DALAM BENCI ADA SAYANG

By roese_rosy

1.9M 54.7K 4.6K

Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati suda... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72 (SPECIAL CHAPTER)

BAB 56

20.7K 642 45
By roese_rosy

Farouq merenung jauh kepekatan malam yang semakin tua. Tiada bintang dan bulan menjadi penyeri langit gelap malam ini. Pun begitu itu tidak memadamkan rasa gembira di hatinya.

Permintaan Datuk Arman supaya dia mengahwini Natasya bukanlah satu perkara yang berat. Orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah peribahasa yang sesuai untuk dia sekarang. Tak perlu dia memasang strategi untuk mendekati Datuk Arman dengan lebih rapat lagi, lelaki tua itu sendiri sudah menjemput dia ke dalam mahligai mereka. Beruntungnya dia.

Farouq akui dia memang sangat gembira dan menerima dengan hati yang terbuka akan permintaan itu, tetapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Semudah itu Natasya menerima dirinya? Bukan itu satu keputusan yang mustahil? Sungguh mengejutkan baginya bila Natasya sendiri tidak menolak keputusan orang tuanya itu.

Walhal sebelum ni, wanita itu beria-ria menolak ajakannya untuk berkahwin. Apa yang membuatkan Natasya tiba-tiba bersetuju dengan begitu mudah sekali? Itu yang membelenggu fikiran Farouq sekarang. Dia yakin pasti ada sesuatu yang disorokkan.

Dia kenal siapa Natasya. Lidah bercabang dua. Manis wajahnya sekadar menutup benci di dalam hati. Natasya berubah? Sudah tentu itu agak sukar dipercayai. Mana mungkin wanita itu berubah?

Farouq menghela nafas berat. Jika ini adalah helah Natasya sahaja, dia akan mengikut rentak wanita itu. Biar dia nampak bodoh di mata wanita itu, itulah yang akan menjadi benteng untuknya. Berpura-pura naif. Namun hakikat sebenar dia yang akan mengawal rentak wanita itu.

Farouq tersenyum sinis. Bukan dia bodoh untuk percayakan sesiapa pun. Tapi, berlakon bodoh tak salah kan? Bertambah lebar senyuman Farouq.

"Natasya Datuk Arman. One day you will be realise, I'm the best man to be your husband."





*****





"Kan daddy dah cakap senang saja nak umpan si Farouq tu. Nasib baik anak daddy ni cantik, cair lah dia. Apa yang daddy katakan semua dia setuju. Tak banyak ragam pun."

Natasya tersenyum bangga. Kecantikan dia memang tidak dapat disangkal lagi. Orang buta saja tak nampak kecantikannya. Malah kecantikan dia lah yang membutakan hati lelaki-lelaki diluar sana. Ada yang sanggup membuang isteri sendiri demi mendapatkan dia. Tetapi dia hanya memilih yang berharta dan dan ada rupa saja.

"Farouq tu lebih bagus dari Tengku Hayden. Lelaki tak sedar diri. Anak daddy dia sia-siakan semata-mata untuk perempuan yang tak tahu dari mana datang asal-usulnya tu. Tiba-tiba saja nikah dengan perempuan tu. Bodoh. Nasib baik anak daddy ni dah ada lelaki lain. Anak Tengku Malik tu ingat dia seorang saja yang ada segala-galanya dalam dunia ni? Heh, kalau dah bodoh macam tu lah. Tak tahu nak menilai mana kaca mana permata." Panjang lebar Datuk Arman mengeluarkan segala hujahnya dalam bentuk makian itu.

Senyuman Natasya mula pudar. Bila nama itu meniti di bibir Datuk Arman hatinya mula terasa sayu. Mana mungkin dia sudah melupakan lelaki itu?

"Tasya memang buat keputusan yang paling bijak. Daddy bangga dengan Tasya." Ujarnya lagi. Bibir tak henti-henti tersenyum.

"Kalau tak kerana daddy Tasya tak akan buat keputusan macam ni. You're the best, daddy." Balas Natasya cuba mengambil hati Datuk Arman.

Datuk Arman tertawa seronok. Bangga.

"Sejak bila Tasya kenal Farouq?"

"Sejak.. urmm sejak..."

"Sejak dengan Hayden?"

Natasya terpaksa angguk.

"Baguslah Tasya pilih Farouq. Dia lebih cintakan Tasya dari lelaki tak guna tu. Sekarang Tasya jaga Farouq baik-baik ya? Dia lubuk kesenangan Tasya sekarang. Jangan sia-siakan dia." Nasihat jahat Datuk Arman meniti lancar di bibirnya.

Natasya cuma senyum dan mengiakan. Dalam hati, hanya dia sendiri yang tahu. Apa yang dia rasakan saat ini. Dia lebih cintakan Tengku Hayden. Sedangkan Farouq pula, hanyalah tempat untuk masa susahnya.

