Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|7

38K 1.9K 159
By AizackMesle


"Le...lepaslah!" Mawar menarik tangannya kembali, namun kekuatan dia tidak setanding dengan lelaki itu.

"Mawar..." Suara lelaki itu memberat.

Dia tersengih sinis saat melihat Mawar yang menunduk ketakutan. Pintu di belakang, ditutup lalu dikunci rapat. Hal itu makin membuatkan Mawar sukar untuk bernafas.

"Jangan buat saya macam ni..." Mawar menggeleng.

Kedua-dua belah tangan disatukan, memohon agar lelaki itu tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sungguh, dia tidak mahu melakukan semua ini.

Tidak mahu lagi.

"Siapa lelaki tu Mawar?"

Mawar mengetap bibir. Dia menggeleng perlahan seraya mundur lagi beberapa langkah ke belakang. Lidahnya jadi kelu untuk membalas.

Risau jika memberi jawapan yang salah, makin berat masalah yang akan menimpanya.

"Ju...just a friend." Jawabnya dalam nada berbisik.

Engku Raid berdecit. Rasa tidak puas dengan jawapan yang diberikan oleh Mawar. Sekelip mata, pinggang Mawar ditarik merapat.

Membuatkan gadis itu membulatkan mata. Gadis itu menolak, namun Engku Raid makin merapat. Mawar jadi mati akal. Kekuatan dia tidak setanding lelaki itu.

"Kau tahu aku tak suka kau berkawan dengan lelaki. Aku tak kesah kau nak berkawan asalkan dengan sejantina kau. Kau nak tahu sebab apa? Sebab aku tak suka cara jantan-jantan tu pandang kau!"

"Ta...tapi saya cuma berbincang tentang projek final. Madam Ili beri kerja tu secara berkumpulan. Bukan saya yang nak! Boleh tak awak faham?!"

Kali ini suara Mawar meninggi, tidak kalah kuatnya juga. Setitis air matanya mengalir, membuatkan Engku Raid terdiam. Lelaki itu meraup wajah.

Tanpa sebarang amaran, tubuh kecil Mawar dia tarik masuk ke dalam pelukan. Hanya pelukan hangat itu yang mampu menyejukkan petir amarah yang menyambar dalam diri.

"Saya letih dengan awak Raid. Saya dah cukup letih dengan awak..." Bisik Mawar.

Namun bisikan itu masih jelas di pendengaran Engku Raid membuatkan lelaki itu mengetap gigi. Pelukan semakin dieratkan. Tiada tanda-tanda untuk dia melepaskan Mawar.

"Nanti aku akan berbincang dengan Madam Ili untuk tukar ahli group kau." Putus Engku Raid.

Makin bertambah rasa kesal dalam diri Mawar. Kesal kerana muncul dalam hidup seorang lelaki bernama Engku Raid Nasaie.

"Awak tak boleh buat saya macam ni. Apa hak awak untuk tentukan hidup saya?" Tubuh kekar lelaki itu ditolak kasar.

Dia mundur beberapa langkah, tangan yang masih terketar-ketar naik meraup wajah. Andai saja dia boleh pergi dari hidup lelaki itu, pasti dia tidak akan sekesal ini.

"Mawar...kenapa makin kurang ajar ni hmm? Kau lupa apa yang aku boleh buat?" Kali ini lelaki itu menjongket kening, memang sengaja ingin membangkitkan kemarahan Mawar.

Sekaligus mencetuskan alasan untuk dia menghukum gadis itu.

"Engku Raid Nasaie, awak dengan ugutan awak tu..." Jeda. Mawar angkat wajah, melawan pandangan helang lelaki itu.

"Boleh pergi mati!" Sambungnya sebelum berlari keluar dari bilik itu.

Ingatkan dia yang ingin memanaskan hati Mawar, eh malah dia pula yang panas hati. Engku Raid merengus kuat. Mawar memang tidak pernah serik dengan segala apa yang telah dia lakukan sebelum ini.

Menggenggam penumbuk, dia terus buka langkah. Mengejar langkah Mawar yang hampir ke arah ruang tamu. Sekelip mata, pinggang Mawar dia rangkul kasar.

"Arkkh!" Mawar meringis kesakitan saat tubuh dia dihempas ke lantai.

"Ra...Raid..."

Engku Raid sekadar tersenyum sinis. Tangan ligat membuka tali pinggang yang dipakai. Kemudian, tali pinggang itu dia gulung beberapa kali di tangan.

"Maaf...saya minta maaf—" Mawar angkat tangan, kepala digeleng perlahan.

"Baru sekarang nak minta maaf? Tch, kau dengan maaf kau tu, boleh pergi mampus!"

Zap!

"Arghhh!"

Zap!

Berkali-kali tubuh Mawar dilibas. Ada kalanya gadis itu memegang kaki, cuba mengelakkan kakinya terkena libasan tersebut tetapi tangannya pula yang terasa sakitnya.

Zap!

"Arghh!"

