Kasih Dari Dasar Laut.

By LayungKutang

6.3K 288 34

Mengisahakan cerita tentang seorang dayang dan juga sahabat baiknya seorang permaisuri jelita. Ayehe seorang... More

Kasih Dari Dasar Laut. Episode satu.
Kasih Dari Dasar Laut.Episod Dua
Kasih Dari Dasar Laut. Episode tiga
Kasih Dari Dasar Laut. Episod Empat.
Kasih Dari Dasar Laut.Episod Lima.
Kasih Dari Dasar Laut.Episod tujuh.
Kasih Dari Dasar Laut.Episod Lapan.
Kasih Dari Dasar Laut.Episod sembilan.
Kasih Dari Dasar Laut, Episod sepuluh.
Kasih Dari Dasar Laut, Episode sebelas.
Kasih Dari Dasar Laut.Episod dua belas
Kasih Dari Dasar Laut.Episod 13

Kasih Dari Dasar Laut.Episod Enam

402 22 0
By LayungKutang

Mendengar apa yang diperkatakan oleh dua ekor burung itu, Permaisuri terus mengarahkan supaya dia segera dibawa pulang. Perasaan teruja, mumbuak-buak di dalam dadanya.

Manakala di menara terasing, maharani sedang menangis. Di dalam hatinya sangat berdukacita. Maharani menyesal kerana tindakannya yang terburu-buru, telah menyebabkan sahabat baiknya itu bertukar menjadi batu.

"Sinu maafkan beta, beta benar-benar tidak berniat begitu...beta tidak tahu bahawa tindakan beta itu, telah mengundang kesudahan begini." Keluh maharani.

Hari sudah senja, Ayehe yang berada di dalam laut mendongak ke atas. Di dalam hati Ayehe berkata.

"Hari sudah senja, tidak sabar rasanya aku berubah menjadi manusia semula, aku rindukan puteraku dan juga tuanku." Bisik hati kecil Ayehe.

Ketika di dalam lamunan, Ayehe terdengar suara permaisuri menjerit melaungkan namanya.

"Ayehe...beta sudah menemui cara bagaimana hendak mengembalikan kamu kepada manusia semula." Dengan gembira permaisuri memberitahukan hal itu.

"Apakah benar apa yang tuanku katakan ini?"
Ayehe bertanya.

"Ayehe, kebenaran akan terjawab apabila matahari menyingsing esok pagi. Beta berharap ianya benar." sahut permaisuri.

"Oh...awak sudah menjadi manusia semula, marilah kita pulang bersama." ajak permaisuri.
Ayehe keluar dari laut, lalu pulang bersama permaisuri.

Di depan istana, Ayehe berlari masuk.
Ayehe berlari sehinggalah ke bilik puteranya.

"Tuanku..."
Sapa dayang yang ditugaskan menjaga putera.

"Kau boleh keluar sekarang...beta mahu bersendirian dengan putera." Kata Ayehe.

"Sayang bonda sangat merinduimu."
Kata Ayehe memeluk erat untuk, melepaskan kerinduannya pada putera.

Ayehe membawa putera keluar dengan hasrat membawa putera melawat ayahandanya.

"Ayehe...putera baru berusia seminggu, ada baiknya jangan membawa putera bertemu dengan Kanda dahulu, kerana beta rasa tidak sesuai. Alangkah baiknya apabila putera sudah mengerti, tuanku sudah pulih." Kata permaisuri Eleanor. Ayehe tidak mambantah
apa yang permaisuri usulkan, kerana Ayehe  menyedari akan benarnya Kata-kata permaisuri itu.

Malam pun berlabuh. Ayehe dan permaisuri, tidur bersama menemani raja.

"Kok...kok...kok..."

Kedengaran ayam berkokok.
Permaisuri terjaga, kerana kekokan ayam pada pagi itu agak sedikit berlainan daripada biasa.

Permaisuri bergegas ke dalam bilik peraduannya,mencari dimanakah dia menyimpan cermin itu.
Disebabkan tekanan yang dialami, permaisuri telah lupa dimanakah dia menyimpan cermin ajaib itu.

"Oh... akhirnya aku menjumpai cermin ini...sekarang sudah hampir siang aku harus segera
mengesa Ayehe." Kata permaisuri teruja.

"Ayehe...segeralah bersiap, kita akan ke satu tempat." Kata permaisuri.

"Tuanku, sebentar lagi aku akan berubah menjadi duyung, kemanakah tuanku mahu membawa saya?" gundik Ayehe bertanya.

