Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.3K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|8

34.7K 1.9K 115
By AizackMesle

Mawar termenung jauh menghadap balkoni luar biliknya. Sesekali matanya terkebil-kebil apabila asyik sangat melihat sepasang burung yang hinggap pada batang pokok itu.

Keluhan lemah dilepaskan sebaik sahaja pasangan burung tadi telah terbang pergi tinggi ke udara.

Bebas.

Dia mahukan kebebasan seperti itu. Tidak seperti sekarang ini, pergerakannya terbatas. Sentiasa sahaja diperhatikan walau dimana jua dia berada. Bersama siapa, buat apa, semuanya dikawal ketat oleh Engku Raid.

Mata dipejamkan seraya didepakan tangannya menghayati panorama luar. Deruan angin lembut terasa menampar-nampar halus setiap inci kulit wajahnya.

Mata dicelikkan semula apabila nada dering telefonnya kedengaran mengaum nyaring berbunyi, minta diangkat. Dia mencapai telefonnya sebelum dijawab panggilan tersebut.

"Hello..."

"Hello, Mawar guess what? Mummy dan daddy aku dah bagi kebenaran untuk benarkan kita bercuti ke Langkawi!" Kedengaran teruja Anna bersuara di sebalik talian.

"Serious? kalau macam tu nanti aku bagitahu mama dengan papa."

"Alright, ada apa-apa nanti call aku."

Dia hanya bergumam kecil sebelum menamatkan panggilan tersebut. Usai itu, dia terus membawa diri ke bilik kerja Tuan Qash, pasti papanya ada di situ.

Yalah, hari ini kan hari minggu.

Langkah dihentikan apabila dia sudah berdiri di hadapan pintu bilik kerja Tuan Qash. Mengeluh perlahan, dia ketuk dulu pintu itu beberapa kali, meminta keizinan untuk masuk.

Apabila mendengar suara Tuan Qash melaung, tanda membenarkannya masuk, daun pintu tersebut dia tolak perlahan. Senyumam lembut diukirkan kepada papanya.

Eh, ada Puan Dahlia sekali rupanya. Mereka sepertinya sedang membaca sesuatu.

"Sayang, sinilah." Gamit Puan Dahlia kepada anak tunggalnya itu.

Mawar mengambil tempat di sebelah Puan Dahlia. Dia meletakkan kedua-dua belah tangan di atas riba lalu diramas lembut jari-jemari halusnya.

Dia berdehem kecil sebelum mendongak memandang Tuan Qash dan Puan Dahlia yang turut memandangnya itu. Agak-agak mereka bagi tak dia pergi?

Yalah, selama ini jika dia nak ke mana-mana, pasti Tuan Qash akan mengarahkan Engku Raid ikut sekali. Kata papanya, bahaya jika dia keluar tanpa berteman.

Huh.

"Mawar nak apa-apa ke?"

Dia menggeleng sedikit sebelum tersenyum kecil. Bibir dikemam. Teragak-agak ingin meluahkan hasratnya yang satu itu.

"Mawar nak minta izin mama dengan papa. Mawar nak bercuti ke Langkawi dengan Anna. Mummy dengan daddy dia dah izinkan." Jelasnya.

Tuan Qash dan Puan Dahlia saling berpandangan sebelum kedua-duanya tersenyum lebar.

Puan Dahlia mendongakkan wajah Mawar lalu kepala gadis itu diusap. Dia ukirkan senyuman lembut buat anaknya itu.

"Baguslah. Mawar pergilah bercuti, lagipun selama ni Mawar asyik terperuk je dekat rumah. Ni dah ada cuti ni, Mawar pergilah luangkan masa dengan aktiviti yang Mawar suka."

Mawar mendongak lalu tubuh Puan Dahlia terus dipeluknya erat. Dia tersenyum sendiri membayangkan hari-hari cutinya diluangkan bersama Anna tanpa kehadiran Engku Raid.

"Terima kasih mama, papa..."

"Tapi nanti biar abang Nasa kamu teman."

Senyuman Mawar mati. Dia ketap bibir seraya memandang Puan Dahlia saat mendengar kata-kata Tuan Qash itu. Kepala digeleng perlahan.

Puan Dahlia mengeluh perlahan. "Takpalah bang. Mawar dah besar, biarlah dia pergi tanpa Nasa. Lagipun dia pergi dengan Anna, bukan dengan orang lain pun."

"Tapi sayang-"

"Dah Mawar pergilah berkemas." Puan Dahlia terus menolak lembut tubuh Mawar supaya bangkit.

Membongkokkan tubuh sikit, Mawar terus berlari keluar. Dalam diam, dia menyimpan senyum apabila Puan Dahlia membantunya tadi.

Dia menelefon semula Anna dan dengan terujanya dia memberitahu kepada teman baiknya itu tentang keizinan yang diberikan oleh mama dan papanya.

