Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|3

48.1K 2.1K 174
By AizackMesle

Mawar hanya memandang ke luar balkoni. Seketika dia mengeluh halus apabila teringat akan kejadian yang berlaku tempoh hari.

Sungguh dirinya masih berasa takut apabila memikirkan lelaki itu melakukan perbuatan yang agak gila di pemikirannya.

Mawar memegang lehernya yang kosong itu. Dia menggeleng perlahan. Entah di mana lagi dia harus mencari rantai lehernya.

Rantai leher pemberian arwah neneknya.

Seketika dia berkerut apabila dirinya terasa diperhatikan. Dia memandang kembali ke luar dan melihat ke arah kanan.

Membulat mata dia apabila melihat Engku Raid sedang berdiri di balkoni bilik sebelah dengan hanya memakai seluar pendek paras lutut dan tidak berbaju sambil menatapnya tajam.

Dia segera berlari masuk ke dalam bilik lalu ditutup dan dikunci rapat pintu gelongsor itu. Dada berdegup kencang. Wajah diraup kasar dengan mata terpejam.

Sungguh, dia mahu keluar dari rumah ini. Namun, apa dayanya.

Engku Raid yang melihat reaksi gadis itu hanya tersenyum sinis. Dia mengambil sebatang rokok lalu dicucuh menggunakan pemetik api.

Disedut rokok tersebut lalu dihembuskan kembali ke udara. Berkepuk-kepuk asap tersebut berterbangan di udara segar pada pagi itu.

Dia bukanlah perokok tegar, kadang-kadang sahaja dia akan menggunakan perkhidmatan rokok itu bagi menghilangkan kekusutan yang dialaminya.

"Hmm, rokok ni sama rasa seperti kau sayang..."

"Always make me addicted..." sambungnya dengan mata terpejam.

Engku Raid duduk di atas sebuah kerusi yang ada di situ lalu dia menyandarkan tubuh terdedahnya. Baginya reaksi yang dipaparkan oleh Mawar tadi amat melucukan.

"Mungkin aku perlu beri kau sedikit amaran..." ujarnya perlahan seorang diri.

Gila.

"Aku ingin kau berada dalam sangkar emas aku, sama ada kau suka ataupun tidak."

"Mungkin tak lama lagi..." Dia seolah berbual dengan diri sendiri.

Bibir digigit perlahan lalu dia membuang puntung rokok ke dalam bekas habuk rokok. Dia bingkas bangun lalu masuk semula ke dalam biliknya. Bilik mandinya dituju bersama tuala mandi.











Mawar melangkah keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai bathrobe merah jambu paras paha miliknya. Tuala kecil dililit pada rambutnya yang masih belum kering.

Dia melangkah ke arah almari pakaiannya lalu mencapai sehelai t-shirt lengan panjang berwarna biru muda dan sehelai tracksuit.

Sesekali bibir melepaskan keluhan kecil. Dia rasa letih sepanjang hari ini. Pusing sahaja tubuh ke belakang, mata Mawar terus terbuka luas.

Engku Raid.

Lelaki itu sedang duduk di birai katilnya dengan hanya memakai bathrobe. Lelaki itu juga baru lepas mandi barangkali. Dia segera menutup kakinya yang terdedah dengan menggunakan t-shirt dan tracksuitnya tadi.

Kaki dia perlahan mengundur ke belakang saat Engku Raid bangun daripada birai katil. Derap langkah lelaki itu menjadi semakin laju saat dia cuba untuk menjauhkan diri.

"Ma...macam mana abang boleh masuk?" Dia sudah tergagap sendiri.

Dia memandang pintu bilik yang tertutup rapat itu. Serasanya dia sudah mengunci pintu itu sebelum mandi tadi. Tapi bagaimana lelaki ini boleh masuk?

"I have my own way."

Mawar terkedu apabila melihat kunci yang ada pada tangan lelaki itu. Ternyata lelaki itu telah membuat kunci pendua untuk biliknya.

Engku Raid berdecit sebelum dia terus melajukan langkahnya lalu segera tubuh halus milik gadis itu ditolak rapat ke dinding.

