Dugaan Hatiβ™‘

By limaudotdot

470K 13.1K 582

[COMPLETED] 🌈 "Hana saya minta maaf. Tolonglah maafkan saya." entah suda... More

β™‘Dugaan Hatiβ™‘
1 ; First Marriage β€πŸ’
2 ; Lafaz Akad πŸ’πŸ‘°
3 ; Engaged πŸ’πŸ’‹
4 ; Pregnant?! β€πŸ‘Ά
5 ; Malaysia!❀🏁
6 ; Sampai HatiπŸ˜”πŸ’”
7 ; Tragedi πŸ’₯πŸ’”
8 ; Last time?πŸ”₯πŸ’”
9 ; Separuh Hatiβ˜”πŸ’”
10 ; Kerana Rahsia~😐
11 ; JauhπŸπŸ˜”
12 ; Kahwin? Lagi?πŸ˜§πŸπŸ˜”
13 ; Second Marriage πŸ’”πŸ”₯
14 ; Long Time No See😎
15 ; Caring kah?😐
16 ; Direka Bahagia😿
17 ; Drama?β˜”
18 ; Berani Mati?πŸ’©
19 ; DeraπŸ’”πŸ”ͺ
20 ; Bagai Jatuh Ditimpa TanggaπŸ’”
21 ; Tawar HatiπŸ’”πŸ’Œ
22 ; Cerai lagi🌹
23 ; Memori Dolu DoluπŸ˜‚
25 ; 🌹
26 ; πŸ’”
27 ; β˜”
28 ; Love?
29 ; Jawapan?πŸ’
30 ; Dugaan Apa Lagi🚨
31 ; 🌹(>_<)
32 ; 🌹(>_<)
33 ; Hot NewsπŸ”₯
34 ; Antagonis Lagi?!
35 ; 😨
36 ; β›„
37 ; πŸ˜‚
38 ; Sweet Memoβ™₯
39 ; Ending?
40 ; Bahagia Bukan Kitaβ™‘
41 ; Kali Terakhirβ™₯
Haiiiiii!!!
Dear Readers🀍

24 ; Afeef β™₯

10.9K 307 52
By limaudotdot

"AUNTY." panggil Aqyra lalu menarik tangan Hana.

"Eh Qyra. Kenapa?" soal Hana.

Kanak-kanak kecil itu terus menunjukkan bahawa dia minta diangkat. Hana akur. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Qyra, kenapa minta aunty tu dukung. Qyra kan dah besar. Kesian aunty tu, dah lah Qyra berat." ujar Afeef yang tiba-tiba muncul.

"Eh, tak apalah Afeef. Hana dah biasa." ujar Hana.

"Sorry, anak I mesti menyusahkan you kan?" soalnya cuba mengambil anaknya dari dukungan Hana.

Qyra seolah tidak mahu berlepas. Tubuh Hana didakap erat olehnya. Berkali-kali dia menggeleng tanda tidak mahu berlepas dengan Hana.

"Qyra, come with papa. Kesian aunty tu." pujuk Afeef.

"Tak apa kalau dia tak nak." ujar Hana .

"Come let us have a sit. Penat kalau asyik berdiri." pelawa Afeef. Hana sekadar akur.

Sebaik sahaja duduk, Afeef terlebih dahulu memulakan perbualan.

"Jadi miss, what's your name?" soal Afeef.

"You betul dah lupa I Afeef?" soal Hana dalam nada dengar dan tidak sahaja. Dia ligat melayan kerenah Aqyra yang sibuk bermain tabletnya.

"Have we met before?" soal Afeef lagi. Hairan dengan soalan wanita dihadapannya ini.

"Yup. Banyak kali." ujar Hana diiringi dengan ketawa yang direka-reka.

"Dekat mana ya?" soal Afeef bingung.

"Dekat sekolah." jawab Hana ringkas. Senyuman dihadiahkan kepada Afeef.

"Sekolah? Saya tak ada pula meeting di mana-mana sekolah." ujar Afeef polos.

Hana tergelak mendengar jawapan Afeef yang masih kebingungan.

"Afeef, ni sayalah Nurhana Aqyra. Takkan awak lupa muka saya Afeef?" soalku berseloroh.

"Ha.. Hana?!" soalnya seakan terkejut dan tidak percaya.

Hana mengangguk sebagai bukti.

Afeef bagaikan terkena renjatan elektrik. Serta-merta jantungnya berdegup lebih laju daripada tadi. Sungguh dia tidak percaya, wanita yang dia nanti selama ini ada di depan mata. Fikirnya tadi wanita ini mampu menggantikan tempat Hana di hatinya. Rupanya wanita ini adalah orang yang sama dia nanti selama ini.