"Maaf Farouq. You cuma dapat diri I, tapi bukan hati I." Hati Natasya berbisik sayu.

"Bulan depan keluarga Farouq akan datang merisik Tasya."

"Merisik? Cepatnya daddy...?"

"Benda baik buat apa nak dilambatkan? Melepas kamu nanti. Nak macam tu?" Tutur Datuk Arman yang beriak gembira itu. Wajah Natasya yang jelas terkejut itu dipandang.

"Daddy dah cakap dengan Farouq tadi. Dia setuju saja. Nampaknya dia memang tak sabar nak beristerikan Tasya. Bertuah anak daddy. Untung lagi daddy." Ujar Datuk Arman yang terlampau seronok itu.

Natasya diam tak berkutik pula. Wajah Datuk Arman kelihatan sungguh gembira dan teruja sekali. Teruja nak dapat menantu atau teruja nak penuhkan akaun bank sendiri?

"Kamu dah berkenalan dengan orang tua dia ke? Dah pernah jumpa?"

Natasya menggeleng. "Belum."

"Baik Tasya cepat-cepat bertindak. Tunjukkan yang Tasya betul-betul serius dengan dia. Baru la dia yakin dan percaya dengan Tasya. Ambil hati orang tua dia lagi bagus."

"Daddy jangan risau. Tahu la Tasya nak buat apa. Small matter. Pejam mata pun Tasya boleh buat." Jawab Natasya yakin dan bersemangat.

Datuk Arman tertawa megah. Tak sia-sia dikurniakan anak perempuan yang bijak. Mudah digunakan.

Tanpa mereka sedari, perbualan mereka didengari Datin Suhaila. Mengucap panjang wanita itu. Betapa busuknya hati dua beranak itu demi kepentingan mereka sendiri. Datin Suhaila rasa sudah tiba masanya dia buat keputusan yang tepat tanpa menoleh ke belakang lagi.






******




"Umi."

"Hah, ya. Kenapa Mal?"

Ikmal senyum dan melangkah ke arah Umi Habsah yang sedang berdiri di tepi pintu utama mereka itu.

"Tak ada apa. Kenapa dari tadi Mal tengok asyik berdiri dekat sini je? Macam tengah fikirkan sesuatu saja.. Umi okey ke ni?" Ikmal menyoal prihatin. Dia turut berdiri di sebelah Umi Habsah.

Umi Habsah tersenyum tawar. Pandangannya dilempar ke arah pagar rumah sebelah. Rumah orang tua Dalia.

"Saja lah umi ambil angin kat sini. Sunyi je pagi-pagi macam ni. Budak-budak pun tak ada yang lalu-lalang macam biasa."

"Hari ni kan hari minggu. Cuti. Budak-budak masih membuta lagi lah tu." Ujar Ikmal membuat lawak.

Umi Habsah cuma tertawa pendek. Andai saja Dalia masih tinggal disini, pasti dia tidak merasa sunyi sebegini. Jika Dalia tidak bekerja pagi-pagi lagi gadis itu sudah datang ke rumahnya. Berbual-bual dengannya sampai ke tengahari. Rindunya dia pada kenangan lama itu.

"Umi ni kenapa? Macam ada masalah saja Mal tengok? Umi okey ke tak ni?"

"Umi okey lah."

"Habis kenapa termenung aje? Teringatkan Kak Long ke? Atau umi rindukan cucu-cucu umi kat sana tu?"

"Hm rindu la jugak dekat Kak Long dengan anak-anak dia tu.."

"Umi nak pergi JB ke? Mal boleh hantarkan. Umi duduk lah sana sampai hilang rindu umi tu.." Ujar Ikmal.

"Hish kamu ni, kan baru minggu lepas je umi pergi melawat mereka."

Ikmal tersengih. Baru dia teringat akan hal itu.

"Umi teringatkan Dalia." Luah Umi Habsah yang kelihatan monyok itu.

Ikmal terkedu sesaat dua.

"Umi nak jumpa Dalia ke?"

"Tak tahulah. Hari ni hari lahir Dalia."

"Eh yela.. Mal lupa. So, umi nak pergi rumah Aunty Aisyah ke?" Ikmal menyoal ragu-ragu. Harap-harap tidaklah.

"Mal boleh hantarkan?"

Ikmal terkesima.

"Er.."

"Lain kali sajalah kita pergi." Putus Umi Habsah.

"Umi tak nak pergi hari ni?"

Umi Habsah terdiam pula. Wajah anak lelakinya ditatap.

"Mal masih..."

"Mal dah lupakan perasaan Mal pada Dalia. Mal sedar salah dan berdosa Mal simpan perasaan tu pada isteri orang."

Lambat-lambat Umi Habsah mengukir senyum. Lega.

"Betul ke ni Mal?"

"Umi tak percaya?"

"Bukan macam tu."

"Umi suruh Mal junjung Al-Quran pun Mal sanggup."

