Phone Number ; Miss Me Boss...

By jimineastry

138K 12.9K 2.2K

"Tolong jangan mengorat saya" - KTH Started : December 2018 #phonenumberversion2 Update setiap kali saya rasa... More

Phone Number ; Miss Me Boss?
OFFICIAL POSTER
A E S T H E T I C S
1 ; Hujan
2 ; Adab Mana?
3 ; Bekas Tapi...
4 ; Ada Orang Yang Lebih Baik
5 ; Up Sikit Gaji
6 ; Ketua Pengawas
7 ; Awak dan Saya...Kawan
8 ; Tak Reply
9 ; Aku Simbah Kopi Panas Dekat Dia,Tapi..Tak Apa Kan?
10 ; Memang Perempuan Macam Tu Eh?
11 ; Bunga Yang Malangnya Tak Berbau
12 ; Banyak Cantik Muka
13 ; Bilik Air Tu Banyak Setanlah
14 ; Hari Ini Hari Jadi
15 ; Tekan Garpu,Bukan Tekan Pisau
16 ; Hormat Pekerja Aku
17 ; Kena Sumpah Jadi Itik Ke?
PNMMB; Raya Special Chapter
18 ; Pergi Cium Aku Buat Apa?!
19 ; Tipu Tetap Tipu
Raya Special Chapter ; Part 1
Raya Special Chapter ; Part 2
21 ; Hati Berdebar
PNMMB CELEBRATION!
22 ; Penguin Tak Ada Gigi
23 ; Belum Kahwin,Tapi Girlfriend
24 ; Minta 1 Percuma 1
25 ; Yoo Jung Si Anaconda
26 ; Topi,Gelang dan Jungkook
27 ; Misi Mengusik Taehyung
28 ; Mungkin Dah Suka
29 ; Tiga Tiga Tiga
30 ; Second Hand aka Telefon Taehyung
31 ; Benci Sebab Jungkook Betul
32 ; Perbincangan Antara Dua Wanita
33 ; Hari Jadi atau Makan Malam?
34 ; Mohon Hasrat Anda Disimpan
35 ; Si Penipu dan Lelaki Pandai Masak
OPEN QUESTION
36 ; Dating Jom?
37 ; Mazda,Permulaan
Raya Special Chapter 2020
38 ; Wajah Awak Secantik Bulan
39 ; Aku Yang Sakit
40 ; Jadi Saya Pun Sama

20 ; Pikat Awek Foodpanda Ke?

2.6K 269 25
By jimineastry

"Tuan!"

Taehyung tak menghiraukan panggilan Soo Min,sebaliknya dia terus berjalan laju menuju ke arah keretanya.

"Tuan tunggulah sekejap!" tak sempat lagi dia membuka pintu kereta,Soo Min sudah mencengkam lengannya.

"Lepas Soo Min,"

"Tuan saya boleh terangkan,"

"Terangkan apa?Yang awak tak sengaja tipu saya?"

Soo Min terdiam,perlahan-lahan tangannya melepaskan lengan Taehyung.Dia menunduk dan menelan air liur,cuba mencari idea bernas untuk meredakan marah lelaki itu.

"Kawan?Sejak bila?" tanya Taehyung lagi,mendesak Soo Min untuk bercakap.

"Tuan,dia dan saya—"

"Sejak bila Soo Min?Saya dah suruh awak jauhi dia kan?Awak sendiri kenal dia siapa,"

"Tuan dengarlah dulu!" gertak Soo Min.Dia tahu dia sedikit kurang ajar apabila suaranya ditinggikan,tapi apa boleh buat kalau lelaki itu sendiri tidak mahu dengar ceritanya.

"Dia jumpa saya untuk minta maaf dan saya nampak keihklasan dia.Saya tahu dulu dia yang buli saya tapi semua orang patut terima peluang kedua kan?" ujar Soo Min.Dia masih lagi tidak lupa tentang kes lama itu tetapi dia bersedia untuk memaafkan Jimin.