Libasan terakhir, tubuh Mawar sudah tidak mampu bergerak. Rasa kebas seluruh badannya. Peluh merinik lebat bergabung dengan air mata yang mengalir sendiri tanpa dapat ditahan.

"Sakit?" Hujung kaki Engku Raid bertemu dengan hujung kaki Mawar. Dia bercangkung di hadapan wajah gadis itu.

Peluh dan air mata Mawar dikesat lembut. "Kalau tak nak sakit, dengar cakap aku. Faham sayang?" soalnya, sengaja menduga jawapan Mawar yang kini sudah tentu masih dalam ketakutan yang teramat.

Jika diikutkan rasa hati, Mawar ingin sekali membunuh Engku Raid tetapi risau jika dirinya yang akan terbunuh dulu. Lantaran itu, Mawar sekadar mengangguk. Akur dengan jawapan yang ingin lelaki itu mahukan daripadanya.

"I need words Mawar!" tekan Engku Raid. Mawar sudah teresak perlahan.

"Fa...faham."

"That's my rose..."













"Mama..."

"Ya sayang?” Puan Dahlia mengerutkan dahi apabila melihat Mawar yang melangkah perlahan ke arahnya.

Tangan Mawar ditarik lembut. Namun dia masih tidak perasan riak kesakitan di wajah Mawar saat dia memegang tangan anak gadisnya itu.

"Sini duduk dekat sebelah mama."

Mawar mengangguk. Dia tarik kembali tangannya, masih dalam gerakan yang lembut. Bibir digigit, cuba untuk menyembukan rasa sakit yang menjalar di seluruh badan.

Ruang kosong di sebelah Puan Dahlia menjadi tempat Mawar melabuhkan punggung. Mawar menunduk, hanya memandang tapak tangannya yang kian berpeluh.

"Mama...mama percayakan Mawar kan?" Soal Mawar perlahan, cuba membuka perbualan.

"Kenapa Mawar tanya macam tu? Mawar satu-satunya anak mama, mestilah mama percayakan Mawar." Puan Dahlia ukir senyuman kecil. Kepala Mawar, dia usap lembut.

Sayang tak terkata dia pada Mawar Adelia. Bagaimanalah jika satu hari nanti ada lelaki yang ingin memetik bunga Mawarnya itu, dia rela atau tidak nak melepaskan Mawar?

"Ma..." Kekura tangan Puan Dahlia, Mawar kucup beberapa kali.

"Mawar sakit. Mawar sakit sangat ma..."

Riak wajah Puan Dahlia bertukar cemas apabila melihat air mata Mawar mengalir laju. Tubuh Mawar dipeluk, belakang gadis itu diusap cuba untuk menenangkan Mawar.

"Sa...sakit." Mawar menolak perlahan tubuh Puan Dahlia.

"Mawar, Mawar sakit apa sayang. Bagitahu mama."

Puan Dahlia cuba untuk menyentuh lengan Mawar, namun gadis itu menggeleng. Tidak mahu wanita itu menyentuhnya. Air mata yang mengalir dihapuskan menggunakan belakang tangan.

Tanpa sepatah kata, baju t-shirt lengan panjang yang dipakai diselak sehingga ke paras siku. Bulat mata Puan Dahlia apabila melihat kulit putih susu anaknya, kini dipenuhi kesan biru keungguan.

Lebam dan luka memenuhi kulit gadis itu.

"Mawar, siapa buat Mawar macam ni? Siapa buat anak mama macam ni, ya Allah!" Menitis air mata Puan Dahlia.

Sedangkan dia sendiri tidak pernah menjentik tubuh Mawar walau sikit pun. Tapi tengoklah keadaan Mawar sekarang ini. Siapa yang sanggup buat Mawar begini?

"Kalau Mawar cakap Engku Raid Nasaie yang buat, mama percaya?"

"Na...Nasa?"

Mawar mengangguk beberapa kali. Beria-ria dia cuba untuk menunjukkan perkara sebenar kepada Puan Dahlia. Biar wanita itu sendiri tahu bahawa selama ini dia tidak pernah selamat dengan Engku Raid.

Lelaki jahanam yang telah merosakkannya. Duri dalam diam yang menghunus dia tanpa sesiapa sedar. Lelaki itu nampak mulia apabila di depan orang lain, hakikatnya tidak.

Lelaki iblis seperti itu, tidak layak untuk hidup di muka bumi ini. Mawar benar-benar tidak dapat mengawal emosi.

"Mawar tipu kan?"

Riak wajah Mawar berubah. Terkesan dengan pertanyaan mamanya. Nampaknya mama dia sendiri lebih mempercayai lelaki iblis itu? Wah, hebat.

"Jadi, mama lebih percayakan lelaki iblis bertopengkan manusia tu?" Mata Mawar kembali berkaca-kaca.

Jika orang lain yang tidak mempercayainya, dia tidak kesah sangat. Tetapi ini, ibu kandungnya sendiri. Terasa dia dengan sikap wanita itu.

