Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|4

45.3K 2.2K 130
By AizackMesle

"Jangan balik lewat sangat Nasa. Nanti hantar Mawar balik terus ke rumah papa Qash."

"Papa suruh hantar Mawar balik sana ke?" Soal Engku Raid, menginginkan kepastian.

Engku Naima sekadar mengangguk. Perlahan dia menggosok kepala Mawar yang dibaluti selendang berwarna hitam itu. Senyuman kecil diberikan kepada gadis itu.

"Untuk bulan ni, Mawar ada banyak masa dengan mama dengan papa sebab dia orang tak ada kerja di luar negeri." Jelas Engku Naima, mengundang senyuman Mawar.

Engku Raid berdecit. Dalam diam, dia curi-curi pandang wajah Mawar. Air muka Mawar jelas menunjukkan bahawa Mawar amat gembira mendengar berita itu.

Mawar yang sedar akan renungan tajam Engku Raid terus menoleh. Buat sesaat dia ketap bibir. Dia tahu, Engku Raid tidak suka dengan reaksi yang ditunjukkannya.

"Erm, kalau macam tu kami pergi dululah. Raid dah lama tak luangkan masa dengan Mawar..." ujar Engku Raid meleret.

Kepala Mawar diusap lembut. Senyuman penuh makna diukir saat anak mata gadis itu bertembung dengan anak matanya. Dia tahu Mawar tidak suka dengan perlakuannya.

Mawar hanya mampu berdiam diri kerana sedari tadi Engku Naima memandang mereka berdua penuh asyik sambil tersenyum lebar.

Wanita itu suka akan kemesraan yang ditunjukkan oleh Engku Raid. Dia sedar, anak lelakinya itu bukan sejenis yang mudah mesra.

Tetapi apabila melihatkan Engku Raid melayan Mawar dengan baik, dia jadi bertambah yakin bahawa hanya Mawar yang mampu mengubah diri lelaki itu.

"Haa yalah, pastikan nanti hantar Mawar balik dengan keadaan yang sama macam ni. Kalau mummy dapat tahu kamu buli dia, siap kamu." Pesan Engku Naima, garang.

Engku Raid sekadar mengangguk. Dia berdehem perlahan apabila melihat Mawar terlalu larut dalam lamunan sendiri. Bahu gadis itu dicuit.

Pantas Mawar mengangkat pandangan. Terpinga-pinga dia memandang Engku Naima yang masih tersenyum itu. Buat seketika baru dia sedar maksud Engku Raid.

Laju sahaja dia menyalam Engku Naima. Selepas itu, dia terus melangkah masuk ke dalam kereta, meninggalkan Engku Raid yang seakan tidak puas merenungnya.

Rimas. Dia rimas dengan lelaki itu.

"Raid pergi dulu." Ujar Engku Raid kepada Engku Naima. Wanita itu sekadar mengangguk lalu bahu tegap anak lelakinya ditepuk. "Jaga Mawar elok-elok Nasa. Jangan buat perangai tak semenggah kamu tu."

Engku Raid sekadar bergumam lalu dia turut melangkah masuk ke dalam kereta. Dia mengerling sekilas Mawar yang sedang merenung ke luar tingkap itu dengan keluhan.

"Tak payah nak suka sangat. Kau fikir aku tak boleh datang rumah kau?"

Suara serak-serak basah Engku Raid menyentakkan Mawar daripada lamunan. Dia tidak menjawab, hanya mengetap bibir dengan tangan yang memegang tali beg silangnya.

"Kalau kau rasa yang kau boleh jauhkan diri daripada aku, kau silap." Sambung Engku Raid. Enjin kereta dihidupkan.

Mawar masih tidak mengeluarkan sebarang suara. Dia biarkan sahaja Engku Raid yang bersuara. Dia tahu, walau apapun yang dia katakan nanti, dia tetap tidak boleh melawan.

Dia tidak suka menjadi Mawar begini. Mawar yang lemah kerana ditusuk duri sendiri. Dia Mawar dan lelaki itu adalah durinya. Duri yang akan membunuh dia perlahan-lahan, tanpa ada sesiapa sedar.

"Kau dengar ke tak apa yang aku cakapkan ni?" Soal Engku Raid.

Mawar berdehem perlahan dan mengangguk. Dia kembali memandang ke luar tingkap. Engku Raid pula hanya fokus kepada pemanduan.

