BOBOIBOY KEMBALILAH

By ejenfatini

111K 8.3K 1.5K

🌧️ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] 🌧️ ⇛ ғᴏᴜʀᴛʜ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Berlakunya kisah di mana BoBoiBoy dikhianati oleh rakan-rakan... More

🌧️ [1] Kenapa?
🌧️ [2] Salah faham
🌧️ [3] Gaduh
🌧️ [4] Kecewa
🌧️ [5] Klinik
🌧️ [6] Balik
🌧️ [7] Rumah baru
🌧️ [8] Diserang
🌧️ [9] Tipu
🌧️ [10] Terjumpa
🌧️ [11] Terbongkar
🌧️ [12] Kebenaran
🌧️ [13] Kisah sebenar
🌧️ [14] Insaf
🌧️ [15] Berjumpa
🌧️ [17] Kantoi
🌧️ [18] Dendam
🌧️ [19] Rumah lama
🌧️ [20] Sfera kuasa, Cawanbot
🌧️ [21] Selamatkan
🌧️ [22] Gempa kembali?
🌧️ [23] Pengakhiran
🌧️ SOALAN 🌧️

🌧️ [16] Masih kawan

4K 338 35
By ejenfatini

Ais dan Solar kini sedang menuju ke arah rumah Ying. Seperti adik-beradik mereka, topi dan hud diturunkan bagi mengelakkan wajah mereka dicam.

Tiba sahaja di hadapan rumah Ying, Ais menekan loceng rumahnya. Beberapa kali ditekan, namum tiada balasan.

Ais dan Solar berpandangan antara satu sama lain. "Kau rasa dia ada kat mane?" soal Ais.

"Mungkin kat rumah Yaya?" teka Solar sambil tangan diletak pada dagunya.

Ais menggeleng. "Tak, sebab Thorn bagitahu aku yang Yaya ada kat gerai Tok Aba.."

"Dah tu?" Berkerut dahi Solar. Manalah dia tahu Ying tu ada kat mana. Lainlah kalau ada GPS macam diorang.

Ais memegang dagunya lagak berfikir. Dan secara pantas, ada sesuatu yang laju melanggar bahu Ais. Tersentak Ais. Matanya membulat. Dia memerhati di sekelilingnya.

Solar turut terperasan. Dia juga turut memerhati sekeliling. Kali ni, benda laju tu melanggar bahu Solar pula. Wajah Solar menunjukkan tidak berpuas hati.

Ais menghalang Solar daripada melakukan serangan. Ais memejamkan matanya seketika. Apabila tahu ada sesuatu bergerak ke arahnya, automatik matanya dibuka. "Tembok ais!"

"Aduh!" Benda itu terlanggar tembok ais yang dibina oleh Ais.

"Bekukan dia!" Ais membekukan kaki 'benda' itu. Dia menghela nafas pendek.

Solar memandang tidak percaya ke arah 'benda' itu. "Ying?!" Kedua-dua belah tangannya digenggam kemas namun sempat Ais menahannya sebelum adiknya itu melepaskan amarahnya.

"Tchh.." Ying memandang tidak puas hati ke arah mereka berdua.

"Aku dah agak dah itu kau.." ujar Ais seraya menoleh ke arah Ying. Dia cuba berlagak tenang. Perkara sebenar perlu dibongkar.

"Apa lagi yang lu nak?! Lu tak sedar kah yang lu ni musuh aku!" ujar Ying. Dia mendengus geram. Dia cuba melepaskan diri namun kakinya tersekat pada bongkah ais.

"Sabar sabar.. Kitorang datang ni nak bagitahu cerita sebenar.." ujar Solar, cuba menenangkan Ying.

Ais mengangguk setuju. "Kau patut tahu yang semua tu fitnah.. Kitorang hilang 2 tahun sebab terpaksa menerima rawatan.. Kitorang ada jangkitan kuman pada paru-paru.. Jadi, kitorang ambil rawatan di luar negara dengan bantuan ayah kitorang.." ujarnya panjang lebar.