"Ishh, tak payah la sampai macam tu sekali. Umi percaya."

Ikmal senyum. Biarlah perasaannya pada gadis itu terkubur begitu saja. Pasti ada yang lebih baik untuknya. Move on.

"Cuma Mal sayangkan Dalia sebagai adik saja. Dah tak lebih dari tu." Tutur Ikmal tenang dan tersenyum.

"Baguslah macam tu. Umi tahu, dari dulu Mal layan Dalia tu macam adik sendiri."

"Hmm.. Ikmal je yang tersilap sukakan Dalia tu. Malunya Mal.." Ujar Ikmal tergelak. Jika diingatkan semula perangainya yang tak tahu malu itu, dia rasa menyesal yang teramat sangat.

Umi Habsah sekadar tersenyum nipis.

"Semuanya dah diaturkan Allah. Ajal, jodoh, rezeki. Semuanya rahsia Allah. Dan Allah jugalah yang mampu membolak-balikkan hati manusia."

"Betul tu umi."

"Dalia tahu tentang perasaan Mal tu...?"

Ikmal menggeleng.

"Tapi Tengku Hayden tahu."

Buntang mata Umi Habsah.

"Hayden tahu? Macam mana dia tahu?"

"Mal berterus-terang dengan dia."

"Allah.. habis tu dia marahkan kamu la?"

Ikmal sengih dan lambat-lambat mengangguk.

"Hishh..."

"Tapi Mal akan mintak maaf pada dia. Mal tak nak dah sakitkan hati dia." Ujar Ikmal menyesal.

"Hmm.. Mal ni.. Buat umi rasa malu saja nak berhadapan dengan Hayden tu nanti."

"Manusia mana tak buat salah umi.."

Umi Habsah mencebik bibirnya. Cakap memang senang.

"Umi jangan la risau, Mal dah sedar kesalahan Mal. Mal akan minta maaf pada Hayden."

Umi Habsah senyum. Bahu anaknya ditepuk lembut.

"Baguslah macam tu. Umi tahu anak umi ni baik orangnya. Nanti Mal cakap la baik-baik dengan Hayden. Dia pasti faham."

Ikmal senyum.

"Kita belikan hadiah untuk Dalia nak?" Umi Habsah bertanya.

"Umi nak beli apa? Mal mana reti."

"Tak apa, biar umi yang pilih."

"Okeylah kalau macam tu.."

"Dah tengahari, umi nak masuk dapur dulu. Nak masuk."

"Eh umi, sekejap." Tahan Ikmal.

"Kenapa?"

"Er umi, sebenarnya Mal ada sesuatu nak ceritakan pada umi. Tapi Mal takut umi marahkan Mal je.." Ujar Ikmal serba-salah.

"Apa dia yang kamu nak cakapkan? Cakaplah."

"Umi jangan marah kalau Mal cakap ni.."

"Haih.. Kamu belum cakap apa-apa macam mana umi nak marah ke tak.. hm, cakaplah?"

"Haa tengok tu, Mal belum cakap umi dah macam marah aje.."

Berkerut dahi Umi Habsah. Lain macam saja riak wajah anaknya. Seperti ada sembunyikan sesuatu pula darinya.

"Umi tak marah. Ha, cakaplah, apa dia?"

"Umi janji dulu jangan marah. Boleh?"

"Tak boleh. Sebab umi tak tahu tentang apa yang kamu nak ceritakan tu."

"Nak marah la tu, malas la Mal cerita."

"Hishh, kamu ni.. Yelah, umi tak kan marah."

Ikmal sengih.

"Janji dulu."

"Hishh macam budak-budak je nak berjanji bagai." Tingkah Umi Habsah sedikit rasa geram. Dari tadi disuruh berjanji. Naik rimas pula dia.

"Yelah. Umi janji tak kan marah langsung. Puas hati?" Putus Umi Habsah akhirnya bila Ikmal seperti mahu menutup mulut terus dari bercerita.

Ikmal tertawa pendek.

"Sebenarnya masa Mal cuti dua minggu dulu tu bukan sebab Mal ambil cuti tahunan. Mal..."

"Habis tu sebab apa yang lama sangat kamu tak pergi kerja? Sampai dua minggu pula tu? Ada apa-apa ke yang jadi pada Mal?" Potong Umi Habsah laju.

Ikmal geleng. Nafas ditarik dan dihembus lembut sebelum membuka bicara.

"Mal kena warning dengan boss."

Buntang mata Umi Habsah. Terkejut.

"Kena warning?! Kenapa? Apa Mal dah buat? Ya Allah..." Umi Habsah sudah menggeleng-geleng kepalanya.

"Mal.."

Umi Habsah semakin mengerutkan dahinya.

"Mal punca Dalia hampir keguguran." Senafas Ikmal menuturkan ayatnya.

"Apa?!" Umi Habsah sudah terjerit dek kerana terlalu terkejut. Kalimah Allah sudah meniti di bibirnya berulang-kali.