"Afeef terkejut ke?" soal Hana menyentak lamunan Afeef.

Pantas Afeef mengangguk. Menyatakan bahawa dia benar-benar terkejut.

"You look beautiful Hana. Jadi selama ni you kenal I? Why you tak tegur je I, Hana?" soal Afeef.

"Saya ingat awak dah lupakan saya Afeef." ujar Hana. Tangannya naik membelai rambut Aqyra.

"Aunty, papa kata. Papa nak cari mama yang sesuai untuk Qyra. Why don't you be my mummy? I like you." ujar Aqyra lalu mendakap Hana erat. Budak itu terlalu bijak berkata-kata.

Afeef diam. Dia perasan akan perubahan riak wajah Hana. Jadi malu dia ingin menegur.

"You dah kahwin Hana?" soal Afeef memecahkan keheningan antara mereka.

"Twice." jawab Hana.

"Oh." buat seketika Afeef hampa mendengar jawapan wanita itu.

"Dan dua kali itu saya minta cerai." ujar Hana.

Afeef memandang Hana, memohon penjelasan dari kata-katanya.

"Nantilah saya cerita ya. Jom kita masuk dulu? Qyra ni pun dah mengantuk. Kesian dia." ujar Hana lalu berdiri meninggalkan Afeef yang sedang terkulat-kulat di situ.

❤❤❤

AFEEF menjadi penyambut tetamu bersama dua orang adiknya. Aku sekadar memerhati tingkah lakunya dari jauh. Sesekali dapatku tangkap dia cuba mencuri pandang ke arahku.

Sedang leka aku bermain dengan puding caramel di hadapanku. Afeef datang menyapa.

"Dah makan?" soalnya.

"Dah. Awak?" soalku semula.

"Belum.. Lapar..." ujarnya dengan nada manja.

"Pergilah makan. Ke nak tunggu saya ambilkan baru awak makan?" soalku.

"Boleh?" soalnya lagi.

"Yelah." aku akur.

Kaki kuatur untuk mengambil makanan. Selesai sahaja aku ambil lauk aku kembali ke meja yang kami duduk tadi. Dari jauh sudah ku nampak Afeef sedang duduk berbual dengan seorang lelaki.

"Maybe kawan dia." bisikku.

Sebaik sahaja tiba meja Afeef. Jantungku bagai terhenti. Zaqril! Seketika anak mataku bertemu dengan anak matanya.

"Hana. Ni Zaq. Awak ingat lagi?" soal Afeef memecah kesunyian.

Aku angguk lalu menghulurkan pinggan berisi nasi ke arah Afeef. Dapatku tangkap dari ekor mata Zaqril sedang memerhati gerak laku ku.

"Eh Zaq, makanlah." pelawa Afeef.

"Ha? Oh okay. Aku pergi ambik lauk jap. Tapi tu aku duduk dengan papa mama aku lah." ujar Zaqril.

Aku sekadar duduk membatu di sebelah Afeef. Hilang sahaja Zaqril dari pandangan barulah terasa seolah aku mampu bernafas dengan tenang.

"Hana..." panggil Afeef meleret .

Aku memandang Afeef. Memberi riak seolah aku bertanya ada apa dengannya.

"Suapkan." ujarnya selamba lalu menolak pinggannya ke arahku.

Aku tergelak kecil melihat gelagatnya. Seketika kemudian aku mengangguk setuju.

Kami berbual mesra. Kadang-kadang aku tergelak kecil mendengar jenaka yang disampaikan oleh Afeef. Lelaki ini tidak pernah gagal menggembirakan aku dari dulu.

❤❤❤

SAKIT. Itulah yang dia rasa saat ini. Melihat bekas isterinya bermesra dengan lelaki lain. Tambahan lagi lelaki itu pernah menaruh hati pada sang gadis.

Hatinya seakan menjerit melihat kemesraan pasangan itu.

'Kenapa Hana... Besar sangatkah salah aku?' monolog hati Zaqril.

Zaqril berterusan memerhati Hana dan Afeef. Tidak lama kelihatan seorang anak kecil berlari ke arah Hana.

"Mama!"

Zaqril tersentak.

'Ma... Mama? Mereka dah kahwin ke?' bisik hatinya.

Dia menggeleng pantas. Cuba berfikiran positif.

"Kenapa Eiz? Tergeleng-geleng gitu?" soal Puan Sri Mikayla. Hairan melihat perangai anak sulungnya.