"Semudah itu awak maafkan dia?" Soo Min mengerutkan dahi apabila dia mendengar pertanyaan Taehyung itu.

"Apa masalah Tuan?Benda yang berlaku antara saya dan dia itu adalah hal peribadi.Tuan tak ada hak untuk persoalkan tindakan saya terhadap dia,"

Taehyung tersenyum sinis.Tangannya disilangkan di dada sebelum dia kembali berbicara,"hal peribadi?Awak perlu tahu yang saya juga tahu tentang dia Soo Min,"

"Ya betul.Tapi itu pun sebab Tuan yang nak sangat tahu pasal saya dan Jimin,"

"Sebab dia kacau awak Soo Min.Awak ingat hari tu bila awak nangis,siapa yang ada dengan awak?Saya nak tahu supaya saya boleh halang benda tu berlaku lagi.Awak pekerja dan kawan saya,siapa je yang tak risau?"

Soo Min menggeleng kepala,"percayalah yang Jimin takkan buat benda itu lagi.Hari itu pun dia bergurau je tapi saya yang melebih,"

Taehyung mengeluh kasar.Soo Min pula sudah buntu.Kenapa dia cuba pertahankan Jimin?

"Lantak awaklah Soo Min.Mungkin kalau awak tak tipu saya dan bagitahu saya yang awak sebenarnya keluar dengan Jimin,saya tak jadi marah macam ni,"

"Kenapa awak marah?"

"Sebab awak tipu saya!Ingat bila kali terakhir saya ditipu?Saya sakit Soo Min.Fizikal dan mental saya sakit.Takkan awak pun nak lukakan saya?"

"Ini perkara kecil je Tuan.Kenapa Tuan nak marah sangat?"

Soo Min memejam mata,lebih baik dia tutup rapat mulut dia daripada terus bercakap.Dia tak boleh berfikiran waras apabila dia dimarah Taehyung,menyebabkan dia meletakkan segala kesalahan kepada Taehyung.

"Perkara kecil?" sayu suara lelaki itu kedengaran.Dia mengangguk sambil ketawa kecil.

"Okay Soo Min.Saya faham," dengan itu Taehyung akhirnya masuk ke dalam keretanya.Soo Min masih lagi tercegat.Itu sahaja?Itu sahaja yang Taehyung katakan?

Enjin kereta dihidupkan.Bunyi yang dihasilkan oleh enjin itu sungguh kuat,bagaikan singa yang sedang mengaum.

Bagaikan suara Taehyung yang sedang marah itu.

Taehyung menurunkan tingkap kereta,tanpa memandang Soo Min dia memberi satu pesanan ringkas.

"Esok saya pergi kerja sendiri,"

Kereta Lamborghini silver itu kemudian memecut laju.Air mata yang dari tadi ditahan,jatuh berderai membasahi pipi.

Sebenarnya,dia sendiri sudah lupa apa yang dia dan Taehyung bincangkan.Otaknya sungguh keliru dan mulutnya sekadar menghamburkan apa sahaja yang terlintas di hati.

"Soo Min!" suara Jimin membuatkan dia terhenti dari lamunan.

Jimin yang sedang berlari ke arahnya itu menunjukkan wajah risau.Bila siap membeli makanan,dia perasan yang Soo Min tidak berada di tempat mereka.

Bila dicari,gadis itu sedang berdiri berseorangan di tempat parkir.

"Kenapa ni?Tadi saya cari awak,"

Soo Min tidak menjawab.Seleranya sudah tiada dan dia bercadang untuk pergi sahaja dari situ.

"Hey," lengannya dipegang Jimin.Kalau dia masih ada tenaga,mahu sahaja tubuh Jimin ditolak.Suka hati dia je nak pegang-pegang orang.

"Makanlah dulu.Lepastu baru kita balik ya?" pujuk Jimin.Dia tahu sesuatu telah berlaku tetapi dia mengambil keputusan untuk terus berdiam.

