Dugaan Hatiβ™‘

By limaudotdot

469K 13.1K 582

[COMPLETED] 🌈 "Hana saya minta maaf. Tolonglah maafkan saya." entah suda... More

β™‘Dugaan Hatiβ™‘
1 ; First Marriage β€πŸ’
2 ; Lafaz Akad πŸ’πŸ‘°
3 ; Engaged πŸ’πŸ’‹
4 ; Pregnant?! β€πŸ‘Ά
5 ; Malaysia!❀🏁
6 ; Sampai HatiπŸ˜”πŸ’”
7 ; Tragedi πŸ’₯πŸ’”
8 ; Last time?πŸ”₯πŸ’”
9 ; Separuh Hatiβ˜”πŸ’”
10 ; Kerana Rahsia~😐
11 ; JauhπŸπŸ˜”
12 ; Kahwin? Lagi?πŸ˜§πŸπŸ˜”
13 ; Second Marriage πŸ’”πŸ”₯
14 ; Long Time No See😎
15 ; Caring kah?😐
16 ; Direka Bahagia😿
18 ; Berani Mati?πŸ’©
19 ; DeraπŸ’”πŸ”ͺ
20 ; Bagai Jatuh Ditimpa TanggaπŸ’”
21 ; Tawar HatiπŸ’”πŸ’Œ
22 ; Cerai lagi🌹
23 ; Memori Dolu DoluπŸ˜‚
24 ; Afeef β™₯
25 ; 🌹
26 ; πŸ’”
27 ; β˜”
28 ; Love?
29 ; Jawapan?πŸ’
30 ; Dugaan Apa Lagi🚨
31 ; 🌹(>_<)
32 ; 🌹(>_<)
33 ; Hot NewsπŸ”₯
34 ; Antagonis Lagi?!
35 ; 😨
36 ; β›„
37 ; πŸ˜‚
38 ; Sweet Memoβ™₯
39 ; Ending?
40 ; Bahagia Bukan Kitaβ™‘
41 ; Kali Terakhirβ™₯
Haiiiiii!!!
Dear Readers🀍

17 ; Drama?β˜”

8.6K 333 4
By limaudotdot

SUDAH seminggu Zaqril tidak pulang. Ke mana lelaki itu juga dia tidak tahu. Malah dia sudah tidak kesah akan kewujudannya. Yang pasti dia lebih tenang. Ketiadaan lelaki itu cukup membuat dia senang hati.

"Tak balik terus pun tak apa." bisiknya pada diri sendiri. Sejadah dilipat kemas.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, detuman pintu yang kuat mengejutkannya. Pantas dia bangun untuk melihat.

Dari tingkat atas dapat dia lihat seorang lelaki yang duduk menghadap televisyen.

"Ingat lupa jalan balik." sindir Hana.

Zaqril memandang isterinya tajam. Rosak terus moodnya.

"Kau diam boleh tak?! Rumah aku kan! Suka hati aku lah!" marah Zaqril,  suaranya sudah naik dua oktaf.

"Suka hati awaklah Zaqril saya malas nak bertekak. Buang air liur je." sindir Hana.

"Eh kau ingat aku hadap nak dengar suara kau? Baik kau masuk bilik kau tu sebelum aku naik naya kau!" tambah Zaqril.

Hana sekadar mencebik. Langkah diatur ke biliknya. Pintu bilik ditutup rapat. Takut juga dia sebenarnya dengan ugutan Zaqril sebentar tadi. Mahunya betul-betul lelaki tu naik nahas dia nanti.

❤❤❤

"OIBangun!" jerkah Zaqril. Pintu bilik Hana diketuk kasar.

"Mana pula perempuan ni." pintu bilik Hana dikuak kasar.

Segenap bilik itu dipandang. Mencari kelibat isterinya.

"Takkan dah pergi kerja kut?"

Langkahnya diatur ke ruang makan. Isterinya itu masih menyediakan sarapan buatnya. Roti bakar yang disediakan isterinya dipandang kosong.

"Ceh berlagak baik. Entah-entah racun diletaknya. " fikir Zaqril.

Langkah diatur semula ke biliknya. Kemeja putih disarungkan ke tubuhnya. Tali leher dicapai dan diikat kemas pada kolar baju.

