Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETE...

By Choco_Lyn

1.7M 92.6K 4.5K

@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan o... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
Epilog

BAB 56

24.5K 1.3K 35
By Choco_Lyn

Dapat saja panggilan daripada papa, aku dan Rayn bergegas menaiki kereta menuju ke tempat yang telah diberitahu papa. Sepanjang perjalanan, kami masing- masing hanya diam. Baik Rayn mahupun aku. Mungkin sedang berdoa dalam hati barangkali.

Sungguh, aku tak sangka nasib yang menimpa Faliq ketika ini. Papa beritahu aku   yang Faliq cedera parah  di bilik hotelnya. Kebetulan, ketika itu papa turut sama menetap di bilik hotel aras yang sama. Dengar saja bunyi tembakan, terus saja papa keluar dari biliknya. Terkejut gamaknya papa bila lihat mangsa tembakan tersebut adalah Syed Faliq.

Tiba sahaja di hospital, aku berjalan laju ke arah wad kecemasan yang papa beritahu. Rayn pula hanya menurutiku dari belakang. Dia sedari tadi hanya diam membisu. Langsung tak bersuara.

Dari jauh, mataku menangkap beberapa orang yang aku kenali berkumpul. Di antara nya adalah papa, mama, Syed Hadi dan juga Sarah. Segera aku merapatkan jarakku dengan mereka. Ahli keluarga Sarah juga ada bersama.

"Sarah?" seruku mendekati gadis itu.

Mendengarkan seruan ku, Sarah terus saja mengalih pandang padaku. Serentak itu, dia berlari kecil ke arahku. Tubuhku didakapnya. Menangis dia di bahuku. Aku hanya mampu memujuk. Belakang badan nya aku usap.

"Macam mana keadaan Faliq, Pa?" Rayn yang baru saja tiba, sudah mendekati papa. Mendatar saja dia bertanya.

Papa keluh berat. Matanya dipaling ke arah Syed Hadi yang berdiri sedikit jauh sebelum matanya melekat pada pintu kecemasan yang masih terkatup. "Kritikal. Doktor baru beritahu kami yang cedera Faliq pada bahagian dada sangat parah. Kemungkinan peluang untuk dia sembuh pun.." di hujung ayat, papa biarkan tergantung.

Rayn sekadar mengangguk. Fahamlah dia, apa yang cuba dimaksudkan papa.

Mata Rayn sudah melirik ke arahku yang masih sibuk meredakan tangis Sarah. Aku langsung tak sedar tatapannya. Masih aku sibuk memujuk Sarah untuk tabah.

"Sabar, Sarah. Rafa tahu Faliq kuat." hanya itu yang mampu aku ucapkan ketika ini.

Sarah masih menangis. Aku tahu perasaan nya itu. Pasti dia resah memikirkan nasib bakal tunangnya itu. Sudahlah dalam hitungan satu hari saja lagi, mereka bakal bergelar suami isteri dan kini, bala pula menimpa nasib Faliq. Kasihan.

"Sarah call Faliq waktu itu.." kata-kata Sarah itu buatkan dahiku berkerut. Namun, aku cuba untuk melayan.

"Lepas itu?"

Gadis itu meleraikan pelukannya pada tubuhku. Ummi Sarah yang mendengar perbualan kami hanya mampi membisu, bahu Sarah diusapnya lembut.

"Sarah dengar orang ketuk pintu bilik Faliq, b-bunyi tembakan d-dan..Fa-Faliq.." tersekat-sekat gadis itu meneruskan cerita nya. Dari reaksinya juga sudah cukup jelas bahwa peristiwa tersebut sudahpun dilabel sebagai trauma dalam hidupnya.

Kembali, air matanya menitis. Kini lebih deras. Dia tak mampu untuk teruskan ceritanya. Melihatkan itu, segera aku menarik tubuh Sarah ke dalam pelukan ku semula. Aku biarkan Sarah menangis semahunya. Aku tahu dia perlukan ruang untuk melupakan kejadian itu.

Dari cerita Sarah itu, aku tahulah yang dia adalah saksi kejadian. Dia dengar apa yang berlaku dalam kes tersebut.

Sedang leka, aku memujuk Sarah, mataku terus saja terpandangkan Rayn yang sedang sibuk berbual dengan ayah Sarah. Serius. Senyum tipisku terlukis. Tanpa aku sedar, Rayn juga turut mengalih ke arahku. Pandangan kami berlaga. Aku terpana untuk seketika.

Namun, setelah itu Rayn terlebih dahulu melarikan pandangannya. Aku agak terkedu juga dengan reaksi dinginnya itu. Kenapa.. dia dingin begitu pada aku?!

Baru saja aku nak mengalihkan tatapan ku ke tempat lain, mataku menangkap sosok seseorang dari jauh. Aku menajamkan pandanganku. Sosok seorang gadis yang ralit memerhatikan kami yang sedang bekumpul.

Mungkin menyedari pandanganku, dia terus saja melajukan langkah pergi dari situ. Dari jalannya, aku seakan kenal identitinya. Lama aku berfikir sebelum akhirnya, raut terkejutku bertayang.

Azura??
...
Perlahan, langkahnya diatur menuju ke arah jasad yang sedari tadi hanya membisu. Perasan juga dia bila lihat lelaki itu hanya diam dan menjarakkan diri. Mungkin, kes Faliq ini buatkan dia lebih terkesan teruk daripada yang lain.