Kepala yang masih tertunduk itu diangkat oleh Jimin.Air mata yang masih lagi membasahi wajah Soo Min dilap menggunakan kedua-dua ibu jarinya.

Sekali lagi,perasaan untuk menolak Jimin jauh daripadanya itu menebal.Tetapi dia tidak berdaya.Mungkin sekarang dia perlukan Jimin?Lantaklah kalau Jimin berniat jahat atau tidak,dia hanya perlukan seseorang sekarang.

"Muka awak pucat.Kita makan dulu ya?"



"Wow wow wow kau okay tak ni?"

Taehyung menggeleng.

"Oh,kenapa datang sini?"

Bahu diangkat,lalu matanya ligat memerhatikan ruangan dalam apartment Jungkook.

"Oi oi...mata tu.Kang kalau bini aku tak pakai baju,naya kau,"

"Kenapa bini kau tak pakai baju?"

"Dia tu kan sukahati je nak buat apa,"

"Memang selalu ke bini kau tak pakai baju dalam rumah?"

Jungkook menjeling Taehyung.Lelaki ni,kalau tengah serius nak dibawa bergurau,otak tu memang dah tak berfungsi.Tak tahu ke orang tengah bergurau?

"Aku gurau je lah.Kau ni pun.Hah,masuklah dulu.Kitaorang tengah tunggu piza datang sebab ada orang masak sampai hangus,"

"Okay.Tapi isteri kau pakai baju tak?"

"Bongok lah kau ni.Masuk je lah!" Taehyung ketawa.Sedih-sedih dia pun,dapatlah juga dia ketawa tengok gelagat Jungkook.

"Eh abang Taehyung?Dari mana ni?" Tanya Hae Ryung yang mengeringkan rambutnya dengan tuala,baru lepas mandi agaknya.

"Adalah.Abang kacau korang ke?"

Jungkook menggulingkan matanya ke atas,"tadi depan pintu tak nak tanya aku"

Taehyung tersenyum nipis.Layankan sahajalah Jungkook tu.

"Abang duduklah.Nanti Foodpanda datang,kita boleh makan sama-sama,"

"Hae Ryung masak sampai hangus ke?"

Hae Ryung ketawa dengan gigi yang diketap.Namun nampak sangat yang tawanya itu seperti dipaksa.Dia menjeling Jungkook sekilas.Suaminya tu,kalau boleh,satu kampung nak dibagitahu.

"Kalau orang tu tutup api masa Hae Ryung tengah on call dengan hospital,mesti makanan tu tak hangus.Asyik sibuk main game je.Abang jangan risau,Hae Ryung pandai masak cuma hari ni nasib tak baik," terangnya panjang lebar sambil diselitkan perlian terhadap Jungkook.

"Makanan dah sampai!" satu suara muncul dibalik pintu.

"Tak pe,abang ambilkan," kata Taehyung kepada pasangan itu.Apabila pintu dibuka,dahinya berkerut.Muka yang bertopi kaledar warna merah jambu itu dipandang sejenak.

Jeda.

"Uhhh,bayar?" Taehyung mengeluarkan dompetnya.Sambil mengeluarkan duit,dia terus-menerus memandang lelaki dihadapannya itu.

Dia ni bukan yang hantar bunga haritu ke?

"Terima kasih," tiga kotak piza dan sekeping diit kertas bertukar tangan.

Pekerja Foodpanda yang lebih pendek daripada Taehyung itu memulangkan bakinya.

"Yoongi?" setelah lama berfikir,barulah dia ingat nama lelaki yang menghantar bunga kepada Soo Min hari itu.

Yoongi memandang Taehyung pelik.Tanpa berkata apa-apa,dia terus berlalu pergi.

"Lama bro,pikat awek Foodpanda ke?"

Sudah semestinya,soalan yang terlebih bernas itu datangnya daripada Jungkook.Hasilnya,belakang kepalanya ditepuk Taehyung.