Dahi Mawar berkerut apabila bahagian belakangnya terasa pedih apabila berlanggar kuat dengan dinding. Belum sempat hilang rasa sakit belakang, kini rahang dia dicengkam oleh Engku Raid.

Tajam mata Engku Raid melihat Mawar. Sekilas dia kerling pakaian yang masih dipegang oleh gadis itu. Pantas dia rampas pakaian itu lalu dicampak ke lantai.

Laju sahaja tangan dia melekap di paha kanan Mawar, mengusap lembut di situ. Dia menyunggingkan senyuman sinis saat melihat mata Mawar berair.

Gadis itu sedaya upaya cuba menutup bahagian bawah tubuhnya yang masih terdedah. Namun, Engku Raid lebih pantas mencapai tangan gadis itu lalu ditekan ke dinding.

Semakin lama, tangan Engku Raid semakin ke atas dan berhenti pada pangkal paha Mawar. Dia tersengih apabila Mawar memejamkan mata sambil menggeleng laju.

"Ja...jangan."

Engku Raid menepuk kuat paha Mawar membuatkan gadis itu terjerit kecil. Sengihan sinisnya memekar lebar.

Tangannya beralih pula pada tuala yang membaluti rambut gadis itu. Direntap tuala tersebut membuatkan rambut coklat cair asli itu terurai cantik.

Dialihkan rambut yang menutupi separuh wajah cantik itu ke belakang telinga lalu dihidu semahunya rambut yang sedikit basah itu.

Wangi. Bau kegemarannya. Vanilla.

Engku Raid mendekatkan wajahnya pada sisi wajah Mawar sebelum telinga gadis itu digigitnya perlahan. Dia meniup-niup telinga Mawar membuatkan gadis itu mengeliat kegelian.

"Be my wife." Mawar tahu ianya merupakan arahan, bukan pilihan.

Namun Mawar menggeleng laju sebagai jawapan. Dia tidak mahu! Dia tidak akan menerima lelaki gila seperti Engku Raid. Lelaki yang telah merosakkannya.

Melihatkan gelengan Mawar, Engku Raid mengetap kuat rahangnya sebelum dia mencengkam kasar wajah cantik itu. Ditarik wajah itu supaya mendekat pada wajahnya.

Gadis itu memejamkan mata saat deruan nafas hangat Engku Raid menampar-nampar kulit wajahnya. Dia cuba menarik tangan Engku Raid yang mencengkam wajahnya itu.

Namun semuanya tidak berhasil malah semakin kuat cengkaman lelaki itu apabila dia melawan.

"Yes or yes?"

Pilihan jenis apa ini? Mawar menyoal diri sendiri. Dia masih memberikan jawapan yang sama. Dan hal itu membuatkan Engku Raid semakin membengis.

Engku Raid terus menarik tubuh kecil Mawar ke arah katil. Dia memaksa gadis itu berbaring apabila melihat gadis itu cuba melarikan diri.

"Yes or yes?" Masih mengulang dialog yang sama.

Mawar masih memberikan jawapan yang sama seperti awal tadi, iaitu gelengan.

Engku Raid berdecit sebelum dia menarik kaki Mawar yang berura-ura untuk turun daripada katil sehingga gadis itu terlentang semula.

Dipanjat katil itu dengan perlahan-lahan lalu dia naik ke atas gadis itu. Kedua-dua belah tangan ditahan pada sisi kepala Mawar bagi menampung dirinya agar tidak menindih tubuh gadis itu secara terus.

"Don't make me angry. You wouldn't like me when I'm angry Mawar..."

"Just give me your damn answer!"

Mawar mengemamkan bibir. Bagaimana dia mahu memberi jawapan jika pilihan yang diberikan kedua-kedua tidak akan menjamin keselamatannya, kelak.

Engku Raid bukanlah seorang yang penyabar. Dia tidak suka sesiapapun membantah arahannya, lebih-lebih lagi Mawar.

Baginya, perkataan 'tidak' seharusnya tidak perlu wujud dalam kamus hidup gadis itu buatnya.

Gadis itu harus mendengar segala arahannya dan memberikan semua yang dia mahukan.

Wajah Mawar direngkuh kuat membuatkan gadis itu sedikit sukar untuk bernafas. Lehernya terasa perit, air matanya juga semakin lebat mengalir.

