruang tamu. Aku terus terkedu apabila melihat Aunty Aliesha dan Uncle Wan sedang duduk menunggu di atas sofa. Ada seorang lelaki yang duduk bertentangan dengan mereka.

Aku tak rasa itu Raf kerana postur tubuhnya jauh berbeza dengan Raf. Raf lebih tinggi dan agak sasa berbanding lelaki itu.

"Widya..." Suara Aunty Aliesha membuatkan aku cepat - cepat menyambung langkah mendekati mereka bertiga. Hampir - hampir sahaja jantungku meloncat keluar tatkala melihat wajah lelaki itu sepenuhnya.

Aku cuba menahan rasa amarah. Apa sebab lelaki itu berada di sini? Di rumah aku?

Dulang itu aku letakkan di atas meja. Aku mahu cepat - cepat berlalu. Hatiku rasa tak enak langsung apabila menghadap wajah lelaki tak guna tu! Namun, Aunty Aliesha lebih pantas menarik lembut tanganku lalu dia memaksa aku duduk di sisinya.

Aku menghela nafas.

Sabar Widya... Sabar.

"Widya..." Tanganku disentuh lembut oleh Aunty Aliesha. Aku mengangkat wajah memandangnya. Aku cuba juga ukir senyuman kelat.

"Aunty dan uncle datang ni nak bawa hajat. Widya terima dengan seikhlas hati boleh?" Lembut suara Aunty Aliesha.

Melihat wajah Imdad yang tersenyum sinis itu cukup untuk buat aku tahu yang dia ada agenda sendiri. Tambahan pula daddy Raf juga turut bersetongkol dengannya. Tak guna.

"Hajat apa?" Soalku tak bernada.

"Imdad, dia nak meminang Widya. Widya terima dia ya?"

Meminang aku?

Aku spontan menarik tanganku daripada pegangan Aunty Aliesha. Lantas aku bangun dari duduk di sisinya. Dia suruh aku terima Imdad sedangkan dia sendiri tahu anak dia tu cintakan aku?

"Apa datin merepek ni? Saya takkan terima Imdad". Kataku perlahan.

Uncle Wan ketawa sinis.

"Boleh percaya ke? Bukan semua jantan kau layan?" Berdesing telinga aku mendengar kata - kata lelaki tua itu. Kalau bukan disebabkan aku masih hormatkan dirinya, memang mati juga orang tua ni kena belasah dengan aku!

"Widya, apa yang susah sangat? Aku sendiri semalam dah jumpa mama kau. Dia sendiri kata tunggu keputusan kau. Dia ikut aje. Kau terima ajelah. Apa yang Raf ada aku juga ada. Malah aku boleh jaga kau lebih baik berbanding bad boy kesayangan kau". Katanya sinis.

Aku ketap gigi.

"Aku takkan terima kau sampai aku mati sekali pun!" Bentakku.

Aku ingatkan duduk di rumah sudah selamat daripada bertemu dengan orang seperti Imdad dan Uncle Wan. Rupanya sangkaanku meleset. Sama sekali salah!

"Widya, bertenanglah. Imdad cintakan Widya. Takkan Widya tak nak?" Tambah Aunty Aliesha lagi.

Hatiku mula rasa meruap panas. Menggelegak saja.

"Dia tentu pandang harta anak kita, Sha. Raf tu bukannya bodoh. Semua benda dia tak tahu buat. Mustahil perempuan macam dia ni mudah - mudah terima Raf". Celah Uncle Wan pula.

Aku ketap gigi.

Pantang betul aku bila orang tuduh aku sebegini. Aku bukannya pisau cukur! Selama aku bertemu dengan Raf, tak pernah aku minta duit dia walau satu sen pun!

"Widya..."

"Aku tak nak lah dengan harta anak kau tu! Aku cuma cintakan dia je. Aku nak dia. Bukannya harta dia. Nanti mati pun bukan boleh angkut harta tu masuk kubur!" Tengkingku.

"Tapi Imdad cintakan Widya".

"Anak datin pun cintakan saya!" Tempelakku lagi. Geram betul aku.