Cakap lagi benda yang merepek,kan dah kena.Hae Ryung mengabaikan mereka berdua,sekotak piza dari tangan Taehyung disambar.

Eloklah ada tiga kotak.Senang je,sorang ambil satu kotak.Fuh,kenyang abadi!

"Eh eh,pergi ambil air," baru nak sumbat satu kepingan piza Super Supreme,Jungkook sudah menghentikannya.

Hae Ryung mengukirkan senyuman,sempat lagi matanya dijegilkan ke arah Jungkook.

Nasib ada abang Taehyung,kalau tak memang kena WWE kau dengan aku

"Bro,kejap lagi Hae Ryung kena pergi hospital.Lepastu barulah kau cerita dengan aku.Sekarang,kita makan dulu ya?Kau nak tengok apa?" Jungkook mengambil remote disebelahnya.Beberapa siaran ditukar sehinggalah Taehyung suruh dia berhenti.

"Seriuslah tengok Goblin?"

"Seriuslah.Kau ingat aku tak tengok drama?"

"Nah air,tuan-tuan muda sekalian," Jungkook tersengih,menunjukkan barisan giginya yang putih.Suka betul bila orang panggil dia Tuan Muda.

Terasa muda gitu.



Setelah mendengar cerita Taehyung,Jungkook menggosok dagunya.Sungguh rumit situasi Taehyung dan Soo Min ni.

Dia nak cakap apa pun,dia tak tahu nak mula dari mana.

"Macam mana nak cakap eh?Kau...okay ke dia dengan Jimin?"

"Diaorang bukannya pasangan pun,"

"Tak lah.Maksud aku,kau okay ke kalau dia dengan Jimin rapat?Kalau bukan sebagai pasangan pun,sebagai kawan,"

Taehyung menunduk,tak tahu apa yang perlu dia ulas.Dia sendiri tak faham dirinya,macam mana dia nak bagitahu Jungkook yang dia okay atau tidak?

"Macam inilah abang.Kalau kau okay,kau pergi minta maaf dengan Soo Min.Tak sepatutnya kau marah dia,sebab apa yang dia cakap itu betul.Kau tak ada kena mengena dengan kehidupan peribadi dia.Memang kau majikan dan juga 'kawan' dia,tapi kau kena hormat keputusan dia.Let her do her own decision.

Tapi kalau kau tak okay,kau kena tahu yang kau dah mula ada perasaan dengan Soo Min,"


"Apa pandang aku macam tu?" soal Jungkook dengan nada perlahan.Kusyen kecil di atas sofa dicapai dan dipeluk.Seram sungguh bila Taehyung buat muka.

"Aku tak ada perasaan dengan dia,"

"Tapi kau risau sangat pasal dia.Bukannya Jimin tu nak kahwin dengan Soo Min pun,"

"Aku rapat dengan Soo Min, Jungkook.Aku kenal siapa Jimin.Walaupun aku tak berapa rapat dengan Jimin tapi aku tahu niat dia.Macam mana kalau dia gunakan Soo Min?"

"Tch tch tch," Jungkook menggeleng kepala.Itulah apa yang dia cuba sampaikan pada Taehyung,tapi susah untuk diletakkan dalam satu ayat.

"Saudaraku abang Taehyung,itulah masalah kau.Kalau kau mengaku yang kau setakat 'kawan' dan 'majikan' pada dia,kau takkan persoalkan Jimin.Mana kau tahu niat dia?

Kalau Soo Min maafkan dia,kau pun maafkan dia.Kalau kau tak ada apa-apa perasaan dengan Soo Min,kau terima Jimin sebagaimana Soo Min terima dia.Kalau kau 'kawan' Soo Min,kau kena faham kenapa dia tipu kau.

Tapi apa kau buat Taehyung?Kau marah dia sama seperti bila kau dapat tahu Yoo Jung curang depan mata kau"

"So kau nak salahkan aku lah ni?"