"Eiz nampak Hana ma. Dengan Afeef." jawab Zaqril. Matanya masih tidak lari memandang Hana.

"Mungkin dorang dah nak kahwin Eiz." sampuk Tan Sri Naufal.

Wajah Zaqril berubah keruh. Bagai ditoreh dan ditikam-tikam hatinya mendengar kenyataan itu.

"Tak ma, Zaq akan dapatkan isteri Zaq balik!" ujar Zaqril lalu melangkah ke arah Hana.

Hana seakan tersentak bila Zaqril bertindak menarik tangannya secara tiba-tiba. Meronta-ronta gadis itu apabila tangannya digenggam kuat oleh Zaqril.

"Le.. Lepaslah! Kau buat apa ni!" marah Hana.

"Kau diam! Kau ikut aku!" Zaqril mengheret Hana ke keretanya.

Tubuh gadis itu ditolak masuk ke dalam perut kereta. Sebaik sahaja kereta mula bergerak Hana dihimpit amarah diri terhadap lelaki itu.

"Apa masalah awak Zaqril? Tak puas lagi kau buat aku mandul? Nak buat apa lagi? Nak bagi aku koma? Hilang ingatan? Ke kau nak bunuh aku sekali baru kau puas?" tempelak Hana.

"Kau diam boleh tak?! aku nak memandu pun tak senang!" bidas Zaqril.

"Aku tak teringin nak ikut kau lah! Aku jijik! Sedar diri kau tak pernah layak ada dekat sisi aku apatah lagi memegang title 'suami' pada aku!" ungkit Hana.

Api amarahnya sudah tidak terkawal. Dia cukup terkesan dengan perbuatan Zaqril yang lalu.

Brake kereta ditekan. Kereta di berhentikan di tepi jalan. Anak matanya jatuh menikam anak mata Hana.

"Kau dengar sini. Aku nak sedarkan kau. Kau tak layak dengan mana-mana lelaki! Sebab kau mandul! Kau tu tak sempurna! Sedar diri kau!" tengking Zaqril.

Kata-kata Zaqril cukup terkesan di hati Hana. Bibir diketap kuat. Sefaya upaya dia menahan sebak.

"Zaqril.... Aku jadi macam ni... Sebab kau! Kau iblis yang rosakkan kesempurnaan aku sebagai kaum hawa! Kau yang buat aku macam ni Zaqril! Kau sedar tak?! Kau sedarlah tak kau tu syaitan! Bodoh! Aku benci kau!" bidas Hana. Dada bidang Zaqril dipukul hebat olehnya dan dengan itu air matanya deras mengalir.

"Hana.. Sayang.. Hana!" panggil Zaqril menghentikan perbuatan gadis itu. Terasa pedih dadanya.

"Aku minta maaf... Aku tak sanggup tengok kau dengan lelaki lain... Hati aku sakit Hana... Tolong Hana aku minta maaf... Balik dekat aku Hana? Aku janji aku tebus kesalahan aku..." tutur Zaqril dalam sendu.

Hana memandang sinis anak mata Zaqril. Baginua sudah tidak ada peluang kedua untuk lelaki itu. Cukuplah sekali dia menderita. Tidak akan dia pulang ke jalan yang berduri dan penuh dengan racun itu.

"Kau ingat? Maaf kau tu.. Boleh kembalikan fungsi sempurna rahim aku ke? Kau ingat maaf kau tu boleh ubah keadaan? HA?! Kau ingat semudah itu ke?! Eh pergi matilah dengan maaf kau tu!" tengking Hana. Dia sudah naik geram dengan Zaqril.

"Hantar aku balik." putus Hana, air mara diseka kasar .

"Tapi...." belum sempat Zaqril bersuara Hana membidas.

"Kau tak faham ke? Pekak? Aku cakap hantar aku balik! Bodoh!" marah Hana.

Zaqril akur. Dia cuba menyabarkan dirinya. Pedal minyak ditekan sebelum keretanya meluncur laju membelah jalan raya. Nafas dihela berat...

'Susah sangat buat kau kembali pada aku Hana. Jujur aku terlalu menyesal. Maafkan aku.' monolog hati Zaqril. Anak matanya ada kala mencuri pandang ke arah Hana...

Baliklah sayang... Abang akan ubah keadaan kita... Abang takkan sia-siakan



Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Continue Reading

You'll Also Like

29.5K 1.1K 55
Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap...
934K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
35.6K 2.4K 71
[𝓒𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya...
292K 10.3K 49
Hidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai...