Permintaan ketiga

Door SimonMalik

24.6K 62 4

Bila dia mengetahui yang dia kini mempunyai pendamping, kehidupan Cikgu Noi berubah 180%. Nak kata saka, buk... Meer

* 1 *
* 2 *
* 3 *
* 4 *

*5*

2.7K 5 2
Door SimonMalik

"Cikgu, saya tak pasti saya boleh tolong cikgu ni sebenarnya"

"Kenapa Aji?"

"Sebab saya rasa salah. Kita belum pasti lagikan kenapa Ilham boleh hilang? Mana tahu dia kena culik ke? Lari dari rumah ke?"

Aku baru sahaja melalui sebuah malam yang panjang. Sebaik sahaja azan Subuh kedengaran , aku tunggu 30 minit terlebih dahulu baru aku menelefon Aji. Mendengar Aji berkata macam itu, menyirap juga perasaan aku.

"Bukan apa cikgu. Pendapat saya, kita ikhtiar dulu sehabis mungkin. Bila dah terdesak nanti, baru saya consider untuk sampaikan hajat cikgu kat mak saya."

Aku pun sebenarnya malas nak guna perkhidmatan orang dalam benda-benda macam ni. Sebab memang dah kena pada diri aku masa kecil. Mak dan Ayah aku sebenarnya hilang tanpa khabar dan jejak. Di negara orang pula tu! Yang ada hanya aku di dalam sebuah rumah yang masih lengkap dengan perabot dan perkakas. Aunty aku cerita, jiran rumah pecah masuk rumah bila dengar aku menangis tak henti-henti. Orang kat europah memang jaga perihal budak kecil.

Bila diorang masuk, tengok ada aku sorang yang baru je berumur 3 minggu atas katil minta susu. Kes besar juga asalnya. Sebab diorang nak charge kes cuai dalam menjaga kanak-kanak. Sampai ke lubang cacing mereka cari parents aku. Diorag ada juga periksa di sempadan negara sama ada parents aku sudah meninggalkan negara tersebut. Langsung tiada nama parents aku.

Bila disiasat lagi. Mereka jumpa setiap helaian kepunyaan parents aku masih di rumah. Dompet, duit, kad pengenalan tidak berusik. Kereta kepunyaan Ayah masih di garaj. Bahkan kasut dan selipar masih di rumah tersebut. Macam diorang ni tiba-tiba lenyap terus. Semua orang bingung. Akhirnya aku dibawa pulang ke kedutaan Malaysia sebelum diserahkan waris terdekat yakni adik mak aku.

Di Malaysia, jangan cerita la bagaimana mereka mencari. Habis seribu satu macam cara diorang cuba. Dari yang saintifik sehinggalah yang mistik. Haram satu pun tak berhasil. Akhirnya selepas tujuh tahun pencarian, mereka diisytiharkan telah meninggal dunia dan yatim. Sejak dari itu aku memang pantang bab-bab hilang ni. Kalau tanya aku, aku lebih prefer cara saintifik. Bukan telunjuk sang nujum.

"Tak pe cikgu. Nanti saya telefon cikgu lagi. Mana tahu kita jumpa ilham pagi ni."

Sebaik sahaja aku memutuskan panggilam, nombor inspektor yang ditugaskan untuk kes kehilangan ilham ni menelefon aku. Dan ilham dikatakan kelihatan di tapak perbinaan perumah baru, dua kilometer dari sekolah.

+++

"Serius kau tak ingat apa-apa?"

"Serius dowh. Kali terakhir aku ingat aku pergi tandas. Lepas tu aku macam tersedar bila ada orang tepuk bahu aku."

Yang menepuk bahu Ilham adalah Cikgu Jimin, guru kelas 4ST1. Kami beramai-ramai menuju ke tapak projek perumahan rumah teres dua tingkat yang masih lagi separuh siap. Pihak polis mengatakan yang mereka ada menerima laporan lewat petang semalam sebaik sahaja mereka menwar-warkan kes kehilangan Ilham ke seluruh daerah.

Yang paling lega sudah pastinya Cikgu Noi. Pelajar yang hilang sudah dijumpai. Ibu bapa Ilham boleh tutup mulut. Lebih menarik nafas lega adalah pihak sekolah apabila ibu bapa ilham jenis yang percaya perkara-perkara mistik dan paranormal. Jadi mereka tdak melakukan sebarang tindakan ke atas pihak sekolah.

Ya, sememangnya suatu perkara yang ganjil. Ilham hilang di dalam kelas yang tertutup pada waktu rehat yang ketika itu semua jalan keluar ditutup atau dibawah jagaan pengawas. Guard depan sekolah sangat-sangat yakin tiada siapa yang melalui pagar sekolah ketika waktu yang Ilham dikatakan hilang. Aku percaya cakap pak cik tu sebab dia memang jenis duduk betul-betul sebelah pintu keluar tu.

Ilham dijumpai mundar-mandir di dalam rumah teres yang separuh siap yang terletak kira-kira 2 kilometer dari sekolah. Itu sekadar jarak linear. Kalau jarak jalan kaki, 4 kilometer. Sebab dia perlu menambah perjalanan untuk menggunakan jejantas untuk melintas landasan keretapi yang berpagar.

Aku cuba trace balik laluan Ilham. Sepanjang perjalanan tersebut hanyalah kawasan sunyi yang biasanya orang fikir dua tiga kali nak lalu sehinggalah ke jejantas berkenaan.Baki perjalanan adalah lorong perumahan, lot rumah kedai atau jalanraya. Semasa sibuk mencari dulu, kami pernah je tanya penduduk di kawasan berkenaan. Seorang pun tak perasaan.

Bahkan untuk masuk ke kawasan pembinaan tersebut, dia perlu melalui pintu depan yang selalu dijaga oleh security. Anney tu pun tak perasan. Kehadiran Ilham hanya disedari dari jauh, apabila security yang bertugas shift malam terlihat seorang yang berpakaian sekolah sedang tercegat di tengah jalan yang tidak siap. Security berkenanan pada mulanya buat bodoh sehaja kerana beranggapan itu adalah jelmaan hantu. Tapi menjelang subuh, bila dia melihat pelajar tersebut masih mundar-mandir di situ dan keluar masuk dari sebuah rumah, dia cepat-cepat menelefon supervisornya yang kemudiannya menelefon polis.

Bila kami sampai, Ilham nampak sepert dipukau. Bila dipanggil nama, tidak menyahut langsung sehingga bahunya ditepuk.  Kesan-kesan tapak kasut di dalam rumah juga hanya sejenis. Tiada jenis lain. Itu tanda hanya dia seorang sahaja di situ. Tapi secara batiniah aku dapat rasakan ada orang lain di situ. Sebab masa aku ada dalam rumah tu, aku rasa seolah-olah ada mata yang memerhati aku.

"So bro, are you being sexual assaulted? Ye la, zaman sekarang ni lelaki pun dah tak selamat."

"Entah. Burit aku tak de kesan rabak mahupun force entry." jawab Ilham selamba sebelum ramai-ramai ketawa.

Kini sudah seminggu berlalu. Ilham tampak biasa sahaja tapi aku yakin, kejadian tersebut sedikit sebanyak membuatnya lebih berhati-hati. Ibunya mahu Ilham berada di rumah sebelum maghrib. Bahkan aktiviti sekolahnya juga dihadkan. Ini mengganggu latihan dramanya.

"Ini semua pasal kau la Nora!" teriak Ilham tiba-tiba.

"Apa hal pulak nokk?"

"Nokk! Nokk! Ingat aku tenuk ke? Wei, aku kan kena jadi bomoh? Mentera kau tu aku kena repeat Ah Tuck naik stage. Mahu 100 kali kalau korang kenakan aku. Senget mulut aku tau tak?"

"Mentera apa yang kau baca bro?"

Wahai kuasa-kuasa yang ada tapi sering dilupa, dengarlah seruanku.
Aku empunya hajat dan aku perlukan pertolonganmu.
Aku empunya apa yang kau ingin.
Datanglah pada ku

Selebihnya aku tidak dengar lagi. Kerana otak aku lebih tertumpu bila aku terdengar perkataan mantera. Lalu aku bangun perlahan-lahan mendekati mereka.