Jungkook meruap mukanya.Aduh,susah nak bagi mamat ni faham.

"Abang,aku sekarang tengah bagi perbezaan antara situasi kau tak suka dia dengan situasi kau suka dia.Bila kau tak suka Soo Min,kau support keputusan dia.Yes,it's a small matter.Kalau kau marah dia sebab tipu kau,then settlekan.Habis masalah.

Tapi kalau kau suka dia Taehyung,kau tak nak dia dekat dengan Jimin.Kau nak lindungi dia.Kau marah dia sebab tipu kau walaupun ada sebab kenapa dia tipu kau Taehyung.Sebab dia tak nak besarkan hal ini.

Aku dah cakap Taehyung,cinta tak kira masa.Sesuai atau tak,kau tetap ada perasaan dengan orang tu sampai kau overprotective. Kau masih lagi nak nafikan perasaan kau?"

Ruang tamu itu kembali sunyi sebaik sahaja Jungkook sudah habis berceramah.Taehyung menjilat bibir.

Tak,Jungkook tak faham

"Aku tak faham apa kau cakap,"

THUD!

Sampai terjatuh dari sofa lelaki itu dibuatnya.Penat-penat dia buat ayat sampai nak bernafas pun susah,Taehyung masih lagi kata yang dia tak faham?

"Kau okay tak?Aku dah cakap jangan duduk hujung sofa," dia memandang kosong Jungkook yang bakal meletuskan gunung berapi di lantai itu.

"Pergi je lah minta maaf dengan Soo Min esok.Kau ni buat aku pening kepala lah,"

"Kenapa pula?Bukan aku yang salah.Dia yang ti—"

"Aip aip aip!Tak habis-habis dengan tipu.Sebagai kawan,kita kena saling memaafi.Kau kata kau kawan dia kan?Hah,esok minta maaf dengan dia.Mulai sekarang,apa yang dia buat dengan Jimin tak ada kena mengena dengan kau.Satu je benda yang kau boleh buat kalau kau risau sangat Jimin gunakan Soo Min.Eh nama diaorang macam serasilah.

Apapun,cadangan aku,kau jumpa lelaki tu and then cakap dengan dia jangan mainkan setiausaha kesayangan kau tu.Kalau tak dia..."

Jungkook mematikan kata-katanya dan membuat isyarat 'cut throat' di lehernya.

"Kenapa aku pula yang nak jumpa Jimin.And no,aku takkan minta maaf pada Soo Min,"

"Lah kau kan kawan Soo Min.Nasihatlah si Jimin tu.Kau kan tak nak Soo Min terluka.Kalau kau tak nak minta maaf pada Soo Min,maknanya sangkaan aku betul.KAU JEALOUS," Jungkook menjelir lidah.

"Sudahlah Jungkook.Aku takkan suka Soo Min,"

Jungkook mencebik.

Okay,kita tengok nanti..

Author Note

SELAMAT HARI RAYA 🥰🌹
Maaf lambat up,busy buat kuih(makan kuih sebenarnya) ahahaha

Ini isyarat cut throat guys

Continue Reading

You'll Also Like

789K 40K 35
1ST BOOK OF BRIDE SERIES✨✨ Don't do this, leave my parents, don't ruin my life, I will die. She was begging infront of him joining her both hands. Th...
359K 4.9K 32
Rajveer is not in love with Prachi and wants to take revenge from her . He knows she is a virgin and is very peculiar that nobody touches her. Prachi...
1.3M 32.8K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
794K 23.5K 63
"Real lifeမှာ စကေးကြမ်းလွန်းတဲ့ စနိုက်ကြော်ဆိုတာမရှိဘူး ပျော်ဝင်သွားတဲ့ယောကျာ်းဆိုတာပဲရှိတယ်" "ခေါင်းလေးပဲညိတ်ပေး Bae မင်းငြီးငွေ့ရလောက်အောင်အထိ ငါချ...