"Ya umi. Mal lah puncanya." Kesal nada suara Ikmal.

"Macam mana boleh jadi macam tu, Mal? Eh kejap. Umi tak faham ni, boss Mal tu siapa? Hayden ke?"

"Bukan lah umi."

"Dah tu, siapa?"

"Umi duduk dulu." Ujar Ikmal. Tubuh uminya ditarik lembut agar duduk disofa.

"Cerita lah Mal.. Umi tak faham lagi ni? Sebenarnya apa yang jadi?"

Ikmal menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum bercerita.






******




Dalia tersengih melihat gambarnya di dalam telefon Tengku Hayden yang di ambil semalam. Bukan main banyak lagi gambar mereka berdua. Tengku Hayden dah serupa jurugambar profesional lagaknya.

Dalia menyentuh loket pada rantainya. Diusap-usap loket itu dengan senyuman lebar. Kali pertama mendapat hadiah dari seorang lelaki. Tambah-tambah lagi lelaki itu adalah suami sendiri, mahu tak lebar senyumnya sejak semalam.

"Sweetnya.." Ujar Dalia perlahan dengan suara halusnya. Hujung lidah digigit berserta mimik muka yang berkerut teruja. Boleh bayangkan tak? 😝

"Apa yang sweet?"

Dalia tersentak. Lekas-lekas power button telefon pintar itu ditekan.

"Main telefon abang?"

Dalia sekadar tersengih.

"Tengok apa dalam phone abang?"

"Tak tengok apa pun.." Bohong Dalia.

Tengku Hayden menghampiri isterinya lantas melabuhkan punggungnya di birai katil. Dalia sejak tahu kata laluan telefon pintarnya itu hari-hari dibelek telefon itu. Main game dan install game banyak-banyak. 😓 Itu saja kerjanya. Nampaknya dia kena beli telefon baru selepas ini. Angan Tengku Hayden.

"Mana telefon sayang?"

"Tu.."

"Guna la phone sendiri. Asyik guna phone abang je. Nanti rosak macam mana? Ingat untuk main game je ke phone tu? Hari tu client abang ada call, sayang reject kan call dia?"

"Mana ada. Tak ada pun." Bohong Dalia lagi dengan muka tak bersalah.

Tengku Hayden mengeluh. Sambil berdiri memeluk tubuh, wajah Dalia direnung.

"Suka sangat cakap tak jujur sayang ni. Abang tak suka la macam tu. Dah la tengah mengandung, buat pula perangai macam tu. Tak pasal-pasal terkenan kat anak perangai tak senonoh tu nanti." Tegur Tengku Hayden dalam bebelannya.

Dalia yang hampir tersenyum malu berusaha menahan senyumnya. Bibir bawah diketap. Kantoi.

"Lain kali cakap betul-betul kalau abang tanya. Bukannya abang nak marah pun, hmm... sayang ni kan.." Tengku Hayden pasrah nampaknya.

"Yelah. Sorry la."

"Sorry-sorry. Lepas ni buat lagi. Macam abang tak tahu perangai sayang tu." Selar Tengku Hayden.

Dalia mencebik bibir tanda tak puas hati.

"Orang dah minta maaf kan?"

"Yela tu. Bak sini phone abang. Ada orang call tak?"

"Takde pun.."

"Asyik main game je." Omelnya.

"Phone Dalia habis bateri."

"Cas la. Selalu macam tu, biar je kalau habis bateri. Phone abang jugak dia rembat. Ishh.."

"Kedekut."

"Kedekut? Amboi, sedapnya mengata abang.."

Dalia membuat muka. Mengajuk kata-kata Tengku Hayden. Tengku Hayden geleng kepala. Perangai Dalia kadang-kala lebih memeningkan dari adiknya. Sabar sajalah. Mungkin selepas melahirkan anak nanti, Dalia akan sudah tiada masa untuk mengada-ngada dengannya. Tengku Hayden senyum nipis.

"Apa senyum-senyum?"

"Mana ada abang senyum.."

"Ingat Dalia tak nampak ke?"

"Whatever."

"Eee..."

Tengku Hayden terus tertawa. Bila mana kata laluan pada telefon pintar itu dimasukkan terus menyala skrin gelap itu. Muncul gambar Dalia semalam. Tengku Hayden gelak.

"La.. tengok gambar sendiri rupanya. Kenapa? Perasan cantik ke?"

Dalia buat tak endah dengan pertanyaan itu. Tahulah dia, Tengku Hayden memang sengaja bertanyakan soalan berbentuk perlian sebegitu. Dalia yang dari tadinya hanya duduk bersila mengambil sebiji bantal lalu ditegakkan bantal itu pada kepala katil dan dia bersandar pada bantal tersebut.

"Abang nak padam la gambar ni. Banyak sangat gambar yang sama."

"Ehh jangan lah. Sayanglah, gambar tu cantik."

