Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIM...

By TheAgasshi

319K 8.7K 128

#1 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Layla Aileen x Noh Fitri Thanks for all supports and votes ๐Ÿ’• Selalu dengar... More

1 || MIMB
2 || MIMB
3 || MIMB
4 || MIMB
5 || MIMB
6 || MIMB
7 || MIMB
8 || MIMB
9 || MIMB
10 || MIMB
11 || MIMB
12 || MIMB
13 || MIMB
14 || MIMB
15 || MIMB
16 || MIMB
17 || MIMB
18 || MIMB
19 || MIMB
20 || MIMB
21 || MIMB
22 || MIMB
23 || MIMB
24 || MIMB
25 || MIMB
26 || MIMB
27 || MIMB
28 || MIMB
29 || MIMB
30 || MIMB
31 || MIMB
32 || MIMB
33 || MIMB
34 || MIMB
35 || MIMB
36 || MIMB
37 || MIMB
38 || MIMB
39 || MIMB
40 || MIMB
41 || MIMB
42 || MIMB
43 || MIMB
44 || MIMB
45 || MIMB
46 || MIMB
47 || MIMB
48 || MIMB
49 || MIMB
50 || MIMB

51 || MIMB END

9.2K 207 34
By TheAgasshi

Riuh rumah dengan tangisan The Nohs. Pening kepala si nenek memikirkan. Noh Aydan & Noh Aryan. Cucu kesayangannya. Dijeling arah pondok kecik didepan rumah, terlihat Noh Fitri sibuk menyiram bunga.

"Nohhh.! Anak kamu ni hah nangis oii." Panggil ibu. Noh segera menutup kepala paip dan mendapatkan anak kembarnya.

"Aydan. Aryan." Panggilnya lembut. Serentak berhenti tangisan The Nohs. Ketawa si nenek melihat gelagat mereka berdua.

"Amboi kamu dua ni. Mentang² lah anak bapak, dengar suara bapak kamu ni terus sunyi? Dengan nenek bukan main galak lalak kamu dua." Rungut ibu.

Noh Fitri ketawa mendengar. Didodoinya kedua baby boy yang terlentang diatas tilam perlahan. Memang dibiasakan tanp ayunan dan didodoi ditangan. Mahu lenguh lengan nak dodoi dua orang ni.

Noh merenung kedua anak kembarnya. Kembar seiras. Seiras jugak muka Lay. Muka Cina ejek Noh dahulu. Hanya bentuk mulut sahaja ikutnya.

Mata Aydan dan Aryan merenungnya. Bulat mata mereka berdua. Noh ketawa.

"Aydan dengan Aryan kenapa tenung muka dady macam tu? Jnganlah tenung dady lama² . Muka korang ni dah lah copy paste mumy. Buat dady rindu je lah." Usik Noh Fitri. Dia memegang tangan kecil milik The Nohs.

Kedua jari kelinkingnya digenggam erat oleh Aydan dan Aryan. Mata milik mereka masih lagi merenungnya dan kadang mereka menghadiahkannya senyuman. Terserlah lesung pipit mereka berdua.

"Haihlah. Lesung pipit pun ikut mumy. How come lah? Dady yang penat 'kayuh' alih² semua ikut mumy pulak?"

"Cakap apa tu B? Tak baik tak baik." Suara Lay kedengaran dari belakang. Dia menoleh. Senyuman manis buat Lay.

Aku mengambil tempat duduk disebelah Tuan Noh. Si kembar ni pulak asal nampak aku je mulalah merengek. Aydan kugendong manakala Aryan pula Tuan Noh gendongkan.

"Ayang ni jalan pun perlahan. Terkejut jap." Tuan Noh mengadu. Aku ketawa.

"Habis tu nak jalan hentak kaki? Ingat nak kawad ke?" Balasku. Giliran Tuan Noh pulak ketawa. Kepalaku diusap perlahan.

"Thank you sangat² ." Ucap Tuan Noh tiba-tiba. Aku menoleh memandangnya.

"Inikan dah jadi tanggungjawab. Asal muka sedih ni B?"

"B takdapat bayangkan kalau haritu Ayang 'pergi'. Macamana dengan B, dengan Aydan dan Aryan." Katanya perlahan.

Aku sengih. Teringat kejadian di labour room dua bulan lalu. Oleh kerana bahu Aryan tersangkut di tulang pubikku kata doktor. Disebabkan tenagaku sudah kukerah berabis untuk Aydan, Aryan pula sangkut buatkan aku hilang fokus dan berhenti meneran dan hampir pitam.

"B rasa masa tu macam dah slow sangat berlalu. B nak cepat jumpa dengan babies dan Ayang."

"Cemas ek?"

"Giler tak cemas masa tu. Nak serbu masuk balik takut pulak kena halau keluar spital."

Aku ketawa mendengar. Aku menggosok belakangnya. Kepalaku letakkan disisinya. Terasa ubun² ku dicium.

"Alhamdullilah takde apa. Rupanya si Aryan ni taknak keluar lagi ek, ke merajuk Aydan dulu keluar dari dia?" Kata Tuan Noh sambil mencubit perlahan pipi Aryan yang ada di pangkuanku.

Bulat mata Aryan bila terasa pipinya diusik barangkali. Aku ketawa melihat reaksinya.

"Eh eh eh anak cina ni. Pandai tenung dady camtu. Ikut siapalah ni."

"Ikut dady dia okey.." kataku.

"Macam ikut mumy dia pun ada ni. Tak ingat ke hari first Ayang datang kat office dulu? Tenung kita macam nak bagi penumbuk dia je." Seloroh Tuan Noh. Aku mencebik.

"Mana ada nak bagi penumbuk. Kita masa tu just speechless je dapat Bigboss semboi macam ni." Balasku.

"Ye ke? B bagi iya je lah. Karang merajuk." Usiknya lagi. Aku pusing menggigit lengannya perlahan.

"Auchh. Menggigitlah pulak dia ni."

Menggeliat Aydan dan Aryan bila terdengar suara Tuan Noh agak kuat mengaduh. Baru tahu! Aku ketawa.

"tengok muka relaks Aydan, Aryan muka macam nak mengamuk pun ada B tengok." Tuan Noh menunjuk perubahan riak muka The Nohs.

Aku melihat keduanya. Aku ketawa. Perangai ikut dady mumy mereka. Aydan yang totally copy paste mengikut perangaiku yang tenang sebelum memulakan ribut. Aryan pula sebenarnya lebih mengikut perangai Tuan Noh. Ditenungnya dahulu orang baru buat ribut.

"B tunggulah kejap lagi Aydan tu confirm buat perangai.  Jangan pass kat Ayang pulak ek." Warningku awal² . Tuan Noh memandangku pelik. Aryan sudah start merengek dipangkuanku.

"Bye B. Nak masuk bilik jap. Hahaha." Aku pantas meninggalkan Tuan Noh dan Aydan. Aku yakin pasti kejap lagi confirm masuk juga. Muka Aydan bolehku baca kejap lagi ikut mengamuk nak susu.

Betul tekaanku. Tak sampai 10minit. Tuan Noh masuk dengan sengihannya. Aydan dah bising dipangkuannya.

"He is totally copy paste of you. OMG, I got two Layla Aileen." Katanya.

"And I got two Noh Fitri too. Jangan nak drama sangat." Balasku sambil ketawa. Tuan Noh menggeleng mendengar jawapanku. Diserahkan Aydan kepadaku sebaik sahaja Aryan tertidur ketika menyusu.

"Ayang" Panggilnya. Aku angkat muka.

Tuan Noh merenung mukaku. Lama. Hairanku melihatnya. Tiba-tiba aku ketawa. Bukan apa teringat kisah di wad haritu.

"B. Ayang tak dapat nak move on dari kes B hilang bini kat wad haritu." Aku mengingatkannya.

"Hish dia ni. Baru nak sweet² dia bagi ingat balik pulak." Rungutnya. Dia mencebik.

#Throwback
Sebaik sahaja keluar labour room. Katilku ditempatkan di wad kanan sementara menunggu ibu lain discharge. Oleh kerana masa tu aku masih lagi kepenatan, aku terlelap. Tidak perasan bila masanya aku dipindahkan didalam bilik khas aku minta last minit. Terlupa pulak aku inform Tuan Noh pasal tu.

Aku tersedar bila aku terdengar suara bising diluar. Tak jauh pun sebenarnya bilik tu dengan tempat sementara aku tadi. Riuhku dengar suara ibu dan yang lain mencari aku.

"Tadikan isteri dia bersalin baby boys. Kenapa tiber jadi baby girl pulak ni? Korang tukar ek? Tak kira saya nak juga cucu saya balik." Riuh suara ibu diluar. Kulihat dari cermin pintu, Tuan Noh menenangkan ibu.

"Isteri saya kecik molek je nurse, takkanlah nurse tak perasan. Kalau takde kat sini, dia pergi mana pulak?" Celah Tuan Noh.

"Maaf Encik. Kami baru ke bertukar syif. Saya periksa kejap ek. Nama isteri encik siapa?" Ucap nurse tu berhemah. Biasalah kalau dah bini hilang, tak kalut tu bukan Noh Fitri namanya.

"Layla Aileen." Pendek jawapan Tuan Noh. Aku ketawa sahaja dari dalam bilik. Alahailah encik Bigboss. Nasiblah spital, kalau airport tadi dh lama dah nurse kat sini kena bantai.

"Alamak. Encik pasti ke isteri encik ada kat sini tadi?"

"Habistu yang beranak tadi sampai nak pengsan tu bini siapa? Takkanlah saya masuk labour room bini orang pulak nurse!!" Tinggi oktaf suara Tuan Noh. Aku ketawa lagi.

Sebelum jadi apa² baik aku keluar panggil ibu dan Tuan Noh. Karang tak pasal² viral pulak laki kehilangan bini di wad bersalin.

"B" panggilku lemah. Tenagaku masih belum pulih. Sakit dibawah masih terasa.

Mereka menoleh. Tuan Noh menjeling arah nurse tadi.

"Oh puan ni. Tadi kawan saya baru pindahkan dia masuk bilik. Dia tak sempat tukar nama kat buku lagi Encik. Maaflah." Kelam kabut nurse tu explain pada Tuan Noh.

Kulihat Tuan Noh mahu menjawab namun aku halang dari jauh. Cepatku melambai arahnya. Ibu pun laju melangkah ke bilik khas ku.

"Baby mana?" Soal ibu.

"Kejap lagi kot kena bawa masuk. Sebab nak susukan kata nurse tadi." Jawabku. Perlahan aku melangkah sambil dipapah oleh Tuan Noh. Kakiku diangkatkan supaya seluruh badanku selesa diatas katil.

"Hello mum and dad. We are here." Kedengaran nurse lain menyapa kami sambil menyorong katil baby.

Senyuman ibu dan aku takyah cakap. Suka melihat The Nohs datang. Tuan Noh segera mencuci tangannya selepas diberi tunjuk cara oleh nurse tadi.

Dia mengangkat seorang demi seorang dan diazankannya sederhana kuat. Jatuh airmataku mendengar. Terkesan dihatiku melihat Tuan Noh mengazankan anak-anak kami.

#EndOfThrowback

"Done throwback?" Soal Tuan Noh didepanku. Aku angguk. Dia senyum.

"Sekali lagi B ucapkan terima kasih sangat sebab dah kandungkan babies kita ni, susah payah melahirkan mereka. Ni kalau nakal ni, B lastik telinga je ni taknak dengar cakap mumy dady." Selorohnya. Nak buat serius keluar jugak lawaknya.

Aku ketawa mendengar. Nasib koranglah kembar mumy ni, dapat pulak dady suka menyakat. Kami berpandangan bila Aryan merengek tunjuk muka tak puas hati. Boleh pulak dia buat muka ek, macam tahu je dia kena cakap.

Tiada lagi mampu kuucapkan selain Alhamdullilah. Bersyukur dengan segala nikmat berian Allah. Biarpun awalnya agak havoc cerita cinta kami, yang penting happy ending ever after. Seperti dalam story fairy tale.

THE END 🌷

Thank you gaisss! Leviuuu 🌷🌷🌷

Continue Reading

You'll Also Like

85.7K 2.8K 58
[ Heart Break Series | Vol 1 ] Sekuntum bunga yang menjadi rebutan tiga ekor kumbang. Satu, Ivan --- โ I'm your husband and you're going to admit th...
293K 15.2K 75
( Tengku Iyan Shah Darren ร— Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya...
55.8K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
824K 32.6K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...