"Awak hanya perlu ikut saja, selebihnya biar beta yang uruskan." Jawab permaisuri ringkas.

Akhirnya, fajar pun mulai menyingsing. Permaisuri membawa gundik di atas bukit.

"Tuanku, kakiku sudah mula kejang, sebentar lagi  saya akan berubah menjadi duyung. kakiku juga sukar untuk melangkah. tuanku, ada baiknya kita kembali turun ke bawah." Pinta Ayehe.

"Bukit ini tidak tinggi, lagipun kita sudah hampir sampai, beta harap awak kuatkan semangat." Ulas permaisuri memberikan semangat.

"Tuanku maafkan patik, patik sudah berubah menjadi duyung, tuanku tolong arahkan pengawal untuk memabwa patik kembali ke laut. Patik berjanji akan menemani tuanku itu.  menaiki bukit ini suatu hari nanti." Ayehe mencuba memujuk permaisuri daripada rasa kecewa.

"Tidak...hari ini juga kita harus ke atas bukit itu.
Sekarang awak berpaut ke leherku, biar beta mendukung awak untuk sampai ke puncak."
Kata permaisuri. Namun, Ayehe tidak sanggup
mengikuti permintaan daripada permaisuri.

Saya tidak akan berbuat begitu.
Tuanku adalah seorang permaisuri, saya hanyalah seorang gundik, tindakan sedemikian sangat biadab, saya tidak akan melakukannya."
Kata Ayehe menyedari akan tempatnya.

Memandangkan Ayehe tidak sanggup berbuat seperti yang bermaisuri arahkan, permaisuri
terpaksa bertindak dengan tegas.

"Ayehe... berani sungguh awak menentang Kata-kata beta...Ini adalah arahan, sekarang juga saya selaku permaisuri bertitah kepada kamu, ikutilah arahan beta." Tegas permaisuri. Ayehe tiada pilihan lain selain mengikuti permintaan permaisuri.

Walaupun sudah bertahun hidup di dalam kemewahan, permaisuri yang berasal dari keluarga miskin, masih mempunyai tenaga yang kuat. Setelah mengerah kudrat,akhirnya permaisuri dan gundik berjaya sampai ke puncak.

Permaisuri meletakkan Ayehe di atas batu. Sambil terus mengeluarkan cermin ajaib yang telah diselitkannya di pinggang.

"Tuanku, apa sebenarnya yang tuanku rancangkan? mengapakah tuanku sanggup bersusah payah membawa saya kemari?
Ayehe bertanya.

Permaisuri tidak menjawab pertanyaan daripada Ayehe walau sepatah kata pun. Permaisuri menghulurkan cermin ke atas
untuk mendapatkan cahaya matahari.
Kelihatan cahaya matahari yang telah mengenai cermin ajaib itu telah menghasilkan pantulan yang sangat silau.

Permaisuri mengarahkan cermin itu ke arah Ayehe. Pantulan semakin keras Dan telah mengenai tubuh Ayehe. Ayehe merasakan tubuhnya seperti telah hangus terbakar sebelum ekornya berubah menjadi seperti sediakala.

"Oh...ekorku telah bertukar...
Saya sudah menjadi manusia semula tuanku...saya sudah sembuh jerit
Ayehe menerpa memeluk permaisuri.

Permaisuri yang juga turut gembira, melepaskan cermin dari genggaman lantas, terus memeluk Ayehe. Kelihatan cahaya pantulan daripada cermin itu terpancar jauh sehinggalah masuk melalui jendela menara dimana maharani ditempatkan.

Cahaya yang sangat terang itu, telah mengenai tubuh Sinu. Manakala maharani pula, terkaku hairan.

Kelihatan tubuh batu Sinu, perlahan-lahan bergerak.
Melihat kejadian itu, maharani menjerit.

"Sinu..."

Sinu yang telah hidup kembali tersenyum ke arah maharani.

"Akhirnya kamu telah kembali, beta berasa sangat gembira. Maafkanlah beta kerana telah membuat kamu menderita." Kata maharani

"Patik tidak menyalahkan tuanku. janganlah tuanku risau, kerana patik sedikit pun tidak marah." Jawab Sinu.

"Dayang...cepat arahkan tukang masak supaya memasak makan yang lazat untuk beta dan juga sahabatku ini, sudah cukup lama beta tidak makan dengan gembira." kata maharani tersenyum ke arah Sinu.

Manakala di istana juga, gempar melihat cahaya yang terang dari arah bukit. Cahaya itu terpancar memasuki istana. cahaya itu telah masuk ke dalam bilik dimana raja telah ditempatkan. Tubuh raja kelihatan mula berubah dan telah menjadi manusia semula. Sayangnya, cahaya itu tidak cukup lama, kerana cahaya matahari telah naik dan telah tidak mengenai cermin itu.