"Perasan lagi?"

Dalia mendengus. Tersilap cakap pula.

"Hantar la gambar tu kat WhatsApp Dalia. Semua sekali hantar." Arahnya.

"Padam je lah."

"Tsk, hish.. tak payah lah. Hantar dulu kat Dalia."

"Abang dah padam."

Dalia bulatkan mata. Telefon itu cuba disambar dari tangan Tengku Hayden namun lebih pantas Tengku Hayden menyorokkan telefon itu disisinya.

"Abang! Eee.... geramnya....!"

Tengku Hayden jongket bahu dengan bibir bawah terjuih sedikit.

"Abang dah padam dah."

"Eee...bencilah! Padam kenapa? Sengaja!"

"Suka hati abang lah ni phone abang." Jawabnya mengejek.

Dalia mendengus marah. Tubuhnya terus dibaring mengiring ke arah kanan.

"Merajuk dah.."

"Diam lah."

"Birthday girl merajuk? Tak best la macam ni."

Dalia diam.

"Sayang.."

"Jom turun bawah. Mama panggil."

"Sayang.. Jom la turun."

"Pergi la.."

"Jom la."

Dalia masih tak mengendahkan ajakan tersebut. Sengaja dia membatukan dirinya. Tengku Hayden tiba-tiba mengekek ketawa.

"Apa hal gelak-gelak? Dah sewel ke apa.."Omelnya geram.

Tengku Hayden menayangkan telefon pintarnya di depan muka Dalia. Gambar-gambarnya masih ada. Dalia terus memalingkan tubuhnya mengadap Tengku Hayden.

"Eee... abang ni!"

"Hahahahaaa mana ada abang padam. Rugi lah kalau padam, nanti rindu macam mana?"

Dalia mengigit bibir bawah, kemudian tersengih suka.

"Suka buli orang."

"Buli? Bila masa abang buli? Abang gurau aje. Sayang tu yang cepat sangat percaya."

Dalia menjulingkan matanya ke atas. Rolling eyes.

"Haa buat muka macam tu, hodoh giler! Tak berkenan abang tengok."

"Eee!"

Tengku Hayden tergelak lagi. Aduhai.. ini baru melayan karenah isteri, belum lagi anak-anaknya. Entah apa lah akan terjadi pada dia. Mampu ke tidak?

"Dah dah jom turun. Hari ni mama masak special untuk sayang tau."

"Masak apa?"

"Ada la.. jom turun."

"Dukung. Tak larat nak jalan." Dalia menghulur tangannya.

"Amboi nak suruh dukung pulak? Mengada-ngada. Bangun cepat." Balas Tengku Hayden. Tubuh Dalia terus ditarik lembut agar bangun dari pembaringannya. Dalia tertawa lucu.





"Mama tak tahu hari ni birthday Dalia. Kalau dari awal mama tahu mama dah tempah kek dah untuk Dalia. Hmm Ayd pun satu senyap aje. Tak bagitahu mama pun."

Tengku Hayden sengih. Terlupa. Yelah semalam dia teruja sangat dapat menyambut hari lahir Dalia, hanya mereka berdua saja tanpa kehadiran sesiapa. Romantik gittew..

"Alaa takpe la mama. Dalia tak kisah pun.."

"Tak seronok la macam tu. Bulan lepas kita sambut birthday papa, Dalia tak cakap pun bulan ni birthday Dalia."

Dalia senyum saja. Langsung tak kisah dan berkecil hati. Tengku Hayden di sebelah sudah meraba-raba pahanya dibawah meja. Gatal. Dalia menampar perlahan tangan gatal itu.

"Tak apa mama. Alaa hal kecil je. Hm, mama masak apa ni? Macam sedap je bau?"

"Mama buat nasi ayam. Dalia suka kan?"

Dalia mengangguk sambil tersenyum. Dah berbulan tak makan nasi ayam.

"Papa mana ma?" Tengku Hayden bertanya.

"Mana lagi, keluar lah. Jumpa kawan."

"Ouh. Tiara makan apa tu? Dari tadi diam aje?" Pandangan Tengku Hayden beralih pula ke arah adiknya.

"Kek. Mak Nab buat."

"Sedap... So nice..." Ujarnya sambil menjilat jari.

"Mak Nab buat kek?"

Mak Nab yang dari tadi sibuk menyenduk nasi hanya mengangguk bersama senyuman.

"Kek marble je. Tu je la yang Mak Nab tahu buat. Dah lama tak buat entah sedap ke tidak." Ujarnya.

"Kek marble pun sedap apa. Tak pernah mengecewakan air tangan kamu, Nab." Tengku Hajar memuji ikhlas.

Tersenyum lebar Mak Nab dibuatnya.