Lama mereka diam sebelum keheningan suasana ketika itu dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit Mawar. Terkial-kial Mawar membuka beg silangnya.

"Hello..." kedengaran lembut suara Mawar.

Sesekali Engku Raid mengerling Mawar. Berlapis-lapis dahi dia berkerut saat melihat Mawar tersenyum-senyum sambil bercakap dengan pemanggil di sebalik talian.

Amboi, gembira betul. Siapa pula yang hubungi gadisnya itu.

"Err kalau sekarang tak bolehlah. Saya ada hal ni." Mawar mencuri pandang ke sebelah.

Pantas dia mengalihkan pandangan ke hadapan semula saat anak matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu. Dia menggigit bibir bawahnya.

"Arr mungkin hujung minggu ni boleh kot. Nanti saya ajak Anna sekali, boleh?" Soal Mawar kepada si pemanggil tadi.

"Okey, bye..." Mawar menamatkan panggilan dengan senyuman lebar di bibir. Nafas dihela panjang, dia pandang sekilas ke sebelah.

"Siapa call?" Wajah Engku Raid kelihatan tegang, tidak setenang awal tadi.

Mawar pula jadi takut melihat wajah lelaki itu. Dia sekadar menggeleng dan memandang ke hadapan kembali. Soalan Engku Raid dibiarkan tidak berjawab.

"Mawar Adelia Qashrani..."

Mawar mengeluh saat mendengar Engku Raid menyebut nama penuhnya. Tahulah dia bahawa kemarahan lelaki itu pasti akan meletus beberapa saat sahaja lagi.

"Kawan saya." Jawabnya perlahan.

"Siapa?"

"Kan saya cakap kawa—"

"Aku hanya benarkan kau berkawan dengan Anna, tapi aku tak rasa yang call tadi tu Anna. So you tell me, who is your freaking friend?"

Terdiam Mawar mendengar kata-kata Engku Raid. Dia terjatuh dalam jerat lelaki itu lagi. Entah dia selamat atau tidak, dia tidak pasti.

"Adam...kawan sekuliah saya." Mawar memejamkan mata. Dia tahu, dia tidak boleh menipu Engku Raid.

"Oh Adam..." Engku Raid menjatuhkan kepala beberapa kali. Wajah dia langsung tidak terpalit dengan sebarang senyuman, meskipun senyuman sinis.

"Do you know what is the punishment for people who disobey me?"

Tubuh Mawar menggeletar saat mendengar soalan Engku Raid. Dia memegang kuat tali pinggang keledarnya dengan mata terpejam. Dia tak akan selamat hari ini.
















"Turun." Arah Engku Raid senada.

Mawar memandang kawasan sekeliling. Sejenak kening dia bertaut hairan. Atas sebab apa Engku Raid membawanya ke sini? Pusat beli-belah.

Dia fikirkan lelaki itu akan memberinya hukum—

"Kau fikir apa lama sangat? Dah keluar."

Mawar menoleh ke sebelah dengan mata yang terkebil-kebil. Dia hanya pasrah sahaja saat tangan dia ditarik supaya keluar daripada perut kereta. Wajah ditundukkan ke bawah.

Jadi Engku Raid tidak marah?

"Tak payah fikir banyak sangat. Hukuman tetap hukuman, tapi aku dah janji untuk luangkan masa dengan kau dulu." Tubuh Mawar ditarik merapat lalu disandarkan ke tubuh kereta.

Wajah Mawar didongakkan supaya memandangnya. Dia menyungging senyuman sinis saat anat mata bening itu menatapnya dengan tatapan penuh tanda tanya.

"Aku tetap akan hukum kau Mawar. Kau dah cabar kesabaran aku..." puncak hidung Mawar dicuit.

Melihatkan Mawar yang hanya mendiamkan diri, Engku Raid pantas menarik tangan gadis itu supaya mengikut langkahnya masuk ke pusat beli-belah.

Meskipun sekarang ini Tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia menahan diri agar tidak mencederakan Mawar. Memang dia marah, dia rasa dikhianati namun sekarang bukan masanya untuk dia menghukum Mawar.

Bukankah sebuah hukuman makin seronok jika dilambat-lambatkan? Dalam diam Engku Raid tersenyum sinis. Dia kerling sekilas Mawar yang berjalan di sampingnya itu.