"Oh...cermin ini telah pecah, kerana terlalu gembira beta tidak sedar telah melepaskan cermin ini. sungguh malang sekali. apapun awak sudah kembali, cermin ini sudah pecah ianya tidak berguna lagi." Ulas permaisuri.

Permaisuri dan sang gundik berpimpin tangan menuruni bukit itu bersama. Ketika mereka berdua tiba di istana, mereka berdua telah dimaklumkan tentang cahaya yang terang dan telah memasuki istana. Permaisuri dan gundik
berpandangan, lalu berlari memasuki istana.

"Tuanku!"

Jerit permaisuri dan juga gundik Ayehe serentak. Mereka berdua masuk ke dalam bilik dimana raja berada. Melihat keadaan raja, Permaisuri dan Ayehe menjerit untuk kali Kedua.

"Tuanku!"

Permaisuri dan gundik mengoyangkan tubuh raja namun raja tetap tidak sedar. Ketika permaisuri dan gundik di dalam kebingungan, Sinu telah muncul.

"Ampun tuanku!
Tubuh tuanku raja telah kembali kepada manusia semula, tetapi bukan bererti dia
sudah terjaga. Mungkinkah tuanku raja boleh sedar semula, kalaulah cermin ajaib itu tidak pecah, adakah tuanku telah pecahkan cermin itu?" Sinu bertanya.

Permaisuri tunduk sambil menganggukan kepala. Kelihatan airmatanya mengalir dengan deras sekali. Permaisuri sangat menyesal kerana telah memecahkan cermin ajaib itu.

"Bukankah kamu telah bertukar menjadi batu?
Bagaimanakah boleh kembali menjadi manusia?" Ayehe bertanya kepada Sinu.

"Saya juga baru kembali.
Saya kembali kerana pantulan daripada pada cermin itu. mungkinkah cahaya pantulan daripada cermin itu tidak cukup sebab itu tidak sempat memulihkan tuanku." Ulas Sinu.

"Syukurlah aku telah kembali menjadi manusia semula, kalau bukan kerana cahaya dari cermin itu, sudah tentu selamanya aku hanya akan mampu menjelma menjadi burung." Kata hati Sinu.

"Aku merayu kepadamu, tolonglah beta mencari ikhtiar untuk memulihkan tuanku."
Rayu permaisuri pada Sinu.

"Baiklah tuanku saya akan kembali mencari tuanku apabila saya mendapat idea itu.
Sekarang tuanku berdua janganlah risau, saya pasti akan membantu tuanku berdua." Jawab
Sinu sebelum menghilagkan diri.

Beberapa hari kemudian, tanpa pengetahuan permaisuri Ayehe telah melawat maharani.

"Bonda maafkan saya kerana datang tanpa pengetahuan bonda. Tujuan kedatanganku ini adalah kerana, saya sangat rindukan bonda, dan juga ada tujuan  lain." Ayehe berkata dengan terang.

"Apakah tujuan kamu itu?
Katakan dengan dengan segera, dan pergi dengan cepat." Jawab permaisuri.

"Bonda tuanku sudah kembali kepada manusia, cuma dia belum sedar. Saya perlukan pertolongan dari bonda untuk memujuk Sinu supaya sudi dengan segera memberikan petunjuk bagaimanakah cara untuk memulihkan tuanku. Saya juga nak menyampaikan satu berita gembira untuk bonda. Saya telah melahirkan seorang putera, wajahnya mirip sangat dengan tuanku. Suatu masa nanti saya akan membawa putera melawat bonda." Kata Ayehe.

"Baiklah saya akan mencuba memujuk Sinu, awak baliklah ke istana." Tanpa senyum maharani mengarahkan Ayehe pergi.

Setelah Ayehe pergi, Maharani menangis terisak-isak, penyesalan jelas kelihatan di wajahnya.

Bersambung.

      Please vote and comment 🤗

Continue Reading

You'll Also Like

111K 779 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
7.8K 655 17
[SHORT STORY] "Kenapa saya perlu tinggal dengan awak, sedangkan saya tak pernah kenal dengan awak?" "Sebab perempuan macam kau hanya layak jadi perem...
6.2K 184 6
*Suami sy ni kejap jadi mr.Ice yang macam tak boleh cakap tak boleh berborak-borak .Lepas 1jam 2 jam jadi tiba-tiba jadi mr.Romantik keluarlah ayat...