Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|17

34.1K 1.7K 139
By AizackMesle

"Tiada istilah dibutakan oleh cinta, hanya manusia yang terlalu lalai mengejar cinta dunia."


—————








SUDAH lebih kurang dua bulan berlalu, kehidupan Mawar biasa saja. Tak banyak nampak perubahannya. Aktiviti harian dia juga tidak berubah. Balik kuliah, terus pulang ke rumah.

Dan begitulah, harinya berganti sehingga sekarang. Pasti ramai tertanya, macam mana dengan suami dia, Engku Raid?

Ah, lelaki itu juga tak banyak berubah. Terkadang perangai elok, terkadang tidak. Ada satu hari, lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan emosi yang baginya kurang stabil. Lalu lelaki itu akan melampiaskan marah kepadanya.

Tak naik tangan tetapi cukuplah lelaki itu mengherdiknya kerana terlupa untuk menyediakan makan malam. Itu saja sudah cukup membuatkan Mawar agak terkesan.

"Termenung apa hum?" Bahu terhinjut, terkejut apabila ada tangan maskulin yang merangkul pinggang dia dari belakang.

Lalu dia memejamkan mata sebentar apabila merasakan nafas mint si gerangan di belakang menampar-nampar kulit lehernya.  Menggigit perlahan bibirnya, tubuh dipusingkan ke belakang.

Tangannya naik ke dada gerangan itu, sekaligus mencipta jarak mereka. Dia menghembuskan nafas panjang lalu bergerak ke arah sinki. Nak basuh pinggan.

"Where is my morning kiss? Hm..." Engku Raid turut mengikut langkah Mawar dari belakang.

Tak puas dengan itu, dia menarik lembut tubuh Mawar lalu dipusingkan menghadapnya. Tidak lama kemudian, senyuman lebar terukir di bibir.

"I want kissess!" bisiknya di depan wajah Mawar.

Mawar mengeluh lalu pipi Engku Raid dikucup pantas. Baru saja dia nak menjarakkan wajah, Engku Raid terlebih dahulu merengkuh rahang dia lalu matanya terpejam apabila merasakan ada sesuatu yang lembut menindih bibirnya.

"Ermm, dah le...lepas!" Mawar menolak kuat tubuh Engku Raid seraya mengesat bibirnya menggunakan belakang tangan.

Engku Raid sekadar terkekeh perlahan. Puncak kepala isterinya ditepuk beberapa kali, seakan membelai seekor kucing. Tapi ni versi kucing garang.

Mawar memutarkan bebola mata ke atas. Rasa nak pelangkup je kepala Engku Raid dengan kuali berbontot hitam yang masih belum dicuci. Biar lelaki itu rasa sikit.

Tak jadi mencuci pinggan, dia terus melangkah ke arah meja makan. Engku Raid yang masih berdiri di tempat tadi, dikerling sekilas seraya melepaskan keluhan.

"Sinilah makan, nanti sejuk pula."

Engku Raid tersenyum lalu mengangguk. Laju saja kakinya melangkah ke arah meja makan. Tanpa teragak-agak, dia menarik kerusi di sebelah Mawar.

Bebola matanya ikut bergerak melihat setiap pergerakan Mawar. Daripada gadis itu mencedokkan mi goreng, menuang air dan akhirnya menolak makanan dan minuman itu kepadanya.

Sejenak keningnya bertaut. Wajah diangkat memandang Mawar. "Nak ke mana?" soalnya hairan apabila melihat Mawar berura-ura ingin membuka langkah. Tangan Mawar diraih.

"Cuci pinggan tadi." Mawar menarik tangannya kembali.

Baru Mawar nak melangkah setapak, tubuhnya terasa nak terpelanting ke belakang apabila belakang bajunya ditarik. Dan sekelip mata, dia sudah terduduk di atas paha Engku Raid.

"Makan ni. Aaa—"

"Tak nak. Saya tak lapar. Awak makan jelah." Tolak Mawar. Garfu yang sudah berada di depan mulutnya ditolak perlahan.

Engku Raid merengus. Tanda dia tidak suka akan penolakan Mawar. Dia buat baik salah,  berkasar pun salah. Apa tak kena lagi ni?

"Jangan buat aku marah Mawar. Kau takkan sukakannya."