"Rasa la kek ni Dalia, Hayden." Mak Nab menolak sepiring kek marble yang berada dekat dengannya ke arah Dalia. Laju Dalia menyambar sepotong kek itu. Tengku Hayden juga turut merasa. Sedap. 😋

"Eh, jom la makan. Asyik berbual je dari tadi. Mak Nab makan sekali ya?" Celah Tengku Aisyah.

"Yelah. Mak Nab nak ambil kek kat dapur sekejap. Ada lagi yang tak potong."





Selesai menjamu selera, Tengku Hayden mengajak Dalia berjalan di sekitar kawasan rumah itu. Katanya supaya terbakar semula kalori dalam makanan yang dimakan Dalia tadi. Dalia walaupun marah Tengku Hayden berkata begitu dia akur juga pada ajakan lelaki bergelar suaminya itu.

"Cuba jalan tu betul-betul sikit. Macam orang malas je. Dari tadi merayap macam semut."

Dalia buat tak endah. Tengku Hayden mulut memang tak ada insurans. Suka hati saja nak kata apa pun.

"Cepat la sikit sayang oii..." Laung Tengku Hayden agak kuat. Punggung dilabuh pada lantai gazebo. Tergelak dia melihat Dalia yang mencebik geram itu. Jalan mengengkang. Baru empat bulan mengandung kenapa macam itik aje jalannya?

"Macam itik pulang petang.." Ujarnya lagi. Dalia sudah pun menghampiri dia.

"Diam lah. Suka kutuk orang."

Tengku Hayden yang masih seronok ketawa itu dicubit geram pada lengannya.

"Ishh sakit la.."

Dalia gelak.

"Manja."

"Kuku sayang tu berbisa. Potong kuku ke tak la tu?" Tangan Dalia terus disambar. Dalia membiarkan saja kukunya ditilik satu-persatu. Tengku Hayden melepaskan jari-jemarinya. Nasib baik kuku pendek.

"Tepi la sikit nak duduk."

"Duduk la." Tengku Hayden beranjak ke tepi sedikit memberi ruang kepada Dalia duduk di sisinya.

"Asal perut sayang besar eh? Baru empat bulan.."

"Mana la Dalia tahu.." Jawab Dalia. Perutnya disentuh. Bila duduk memang nampak membulat besar perutnya.

"Macam lima bulan je pregnant."

Dalia cuma angkat bahu. Tak tahu juga dia kenapa perutnya agak besar.

"Entah-entah twins?" Tengku Hayden meneka dengan wajah teruja.

"Mengarut. Mana ada kembar. Kalau ada mesti la doktor dah bagitahu awal-awal."

"Ya tak ya juga kan? Tapi Nurin dulu dah lima bulan baru la nampak perut dia besar. Dalia punya baru tiga bulan dah nampak. Ke sebab gemuk eh?" Soal Tengku Hayden sengaja mahu membuat Dalia marah.

Dalia apa lagi, matanya menjegil marah.

"Abang ni kan!"

"Apa?" Tengku Hayden sengih tak bersalah.

"Huh! Menyampah."

"Tak baik menyampah dekat suami sendiri. Nanti nak bermanja dengan siapa?"

"Meluat."

"Hahaa.." Gelak Tengku Hayden berbunyi kembali.

"Malas layan abang. Dah la Dalia nak masuk."

"Ehhh tak payah la masuk dalam lagi. Belum panas bontot lagi abang duduk kat sini." Ujar Tengku Hayden tersengih-sengih.

Dalia mencebik. Cakap tak senonoh. Tengku Hayden senyum saja sambil meletakkan lengannya ke atas bahu Dalia. Kemudiannya tubuh Dalia ditarik rapat dengannya lalu dipeluk dari sisi tubuh yang semakin hari semakin montel itu.

"Ishh tak payah la.."

"Kenapa? Malu?"

"Tak selesa la. Tak manis orang tengok. Buat malu je." Ujar Dalia cuba merungkai pelukan itu.

Terangkat kening Tengku Hayden.

"Buat apa nak malu? Kita kan dah kahwin."

"Tsk, segan la. Abang ni pun.. kang nenda tengok kang.."

"Alaa biar je la nenda tu. Tak payah nak malu lah sayang. Biasa la macam ni, kita kan suami isteri.."

"Abang je yang biasa, Dalia tak."

"Aik lain macam aje ayat tu? Abang dah biasa?"

Dalia yang tersedar dia tersilap cakap, lekas-lekas merungkaikan pelukan itu. Terlepas. Dia mahu bangun namun ditahan Tengku Hayden.

"Apa maksud sayang? Abang dah biasa macam ni? Ooo.. sayang maksudkan abang sebelum nikah..."

"Tak la. Dalia tak maksudkan macam tu pun." Cantas Dalia laju. Risau Tengku Hayden tersinggung.

Tengku Hayden tersenyum tawar.

"Abang tahu abang bukan lelaki baik pun."

"Abang, Dalia tak maksudkan macam tu la. Abang jangan la cakap macam tu." Ujar Dalia kesal. Rasa nak tampar mulut sendiri.