"Sayang, kenapa bagi Mawar pergi macam tu je? Sayang tahu kan bahaya kalau-"

"Saya percaya anak saya pandai jaga diri. Lagipula biarlah dia nak bercuti, bukan lama mana pun." Puan Dahlia mengeluh panjang. Dia kerling sekilas suaminya.

"Abang tak kesah Mawar nak bercuti tapi sekurang-kurangnya bawalah Nasa sekali. At least Nasa boleh tengok-tengokkan dia."

"Abang, Mawar tu bukan budak kecil lagi. Sampai bila kita nak harapkan Nasa untuk jaga dia? Sekarang ni, abang lebih percayakan orang luar daripada anak abang sendiri?" Duga Puan Dahlia.

Tuan Qash memejamkan mata. Bukan itu maksud dia. Tiada niat pun untuk memaksudkannya begitu. Dia cuma risau. Mawar itu satu-satunya anak yang dia ada, darah daging dia.

"Okey okey I'm sorry. Abang cuma risaukan Mawar, tu je."

"Bang, kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya akan ada duri dalam diam menghunus kita."

"Maksud awak?" Soal Tuan Qash hairan. Berkias-kias pula isterinya itu. Kening yang tidak gatal digaru.

"Takda apa. Cuma saya nak pesan, jangan terlalu agungkan kebaikan seseorang tu. Kita nampak dia baik tapi dalam diam dia adalah sebaliknya."

Usai berkata begitu, Puan Dahlia terus melangkah keluar. Meninggalkan Tuan Qash yang masih termanggu-manggu sendiri.

"Yes daddy, mummy?"

Engku Raid memandang Engku Raihan dan Engku Naima bersilih-ganti. Dia menghempaskan punggungnya di atas kerusi kulit itu.

Sebentar tadi pembantu rumahnya ada memberitahunya bahawa daddy dan mummynya menyuruh dia supaya datang ke bilik kerja daddynya.

"Nasa..."

"Hm?" Kening dijongketkan.

"Ada hal penting ke?" Soalnya apabila merasakan Engku Raihan dan Engku Naima masih mendiamkan diri.

"Macam ni, daddy cuma nak tanya kamu tak ada calon lagi ke?" Engku Raihan terus mengajukan soalan.

Berlapis-lapis dahi Engku Raid mendengar soalan daddynya. Sesaat dia menghamburkan tawaan kosong, halus seperti langsung tidak kedengaran.

"What's wrong with you daddy? Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?"

"Takdalah, daddy dengan mummy tengok kamu ni macam tak pernah buka cerita pasal perempuan langsung. Umur kamu pun makin meningkat. Dah sesuai untuk kamu berumah tangga."

Engku Raid berdecit.

"You guys always talk about this. Raid belum bersedia lagi untuk berumah tangga. Boleh tak jangan paksa Raid?" Dia menggulingkan bebola mata ke atas.

Ini bukan kali pertama kedua orang tuanya membangkitkan isu ini.

"Tapi sampai bila Nasa?"

"Until I get her." Jawabnya selamba. Dia tayang wajah kosong.

"Who?" Soal Engku Raihan hairan.

Tadi kata tak bersedia nak berumah tangga tetapi daripada gaya Engku Raid, sepertinya lelaki itu sudah ada pilihan hati sendiri. Mengapa susah sangat lelaki itu nak jujur? Haih.

"Kenapa daddy nak tahu?" Engku Raid menyilang tangan ke dada.

"Kalau kamu dah berkenan sangat, kenapa tak terus-terang? Meminang jelah terus." Cadang Engku Raihan.

Ternaik kening Engku Raid mendengarkan kata-kata daddynya itu. Dia ukir senyuman sinis. Bibir yang terasa kering, dibasahkan kembali. Kepala tergeleng perlahan.

Jikalah semua yang dia rancangkan akan berjalan semudah itu.

Tetapi tidak. Dengan Mawar yang masih belum jinak sepenuhnya, gadis itu masih belum sesuai untuk menjadi isterinya. Mawar itu masih liar. Dan dia tidak sukakannya.

"Belum masanya lagi daddy..."

Usai itu, Engku Raid terus bangun. Membetulkan sedikit lipatan lengan baju, dia terus keluar dari bilik itu tanpa mengerling langsung kedua orang tuanya.

"Engku Raid Nasaie!"

Langkah Engku Raid terhenti seketika di muka pintu. Tanpa menoleh ke belakang, dia menunggu saja sambungan kata-kata Engku Raihan. Dia berdecit kasar.

"What?" Soalnya senada.

"Daddy nak kamu berkahwin."

Engku Raid ketap rahang. Membalikkan tubuh ke belakang, wajahnya berubah tegang. Rahang tajamnya bergerak-gerak, tanda kemarahan semakin meluap.

Mata dipincing tajam, membalas pandangan Engku Raihan. "I said I. Don't. Want." Tekannya satu persatu.