Dia menepuk lengan Engku Raid, cuba menyedarkan lelaki itu. Dia tahu, Engku Raid selalu hilang kawalan jika sedang marah.

Mata dia sudah berair. Dia paksakan diri untuk melawan pandangan tajam Engku Raid. Perlahan lelaki itu melepaskan wajahnya. Membenarkan dia untuk mencari oksigen.

"Kau tahu aku bencikan sebarang penolakan, terutama daripada kau. Kalau tak nak sakit, dengar cakap aku."

"Aku akan layan kau ibarat permaisuri jika kau layan aku ibarat raja. Tapi kau...selalu sangat sakitkan hati aku. Kenapa susah sangat nak terima aku?" Suara Engku Raid makin perlahan.

"Ab...abang tak boleh paksa saya. Cinta tak boleh dipaksa. Cinta yang abang selalu ungkapkan tu terlalu menyakitkan saya. Cinta abang menyakitkan." Luah Mawar tanpa sedar. Air matanya mengalir laju.

Engku Raid sekadar mendengar. Menghembus nafas panjang, dia turun daripada katil. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Wajah dia berubah kosong. "Kau yang paksa aku Mawar. Jangan salahkan aku jika satu hari nanti aku terpaksa sakitkan keluarga kau..." dia pandang Mawar sekilas.

"Jangan lupa Mawar...keluarga aku yang tolong papa kau dulu. Aku boleh buatkan dia kena halau dari syarikat daddy sekelip mata je. Dan selepas tu, boom! Dia tak akan ada apa-apa lagi." Engku Raid senyum sinis.

Tanpa mendengar jawapan Mawar, Engku Raid terus melangkah keluar. Rahangnya bergerak-gerak, dia cuba untuk tidak menyakiti Mawar.

Sebolehnya dia tidak mahu menyakiti gadis kesayangannya.

Mawar meramas tangannya yang berpeluh. Bibir terketap rapat, menahan diri daripada tidak menangis lebih kuat. Nak tahu mengapa Mawar lemah? Itu jawapannya.

Mawar tak akan benarkan Engku Raid menyakiti keluarga dia. Disebabkan itu, Mawar rela dirinya disakiti. Mawar rela dipetik oleh sang kumbang yang menakutkan.
















"Cepatlah Mawar!"

Langkah Mawar semakin laju. Tali beg silangnya yang hampir jatuh daripada bahu, ditarik semula. Bibirnya bergumam kecil saat tangannya ditarik oleh Anna, teman sekelas dia.

"Kejaplah." Gumamnya.

Dia terpaksa keluar lambat tadi kerana terpaksa menyiapkan beberapa tugasan yang dia tidak sempat siapkan di rumah. Semuanya gara-gara Engku Raid. Akibatnya, dia dimarahi oleh pensyarah dia tadi.

"Eh eh—" terpinga-pinga Mawar saat tangan dia ditarik.

Dia hanya mampu pasrah mengikut langkah Anna. Entah kemanalah Anna mahu membawanya pergi. Kata Anna, hujung minggu ini ada sebuah majlis hari jadi di rumah gadis itu.

Dan seperti biasa, dia harus menghadiri majlis itu.

"Kau tergesa-gesa nak ke mana ni Anna?" Soal Mawar hairan.

Langkah Anna makin perlahan saat mereka sudah sampai di kawasan bilik pejabat. Mawar lihat Anna sedang memerhatikan seseorang.

"Kau tengok siapa tu?"

"Shuhh...tengok tu—kacak kan?"

Mawar turut memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Anna. Mengecil mata dia. Buat seketika lidah dia kelu. Dia pandang kembali Anna yang tersenyum-senyum sendiri itu.

"Mawar...itulah Engku Raid, crush aku yang aku ceritakan sebelum ni. Dia anak kawan daddy aku." Ujar Anna sambil tersenyum-senyum.

Mawar tidak mampu berkata apa-apa. Dia rasa terpukul dengan kata-kata Anna. Engku Raid? Lelaki yang Anna selalu ceritakan kepada dia sebelum ini.

"Tapi kenapa eh dia datang sini hari ni? Kau rasa atas sebab apa Mawar?" Bahu Mawar dicuit apabila melihat gadis itu mengelamun.