"Kalau ada Hana, ikatan tali leher aku akan nampak lebih kemas."ujarnya.

❤❤❤

HANA memandang kosong fail-fail pesakit di hadapannya. Fikirannya bercelaru. Otaknya terlalu sarat untuk berfikir

"Oi!" sergah Nadine di muka pintu biliknya.

"Nad, kenapa?" soal Hana, dia sekadar tersengih

"Overtime ke?" soal Nad.

"Taklah."

"Dah tu awat hang tak balik lagi kak oi? Dah dua pagi dah." ujar Nadine.

"Malas." balas Hana ringkas.

"Kau gaduh dengan Zaq? Dah seminggu aku tengok kau macam ni. Tak fokus langsung. Ambil cutilah Hana,  rehat." balas Nadine.

"Gaduh? Tak ni perang dunia ketiga!" ujar Hana.

"Nak share?"

"Kau tak bertugas ke?" soal Hana.

"Aku dah habis shift. Baru nak balik. Ceritalah." pujuk Nadine,  dia melabuhkan punggung di hadapan Hana.

"Dia tipu aku Nad. Dia layan aku selama ni hanya satu kepuraan. Supaya dia dapat buat aku sakit hati. Kau tahu tak hati aku sakit Nad. Sakit sangat. Aku..." Hana terhenti seketika, dia seolah mencari kekuatan untuk meneruskan kata-katanya.

"Hana, kau berhak bahagia. Tapi ni bukan salah kau. Ni salah dia. Dia tak patut fitnah kau. Kau sayang Ainul, aku tahu. Kau dengan Ainul dah macam adik beradik. Mustahil kau ada dendam sampai nak bunuh dia kan?" soal Nadine.

"Kau kenal aku Nad, takkan aku tergamak? Kau tahu betapa sabarnya aku. Aku tahu aku suka Zaq dari dulu.  Tapi aku takkan sanggup nak gadaikan nyawa kawan baik aku sendiri semata-mata seorang lelaki!" ujar Hana. Airmatanya semakin deras mengalir.

"Sabarlah Hana. Kau doa dekat Allah. Allah makbulkan doa-doa orang teraniaya. Jom balik?" pujuk Nadine.

Hana akur. Dia melangkah lemah ke keretanya. Masuk sahaja ke dalam perut kereta tangisannya dihambur sepuasnya. Dia terlalu sesak. Terlalu sakit. Akhirnya dia terlena dalam tangisan.



Knock! Knock!  Knock!

Ketukan tingkap keretanya mengganggu tidurnya.

"Hana? Kau tak balik semalam?" soal Nadine kalut.

"Tertido,  penat sangat."tipunya.

"Hana?" teguran seseorang mengejutkan dua sahabat itu.

"Ayah?" Hana sedikit terkejut melihat kehadiran ayahnya.

"Hana okay?" soal Dato' Zulfadli memohon kepastian dari anaknya.

"Okay ayah." jawab Hana.

"Ayah call Zaqril to pick you up" ujar ayahnya.

"No! Just don't. Hana nak balik rumah bonda. Please ayah,  I need time." ujar Hana.

"Okay then." ayahnya sekadar akur.

❤❤❤

SELESAI sahaja dia menunaikan solat zohor. Pintu biliknya dia kuak perlahan. Terjengul wajah Datin Hazratul.

"Kenapa bonda?" soal Hana.

"Zaq ajak Hana balik. Siap cepat." ujar bondanya sebelum berlalu meninggalkan anak perempuannya terkulat-kulat di situ.

"Dia buat apa jemput aku? Bukan dia benci sangat ke dengan aku. Seminggu tak ada hari tu okay je dia keluar rumah. Aku keluar tak balik rumah semalam pun dah cari? Takutlah tu." bebel Hana.

Turun sahaja ke ruang tamu, mata Zaqril menikam tepat anak mata Hana. Terasa seram sejuk pula.

"Jom?"ajak Hana, sedari dirinya sekadar diperhati.

"Ayah, bonda Zaq balik dulu. Assalamualaikum." ujar Zaqril sebelum langkahnya diatur ke arah isterinya.

Tiba sahaja di rumahnya, tangan Hana direntap kasar. Diheretnya gadis itu ke biliknya.

