Mawar Milik Raid[C]✅

Par AizackMesle

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... Plus

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|15

35.6K 1.9K 266
Par AizackMesle


"Sekuntum Mawar merah, biar aku simpulkan ikatan cinta yang memekar hangat seperti kau."



-----








Kepala terangguk mendengar khutbah nikah ringkas yang disampaikan oleh tok kadi hari ini. Sesekali nafas dihembus perlahan.

Rasa gelisah, gementar dan seangkatan dengannya mulai bermaharaja dalam diri. Walhal, semalam bukan main lagi dah praktis banyak kali. Bukan apa, takut tersasul.

"...Kisah Isa AS terbina dari seorang ibu suci yang menjaga kehormatan dirinya dan berkhidmat di Baitul Maqdis, kisah keagungan Rasulullah terbina dari kecekalan jiwa Aminah dan nasab kepahlawanan Abdul Muttalib yang mengalir dalam darah Abdullah, kisah Umar Abd Aziz terbina dari susur galur pemilihan menantu yang baik oleh Umar Al-Khattab, kisah Muhammad Al-Fateh bermula dengan seorang ibu yang setiap hari memberi inspirasi pembukaan kota konstantinopel dan begitu jugalah setiap tokoh-tokoh terkemuka seperti Al-Banna yang dididik oleh ayahnya yang juga seorang ahli hadis, Syed Qutb yang dididik dengan keluarga yang cintakan Al-Quran, dan selain mereka, kebanyakannya terhasil dari manbak soleh yang membentuk keperibadian unggul yang mencipta sejarah."

"Demikianlah besarnya nilai sebuah institusi keluarga yang utuh, yang menatijahkan lahirnya generasi pahlawan dan mujaddid yang meletakkan Islam sebagai risalah tertinggi dalam hidup mereka."

إِنَّ الْحَمْدَ ِللهِ نَحْمَدُهُ نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

"Sesungguhnya segala puji hanyalah milik Allah. Kepada-Nya kita memuji, memohon pertolongan dan ampunan. Kita berlindung kepada-Nya dari kejahatan jiwa kita dan keburukan perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya."

وقال أيضا : تزوجوا ولا تطلقوا فإن الله لا يحب الذواقين ولا الذواقات

"Baginda SAW bersabda, berkahwinlah dan janganlah kamu bercerai-berai, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkahwin hanya semata-mata mendapat kepuasan nafsu."

"...baiklah, sekarang kita boleh lanjutkan dengan sesi seterusnya."

Debaran di hati makin memuncak. Sang mempelai yang diraikan hari ini masing-masing menunduk resah. Melalui dua perasaan yang berbeza.

"Bismillahirahmanirrahim..." suara tok kadi mulai bergema di seluruh masjid itu.

Mempelai perempuan di belakang sudah memejamkan mata. Saat ini sudah tiba. Saat yang dia tidak pernah nanti-nantikan. Jemari merah yang bercelup inai, diramas perlahan.

"Aku nikahkan dikau dengan Mawar Adelia binti Qashrani dengan mas kahwinnya RM 500.00, tunai."

Liur ditelan kesat. Nafas dihembus perlahan sebelum bibirnya mulai bergerak-gerak, menyahut lafaz nikah tersebut.

"Aku terima nikahnya Mawar Adelia binti Qashrani dengan mas kahwinnya RM 500.00 tunai." Suaranya turut bergema kuat.

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah."

"Syukur, alhamdulillah..."

Dan sang mempelai perempuan yang tadi menutup mata terus tercelik. Cecair hangat yang berkumpul di tubir mata, kini mengalir perlahan di pipi.

Tanpa dapat ditahan, dia teresak perlahan. Jika lelaki yang bergelar suaminya sekarang adalah lelaki yang dia cintai, pasti air mata ini adalah air mata kebahagiaan. Tetapi sebaliknya tidak.

Dia tidak hidup dalam cerita fantasi yang dia sendiri cipta. Kini fantasinya musnah. Tiada apa yang boleh dipertahankan. Angan-angannya untuk bernikah dengan lelaki yang dicintai, kini lebur di tangan lelaki bernama Engku Raid Nasaie.

Kini sesi pembatalan air sembahyang dan pemberian mahar. Engku Raid bangkit lalu bergerak perlahan ke arah Mawar yang duduk bersimpuh di atas kusyen kecil itu.