Anak dia cintakan aku dia tak nampak. Apa yang dia nampak anak saudara mereka sahaja. Pentingkan orang lain berbanding anak kandung. Mak ayah apa mereka ni?

Pandanlah Raf tak suka dua - dua!

Imdad ketawa sinis.

Dia bangun mendekatiku. Tanganku ditariknya kasar.

"Kau ikut aku". Arahnya.

"Tak naklah. Ni rumah aku. Kau jangan buat berani sangat!" Tengkingku lagi.

Kalau dia berani buat macam - macam memang aku tak akan teragak - agak nak panggil abang. Biar abang aku belasah dia sampai lebam!

Imdad mencengkam rahangku kasar. Matanya tajam memandang wajahku.

Aku tak takut!

"Kau memang bodoh sebab percayakan Raf bulat - bulat. Kau tak tahu Raf tu ada sebab dia cintakan kau. Kau lembab". Cemuh Imdad.

"Biarlah aku bodoh sebab cintakan Raf. Daripada aku jadi tak berotak sebab cintakan kau". Tukasku sinis. Kalau di sekolah mungkin aku takut untuk melawannya kerana dia sentiasa dilindungi oleh ayah saudaranya. Tapi di sini aku takkan takut. Ini rumah aku. Abang aku ada.

"Kau perempuan sundal, kalau orang nak terima ajelah. Jangan acah - acah suci sangat. Kau tu pun hina!" Sejurus itu hujung bibir aku diciumnya. Api amarahku sudah membuak - buak naik.

Terleleng terus wajah Imdad bila menerima tamparanku.

Ya kalau betul pun aku hina... Kenapa dia masih sibuk nak terkejarkan aku? Berhenti ajelah!

"Kau berambuslah Imdad! Aku takkan terima kau sampai aku mati! Aku benci kau!" Herdikku. Air mata jatuh menitis membasahi wajahku.

Sakit hatiku melihat pandangan jelik dan sinis kedua ibubapa Raf. Kenapa mereka layan aku sehina ini?!

"Kau benci aku? Widya... Aku akan buat kau benci Raf pula selepas ni. Tengoklah", Balasnya selamba. Aku tolak kuat badannya hingga terdorong ke belakang. Jantan tak guna!

"Baliklah!"

"Apa yang dah jadi ni?" Suara abang membuatkan pandangku teralih pada wajah risau abang. Air mataku makin deras mengalir.

"Abang halau dia balik. Widya benci dia!" Kataku sambil teresak kuat.

Air muka abang tampak berubah. Dia terus mengatur langkah mendekati kami. Tubuh aku terus di rangkul ke tubuhnya.

"Daripada kau buang tenaga kacau hidup adik aku, lebih baik kau balik. Uncle dan Aunty pun sama. Tolong hormat keputusan adik saya". Pinta abang tegas. Wajahnya begang. Lehernya jelas nampak berurat menunjukkan dia sangat marah.

Aku menyembamkan wajah pada dada abang.

"Kami faham. Cuma untuk peringatan, tolong jauhkan diri daripada Raf. Dia mesti dapatkan perempuan yang lebih baik daripada Widya. Jom, Sha". Luluh hatiku mendengar bicara Uncle Wan. Aku teresak kuat.

Bum!

Daun pintu rumahku dihempas kuat.

Abang mengeratkan pelukan kami. Dahiku diciumnya lembut.

"Shhh... Raf hanya perlukan Widya". Pujuk abang lembut.

Aku nak Raf.... Aku nak Raf....

TIGA kali telefon bimbit aku menjerit - jerit minta diangkat. Aku rimas dengan Imdad yang dari tadi tak berhenti telefon aku. Nak aje aku pecahkan telefon tu. Tapi sayang pulak bila ingatkan yang arwah papa belikan telefon tu untuk aku.

Aku tekup wajah.

Serabut betul. Ingatkan hanya Imdad dan Uncle Wan aje yang tak sukakan aku. Rupa - rupanya Aunty Aliesha pun sama. Hina sangat ke aku ni di mata mereka? Aku ni tak layak nak berganding dengan Raf?