Merasakan ianya bagai satu amaran, Mawar terpaksa akur. Mulut dibuka lalu dia menerima saja suapan Engku Raid. Dan ironinya, lelaki itu kembali tersenyum.

Mawar jadi bertambah hairan. Dia pandang saja wajah kosong Engku Raid lalu jemarinya naik mengusap rahang tajam lelaki itu tanpa sedar.

TANPA SEDAR OKEY!

Mawar masih ralit meneliti segenap wajah tampan suaminya. Manakala Engku Raid pula menaikkan kening. Hairan apabila melihat Mawar yang merenungnya bagai tiada hari esok.

Bebola matanya turun memerhatikan jemari Mawar. Dan jemari gadis itu bergerak ke tepi bibirnya lalu—

"Auch!"

Engku Raid terkekeh perlahan. Terhibur melihat wajah Mawar yang sedang menahan geram. Jari telunjuk Mawar yang digigitnya sipi-sipi diusap kembali.

"Jari tu jangan nakal sangat. Aku tak kesah tapi kita dekat dapur tau ni. Hm, tapi apa salahnya juga kan? Jomlah." Tangan Mawar diletakkan ke dadanya.

Mawar memaparkan wajah jijik. Eh, kotor betul pemikiran lelaki itu. Pantas, bahu Engku Raid ditampar kuat dan dia cepat-cepat bangkit daripada paha lelaki itu.

"Mulut tu lain kali cuci sikit. Jangan jadi kotor je!" ujar Mawar, suaranya tertahan. Ey, rasa nak bagi je lelaki itu minum clorox.

Engku Raid senyum sedikit. Dia menganggukkan kepala lalu tangan ditompang ke atas meja. Ralit memerhatikan Mawar yang masih membebel.

"Pergi bersiap. Hari ni kita dating."

"...entah apalah nak jadi, mulut tu—" Bebelan Mawar terhenti. Mata terkedip polos apabila matanya bertemu dengan anak mata Engku Raid. Lelaki itu senyum lagi.

"Pergilah bersiap. Atau kau nak duduk rumah je? Aku tak kesah kalau seharian duduk rumah dengan kau tapi tak janjilah yang esok kau masih mampu berjalan."

Mawar menutup telinga lalu beristighfar dalam hati. Adik-adik yang masih bawah umur, tolong jangan terpengaruh. Rosak otak budak-budak. Haha.

"Mulut awak ni kan!"

"Kenapa dengan mulut aku? Nak rasa ke?"

Engku Raid menggelengkan kepala apabila melihat Mawar sudah melarikan diri ke tingkat atas. Dah gaya Usain Bolt larian isterinya itu.






























"Mawar..."

"Hm?" Mawar hanya bergumam. Tak sedar bahawa mata helang Engku Raid sedang merenungnya tajam atau lebih tepatnya lelaki itu merenung bibirnya.

Bibir dia comot dengan ais krim berperisa vanila.

"Sini dekat sikit."

Mawar mengerutkan kening. Meskipun ada rasa tertanya-tanya, dia akur saja. Menggerakkan sedikit kaki kerusi lalu memandang Engku Raid dengan kening dijongketkan.

"Kenapa—"

"Manis."

Bulat mata Mawar dengan tindakan tidak terduga Engku Raid. Lelaki itu menyentuh bibirnya yang ada sisa ais krim lalu dicalit terus ke bibir lelaki itu. Engku Raid menjilat bibir.

Mawar pandang sekeliling seraya mengeluh lega. Nasib tak ada sesiapa yang perasan. Jika tidak, buat malu tujuh keturunan dia. Engku Raid ni pun satu, fikir ni drama korea ke apa?

"Lelaki gatal..." gumam Mawar.

Engku Raid tersengih lalu perlahan dia menyatukan jemari mereka di atas meja. Apabila Mawar cuba meleraikan genggaman tersebut, dia sengaja menguatkannya.

Membuatkan Mawar malas nak melawan. Tahu dah perangai Engku Raid ni. Apa gunanya dia melawan jika ianya akan mengundang kemarahan lelaki itu saja.

Mawar tak sanggup jika Engku Raid buat hal di tempat awam.

"Mawar, nanti kita pergi honeymoon nak?"