Meronta-ronta Hana akibat genggaman Zaqril yang terlalu kuat itu. Sampai sahaja di biliknya, tubuh isterinya ditolak kasar sehingga jatuh.

"Kau ni pembunuh tak sedar diri! Dasar perempuan tak tau malu!" jerkah Zaqril, amarahnya kali ini benar-benar tidak boleh dikawal.

"Zaq, sakit!" meronta-ronta gadis itu. Apa tidak rambutnya di cengkam erat dan diheret kasar.

"Arghhh! Sebab kau tunang aku mati! Perampas! Pembunuh!" bentak Zaqril. Tali pinggangnya dibuka kasar.

Hana meneguk liur.  Dia megundur-undur.  Menggigil seluruh tubuhnya apabila melihat Zaqril menanggalkan tali pinggang. Dia seakan-akan dapat mengagak apa yang bakal berlaku pada dirinya.

"Zaq jangan pukul saya, saya masih isteri awak Zaqril! Isteri yang sepatutnya awak lindungi! Bukan awak dera atau awak pukul macam binatang! Jangan jadi dayus Zaqril!" rayu Hana,  suaranya sudah naik seoktaf.

Zaqril menghampiri Hana, rahang perempuan itu dicekik kuat.

"Kau dengar sini, aku ni tak pernah nak kau jadi isteri aku! Kau tu tak pernah layak! Maruah kau bawah tapak kaki aku je! Jadi kau jangan nak berangan mengaku aku ni suami kau!" bentak Zaqril.

Rahang isterinya dilepas kasar.  Tali pinggang di tangannya mula dilibas ke serata arah tubuh Hana.

Hanya raungan dan tangisan isterinya kedengaran. Hanya Tuhan yang mengerti kesakitan dan keperitan dipukul dengan menggunakan tali pinggang. Hana tidak sedar bila pukulan itu berhenti membantai tubuhnya. Yang pasti, pakaiannya koyak-rabak dan bibirnya pecah. Tubuhnya menggeletar kesakitan. Dia separuh sedar.

"Sekali lagi kau keluar dari rumah ni dengan tujuan kau nak mengadu atau lari, kau tahulah akibatnya!" ugut Zaqril.

Tali pinggang dicampak ke tepi.

"Lagi satu, pastikan ni kali terakhir kau jejak dalam bilik aku! Lepas ni jangan sesekali tayang muka depan aku. Ingat aku dah bagi amaran!" ujar Zaqril.

Dia kemudiam keluar dari bilik tidurnya menuju ke arah balkoni. Sliding door ditolak. Dia keluar dan bersandar tubuh pada palang besi separas pinggang itu.

"Argh!"

Satu raungan kuat dilepaskan. Bergema memecah kesunyian malam.

"Argh!" jerit Zaqril lagi sekuat hati.

Apa yang kau dah lakukan ni, Zaq? Pertanyaan itu bergema di seluruh sanubarinya. Papa dan mama pernah berpesan pada kau agar jaga Hana sebaiknya. Jangan disakiti dan jangan dilukai. Tapi sekarang apa yang telah kau lakukan? Kau berikan penderitaan padanya? Kau berikan kesakitan? Keperitan?

Apa masalah kau yang sebenarnya, Zaq?  Apa yang dapat menyeksa isteri sendiri sedangkan dia langsung tak bersalah. Entah-entah kau menyeksa dia kerana kau ada perasaan terhadapnya?

Zaq menutup telinga.

"Argh!" jerit Zaqril lagi.

Aku menyeksa dia kerana aku kecewa akan pemergian bekas tunangku. Aku marah dan hampa. Aku terlalu menafikan perasaan ini dari dulu.  Mengapa aku boleh jatuh hati terhadap seorang gadis yang begitu aku benci?


Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Continue Reading

You'll Also Like

7.3K 246 43
he's my series 3 Muhammad Nur Irfan~Nurul Ain Muhammad Nur Irfan, seorang jejaka yang tinggi lampai dan mempunyai wajah yang tampan. makan tiang buda...
914K 29.8K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
29.5K 673 41
Mengisahkan tentang seorang gadis yang telah di buang oleh keluarganya sendiri hanya di sebabkan oleh satu fitnah yang telah di sebarkan tentang di...
214K 10.9K 51
[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu keja...