Cantik isteri dia hari ini. Dengan menyarungkan sepersalinan baju kurung berwarna putih, wajah yang dirias sederhana. Cukup membuatkan dia semakin mendambakan seorang perempuan bernama Mawar Adelia.

"Mawar..."

Mawar tersentak. Wajah diangkat saat bahunya dicuit. Mata terkedip perlahan apabila melihat wajah Engku Raid di depannya sekarang ini dihiasi dengan senyuman.

Senyuman yang menenangkan.

"Mawar berilah tangan. Nasa nak sarungkan cincin tu." Sekali lagi Mawar tersentak.

Tangan dihulurkan kepada Engku Raid. Jemarinya yang menggeletar, kini semakin menggeletar hebat saat tangan dingin lelaki itu memegang tangan kecilnya. Rasa pembuluh darahnya menderu laju.

Usai Engku Raid menyarungkan cincin, kini Mawar pula melakukan perkara yang sama. Secara drastik, kekura tangan lelaki itu dia kucup laju. Tak sempat jurugambar nak menangkap momen itu.

"Eh laju sangat tu. Salam tangan suami tu semula. Cepat nak ambil gambar ni."

Aih, demand pula si jurugambar ni. Mawar merengus dalam hati.

Engku Raid pula layan saja kerenah jurugambar tersebut. Dia memanglah suka tapi melihatkan Mawar yang nampak sangat macam terpaksa, dia terus mengarahkan jurugambar itu berhenti.

Hanya beberapa keping gambar yang sempat diambil.

"Mawar sini kejap, aku nak cakap-"

Senyuman Engku Raid mengendur apabila melihat Mawar yang sudah melangkah laju meninggalkannya di situ. Dia tersenyum hambar. Pemergian Mawar dihantar dengan ekor mata.

Beberapa orang tetamu yang hadir menegurnya, hanya dibalas dengan senyuman paksa. Bukanlah tetamu sangat pun, lebih tepatnya ahli keluarga terdekat dan beberapa orang pekerja yang paling dia percayai.

Sesuai janjinya dengan Mawar supaya tidak menghebohkan berita perkahwinan mereka kepada media. Mungkin Mawar masih memerlukan masa, jadi dia akan berikan.

Dia tidak mahu Mawar bertambah benci kepada dia. Mungkin sebelum ini dia tidak kesah jika Mawar bencikannya tetapi setelah status yang diterimanya sebagai suami beberapa minit yang lepas, dia rasa tanggungjawabnya untuk menjaga Mawar sebaiknya semakin utuh.

Tidak seperti sebelum ini. Dia janji akan menjaga Mawar dan memperbetulkan kembali kesilapannya.

Dia akan beri Mawar masa. Cuma untuk melepaskan Mawar, dia tidak mampu. Biarlah Mawar mencari masa selagi mana gadis itu sentiasa berada di depan mata dia, dia tidak kesah.






















Engku Raid terus meletakkan telefon pintarnya ke atas nightstand katil apabila melihat Mawar yang sudah masuk ke dalam bilik tidur mereka. Bibir menguntum senyum.

Melihatkan wajah kelelahan Mawar membuatkan segala rasa lelahnya tadi turut hilang. Senyumannya perlahan mengendur apabila melihat Mawar yang terus melangkah masuk ke bilik air.

Tak sempat dia menghalang, pintu bilik air telah pun ditutup. Engku Raid mengeluh panjang. Nampak gayanya, lambat lagilah dia nak dapat hati Mawar.

Beberapa minit kemudian, Mawar terjengul di depan pintu bilik air. Engku Raid yang terbaring di atas katil terus menegakkan tubuh. Pantas dia turun daripada katil dan menarik tangan Mawar.

"Mawar sini kejap." Tubuh Mawar ditolak supaya duduk di birai katil. Ironinya, gadis itu hanya akur. Mungkin letih.

"Nak apa-"

Mawar automatik memejamkan mata saat bibir hangat Engku Raid berlabuh di ubun-ubunnya. Lelaki itu meletakkan tangan di atas kepalanya dan bibir terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya." Pelipis Mawar diusap lembut.

Mawar membuka mata apabila terasa tangannya diramas. Dia sekadar memerhatikan saja Engku Raid yang sudah mengambil tempat di sebelahnya.

"Tadi tak sempat. Sayang cepat sangat hilang," ujar Engku Raid sekaligus membuka bicara.