"Ma...manalah aku tahu. Aku bukan kenal dia pun." Mawar senyum paksa.

Memang selama ini dia tidak pernah menceritakan satu pun tentang diri sebenarnya kepada Anna. Malah Anna sendiri tidak tahu bahawa keluarga dia rapat dengan keluarga Engku Raid.

Yalah, keluarga dia biasa-biasa sahaja. Papa dia tidak ada pangkat Dato atau Tan sri pun. Cuma papa dan mama dia berkawan rapat dengan orang tua Engku Raid saja.

Anna mencebik. "Tak syoklah kau ni." Komennya kepada Mawar.

Mawar sekadar menjongket kening. "Dah, jomlah. Aku nak balik."

"Eh nantilah. Tu nampak tu Engku Raid dah keluar. Jom pergi tegur." Tangan Mawar ditarik. Namun kali ini Mawar mengeraskan tubuh.

"Tak nak. Kau nak tegur, pergi tegur sorang-sorang. Jangan libatkan aku." Tegas Mawar.

Gila ke apa dia nak ikut cadangan Anna. Memang taklah dia nak buat kerja gila itu. Dia masih hairan, atas sebab apa Engku Raid datang ke kolej dia hari ini. Malah lelaki itu berjumpa dengan ketua pengarah kolejnya.

"Alaa jomlah..." rengek Anna. Lengan Mawar digoyang-goyangkan.

"Aku tak nak Anna." Tegas Mawar.

"Ala-"

"Ehem!"

Mawar dan Anna serentak menoleh ke belakang. Wajah Mawar jelas tidak senang melihat figura yang berdiri di hadapan mereka sekarang ini, berbeza pula dengan Anna yang tersenyum lebar.

"Engku Raid." Sebut Anna perlahan.

Engku Raid memaparkan wajah biasa. Senyuman kecil diberikan kepada Anna yang menyapa. Sekilas dia kerling Mawar yang tertunduk, tidak mahu melihat wajahnya.

"Engku Raid buat apa di sini?" Soal Anna.

Mawar yang berdiri di belakang Anna langsung tidak bersuara. Dia menekur lantai dengan bibir yang terketap. Meskipun tidak memandang ke hadapan, namun dia dapat rasakan Engku Raid sedang memandangnya tajam.

"Ada urusan sikit." Suara garau Engku Raid jelas di pendengaran Mawar.

"Awak berdua dah habis kelas ke?" Soal Engku Raid dengan lagak sopan. Walhal mata dia tidak henti mengerling Mawar.

"Aah ya. Ni nak balik dah." Masih Anna yang menjawab.

"Nak saya hantarkan?" Engku Raid cuba menawar.

Anna yang mendengar sudah tentulah suka, rasanya seperti ingin pergi ke kerajaan ayah Pin. Katakan kepada dia, siapa je yang tak suka bila mana orang yang disukai dalam diam menawarkan diri untuk menghantar pulang.

Mawar tahu dia tidak boleh berdiam diri kerana dia sudah dapat agak jawapan Anna. Pantas dia mendongak. Lengan Anna ditarik. "Tak mengapa Engku. Kami boleh balik sendiri. Terima kasih."

"Eh—Mawar ish kau ni."

Engku Raid tertawa sinis mendengar rungutan Anna yang sudah ditarik pergi oleh Mawar. Dia menggeleng perlahan.

"Tak sabar rasanya nak lihat reaksi kau, Mawar..."














Hai semua, pre-order EBOOK SLD dan SLP dibuka bermula 20 March-9 April sahaja. Kepada yang berminat boleh pm no di bawah:
01170748031

Untuk blurb dan preview SWEET LITTLE DESIRE boleh check di page SLD, ada di akaun author. Untuk SWEET LITTLE PSYCHO pula boleh check di akaun Fufulieya.

Continue Reading

You'll Also Like

217K 9.6K 39
Berkahwin dengan seorang lelaki yang ia tidak cintai bukan lah sebuah keinginanya tetapi disebabkan ingin menutup malu maruah sebuah keluarga dia ter...
431K 40.7K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...
225K 19.5K 54
"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia be...
845K 32.2K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...