Mawar Milik Raid[C]✅

Galing kay AizackMesle

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... Higit pa

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|6

42.1K 2K 250
Galing kay AizackMesle

Peluh yang merinik di dahi dikesat lembut. Meskipun kedinginan pendingin hawa terasa menyejukkan tubuh, namun hati dia masih tidak mampu disejukkan. Tapak tangannya juga terasa berpeluh.

Liur ditelan kesat. Berkali-kali dia mengingatkan dirinya agar tidak mudah terperangkap dalam jerat 'pemburu'. Namun dia memang rasa tak selamat sekarang ini.

Dengan sepasang mata serigala yang merenungnya seperti ingin mengoyakkan isi dagingnya, renungan itu sahaja membuatkan dia rasa seperti ingin mati.

"What did you do just now?" Suara serak basah itu kedengaran terbayang-bayang di cuping telinga.

Aura kegelapan dan kedinginan yang semakin terasa mencengkam membuatkan lidahnya jadi kelu. Malah nak bergerak sikit pun membuatkan dia rasa macam pesalah.

"Mawar Adelia Qashrani." Sekali nama penuhnya disebut, makin berdegup laju jantungnya mengepam.

"Saya duduk di perpustakaan..." Jeda. Mawar memejamkan mata.

"Dengan Lutfi, kawan saya." Habis saja menuturkan itu, Mawar membuka kembali mata. Apa yang berada di hadapannya kini membuatkan dia mundur ke belakang beberapa tapak.

Engku Raid Nasaie.

Entah sejak bila lelaki itu berdiri di hadapannya. Serasanya baru beberapa saat yang lepas, lelaki itu masih duduk selesa di atas kerusi kulit milik lelaki itu. Dan sekelip mata, lelaki itu berada di hadapannya.

Uish, macam vampire.

Mawar tersentak saat terasa pinggangnya dirangkul. Berbekalkan secebis keberanian, dia tepis tangan Engku Raid. Namun dia tahu kekuatannya tidak setanding dengan lelaki itu.

Itulah kau, suruh pergi gym tak mau. Eh—bukan tak mahu tetapi ada halangan. Engku Raid mana membenarkan dia keluar sesuka hati.

"Lepaskan pinggang saya. Nanti orang nampaklah!" Nada suara Mawar masih terkawal. Sedikit berbisik tetapi bernada keras dan tegas.

"Apa masalahnya kalau orang nampak?"

Bulat mata Mawar memandang Engku Raid. Lelaki itu sudah tidak waras atau apa? Tak sedarkah mereka masih berada di kolej? Mawar menggerutu dalam hati.

Nak luahkan tapi dia takut perkara itu hanya mengundang baran Engku Raid saja. Baik dia diam dulu jika tak mahu rahsianya bocor satu kolej hari ini.

"Kau buat apa dengan budak tu di perpustakaan?" Soal Engku Raid, dalam nada perlahan namun masih mendominasi perbualan mereka.

Pinggang Mawar ditarik semakin rapat lalu dia tolak tubuh Mawar rapat ke meja kerjanya. Perlahan mata dia jatuh pada dua ulas bibir Mawar yang menggigil halus.

Dia menyunggingkan senyuman sinis.

Di sisi Mawar pula, dia rasa bagai nak memaki hamun saja sekarang ini. Dah dia kata pergi perpustakaan, takkanlah dia nak menjual ikan pula di sana. Kang cakap bodoh kang, dia pula yang kena.

Astaghfirullahalazim, sabar Mawar. Gadis itu beristighfar dalam hati. Bila dengan Engku Raid, mulut dia jadi ringan je nak memaki hamun. Lelaki itu memang bawa negative vibe sungguhlah.

"Saya ada nak pinjam buku sikit. Dan saya suruh Luthfi ajar saya—"

Kata-kata Mawar terhenti saat Engku Raid meletakkan jari telunjuk rapat ke bibir dia. Entah kuasa magis yang bagaimana, Mawar jadi pendiam pula. Tak ada rasa nak melawan.

"Aku pun boleh ajar kau. Tak perlu jumpa dengan budak tu lagi." Sambung Engku Raid.

Mawar mengeluh seraya menepis perlahan tangan Engku Raid. Lama dia diam sebelum membuat keputusan untuk mengangguk. Wajah ditundukkan menekur lantai.

"Baiklah. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu. Ada kelas lain lepas ni."

Mawar mencapai kembali dua buah buku yang dipinjamnya dari perpustakaan tadi. Tadi sewaktu dia dan Luthfi sedang sibuk belajar, ada seorang mahasiswi memanggil dia supaya datang ke pejabat Engku Raid.

Apalah nasib dia selepas ini. Makin lama, makin muak dia dengan perangai Engku Raid yang baginya seperti tidak waras itu. Lelaki itu suka melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Contoh terdekat, lelaki itu membuat keputusan untuk mengajar di kolej dia sedangkan dia sendiri tahu, lelaki itu mempunyai syarikat sendiri. Malah, cawangan syarikat perhotelan lelaki itu serasanya ada di seluruh Malaysia.

Gila. Engku Raid memang gila.

"Nanti balik dengan aku." Engku Raid meraih pergelangan tangan Mawar sebelum sempat gadis itu melangkah keluar.

"Hmm..."

Engku Raid menghantar pemergian Mawar dengan ekor mata. Setelah Mawar pergi, ekspresi wajahnya berubah kosong dan datar. Dia membawa diri ke tempat duduknya tadi.













Kaki ditarik rapat ke tubuh. Wajah disembamkan ke lutut. Beberapa saat selepas itu, seluruh ruang bilik itu dipenuhi bunyi tangisan seorang gadis malang.

Dia meracau seorang diri. Ada kalanya barang yang berada berhampiran dengannya dicampak ke lantai. Bunyi hempasan kaca membuatkan dia diam tiba-tiba. Seakan mendapat kewarasan kembali.

Dia kesat air mata yang masih mengalir laju. Perlahan, dia cuba bangun daripada simpuhannya. Mengutip kaca yang berderai di atas lantai itu dengan wajah yang masih basah dengan air mata.

"Aulia, kau buat apa lagi ni?"

Suara dengusan berat itu membuatkan dia menunduk ke lantai. Bibir diketap, menahan diri daripada terus menghamburkan tangisan. Hanya bahu dia sahaja yang terhinjut-hinjut, menandakan dia masih menangis.

Serpihan kaca yang dipegangnya tadi, terjatuh semula ke lantai.

"Aish kau ni." Bahu dia dipegang.

"Pandang aku Aulia." Dagu dia dipegang lalu wajah dia didongakkan memandang tepat ke dalam sepasang mata hazel itu.

Dia memejamkan mata saat jemari itu menghampuskan air matanya, lembut. Beberapa saat kemudian, tubuh dia sudah dipeluk oleh figura tadi. Pelukan hangat itu membuatkan dia jadi pilu.

"Mana suami aku, Ari? Kenapa dia tak lawat aku?" Soalnya perlahan.

Tubuh dia mulai lemah. Ariana mendorong tubuh Aulia ke arah katil lalu dia membaringkan Aulia secara paksa. Dia tahu sangat perangai Aulia yang agak degil itu.

"Jangan bangun. Dah, kau baring je. Rehat. Nanti aku sediakan makanan." Ariana menukar topik perbualan.

"Lagi satu, kau jangan sentuh kaca ni. Kejap lagi aku kemas."

Ariana sudah berura-ura ingin melangkah, namun Aulia meraih lembut tangannya. Hal itu membuatkan Ariana berpusing menghadap gadis yang terbaring lemah itu.

"Mana dia?" Soal Aulia lagi.

Ariana tersenyum lemah. Kepala Aulia yang dibalut dengan skarf rambut itu diusap lembut sebelum menggeleng perlahan.

"Dia takda dekat sini. Dia dah balik Malaysia."

Mendengarkan jawapan Ariana, Aulia terus melepaskan tangan gadis itu. Dia mengangguk sahaja seraya membaringkan kembali tubuh ke tengah katil. Tubuh dipalingkan menghadap dinding.

"Kau jangan fikir sangat fasal dia Aulia. Fikir fasal kesihatan kau dulu, fikir juga fasal anak dalam kandungan kau tu." Pesan Ariana sebelum dirinya melangkah keluar dari bilik itu.

Aulia sekadar mendengar. Setitis air mata dia mengalir sebelum kembali lebat. Tangisan dia kedengaran kuat seakan teriak, memehuni bilik itu.

"Aku tak nak anak ni..." dia pejamkan mata.

Tatkala dia mahu menepuk perutnya, kewarasannya hadir kembali. Dia buka mata semula. Kata-kata Ariana terngiang-ngiang dia cuping telinga.

"Jangan benci anak tu. Sebenci kau pada bapak dia, jangan pernah kau benci budak tu. Ingat, budak tu masih darah daging kau."

Kerana Ariana, dia masih menahan diri daripada tidak mencederakan diri sendiri. Dia tidak mahu anak dia rasa benda yang sama sepertinya dulu. Lantaran itu, tangan yang sudah bersedia ingin menepuk kuat, kini sekadar mengelus perlahan.

"Maafkan mama sayang..." bisiknya perlahan.























MAWAR benar-benar rasa tidak selesa. Bebola matanya mengerling ke kiri dan ke kanan. Sejenak matanya membulat dengan mulut yang terbuka kecil.

Namun Mawar pantas menukar reaksi wajah supaya kelihatan lebih tenang. Berdehem perlahan, dia pandang Anna yang berada di hadapannya sekilas.

Jus tembikainya disedut kembali.

"Hi..."

Mendengarkan suara serak-serak basah itu, Anna adalah orang yang pertama mendongak. Seakan mahu jatuh saja rahang dia apabila melihat Engku Raid berdiri di sisi meja mereka.

Lihat dari jarak dekat macam ini, makin bertambah tampan betul lelaki itu.

"Engku Raid...er maksud saya Sir Raid." Anna bangkit daripada duduk.

Engku Raid tertawa halus. Sekilas dia kerling Mawar yang masih menunduk itu. Tanpa sepatah kata, dia terus melabuhkan punggung di ruang kosong di sebelah Mawar.

Tidak berkelip mata Anna melihat perlakuan Engku Raid yang baginya agak selamba itu. Liur ditelan kesat. Dia kembali melabuhkan punggung dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Boleh ke saya duduk sini?" Soal Engku Raid, dengan lagak kononnya sopan sangat tu.

"Dah duduk baru nak tanya..."

Bisik Mawar kepada diri sendiri. Namun Mawar lupa bahawa pendengaran Engku Raid sangat tajam. Bahkan lelaki itu dengar dengan jelas bisikannya.

Engku Raid menyunggingkan senyuman sinis. Kemudian bebola matanya tertancap pada Anna yang masih memandangnya dengan senyuman. Dah kenapa budak ni, tersenyum-senyum. Sewel ke?

"Sir buat apa dekat sini?"

Engku Raid menjongketkan kening kepada Anna. Kemudian, dia pandang sekeliling yang kini dipenuhi dengan suara manusia. Beberapa saat kemudian, dia pandang Anna kembali.

"Dekat kafe ni boleh tangkap ikan ke?" Perli Engku Raid.

Anna ketawa kekok. Adeh, kadang kala berbisa juga mulut Engku Raid ni. Perli orang bukan main lagi. Seketika Anna pandang Mawar yang sedari tadi menunduk itu.

Kemudian, mata dia jatuh pula pada Engku Raid yang mencuri-curi pandang Mawar. Eh, dia tak buta lagi. Dia nampak sendiri perubahan yang berlaku pada Mawar tatkala Engku Raid datang tadi.

Mawar jadi lebih pendiam. Berlapis-lapis dahi Anna melihat Mawar dan Engku Raid. Yang seorang melarikan pandangan, yang seorang pula terpandang-pandang. Ke ada sesuatu yang dia tak tahu?

Macam pelik je...

"Kenapa diam je?"

Suasana yang terasa kekok dihapuskan oleh suara garau Engku Raid. Atau lebih tepatnya lelaki itu sedang menyoal Mawar. Anna mengusap dagu, gaya seperti orang sedang berfikir.

Dia sekadar memerhatikan sahaja babak yang berlaku di hadapannya kini. Kenapa dia rasa Mawar macam ada sorokkan sesuatu daripada dia.

Sebenarnya sejak mereka terserempak dengan Engku Raid di kolej tempoh hari, dia memang sudah rasakan sesuatu. Terlalu jelas menampakkan Mawar ingin menggelakkan diri daripada Engku Raid.

"Mawar..."

Kali ini Anna benar-benar rasa curiga. Sejak bila pula Engku Raid kenal Mawar?

Mendengarkan namanya disebut, Mawar pantas mendongak. Hanya sesaat dia pandang wajah Engku Raid sebelum dia berdehem perlahan. Rasa agak tidak selesa.
Tambahan pula, Anna yang merenung mereka berdua seperti memikirkan sesuatu itu.

"Sir kenal Mawar ke?"

Anak mata Engku Raid bergerak memandang Anna. Sudut bibir dia ternaik sedikit, sinis. Daripada memandang Mawar, kini posisi tubuhnya tegak menghadap Anna.

"Hm...awak rasa?" Engku Raid seakan ingin bermain tarik tali.

Suka betul dia apabila melihat wajah resah Mawar. Dia tahu gadis itu tidak mahu rahsia yang tersimpan lama itu dibongkarkan di hadapan Anna. Malah dia sendiri tahu bahawa Anna memang tidak tahu hubungan dia dengan Mawar.

Anna mengangkat bahu, kepala digeleng perlahan. Sebagai jawapan kepada soalan Engku Raid. Lelaki itu nampak lain.

"Actually, saya dengan Mawar—" jeda.

Engku Raid mengerling Mawar. Sekadar ingin melihat reaksi gadis itu. Daripada wajah Mawar saja dia sudah tahu bahawa gadis itu berharap agar dia menutup mulut. Dia berdecit dalam diam.

"Tak pernah kenal." Sambungnya.

Mendengarkan sambungan kata Engku Raid, Mawar terus mendongak kembali. Dia pandang lelaki itu dengan pandangan tidak percaya. Lihatlah, kan benar dia kata bila mana lelaki itu memang tak waras.

Selalu sangat menakut-nakutkan dia.

Anna mengangguk. "Kalau macam tu, how did you know her name?"

Mawar pandang Anna dengan kerutan di dahi. Rasa nak cili je mulut Anna sekarang ni. Apesal banyak soal sangat? Aduhai. Risau pula dia, manalah tahu tiba-tiba Engku Raid buat keputusan untuk beritahu perkara sebenar pula ke.

"Hm..." anak mata Engku Raid meliar pada Kad pelajar yang tergantung di leher Mawar.

Sekali lagi Anna mengangguk. Oh, barulah dia faham. Mati-mati dia ingat mereka berdua memang kenal. Tapi jauh di lubuk hati, dia masih rasa was-was. Hm, mungkin dia perlu tanya Mawar sendiri nanti.

"I need to go now."

Engku Raid bangun daripada duduk. Dia pandang sekilas Mawar yang memang sejak dia datang tadi langsung tidak bersuara. Ada jongkong emas ke apa dalam mulut itu?

"Ah okey."

Anna turut bangun, sekadar ingin menghantar pemergian Engku Raid. Dia mencuit bahu Mawar yang masih diam tidak berkutik itu. Kening dijongketkan kepada Mawar tatkala gadis itu memandangnya dengan pandangan polos.

"Sir Raid dah pergi."

Automatik Mawar pandang ke sebelah. Eh, memang benar Engku Raid sudah tidak ada. Adakah dia terlampau larut dalam lamunan sendiri sehingga tidak perasan lelaki itu sudah pergi?

"Oh baguslah." Ringkas jawapan Mawar.

Anna mengerutkan kening. Dia mengembus nafas panjang seraya duduk kembali. Masih ada banyak persoalan yang bermain di fikiran dia sekarang ini.

Tapi tak mengapa, dia tak mahu tanya Mawar sekarang. Nanti rosak pula mood gadis itu. Nanti-nanti jelah dia tanya.

"Ni nanti balik, nak aku hantarkan?"

Lama Mawar diam sebelum dia teringat pesanan Engku Raid pagi tadi.

"Nanti balik dengan aku."

"Erm takpalah. Kau hantar je aku ke kolej balik. Nanti ada orang ambil aku."















Author perasan ramai yg tanya MMR ni nak jadikan ebook ke?

Actually author tak merancang pun untuk jadikan ebook. Tapi if ada permintaan, author okey je. Author ikut je mana-mana kehendak readers.

Cuma macam biasa, if version ebook, memang akan ada kelainan daripada version wattpad. Itu saja.

Btw, jangan lupa vote dan komen. Terima kasih :)

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

114K 3.6K 61
cover by : @nursaidatull "Kau hanya milik aku , dan aku punya , sehingga Allah memisahkan kita berdua , sayang ." • Cinta Obses yang mengekalkan mer...
714K 4.3K 11
"Kau okey? Bangun dulu. Aku tolong kau." Awal pertemuan yang mengejutkan, Marsya Khalili tidak menyangka akan ada wujud malaikat yang membantu diriny...
431K 40.7K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...
761K 42.9K 33
𝐋𝐚𝐚𝐢𝐭𝐡 𝐌𝐢𝐜𝐡𝐞𝐥𝐞 ~ 𝐊𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐉𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚 " Goodnight my little lady..." LAAITH MICHELE. Jejaka berusia 26 tahun. Mempunyai perwatakkan...