DENDAM MR DEVIL

Von farnazamri

846K 29.4K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk Mehr

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 11

14K 372 5
Von farnazamri

"Woi Fasha!"

Nur Fasha tersentak apabila namanya dipanggil kuat oleh sesorang dari luar bilik mandi. Kasar suara tersebut. Dia hanya buat dengar tak dengar saja dan membatukan diri dibawah pancuran air.

"Fasha! Kau pekak ke aku panggil kau ni." Gina mengetuk kuat pintu bilik mandi itu. Rasa nak pecah pintu ini. Sudah tukar habis panggilannya.

Diam, tiada balasan didengari jugak. Kesabaran dia makin tipis sehinggakan terasa mahu memecahkan pintu itu.

"... ke kau dah mati beku dalam tu?" Selagi Fasha tidak membalas pertanyaannya itu selagi itu dia tidak puas hati.

Fasha merengus. Kenapa Gina tu tidak dilahirkan bisu aje, kan? Kalau bisu, mungkin aman sentosa hidupnya. Dasar talam dua muka!

"Woi perempuan jalang!" jerit Gina lagi. Perkataan kesat terkeluar dari mulutnya.

Fasha menarik nafas dalam sebelum melaung kuat, "Kejaplah, aku nak keluar la ni." Terasa mahu menerjah keluar sahaja dari tandas ini dan menampar mulut puaka si minah meroyan tu. Sebijik macam Iskandar ngok ngek!

"Dengar pun kau. Ingatkan kau ni dah pekak." Terkumat-kamit mulut Fasha mengajuk setiap butir bicara yang didengarinya. Menyampah tambah meluat.

"Aku letak baju kau dekat atas katil ni." Sambung Gina lagi sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Pipi air ditutup Fasha. Bathrobe yang tersangkut elok di penyidai diambil dengan malas. Lambat-lambat dia berlalu keluar.

Mata Iskandar masih terkatup. Selepas terdengar bunyi, mata Iskandar terbuka sedikit. Dia cuba mengesan dari mana datangnya bunyi itu. Terkerut-kerut keningnya saat mencari sesuatu di sebelah katil.

"Abang!"

Suara teruja seseorang menyapa laju ke dalam telinga Iskandar. Dia menggambil iPhonenya tadi, terus mengangkat panggilan yang masuk.

"Ya sayang..." Suara Iskandar perlahan. Dia kembali menutup mata.

"Adik ada dekat airport, abang datang la ambil adik!"

Dahi Iskandar berlapis. "Are you serious, dear?" Iskandar tanya untuk kepastian. Dia terbaring ke kiri pula.

"Yaa abangkurr sayang~" Meleret-leret suara si adik.

"Adik tunggu, kejap lagi abang sampai,"

Iskandar mematikan panggilan. Dengan malas, dia mencelikkan mata. Tanpa buang masa, dia menuju ke bilik mandi. Kalau bukan sebab adiknya, tidak lagi dia bangun.

T-shirt jenama Polo disarungkan ke badan. Kunci kereta yang terletak elok di atas meja berhampiran katil dicapainya. Iskandar masuk ke dapur dan terus meneguk segelas minuman untuk menghilangkan haus sebelum ke airport.

"Where are you going, sayang?" tanya Gina entah dari mana menyentakkan Iskandar yang sedang meneguk air. Dari tadi dia merenung wajah lelaki itu.

"Airport," jawab Iskandar acuh tak acuh saja. Tiada langsung di lubuk hati untuk memandang muka jelita Gina.

"I nak ikut!"

"Kau tak payahlah sibuk nak ikut aku. Kau duduk rumah jaga Fasha lagi bagus." Iskandar berujar selamba.

Gina menghentakkan kedua belah kakinya tanda protes selepas mendengar bicara dari lelaki itu. Tak habis-habis dengan Fasha. Menyampah!

Tanpa mempedulikan Gina, Iskandar terus melangkah keluar dari dapur meninggalkan perempuan itu. Malas dirinya mahu layan perempuan gedik seperti itu.

Gina yang melihat tindakan Iskandar sebentar tadi mula menarik muka masam. Terasa dirinya tidak ubah seperti patung.

"Ish, benci la aku dengan kau ni Iskandar. Tak apa Iskandar, macam mana pun kau tetap akan jadi milik aku juga nanti, kan?" Gina mula tersenyum jahat mengingat kembali rancangannya. Gelak tawanya memenuhi ruang dapur itu.

Beberapa puluh minit perjalanan akhirnya sampai juga di airport. Iskandar turun dari kereta miliknya dan terus mencari adiknya. Matanya melilau.

Tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang gadis yang sedang melambai-lambai ke arahnya. Gadis itu mula mengorak langkah menghampiri sambil menarik bagasi dengan senyuman manis di bibir.

"Abang!" jerit gadis tersebut sehingga menjadi perhatian beberapa pasang mata.

"Adik..."

Bagasi yang ditarik oleh Kalida dilepaskan begitu saja lalu dia memeluk erat abangnya. Terangkat-angkat kaki selepas abangnya membalas pelukan rindu itu.

"Kenapa Ida pulang awal sangat ni, bukan bulan depan ke baru balik sini?" Iskandar melepaskan pelukan, merenung wajah adiknya.

"Sebab adik rindu sangat dekat abang la." Kalida menarik hidung mancung milik abangnya. Sengaja mahu mengusik.

Iskandar mengecil-ngecilkan matanya. "Iyalah tu rindu abang, ke adik rindu buah hati adik?"

"Of courselah tak! Adik rindu abang aje." Kalida membuat muka comel dengan mata dikelip-kelipkan. Iskandar hanya buat muka menyampah. Adik siapa ni?

"Dah jom balik."

"Jom!"

Fasha meneruni anak tangga. Sesekali mata memandang sekeliling. Kosong. Langsung tiada kelibat orang di ruang tamu. Malas mahu ambil tahu, Fasha menuju ke dapur.

"Woi perempuan jalang."

Mendengar saja suara, Fasha berhenti melangkah. Laju dia berpaling, melihat tuan empunya suara. Bahunya turut disentuh lembut oleh seseorang.

"Kau sakit ke?" Fasha bertanya dalam nada sinis. Giliran dia pula sakitkan hati perempuan itu.

"Asal kau cakap macam tu?" Gina turut bersuara sinis. Wajah Fasha direnung penuh menyampah.

"Kau tiba-tiba je pegang bahu orang. Tak malu eh?" Fasha menjungkit senyuman. Mampu membuatkan perempuan itu sakit hati. Memang itu yang dia mahu.

"Kurang ajar punya perempuan!" Tanpa isyarat mahupun amaran, Gina menampar pipi Fasha, kuat. Kepala Fasha memang sudah terteleng ke tepi. Pedih.

Sabar Fasha! Sabar! Ayat tersebut diulang di dalam hati walaupun kesabarannya hanyalah tinggal senipis kulit bawang. "Kau kenapa tampar pipi aku?"

"Suka hati akulah!" Tangan Gina mula gatal menarik rambut panjang Fasha. Melihat Fasha mengerang kesakitan, makin kuat genggamannya. Mahu lepaskan segala geram yang terbuku.

"Argh, le... lepaslah!" Fasha memerontak supaya Gina melepaskan rambutnya. Genggaman itu terlampau kuat. Air mata meneruni pipi. Ibu....

"Kau memang perempuan sial!" Gina turut berasa sakit di kulit kepala saat Fasha mula menarik rambut perangnya. Masing-masing mengerang kesakitan.

"Sakit la!" Bergema suara mereka di dalam rumah tersebut. Suara syaitan seolah sedang memberi semangat kepada mereka.

Tiba satu masa, Fasha menolak tubuh Gina jatuh ke atas lantai. Kulit kepalanya terlampau sakit sampaikan tertolak perempuan itu. Apabila tersedar, Fasha menekup mulutnya. Sumpah, dia tak sengaja. Allah...

"Aarghh!" Gina mengerang kesakitan di punggungnya selepas terhempas kuat di lantai. Pedih! Tubir matanya sudah berair.

"Fasha!"

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

405K 10K 102
KARL AIDYN ? Mafia yang di takuti semua pengikutnya , kekayaan dan ketampanannya menarik semua perempuan untuk mendekatinya walaupun mengetahui sikap...
2.1M 36.5K 60
Qaira telah dijodohkan dengan Syed Nazril oleh perancangan keluarga. Hanya kerana jasa keluarganya yang membesarkannya dari kecil, terpaksalah Qaira...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
16.7K 624 64
RED FLAG SERIES [SECOND BOOK] Dipagari hati penuh duri, namun runtuh dengan nafsu sendiri. Disaat diri kian merapuh, iman kembali dikutip dalam setia...