"Uhuk! Uhuk!" Tersedak-sedak Mawar apabila mendengar soalan Engku Raid.

Wajah lelaki itu bertukar cemas lalu belakang Mawar ditepuk perlahan. Melihatkan Mawar yang sudah sedikit tenang, dia terus menghembuskan nafas.

"Eh kalau kau tak nak honeymoon jauh-jauh pun takpa. Kat rumah saja boleh. Janganlah terkejut sangat, tahu kau excited nak honeymoon ya?"

Mawar membulatkan mata. Ya Allah, tolonglah kembalikan semula Engku Raid yang lama. Dia lebih rela menghadap Engku Raid yang beku dan kejam berbanding yang sekarang ini.

"Apa awak ni Engku Raid?!" Mawar menjeling. Tangan Engku Raid ditolak menjauh membuatkan lelaki itu terkekeh perlahan.

"Apa, apa?" Lelaki itu mengangkat kening.

"Dahlah, malas layan awak." Dengan itu, Mawar menyambung kembali makan ais krimnya yang hampir cair. Tanpa menghiraukan renungan dalam Engku Raid, dia sekadar memandang pemandangan di luar.

"Saya nak ke tandas kejap."

Engku Raid mengangguk saja. Menghantar langkah isterinya dengan ekor mata, dia tersenyum kecil. Sejenak matanya terpaku pada beg tangan Mawar.

Liur ditelan kesat. Memandang laluan yang digunakan oleh Mawar tadi buat kali yang terakhir, dia buat keputusan untuk mengambil beg tangan Mawar.

Ada benda yang dia ingin cari. Telefon Mawar sesekali berbunyi, ada mesej masuk. Engku Raid menarik senyuman sinis apabila Mawar tidak meletakkan sebarang kata laluan.
















MAWAR merenung refleksi diri melalui cermin di hadapannya. Memejamkan mata sebentar, pili air yang terbuka dia tutup kembali. Tangan diletakkan ke dada.

Mengapa dia tiba-tiba jadi tak sedap hati?

Kepala digeleng, cuba mengusir fikiran negatif yang mulai menjengah otak. Mengetap bibir, dia hembus nafas panjang. Tenang Mawar, tenang. Tak ada apa-apa akan berlaku pun.

Kan? Tolong katakan ya.

Mengerling sekilas cermin tadi, dia terus membuka langkah keluar dari tandas tersebut. Sepanjang melangkah, fikirannya merewang ke tempat lain. Jemari meramas sisi baju yang dipakai.

Sampai saja di tempat duduknya bersama Engku Raid, dia terus melabuhkan punggung tanpa sepatah kata. Kening dikerutkan. Dia rasa ada benda tak kena dengan Engku Raid.

Renungan lelaki itu nampak berbeza. Tak seredup awal tadi. Aura kedinginan terasa mengelilingi persekitaran mereka. Tapi Mawar tak mahu fikirkan hal itu sangat. Mungkin perasaannya saja.

Lantaran itu, dia hanya mengabaikan renungan tajam Engku Raid. Beg tangannya dibuka dengan niat nak membawa keluar telefon pintarnya, namun benda yang dicari tidak ada.

Cari punya cari, Mawar angkat wajah apabila mendengar Engku Raid berdehem. Mata mengedip polos. Membuatkan lelaki itu melepaskan rengusan. Mawar pula jadi bertambah hairan.

"Awak ada nampak telefon saya tak?"

Engku Raid menggeleng lalu dia bangkit. Berlapis-lapis dahi Mawar melihat tingkah dingin suaminya. Melihatkan Engku Raid yang sudah membuka langkah, dia juga turut bangun dan mengejar lelaki itu dari belakang.

"Kita nak pergi mana lepas ni? Boleh tak kita jenguk mama kejap—"

"Balik."

"Huh?" Mawar termanggu-manggu sendiri.

Bam!

Bunyi hempasan pintu yang sedikit kuat itu mengejutkan Mawar. Dia lihat, jemari Engku Raid mencengkam kuat stereng kereta.

"Kita balik terus. Ada benda KITA perlu selesaikan." Engku Raid menekankan suara. Mawar kembali terdiam. Daripada nada suara Engku Raid saja, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

































"Lia, come. Masa untuk makan ubat!"