Sekali lagi telefon aku menjerit. Aku terus angkat tanpa tengok skrin telefon. Geram betul!

"Kau nak apa lagi ni?!" Tengkingku kasar.

Kenapa lah ada manusia macam Imdad di muka bumi ni?

"Wow... Garangnya". Suara garau yang menyapa membuatkan api amarahku serta - merta terpadam.

"Ra... Raf", Nada suara aku bertukar lembut. Rasa kebas pipi bila Raf tahu yang aku keluarkan suara jantan. Aduh. Jatuh saham!

"Aih? Tadi rasanya macam dengar suara singa mengaum. Ni takkan tiba - tiba jadi anak kucing hmm?" Lembut suara Raf. Menggoda.

Aku telan liur.

"Aku... Aku ingat Imdad telefon". Balasku dalam nada perlahan. Takut juga Raf mengamuk.

"Imdad? Dia kacau kau ke?"

"Ta... Tak. Dia cuma telefon aku je. Kau okey kat sana?" Aku mula keluar topik lain. Tak nak Raf buat gila dengan balik ke sini kalau dia tahu ibu bapanya paksa aku terima Imdad.

"Okey apanya kalau malam - malam aku tak boleh nak tidur?"

"Kau ada masalah ke?" Soalku risau. Manalah tahu dia ada sesuatu yang membebankan fikirannya.

"Ada. Masalah aku tak boleh tidur ni parah. Kadang - kadang sampai pukul dua pagi baru boleh tidur". Adunya.

Berderau darahku tatkala mendengar perkataan parah itu keluar dari bibirnya. Teruk sangat ke?

"A... Apa masalah kau?" Soalku risau.

"Aku tak boleh nak berhenti fikirkan kau. Aku dah cuba nak tidur. Tapi aku tak boleh kalau aku tak dengar suara kau, Widya. Aku tak sabar nak jadikan kau hak mutlak aku. Masa tu, aku takkan risau sangat kalau lelaki lain cuba nak rampas kau daripada aku". Terangnya sambil ketawa apabila aku mula merengus marah.

Tak guna betul. Dia kenakan aku lagi? Bad boy ni...

"Aku cintakan kau tau. Kau seorang je. Sumpah". Ujar Raf secara tiba - tiba.

Bibirku mula melorek senyuman manis.

"Aku tahu dah". Balasku selamba.

Sekali lagi aku dengar dia ketawa. Alahai, kalau tak disebabkan cik jantung aku ni melekat, mesti dah jatuh bergolek - golek sebab ketawa Raf.

"Abang...,"

Suara yang lembut menyapa membuatkan aku terkesima. Suara perempuan kan? Siapa tu?

"Raf siapa tu?"

"Aku off dululah. Nanti aku call kau balik". Pamitnya. Langsung dia tak jawab soalan aku.

"Raf..."

Panggilan di matikan. Aku mengeluh. Telefon bimbit aku letak di atas meja.

"Abang...,"

Suara perempuan tu mula bermain di dalam kotak fikiranku. Abang? Perempuan tu panggil Raf ke? Takkan lah?

Kalau betul perempuan tu panggil Raf, apa yang aku nak buat?

"Raf tipu aku ke?" Gumam aku sendiri. Tubir mata terasa hangat. Aku jadi takut nak terima kenyataan jikalau tanggapan aku tu benar.

Aku percaya Raf. Aku kena percayakan dia.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 9.9K 7
[Book 1] Lingkaran sepasang tangan yang melilit pinggangnya membuatkan dirinya tersentak. "Hey, do you miss me sayang?" Suara itu.... Perlahan-lahan...
146K 8.9K 46
--- Breath for me ( Complete) Dia, dia yang terluka dalam memori silam akibat perbuatan khianat manusia. Dia yang sudah hilang harapan meski nafas...
764K 42.9K 33
𝐋𝐚𝐚𝐢𝐭𝐡 𝐌𝐢𝐜𝐡𝐞𝐥𝐞 ~ 𝐊𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐉𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚 " Goodnight my little lady..." LAAITH MICHELE. Jejaka berusia 26 tahun. Mempunyai perwatakkan...
4.9M 241K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...