"Amboi-amboi. Sakan borak nampak? Mana buku kimia korang cikgu tak nampak pun?" tanya aku sambil bercekak pinggang sebelah dari meja guru.. Yang mengerumuni Ilham perlahan-lahan kembali ke meja masing-masing.

"Ada cikgu. Cikgu tak nampak sebab dalam beg lagi cikgu" jawab rakan Ilham sambil menyengih. Nasib di depan ilham ada juga buka yang terbuka. Walaupun aku rasa itu subjek biologi. Sekurang-kurangnya dia mengikut arahan popular mana-mana guru ganti, buat kerja masing-masing dengan senyap. Bahagian senyap sering kali dilupakan.

"Nora, jumpa cikgu kejap."

Nora terus bangun membontoti aku sehingga ke meja guru.

"Kenapa cikgu?"

"Cikgu nak baca skrip drama kamu boleh? Cam best je dengar korang tadi."

"Ohh..." nora pantas ke mejanya semula dan kembali dengan helaian kertas putih di tangan.

"Takde la sepower drama korea cikgu. Tapi saya yakin up lagi dari drama maghrib!"

Aku hanya ketawa miring dan terus membaca sehingga habis. Aku pun takde kerja sangat. Takkan la aku nak main handphone depan budak-budak bila takde kerja. Hingga kredibilit aku sebagai seorang guru!

Dari muka depan samapai habis aku baca. Intinya ada sedikti yang aku kenali, termasuk mentera yang Ilham mention tadi. Sah Nora cilok cerita aku!

+++

Malam tu aku berfikir panjang. Perlu ke aku tukar status cerita aku kepada private? Kalau private siapa pula yang akan membacanya atau memberi komentar? Nampak sangat syok sendiri! Kalau umum pula, sudah pasti akan ada yang mencuri ide cerita aku seperti Nora.

Aku bangun mundar-mandir dalam bilik. Persaingan di antara penulis itu memang ada. Aku belum pernah ada karya sulung di kedai buku. Hanya di laman sesawang ini sahaja aku mampu berkongsi karya dan bersaing. Masing-masing mahukan jumlah pembaca dan follower yang ramai. Tapi aku lupa yang sesiapa sahaja boleh mencuri ide aku.

Boleh sahaja mereka mengolah ide asal dan mengatakan itu dari buah fikiran mereka. Atau mereka terinspirasi dari pembacaan mereka dan mula mengolah dari situ. Ah, ide tiada nombor siri atau petanda unik yang mengatakan itu ide mereka. Melainkan beberapa kata kunci yang boleh mengatakan ia diplagiat. Aku melemparkan pandangan ke arah coretan-ceretan panjang pada dinding. Aku tertumpu pada mantera yang aku cipta untuk cerita aku ke 17 dalam Koleksi Misteri dan Paranormal sepanjang Zaman.

Aku boleh berdepan dengan Nora dan mengatakan yang skrip itu dari aku sendiri! Aku perlu mempertahankan karya aku!

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

87.9K 357 10
slut by choice , no real plot just smut. Please do check on my other stories.
40.7K 1.3K 15
Warning: 18+ ABO worldα€€α€­α€― α€‘α€α€Όα€±α€α€Άα€›α€±α€Έα€žα€¬α€Έα€‘α€¬α€Έα€•α€«α€žα€Šα€Ία‹α€…α€­α€α€Ία€€α€°α€Έα€šα€‰α€Ί ficα€œα€±α€Έα€™α€­α€―α€· α€‘α€•α€Όα€„α€Ία€œα€±α€¬α€€α€”α€Ύα€„α€Ία€· များစွာ α€€α€½α€¬α€α€Όα€¬α€Έα€”α€­α€―α€„α€Ία€•α€«α€žα€Šα€Ία‹
170K 8.4K 49
My name is Alex Cruz, I'm a omega, so I'm just a punching bag to my pack. But Emma, Queen of werewolves Sam, queen of dragons Winter, queen of vampi...
260K 8.6K 104
"Choi Sarang I'm in love with you. I've always been and I'll always be." Jungkook whispered to Sarang. Follow the life of Sarang, the first and only...