Aulia tersenyum paksa kepada Ariana yang menjengulkan kepala di muka pintu. Dia menggamit gadis itu supaya melangkah masuk. Ruang kosong di sebelahnya ditepuk.

Ariana meletakkan piring ubat ke atas meja kopi berdekatan lalu kekura tangan Aulia diramas lembut. Jemarinya menyelitkan anak rambut Aulia ke belakang telinga.

"Demam kau dah kebah belum?"

Aulia sekadar mengangguk. Menyepet mata Ariana melihat respon temannya itu.

"Ye ke?" soalnya curiga. Aulia angguk lagi. Tak larat nak mengeluarkan suara. Tekaknya masih terasa kering.

"Sini aku rasa." Ariana meletakkan tapak tangan di dahi dan leher Aulia, cuba rasa suhu badan wanita itu. Tidak lama kemudian, Aulia menghembuskan nafas seraya menolak tangan Ariana.

Ariana menjuih bibir ke depan. Tanpa membuang masa, dia capai kembali piring ubat tadi lalu dihulurkan kepada Aulia. Wanita itu menyambut tanpa suara.

Ariana perhatikan saja Aulia yang menelan ubat-ubatan tersebut. Segelas air kosong dihulurkan kepada Aulia. Dia tersenyum lega apabila melihat Aulia sekali lagi berjaya menghabiskan ubat tersebut.

Jaranglah Aulia nak dengar cakap macam ini. Selalunya susah sangat nak makan ubat.  Yalah, siapa je yang suka benda pahit?

"Ari..."

"Ya?" Ariana mengangkat kening.

"Aku nak balik Malaysia."

Riak wajah Ariana berubah. Makin hairan melihat Aulia yang sudah melabuhkan kepala ke bahu dia. Merasakan suara Aulia berubah serak, tangannya naik menggosok bahu wanita itu.

Diam-diam dia intai wajah Aulia. Wanita itu sedang tersenyum.

"Aku tak kesah kau nak balik sana. Tapi proses rawatan kau di sini belum habis lagi. Kau faham kan maksud aku?"

Aulia mengangguk lalu menghembuskan nafas panjang. Mengangkat kepala, dia tepuk bahu Ariana, temannya yang tidak pernah putus asa untuk sentiasa memberikannya semangat agar meneruskan kehidupan.

Meskipun dia sendiri tidak tahu, masih ada berapa lama lagi masa yang dia ada, Ariana tetap percaya kepada kuasa Allah. Tiada apa yang dapat menandingi kuasa-Nya.

"Baiklah. Aku cuma rindukan kampung aku..."

"Oh, bukan rindu suami ke?" Bidas Ariana seraya terkekeh besar apabila Aulia memukul lemah lengannya.

Aulia ini memang seorang yang lemah-lembut.

"Kalau betul pun, tak ada gunanya. Bukan dia ingatkan aku pun," ujar Aulia perlahan. Dia menarik senyum paksa apabila Ariana berhenti ketawa. Tahu bahawa gadis itu tidak suka dia bersedih.

"Ari..." jeda. Wajah Ariana dipandang.

"Aku ada call dia semalam." Aulia senyum lagi. Ariana sekadar memandang.

"Tapi dia tak angkat." Dan kini, senyuman Aulia mati. Anak mata wanita itu bergenang  dengan air mata. Namun, tidak pula Aulia teresak. Tubir matanya dikesat menggunakan belakang tangan.

"Mungkin dia dah bahagia dengan gadis pilihan dia kan?" Aulia tertawa kecil. Ariana yang mendengar pula menjadi rundum hati melihat Aulia.

Memang tiada kebahagiaankah buat wanita itu?





















Author akan fokus untuk tamatkan cerita yang ini secepat yang mungkin. Jadi, Qaseh Ghibran dan Dark Obsession author letak status sebagai slow update.

Continue Reading

You'll Also Like

114K 3.6K 61
cover by : @nursaidatull "Kau hanya milik aku , dan aku punya , sehingga Allah memisahkan kita berdua , sayang ." • Cinta Obses yang mengekalkan mer...
168K 7.8K 78
" how I can say it? my life used to be unhappy, but why does my life suffer more?" - Hafsya. " You deserve it, and I want to see your life become li...
845K 32.2K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
158K 5.7K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.