DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

845K 29.3K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 27

9.6K 312 8
By farnazamri

Kalida sudah tidak senang duduk saat seseorang menelefonnya beritahu bahawa Fasha kini berada di hospital akibat kemalangan jalan raya. Selepas angkat panggilan itu, dia terus naik ke tingkat atas untuk bersiap ke hospital.

Kunci kereta dicapai di atas meja. Kaki memijak anak tangga. Hati kecilnya tidak silap sama sekali. Semua yang dia rasa pagi tadi bukan sekadar perasaan, ianya dipenuhi dengan maksud tersirat.

Di pintu utama, Kalida mengeluarkan iPhonenya. Dalam keadaan tergesa-gesa nombor telefon Rin ditekan. Selepas beberapa saat, panggilannya diangkat Rin.

"Cancelkan meeting."

Terus Kalida matikan panggilan. Dia tiada masa lagi untuk berbual-bual dengan PAnya. Ini bukan masa yang sesuai! Pintu utama terus dikunci dari luar. Kalida laju menerpa ke keretanya.

Ya Allah, Fasha.

"Siapa Iskandar?"

"Ka... kau Iskandar..." Fasha bersuara tidak percaya. Iskandar? Dia masih hidup? Tak mungkin! Fasha terkelip sayu. Selimut yang membaluti tubuh digenggam kuat. Cuba menghilangkan rasa sedih menghayun hati.

"Saya bukan Iskandar. Saya Zafnie." Lelaki itu senyum pelik.

Zafnie? Fasha seperti mati akal mendengar itu. Lelaki ini seolah tidak mengenali siapa 'Iskandar.' Tapi kenapa?

"Kau tipu! Kau Iskandar!" Fasha berundur ke kepala katil. Dengan gelengan tidak percaya, air matanya turun. Dari segi wajah lelaki ini, suara lelaki ini, dan susuk tubuh lelaki ini memang benar-benar serupa dengan Iskandar.

Mustahil kalau bukan.

"Iskandar?" 'Zafnie' terjungkit kening. Buat kali kedua dia naik pelik.

"Kau Iskandar! Kau pembunuh! Kau bunuh anak aku. Aku tak nak tengok muka kau. Keluar! Keluar!" Fasha menjerit sekuat hati menghilangkan rasa sebak yang sedang menghentak hatinya. Dia terus memeluk tubuh.

Pintu dikuak dari luar. Seorang gadis laju menerpa masuk dengan pandangan silih berganti. Cuba mencari kebenaran yang ada. "Fasha? Kenapa ni?"

Kalida berdiri di sebelah katil. Dia merendahkan tubuh memaut bahu Fasha. Dia masih samar-samar dengan perkara yang berlaku.

"Suruh dia keluar! Dia bunuh anak aku..." Mengingati saja kenyataan itu, suara Fasha mula kendur. Tertahan-tahan nafasnya sekarang. Satu badanya sudah lemah tak berdaya.

Mata Kalida mencari susuk tubuh seseorang yang dimaksudkan Fasha tadi. "Abang Is?" Kalida terkebil tidak percaya. Ini mustahil. Abang Is masih hidup!

Lelaki itu bisu tanpa sebarang suara. Gadis yang dia cari-cari sebelum ini sudah berada di depan matanya. Tidak susah-susah lagi dia mencari. Tapi gadis ini betul-betul ahli keluarganya ke?

"Keluar! Kau pembunuh!" Fasha melepaskan tangis di bahu Kalida. Dia memalingkan wajah memandang ke arah lain. Tidak sanggup menatap wajah bersih lelaki itu.

Tanpa membalas kata, 'Zafnie' berjalan keluar. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan genting seperti sekarang. Soalan-soalan yang ingin dilontarkan masih beku di minda. Ini bukan masa yang sesuai.

Ekor mata Kalida menghantar kelibat abangnya. Dengan air mata memenuhi tubir, dia mengelip. "Sabar Fasha." Belakang Fasha diusap lembut. Cuba membawa perempuan itu bertenang.

Fasha mengetap bibir geram. Dia sudah memaksa dirinya untuk menerima semua ini. Tapi makin dia mencuba, makin sakit rasanya. Anaknya sudah tiada! Semua ini angkara Iskandar! Salah Iskandar!

"Abang Is." Kalida keluar selepas selesai menenangkan Fasha. Perempuan itu sudah melelapkan mata. Terlampau penat menangis agaknya. Terlihat abangnya duduk di kerusi menunggu, Kalida terus merapati.

Lelaki itu mengangkat wajah. "Me?"