"Yelah, abang sedar diri. Abang bukan suami yang baik pun untuk Dalia."

"Abang!" Dalia menempik geram. Tak suka Tengku Hayden merendah diri begitu.

Tengku Hayden diam.

"Abang.. Dalia minta maaf. Sumpah Dalia tak ada niat nak cakap macam tu. Bukan tu maksud Dalia."

"Abang dengar tak Dalia cakap ni? Dalia tak sengaja..."

"Memang perangai abang teruk. Abang dah biasa dah peluk-peluk perempuan ni dari sebelum nikah."

Tersentap hati Dalia. Wajah ketat Tengku Hayden direnung dengan renungan tajam. Marah dan cemburu serta sakit hati, itulah rasa di hatinya saat ini.

"Tapi abang dah tak buat semua tu lepas menikah dengan sayang." Ujar Tengku Hayden tenang. Renungan Dalia dibalas. Dia hanya senyum saja namun tiada manisnya dalam senyuman itu. Tubuh Dalia ditarik supaya mengadapnya.

"Sebab abang hanya akan sentuh sayang seorang saja."

Jawapan Tengku Hayden nyata tidak membuatkan Dalia berasa lega. Malah membuat dia terasa seperti tidak percaya pula. Pertemuannya dengan Natasya tempoh hari kembali berlayar di fikirannya.

"Eh, sayang kenapa ni?" Soal Tengku Hayden hairan bila perasan mata Dalia sudah berkaca. Ada air jernih yang tergenang di tubir matanya.

Dalia menggeleng. Mukanya dipalingkan ke arah lain. Setitis air matanya yang menitis lekas-lekas diusap.

"Are you okay? Abang ada salah cakap ke?"

Dalia menggeleng lagi. Wajah si suami ditatap kembali.

"Dalia minta maaf." Ujarnya dengan suara yang ditahan-tahan.

"Sayang ni emosi sangat kenapa? Abang tak marah pun. Dah tak nak nangis. Nanti diorang tengok lain pula yang difikirkan." Ujar Tengku Hayden berpura-pura tergelak. Hakikat sebenar dia menyimpan rasa di dalam hati. Mungkin Dalia tidak berniat apa-apa dalam kata-katanya sebentar tadi tapi, entahlah, mungkin dia yang mudah terasa. Eh sejak bila dia sensetif ni?

Dalia sekadar terdiam.

"Jom masuk. Mesti sayang penat kan?"

Dalia mengiakan. Namun belum sempat mereka berdua bangun dari duduk, Bibik Tuti sudah datang menghampiri.

"Kenapa bibik?"

"Umi Habsah datang. Ada di ruang tamu. Katanya mahu ketemu sama Puan Dalia."

"Umi datang?"

"Iya. Datang sama anaknya."

Dalia terkesima mendengar jawapan itu. Bermakna Ikmal pun datang?"

"Ooo.. okey bibik, sekejap lagi Dalia masuk."

Pembantu rumah itu mengangguk dan terus melangkah masuk semula ke dalam rumah melalui pintu dapur.

"Pergi la jumpa umi."

Dalia teragak-agak hendak melangkah.

"Abang Ikmal...?" Dalia bersuara risau.

"Tak apa. Abang ada. Jom, kesian umi tengah tunggu sayang." Ujar Tengku Hayden tersenyum.

Dalia akur.




"Umi datang ni saja je nak melawat Dalia. Ni umi ada bawakan sesuatu untuk Dalia. Hari ni hari lahir Dalia kan?" Ujar Umi Habsah sambil menghulurkan satu beg kertas sederhana besar kepada Dalia.

"Umi ni susah-susah je." Balas Dalia menyambut huluran tersebut. Gembira. Tapi tidak selesa langsung berada disitu. Ikmal yang mencuri pandang ke arahnya tidak dilayan.

"Susah apanya. Umi beli aje kat kedai, suruh pekerja kedai tu balut. Bukan susah pun." Ujar Umi Habsah lagi.

"Terima kasih umi."

"Sama-sama. Nanti buka la hadiah tu. Biasa-biasa saja hadiah dari umi."

"Kalau dari umi mana ada biasa-biasa." Balas Dalia tertawa kecil.

Ikmal yang ada disitu hanya tersenyum saja. Tak dapat dinafikan lagi, Dalia memang bencikan dia. Dari tadi langsung tak memandangnya apatah lagi menegur dia seperti kebiasaan bila mereka bertemu.

Tengku Hayden juga sama. Renungannya sungguh tajam seolah-olah menzahirkan apa yang terkandung dalam hatinya. Marah yang meluap-luap.

"Alang-alang Habsah dengan Ikmal datang ni boleh la merasa air tangan menantu saya ni. Aisyah ada buat nasi ayam. Sambut birthday mak buyung ni..." Tengku Hajar bersuara. Gelaran terbaru untuk Dalia, Mak Buyung.