"Ta...tak mama percayakan Mawar."

Kini Mawar tersenyum. Perlahan, tubuh mamanya dipeluk. Kesakitan yang kembali menjalar di seluruh badan tidak dihiraukan. Dia mahu menangis sepuas yang mungkin.

"To...tolong Mawar. Mawar tak nak dekat dengan Engku Raid lagi." Bisik Mawar. Puan Dahlia mengangguk laju, wajah Mawar diusap dengan gerakan lembut.

Kasihan anaknya.



















"Nasa..."

Puan Dahlia ukir senyuman paksa. Meskipun perit untuk dia terima, namun dia tidak boleh terburu-buru. Setelah mendengar cerita sebenar daripada Mawar semalam, dia rasakan bahawa Engku Raid tidak layak untuk mendekati anak dia lagi.

Tetapi dalam masa yang sama, dia masih perlu berhati-hati. Lelaki licik seperti Engku Raid tidak boleh dicabar sesuka hati. Lelaki itu mempunyai pengaruh kuat di seluruh Malaysia.

Memegang gelaran jutawan muda, sekaligus melayakkan lelaki itu mendapat kepercayaan umum. Sedangkan suami dia saja bekerja di syarikat lelaki itu sebagai pekerja bawahan.

Mawar ada menitipkan pesanan agar tidak memberitahu perkara sebenar kepada Tuan Qash. Gadis itu tahu, Tuan Qash tidak akan teragak-agak untuk membalas setiap perbuatan Engku Raid terhadap anak kesayangannya.

Tapi jika Tuan Qash berbuat begitu, pasti hidup mereka akan merempat dalam masa 24 jam daripada sekarang. Kerana memikirkan masa depan keluarga, Mawar terpaksa bertahan.

Sehinggalah sekarang, dia sudah terlampau keletihan. Letih dengan setiap permainan yang lelaki itu ciptakan untuknya. Permainan yang mana lelaki itu saja akan memenanginya.

"Na...Nasa buat apa dekat sini?" Puan Dahlia menyoal, nadanya kedengaran gagap sedikit.

Dan hal itu menarik perhatian Engku Raid. Tidak pernah-pernah Puan Dahlia mengajukan soalan begitu kepadanya sepanjang dia bertandang ke rumah ini.

Namun hari ini, gerak-geri dan gaya percakapan wanita itu berubah. Tidak ramah seperti selalu. Wanita itu nampak agak—gemuruh? Hm. Engku Raid jadi tertanya-tanya.

"Salah ke Raid datang sini?" Dia jongketkan kening. Seakan menduga.

"Eh tak. Mama tanya je. Yelah, time macam ni kan selalunya Nasa dekat office."

Nampaknya Puan Dahlia masih tidak tahu bahawa sekarang ini dia sudah bekerja di kolej Mawar sebagai pensyarah sementara di sana. Heh. Engku Raid tersenyum kemenangan dalam dia.

"Hmm. Raid singgah kejap nak jumpa Mawar. Mana dia?" Jam di pergelangan tangan, dikerling sekilas.

"Mawar takda." Jawab Puan Dahlia pantas.

Dan hal itu mengundang rasa hairan dalam diri Engku Raid. Ke mana pula Mawar pergi? Setahunya, hari ini Mawar tidak ada kelas. Dia sendiri yang memastikan jadual gadis itu kosong hari ini.

"Mawar pergi mana?" Dia menjengukkan kepala ke dalam, mana tahu tiba-tiba Mawar ada lalu ke.

"Erm, Mawar keluar dengan kawan dia tadi."

"Oh." Engku Raid menggaru kening yang tidak gatal. Berani sungguh gadis itu keluar tanpa pengetahuannya. Masih tak reti nak ambil pengajaran sungguh.

"Kalau macam tu, Raid pergi dululah."

Puan Dahlia mengangguk. Dia mengukirkan senyuman kecil kepada Engku Raid sebelum menutup pintu. Kemudian, dia mengatur langkah ke arah Mawar yang masih menyorok di sebalik kain langsir.

"Nasa dah pergi." Bahu Mawar ditepuk lembut.

"Tha...thanks ma."














Hi!

Happy Ramadhan to all muslim, sorry for the late wish ;)

So, apa komen anda untuk chapter kali ini, "hambar seperti selalu?" "Meh, tak menarik?" Atau lain-lain? Cadangkan...

Next update? Esok, kot...kot je.

Ebook Sweet Little Desire sudah berjaya diedarkan. Insya-Allah lepas ni author akan open order utk second batch.

Ohya, author juga ada publish new story, just a short story actually. But genre yang agak sensitif, aksi yang agak agresif dan seangkatan dengannya.

Jika berminat, boleh jenguk-jenguk sikit new story tu. Author dah publish intro.

Continue Reading

You'll Also Like

225K 19.5K 54
"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia be...
159K 5.7K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.
431K 40.7K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...
821K 84.3K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...