"Okey, daddy beri kamu masa sebulan untuk bawa perempuan pilihan kamu. Kalau tak, kamu tetap akan berkahwin dengan calon pilihan kami."

Engku Raid mendengus kasar. Tanpa dapat mengawal perasaan, dia tumbuk kuat daun pintu di sebelah. Hal itu membuatkan Engku Raihan berdiri. Tidak sangka anaknya akan menjadi semarah itu.

"Nasa-"

"Nak sangat Raid bawa perempuan tu datang sini kan. Okey, Raid akan bawa. Tapi jangan menyesal di kemudian hari."

Bam!

Ternaik bahu Engku Naima mendengar bunyi hempasan pintu itu. Tangan naik mengurut dada. Nyaris luruh jantung dia dengan perangai tak semenggah Engku Raid.

Usah dicabar amarah Engku Raid, kerana mereka sendiri tidak mampu untuk menentang. Sisi Engku Raid yang keras kepala itu terlalu mendominasi.







"Nasa..."

Terkejut bukan main kepalang lagi Puan Dahlia apabila dia buka pintu saja, wajah dingin Engku Raid sudah ada depan mata. Berlapis-lapis dia pandang lelaki itu.

"Kamu buat apa-"

"Raid nak jumpa Mawar." Potong Engku Raid keras. Dia dahlah tengah panas hati ni.

"Mawar tak-"

"Dah tiga hari berturut-turut mama beri alasan yang sama. Mustahil Mawar tak ada di rumah sekarang." Potong lelaki itu lagi.

Kali ini dia berjaya membuatkan Puan Dahlia terdiam. Dia menyunggingkan senyuman sinis dalam diam. Nampak gayanya, Puan Dahlia seperti sudah mengetahui sesuatu.

Wanita itu seakan mahu menjauhkan dia daripada Mawar. Sedangkan sebelum ini, wanita itulah yang paling gembira jika dia datang ke sini.

"Mama, Mawar nak makan kuih ni boleh-"

Bulat mata Mawar saat melihat Engku Raid yang kini tersenyum sinis kepadanya. Langkahnya terhenti di situ, di belakang Puan Dahlia. Sisi baju mamanya dipegang.

"Hi Mawar..."

Bibir Mawar bergetar halus. Wajah ditundukkan ke bawah, tiada keberanian untuk dia melawan pandangan tajam Engku Raid. Selama beberapa hari ini dia berjaya mengelakkan diri daripada berjumpa lelaki itu.

Tetapi hari ini, tidak lagi.

"Mama, hari ni Raid nak bawa Mawar keluar."

Puan Dahlia memandang Mawar. Mereka seolah berkomunikasi menggunakan telepati. Tidak mahu Engku Raid sedar bahawa mereka ada sorokkan sesuatu.

"Erm, pergilah. Tapi jangan balik lewat sangat." Puan Dahlia memberi kata putus sebelum berlalu pergi ke dapur semula.

Engku Raid menyunggingkan senyuman sinis. "What are you waiting for? Let's go Mawar." Engku Raid hampir menyentuh lengan Mawar, namun gadis itu cepat-cepat mengelak.

"Ke...kejap. Saya nak ambil beg dekat atas." Mawar terus berlari naik ke tingkat atas.

Tanpa sepatah kata, Engku Raid terus masuk ke dalam rumah. Kebetulan Tuan Qash pula baru turun. Ha eloklah sangat tu.

"Eh Nasa, bila sampai?" Sapa Tuan Qash sekadar berbasa-basi.

Engku Raid menyalam Tuan Qash, gaya sopan. Dia ukirnya senyuman segaris kepada lelaki itu. Bahu Tuan Qash ditepuk beberapa kali. Tanda menyapa.

"Baru je ni, tunggu Mawar. Raid nak bawa dia keluar kejap. Lama dah tak jumpa dia."

Tuan Qash mengangguk. Dia membawa diri ke dapur, mahu melihat apa yang sibuk dilakukan oleh isterinya. Engku Raid tersengih sinis dalam diam. Kepala digeleng perlahan.

'Can't wait to have you in my arms, my rose.'

Okaylah, berdasarkan komen anda semua di chapter yang lepas, MMR author tak jadikan ebook disebabkan ada student yang kurang mampu utk beli ebook. So yeah, author akan tamatkan MMR di wattpad saja.

-Aiz

Continue Reading

You'll Also Like

161K 5.8K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.
1.1M 61.8K 63
[COMPLETED BUT UNDER MAJOR EDITING] ⚠️ MATURED CONTENT/LANGUAGE Tengku Khalid, Nama seindah tuannya. Kacak dan bergaya, antara jutawan terkenal di...
47.3K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
471K 27.1K 69
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktunya. ❞ 𝐄𝐫𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐫𝐥 - Tampan & sin...