Dalia senyum. Alamatnya lagi lama lah mereka disini. Bukan tak suka, cuma tak selesa saja kerana Ikmal ada bersama.

"Saya saja je buat, Kak Habsah.. Baru tahu hari ni birthday Dalia so masak la yang special sikit. Jom makan dulu. Lepas ni kita sambung berborak lagi." Ujar Tengku Aisyah turut mempelawa tetamu yang datang itu.

Umi Habsah mengangguk-angguk.

"Ikmal jom la makan sekali. Sedap tau Aunty Aisyah kamu masak." Ajak Tengku Hajar ramah.

Ikmal senyum dan mengiakan ajakan tersebut.

Usai semua yang ada disitu sudah bangun menuju ke meja makan. Ikmal lekas-lekas bersuara menahan Tengku Hayden dan Dalia.

"Kau nak apa lagi? Nasib kau baik hari ni sebab umi ada sekali. Kalau tak, memang nahas kau aku kerjakan!" Tengku Hayden bersuara keras.

"Abang." Dalia disebelah sudah memeluk lengannya. Risau ada yang terdengar pula.

"Hayden, aku minta maaf."

"Dalia, abang nak minta maaf juga kat Dalia. Abang sedar abang salah."

Tengku Hayden mendengus marah.

"Kau jangan berani nak bercakap dengan isteri aku lagi! Aku tak suka. Kau faham?!"

"Hayden. Aku betul-betul minta maaf. Pasal hari tu, aku tak sengaja. Sumpah."

"Dalia, abang betul-betul tak sengaja. Abang tak ada niat pun nak sakitkan Dalia." Ikmal memandang Dalia. Gadis itu menyorokkan sedikit tubuhnya di sisi tubuh tegap Tengku Hayden.

"Demi Allah. Abang minta maaf pada Dalia, dan kau, Hayden. Aku betul-betul menyesal. Aku dah tak ada perasaan lagi pada Dalia. Aku hanya sayangkan dia sebagai adik saja."

Berkerut dahi Dalia. Apa maksud Ikmal? Perasaan apa?

Tengku Hayden mengetap gigi. Semudah itu meminta maaf setelah isterinya hampir-hampir saja keguguran? Hampir-hampir kehilangan anak mereka.

"Dalia..."

"Kau diam Ikmal!"

"Aku merayu, tolong maafkan aku. Aku janji tak kan ganggu Dalia lagi." Tutur Ikmal lagi.

"Dalia, abang mengaku abang cakap macam tu dulu sebab abang sengaja nak sakitkan hati Dalia. Abang tak nak Dalia percayakan Hayden. Tapi abang silap. Abang burukkan Hayden pun Dalia tetap percayakan dia. Abang sedar, Dalia betul-betul cintakan Hayden, suami Dalia."

Tengku Hayden kerut dahi.

"Sayang, apa ni? Dia cakap apa?" Tengku Hayden menyoal Dalia.

Dalia hanya membisu saja.

"Ya, Hayden. Aku mengaku aku pernah burukkan kau pada Dalia. Aku buat semua tu sebab aku nak Dalia sedar yang kau tak layak jadi suami dia. Tapi aku silap besar, kau saja yang selayaknya jadi pelindung Dalia. Bukan aku." Ujar Ikmal kesal. Bibirnya tersenyum kelat.

Tengku Hayden yang berapi-api kemarahannya mulai reda. Ikmal nampak jujur dalam kata-katanya tapi bukanlah dia percaya sepenuhnya kepada lelaki itu.

"Sayang, what he said to you?"

Dalia menggeleng. Tak mahu mengingati lagi.

"Dalia, abang harap sangat Dalia dengan Hayden boleh maafkan abang." Pinta Ikmal lagi.

"Can you shut up your mouth?" Soalnya dingin pada Ikmal. Dari tadi tak henti-henti bercakap. Dalia pula diam tak berkutik.

"Sayang?"

"Dalia nak temankan umi makan." Dalih Dalia dan cepat-cepat beredar dari situ.

Ikmal memandang sayu Dalia yang sudah menghilangkan diri itu. Sekarang hanya dia dan Tengku Hayden berada di ruang tamu itu.

"Kita cakap kat luar." Ujar Tengku Hayden dingin.








Teruknya penyakit malas saya.. malas nak menaip. 😌 MAAFKAN SAYA. 😌

Continue Reading

You'll Also Like

397K 20.5K 56
[KARYA KETIGA YUYUAIRA] ~~~ NAURA ZULAIKHA Ibu bapanya meninggal dunia sekali gus menjadikan dia sebagai anak yatim piatu pada usianya 15 tahun. Mula...
272K 17.9K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.1M 842 1
Agency Series (1) ARIN SOFEA merupakan seorang Senior Project Engineer yang berjaya, dia memiliki kerjaya yang stabil, pendapatan yang cukup lumayan...
185K 15.9K 54
"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila ny...