"Nah, kopi latte. Aku harap ini masih kesukaan kau, Hadi." tin minuman sejuk itu dihulurkannya kepada lelaki yang duduk berteleku di kerusi penunggu.

Tergamam, Syed Hadi akhirnya mengangkat wajah. Raut Dato' Jazri dipandangnya. Tiada emosi yang dia suakan. Tak terselit sedih mahupun marah. Hanya biasa.

Lama dia diam sebelum akhirnya, huluran itu disambutnya. Melihatkan gelagat Syed Hadi, senyuman nipis Dato' Jazri meleret. Tempat kosong di sebelah lelaki itu ditempatinya.

Hening seketika. Dalam kepala, Dato' Jazri merangka perbualan. Buat masa sekarang, dia perlu jaga hati lelaki itu.

"Jangan risau. Aku tahu si Faliq itu budak kuat. Macam kau masa muda-muda dulu." Dato' Jazri memulakan kata semangat nya.

Syed Hadi tak menunjukkan sebarang respons. Air tin itu dibukanya lalu diteguk. "Dia muda lagi. Aku takut dia tak kuat tanggung sakit itu. Sama macam arwah mak dia dulu." ujar Syed Hadi dingin. Langsung wajah Dato' Jazri tak dipandang nya.

Mendengarkan itu, Dato' Jazri sekadar menganggukkan kepala. Bisu mulutnya mahu meneruskan perbualan. Entah ayat apa lagi yang patut disusunnya agar perbualan itu berterusan.

Hening dan sepi. Deheman kecil Syed Hadi memecahkan keheningan itu.

"Aku nak ucapkan terima kasih. Kalau tak ada kau untuk tolong dia, mungkin Faliq takkan dapat bertahan sampai ke hari ini." tulus, ayat itu dihamburnya. Ada nada kesal nya terselit.

Dato' Jazri tersenyum pendek mendengar ucapan terima kasih itu. "Aku buat semua itu atas dasar kemanusiaan. Lagipun, aku kenal Faliq itu. Kau jangan cakap terima kasih pada aku. Lagipun, pertolongan aku ni tak seberapa."

Tersengih pendek Syed Hadi dibuatnya. Kali ini, barulah wajahnya diangkat memandang Dato' Jazri di sisi. Tubir matanya sudah bergenang air mata jantan. Dia fikir dia dapat bertahan untuk tak menumpahkan air mata namun nyatanya dia silap. Dia lemah.

Sungguh, dia tak mahu kehilangan Faliq. Pertolongan Dato' Jazri padanya benar- benar besar.  Kerana Dato' Jazri, Faliq masih ada peluang untuk diselamatkan walaupun peluang itu tersangatlah nipis.

Akhirnya, Syed Hadi memeluk tubuh Dato' Jazri. Egonya selama ini teguh, akhirnya roboh. Di tubuh Dato' Jazri, semahunya dia menangis.

"Maafkan apa yang aku dah buat pada kau, Jaz. Aku minta maaf. Terima kasih sebab kau tolong selamatkan Faliq. Aku tak tahulah apa jadi pada dia, kalau kau tak ada. Terima kasih, Jaz!! Terima kasih!!!" berkali-kali ucapan maaf itu meniti keluar dari bibirnya.

Dato' Jazri hanya mampu memujuk. Tubuh tua Syed Hadi diusapnya agar lelaki itu tak terbawa emosi.

Syahdu. Aku perhatikan saja perilaku papa dan Syed Hadi dari jauh. Senyum tipisku terukir lebar. Nampaknya, Tuhan masih beri papa peluang untuk mengutuhkan semula persahabatan yang dulunya renggang. Apa yang aku harapkan kini, hubungan papa dan Syed Hadi akan bertambah baik.

Ehem!
Deheman garau Rayn, mengalihkan perhatianku.

Terus Rayn yang sudah berdiri di belakang ku, aku pandang. Rautnya serius sedari tadi. Tak senyum langsung. Aku pula yang rasa pelik.

"Nak balik ke nak stay?" soalnya memandangku layu.

"Rayn dah nak balik ke?" tak menjawab soalannya. Soalan lain pula aku tuju padanya.

Rayn keluh kecil. "Kalau Rafa nak stay, Rayn balik." dingin, dia memberi jawapan.

Langkahnya terus saja bergegas mahu meninggalkan aku namun aku pantas menghalang. Lengannya aku genggam agar dia tidak terus menjauh.

"Kenapa ni, Rayn?" soalku bila merasakan ada keanehan pada sikap suamiku itu.

Kasar, dia leraikan pegangan tanganku pada pergelangan tangannya. "Kalau nak balik, ikut Rayn." putusnya. Laju dia tinggal kan aku di belakang.

Tergamam aku melihat tingkahnya itu. Entah apa salah aku pada Rayn. Aku sendiri tak pasti.
...

Continue Reading

You'll Also Like

163K 5.6K 61
KARYA PERTAMA - NURUL ASYIQIN Tengku Aaryan Zahreen ❆| Azzahra Raissa ❃ "Me? I'm cold hearted men & a killer" -Tengku Aaryan Zahreen- Sejauh manapun...
32.9K 1.9K 38
For younger me, who wanted to be someone's first choice.
2M 90.3K 79
TENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempur...
1.1K 97 4
Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah mudah bagi Thalia. Namun, dia tidak punya pilihan. Membesarkan anak tanpa seorang suami memberi dia kekuatan unt...