Ying mendiamkan diri seketika. "Asal lu tak bagitahu yang lu nak pergi luar negara?"

Solar memutarkan bola matanya tanda menyampah. "Dah korang mula benci dengan kitorang, takkanlah kitorang nak rapat pula?"

Ying tersengih malu. Ada benar juga katanya. "Sorry sorry.."

Solar tersenyum sinis. "Heh, setakat maaf tu tak boleh ubah apa-apa pun.." Dia mula berpeluk tubuh.

Ais menyiku lengan kanan Solar. Solar memandang tidak puas hati ke arah abangnya.

Ais menggeleng kepala sebelum memandang ke arah Ying. "Jadi, kau percaya tak dengan fitnah semua tu? Kau kata kau kawan kitorang, tapi sanggup percaya tanpa usul periksa.. Dahlah, kau duduk jelah kat situ.. Solar, jom balik.."

Solar hanya mengangguk dan membuntuti langkah abangnya itu.

Baru sahaja Ais dan Solar membelakangi Ying, suara Ying telah menghentikan niat mereka. "Okey okey! Aku minta maaf! Sorrylah.. A-Aku tak sangka pulak akan jadi macam ni.. Aku percayakan lu berdua.."

Ais dan Solar berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang ke arah Ying yang turut memandang ke arah mereka.

Mereka berdua melemparkan senyuman nipis. "Baguslah kalau macam tu.." ujar mereka berdua. Mereka berdua menghembus nafas lega.

"Erm, tapi... Lu boleh lepaskan aku? Sejuklah! Haccom!" Ying terbersin tanpa sedar.

Ais tersengih. Dia kemudian menyuruh Solar mencairkan aisnya memandangkan Blaze tidak ada bersama mereka.

Solar akur dengan arahan abang kelimanya itu. Dia membuka kaca matanya lalu sinaran cahaya keluar dari matanya dan diarahkan ke bongkah ais di kaki Ying. Perlahan-lahan ais itu mula cair.

Ying menghembuskan nafas lega apabila dia boleh berjalan semula. Dia memandang ke arah Ais dan Solar. Dia tersenyum. "Terima kasih.. Hm, kita masih kawan kan?"

Ais dan Solar berpandangan antara satu sama lain sebelum membalas dengan senyuman Ying. "Ye, kita masih kawan.."

🌧️🌧️🌧️

Taufan dan Ochobot terkejut apabila Yaya menumbuk meja Tok Aba. Alamak, kesian Tok Aba sebab terpaksa baiki meja tu balik.

"Kenapa kau baru muncul? Dah buat salah, lepastu terus hilangkan diri.. Heh, pelik.." ujar Yaya dengan suara yang dingin. Bila dilihat, Yaya kelihatan seperti seorang yang psiko. Seram.

Ochobot mendekati Yaya. "Yaya.. Aku rasa mereka tak bersalah.. Kau pun tahu kan, dah lama kita kenal dia.."

Yaya menunjukkan wajah tidak berpuas hati. "Habistu, kenapa dia pecah tujuh? Aku masih tak boleh percaya dengan dia Ochobot.." Yaya menarik Ochobot supaya berlindung di belakangnya. Ochobot pula sudah terpinga-pinga. Dia memandang ke arah Taufan.

Taufan hanya membalas dengan senyuman. "Kau masih marahkan kitorang ke?"

Yaya tertawa sinis. "Kalau aku kata ya?"

Thorn dan Fang yang bersembunyi di sebalik semak-samun mula berasa tidak sedap hati. Mereka berdua berpandangan. "Thorn, hubungi Ais sekarang! Ying je yang boleh tolong kita!"

Thorn tanpa membantah, laju sahaja dia menghubungi abangnya itu. Fang pula masih memerhatikan Taufan dan Yaya. Kalau ada sesuatu buruk yang berlaku, dia kena leraikan mereka.

Taufan menghembus nafas. Dia memandang ke arah Yaya. "Kiranya, kau pun percaya dengan semua fitnah tu?"

Yaya mengenggam penumbuknya. Dia cuba tahan amarahnya. "Kalau diikutkan, aku tak percaya fitnah tu sebab aku tahu, kau bukannya orang macam tu, Ochobot pun cakap macam tu.. Tapi, lepas apa yang berlaku pada kitorang semua, aku tak boleh maafkan kau.."

Taufan mengerling ke arah Ochobot yang berada di belakang Yaya. Yaya yang perasan menggetap bibirnya. "Kau jangan nak apa-apakan Ochobot!"

"Yaya.. Boboiboy tak pernah buat sesuatu buruk kat aku.." pujuk Ochobot. Dia memegang bahu Yaya.

Yaya menggeleng. "Dia dah berubah Ochobot.." Ochobot menunduk sambil menggeleng, kesal dengan sikap Yaya.

Yaya memandang semula ke arah Taufan. "Maaf, aku terpaksa buat ni.. Graviti peberat!"

Dengan serta-merta, Taufan terbaring di atas tanah. Tubuhnya tidak dapat bergerak. Namun, Taufan tidak berputus asa. Mulutnya bergerak, menyebut sesuatu.

Thorn, Fang dan Ochobot yang melihat terkedu. Mereka tak tahu nak buat apa.

Yaya mulai terapungkan dirinya dan menghampiri Taufan yang sedang terbaring di tanah. Dan tanpa sedar, sebuah hoverboard laju meluncur ke arah Yaya dari belakangnya.

Yaya yang perasan, terus sahaja terbang ke atas, mengelak daripada terkena hoverboard itu. Dia mendengus geram. "Kau mencabar aku Boboiboy.." Beberapa ketulan batu mula terbang ke arah Yaya dan statik di sisinya.

"Yaya!! Berhenti!!" Tidak sanggup Ochobot lihat sahabatnya diseksa.

Membulat mata Taufan. Dia cuba melepaskan diri namun, kuasa graviti Yaya begitu kuat.

"Hiyaa!!" Yaya melontarkan kesemua batu itu ke arah Taufan yang terbaring lemah itu.

Ochobot tidak berputus asa. "Yaya! Berhenti!!" Namun Yaya tidak mendengar. Dia hanya mahu lepaskan kemarahannya.

Taufan redha. Dia memejamkan matanya. Hanya beberapa inci lagi mengenai badannya.

"Yaya! Tolong berhenti!! A-Aku perlukan dia!! Aku tak boleh hidup tanpa dia!" jerit Ochobot, cuba menghentikan kerja tak masuk akal itu.

Hanya satu inci sahaja lagi, batu itu menghempap badan Taufan. Taufan yang merasakan tiada apa-apa berlaku, membuka matanya. Hampir dia lemah semangat.

Thorn dan Fang yang memerhati dari jauh, menghembuskan nafas lega.

Yaya menoleh ke arah Ochobot. "Kenapa?!"

"A-Aku..." Tanpa sedar, suara Ochobot bertukar sayu. "D-Dia lah sahabat terbaik aku.. Dia sanggup berkorban demi aku.."

Yaya mendiamkan diri sebelum dia terbang meninggalkan kawasan itu. Pergi mana? Tidak tahu.









~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

Continue Reading

You'll Also Like

2K 191 17
Sebuah misi yang sukar menyebabkan jam milik Ying melebihi hadnya, mengakibatkan dua dunia yang berbeza berlanggaran antara satu sama lain sehingga s...
28.4K 1.6K 49
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...
24.9K 895 23
Boboiboy mempunyai seorang abang bernama Akira(OC). Dia mempunyai kuasa elemental termasuk la elemental kegelapan. Akibat kuasa elemental kegelapam t...
11.5K 689 5
??? : Eh? Kenapa ni? ??? : Biar Saya tolong! ??? : HATI HATI!!!! Nak tahu? Bacalah! Credit cover ke NurLini26