Kalida duduk sebelah Iskandar. Dia merenung wajah lelaki itu. Serupa! Sangat-sangat serupa. Tanpa amaran, tubuh tegap lelaki itu dipeluk Kalida. Tangan Kalida menjalar di belakang badan abangnya. Dia rindu!

Tapi macam mana abangnya boleh hidup semula?

"Erk? Cik?" 'Zafnie' janggal dan tidak selesa. Ketat pelukan ini sehinggakan dia tidak mampu untuk melonggarkan.

Bagaikan disimbah air, pantas Kalida meleraikan pelukan. Cepat-cepat air mata disapu dengan belakang tangan. Tahu dia terlampau teruja. "So... sorry."

"Nama cik... Kalida, kan?" 'Zafnie' cuba meneka. Dia tahu nama gadis itu ketika menilit kepingan gambar yang diberi oleh ibu mentuanya tempoh hari. Cuma dia belum pasti.

Kalida kerut kening pelik. "Memang nama adik Kalida. Abang tak ingat ke?" Kalida mengulas satu senyuman. Dalam hati, dia sudah hairan dengan sikap Iskandar yang seolah tidak mengenalinya.

'Zafnie' menggeleng tidak ingat.

"Kenapa abang Is tak ingat Ida? Aaa... apa yang berlaku sebernarnya?" Belakang badan Kalida disandarkan ke kepala kerusi. Dengan penuh harap, dia menunggu jawapan.

"Saya hilang ingatan."

"What? Hilang ingatan?" Kalida terbangun sedikit dari kerusi.

"Yes. Actually... saya kemalangan jalan raya empat bulan lepas. Selepas saya sedar dari koma, doktor sahkan yang saya hilang ingatan dan bermungkinan besar ingatan saya tidak dapat dipulihkan seperti sedia kala." 'Zafnie' menceritakan kejadian itu. Hatinya dipalu rasa sedih. Dia inginkan ingatannya yang dulu. Tapi dia akur dengan semua ini.

Kalida seperti tersedar dari mimpi buat kali kedua. Dia memandang Iskandar dengan terkebil-kebil. Tidak percaya. "Betul abang Is hilang ingatan?"

Lelaki itu mengangguk.

"Jadi abang Is tak ingat Ida?"

Lelaki itu menggeleng pula.

Kalida senyum pudar. Saja dia tanya soalan itu, kalau-kalau lelaki ini masih ingat. Kepala ditundukkan. Kedua-dua tangan naik menutup wajah. Mungkin dalam keadaan ini dia perlukan ketenangan untuk menerima. Abang Is...

"So, Ida ni siapa? Ida kenal saya?" 'Zafnie' mula bertanya. Dia cuma inginkan jawapan akan soalannya yang lama berbuku di minda.

Kalida angkat kepala. Terus wajah Iskandar menjadi tatapan. "Ida adik abang." Buat kali kedua, Kalida memeluk Iskandar. Di bahu lelaki itu, dia menangis rindu. Tapi malangnya, lelaki ini tidak akan mengingatinya siapa.

'Zafnie' senyum nipis. Pelukan gadis itu dibalas lembut. Sejak tadi lagi, dia sudah dapat mengagak.

Beberapa detik, pelukan itu terlerai. Hidung Kalida terkembang-kempis saat gadis itu menarik air hidung yang sudah mahu menuruni turun ke bawah. Belakang tangannya menyeka sisa-sisa air di hujung hidung.

"Kenapa panggil saya abang Is? Bukan nama saya Zafnie ke?" Lelaki itu bertanya lagi. Dia masih samar-samar dengan situasi sekarang. Kalau diizinkan, dia mahu mengetahui lebih lanjut.

Dahi Kalida mula mengerut. Banyak perkara yang mereka belum tahu lagi. "Zafnie? Nama abang Iskandar. Bukannya Zafnie."

"Maksudnya..." 'Zafnie' memikirkan sendiri. Kalau dia Iskandar, siapa Zafnie? Kenapa isterinya memanggilnya dengan panggilan Zafnie sedangkan nama dia Iskandar? Ataupun dia kena tipu? Mata lelaki itu sedikit membesar. Tak mungkin dia...

"Saya pernah kahwin?"

"Tak! Abang tak pernah kahwin!"

Continue Reading

You'll Also Like

79.4K 3K 77
AAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan di...
103K 4K 69
Bertuah? Dapat bekerja di bawah bumbung yang sama dengan lelaki idaman memang dianggap bertuah. Seronok cuci mata hari-hari! Tapi, sayangnya dia dah...
144K 5.6K 58
[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan pel...
258K 8.9K 37
'Cinta tak semestinya memiliki' "Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izha...