Mawar sekali lagi terkaku. Aih, kalau dia ada sakit jantung, agaknya hari ini berkali-kali dia terkena serangan jantung dek tingkah Engku Raid yang dirasakannya berbeza itu.

Sayang? Lelaki itu memanggilnya sayang? Haha, Mawar rasa nak ketawa.

"I'm sorry..." Mawar memandang hairan. Aneh betul perangai Engku Raid hari ini. Tiba-tiba menuturkan kata maaf. Tak pernah-pernah dibuatnya.

Nak mati dah-astaghfirullahalazim, dia suami kau Mawar. Mawar beristighfar dalam hati. Kepala digeleng perlahan.

"Sorry for what?" Keningnya terangkat.

"Maaf atas segala yang aku dah buat pada kau selama ni. Maaf sebab aku dah hancurkan hidup kau. Aku-"

"Simpan saja kata maaf awak. Andai kata maaf awak boleh kembalikan maruah saya, mungkin saya akan maafkan awak. Tapi tak. Kata maaf takkan boleh buat apa-apa."

Mawar berdiri lalu dia merentap tangannya daripada pegangan Engku Raid. Lelaki itu hanya mampu memandang Mawar yang sudah berlalu ke ruang persalinan. Lelaki itu menutup mata.

Engku Raid melepaskan keluhan panjang. Tanpa membuang masa, dia turut berlalu ke bilik mandi. Tuala mandi yang tersangkut di tempat penyangkut tuala, dia raih perlahan.

Usai membersihkan diri, mungkin dalam 20-30 minit juga, Engku Raid terus keluar dari bilik mandi. Keluar-keluar saja, perkara pertama yang menyapa ruangan mata adalah Mawar yang sudah terbaring menutup mata di atas katil.

Engku Raid ketawa perlahan. Nampak sangat keletihan Mawar itu. Terus tidur tanpa menunggu dia. Perlahan kakinya melangkah ke arah katil lalu berdiri di sisinya.

Tubuh dibongkokkan menyamai paras Mawar. Jemarinya mengelus halus wajah tenang Mawar lalu turun mengurut perlahan bahu gadis yang sudah sah menjadi isterinya itu.

Dia tersenyum sedikit lalu memanjat ke atas katil. Tubuh Mawar yang mengiring membelakanginya, dia tarik rapat ke dada. Wajah disembamkan ke ceruk leher Mawar.

"Maaf Mawar, aku bukan suami yang terbaik untuk kau..." bisiknya di telinga isterinya.

Rambut Mawar diurai lembut. "Tapi aku janji, aku akan betulkan semuanya. Aku janji akan jadi suami yang macam kau nak."

"Cuma janji dengan aku, jangan tinggalkan aku. Aku takut. Aku takut Mawar..." sambungnya. Suara Engku Raid kedengaran serak. Matanya mulai memberat.

Dan tidak lama kemudian, dia turut terlena sambil memeluk selesa Mawar yang kini sudah mengedipkan kelopak mata. Dia berpura-pura tidur. Buat pertama kalinya, Mawar rasakan Engku Raid benar-benar ikhlas dengan ungkapan tadi.

Cuma Mawar masih tidak boleh menerima. Hatinya masih pedih dengan luka yang ditinggalkan oleh Engku Raid.

"Maaf tapi saya tak boleh terima awak." Mawar berbisik dengan mata terpejam.

Jangan menangis Mawar, jangan...

Kata-kata mengkhianati tuan, akhirnya Mawar teresak perlahan. Namun ia tidak mengganggu langsung lena Engku Raid. Mawar seka hujung mata dengan belakang tangan.











Yeay kahwin, mari ketawa guys.

Hambar en? Takpa, dah selalu. Haha.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

217K 9.6K 39
Berkahwin dengan seorang lelaki yang ia tidak cintai bukan lah sebuah keinginanya tetapi disebabkan ingin menutup malu maruah sebuah keluarga dia ter...
758K 29.1K 85
Buku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata ka...
114K 3.6K 61
cover by : @nursaidatull "Kau hanya milik aku , dan aku punya , sehingga Allah memisahkan kita berdua , sayang ." • Cinta Obses yang mengekalkan mer...
11K 421 57
"Don't be too confident, Zaryan. I'll never love you". -Evelyn Daisy "Fiore, my fiore. You can't deny your feelings towards me when your actons say o...