Dia akan layan gadis itu seperti permaisuri dulu, dan selepas itu barulah dia akan memberikan 'permaisuri'nya mimpi ngeri yang tidak berpenghujung.

"Duduk." Tubuh Mawar ditolak supaya duduk di atas kerusi berhadapan dengannya. Kini mereka berada di dalam sebuah restoran yang beroperasi di pusat beli-belah itu.

Sengaja dia mengambil tempat yang jauh daripada pelanggan lain. Lebih privasi. Takut dia tidak dapat mengawal diri jika Mawar dipandang oleh lelaki lain.

"Nak makan apa?"

Mawar mengangkat wajah. Dia pandang kosong Engku Raid di hadapannya itu. Entah mengapa dia rasa kosong. Rasa keliru mungkin. Dia tidak faham dengan perangai Engku Raid yang satu ini.

"Mawar, aku masih menunggu jawapan kau." Engku Raid mengerling jam tangannya.

Mawar ketap bibir. Lama dia berdiam diri sementara matanya merayap pada buku menu yang tersedia. Mengeluh panjang, dia pandang kembali Engku Raid dengan pandangan malas.

"Apa-apa je. Saya tak kesah." Mudah jawapan Mawar. Jawapan paling selamat.

Sejujurnya dia jadi tidak lapar apabila melihat wajah tegang Engku Raid tadi. Tapi dia tahu, Engku Raid paling pantang jika dia menolak sesuatu. Bila lelaki itu suruh makan, bermakna dia harus makan.

Engku Raid mengangguk sahaja. Setelah pelayan restoran itu selesai mengambil pesanan, Engku Raid terus bangun daripada kerusi. Kini dia melabuhkan punggung di sebelah Mawar pula.

Dan hal itu membuatkan Mawar jadi tak selesa. Bebola mata Mawar sudah melilau ke sekeliling, manalah tahu ada orang memerhatikan mereka. Nanti dia juga yang dapat malu.

"Abang Na—" kata-kata Mawar terhenti saat terpandangkan renungan tajam Engku Raid. Dia mengeluh perlahan.

"Raid..." sebutnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa Engku Raid tidak suka dia memanggil lelaki itu sebagai 'abang Nasa' sedangkan memang dari kecil dia panggil lelaki itu begitu. Nak buat macam mana lagi.

"Teruskan apa yang kau nak soal." Ujar Engku Raid. Mata dia masih tidak beralih daripada merenung Mawar.

"Aw...awak tak marah ke?" Soal Mawar berhati-hati. Tapak tangannya mulai berpeluh, rasa gementar.

"Aku marah. Dah tentulah aku marah. Kau hak aku dan aku tak suka berkongsi hak aku dengan orang lain. Kau pun tahu tu kan?" Jemari kasar Engku Raid mengelus lembut sisi wajah Mawar.

Pantas Mawar mengenjakkan sedikit tubuh ke tepi, menjauhkan diri daripada Engku Raid. Tak malu ke apa Engku Raid ni? Dekat tempat awam begini pun nak buat hal.

"Aku cuma nak kau ingat satu benda ni Mawar. Hadam dalam kepala otak kau. You can run, but you can't hide...sejauh mana pun kau cuba lari, aku tetap akan cari kau semula. Remember that..."

Mawar sekadar menelan liur. Dia perasan senyuman sinis Engku Raid. Jelas lelaki itu memang memberikan senyuman itu kepada dia. Saat lelaki itu menyentuh kekura tangannya, dia terus menepis tangan lelaki itu.

"Kita dekat tempat awam. Tolong hormat saya." Tegas Mawar.

Engku Raid menjatuhkan kepala beberapa kali seraya tersenyum sinis. Dia kembali ke tempat asalnya dengan wajah kosong. Selepas ini, dia akan ajar Mawar cara untuk hormat dia. Gadis itu terlampau degil, keras kepala.


















Hi...so, okay ke tak tu?

Continue Reading

You'll Also Like

225K 19.5K 54
"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia be...
714K 4.3K 11
"Kau okey? Bangun dulu. Aku tolong kau." Awal pertemuan yang mengejutkan, Marsya Khalili tidak menyangka akan ada wujud malaikat yang membantu diriny...
1.1M 42K 99
[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB...
468K 27.1K 69
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktunya. ❞ 𝐄𝐫𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐫𝐥 - Tampan & sin...