Dugaan Hati♡

By limaudotdot

477K 13.2K 582

[COMPLETED] 🌈 "Hana saya minta maaf. Tolonglah maafkan saya." entah suda... More

♡Dugaan Hati♡
1 ; First Marriage ❤💍
2 ; Lafaz Akad 💍👰
3 ; Engaged 💍💋
4 ; Pregnant?! ❤👶
5 ; Malaysia!❤🏁
6 ; Sampai Hati😔💔
7 ; Tragedi 💥💔
8 ; Last time?🔥💔
9 ; Separuh Hati☔💔
10 ; Kerana Rahsia~😐
11 ; Jauh🍁😔
12 ; Kahwin? Lagi?😧🍁😔
13 ; Second Marriage 💔🔥
15 ; Caring kah?😐
16 ; Direka Bahagia😿
17 ; Drama?☔
18 ; Berani Mati?💩
19 ; Dera💔🔪
20 ; Bagai Jatuh Ditimpa Tangga💔
21 ; Tawar Hati💔💌
22 ; Cerai lagi🌹
23 ; Memori Dolu Dolu😂
24 ; Afeef ♥
25 ; 🌹
26 ; 💔
27 ; ☔
28 ; Love?
29 ; Jawapan?💍
30 ; Dugaan Apa Lagi🚨
31 ; 🌹(>_<)
32 ; 🌹(>_<)
33 ; Hot News🔥
34 ; Antagonis Lagi?!
35 ; 😨
36 ; ⛄
37 ; 😂
38 ; Sweet Memo♥
39 ; Ending?
40 ; Bahagia Bukan Kita♡
41 ; Kali Terakhir♥
Haiiiiii!!!
Dear Readers🤍

14 ; Long Time No See😎

9.2K 313 15
By limaudotdot

"MORNING, bonda, ayah." tegur Hana sebaik sahaja tiba di ruang makan.

"Morning, suami kamu mana?" soal bonda, Datin Hazratul.

"Mandi, Hana turun dulu nak tolong bonda." ujar Hana, senyuman ikhlas diberikan pada bondanya.

"Ha pegi bancuh coffee. Kut kut Zaq tak minum tea. Sebab bonda bancuh tea je untuk ayah." arah bonda.

"Zaq tak minum coffee atau tea bonda. Dia minum milo dengan susu je." ujar Hana.

"Eh, mana kamu tau?" soal Datin Hazratul, anak sulung perempuannya itu dipandang hairan.

"Dia gastrik nanti minum coffee and tea." ujar Hana, tidak menjawab soalan.

Zaqril sekadar menjadi pendengar setia di sebalik dinding. "Dia ingat?" fikir Zaqril sebelum kaki diatur masuk ke ruang makan.

"Ha Zaq marilah duduk, breakfast." ajak ayah, Dato Zulfadli. Zaq sekadar akur. Dia mengambil tempat di sebelah kiri mertuanya.

Hana ligat menghidangkan makanan. Suaminya sekadar dipandang sekilas. Baru sahaja dia ingin melangkah balik ke dapur, dia berpatah balik.

"Awak, nak susu atau milo? Ke nak orange juice je?" soal Hana lembut.

"Mana-mana pun okey." balas Zaq.

"Saya ambilkan milo panas ye." ujar Hana sebelum melangkah kembali ke dapur. Zaq sekadar mengangguk.

"Zaq," tegur ayah.

"Ya ayah?"

"Ayah harap kamu terima anak ayah sebaiknya. Dia tu pernah keguguran. Banyak benda jadi masa dia kahwin dulu. Segala kekurangan dia, ayah harap kamu terima. Didiklah dia, bimbinglah dia dan jagalah dia. Jika satu hari kamu sudah tidak mahukan dia. Kembalikanlah dia pada ayah dengan cara yang baik." ujar Dato Zulfadli, bahu menantunya itu ditepuk lembut.

Zaqril sekadar membalas dengan senyuman. Tak berani janji untuk tak cederakan isterinya itu. Kerana memang itulah niatnya berkahwin dengan Hana. Mendera insan bergelar wanita itu.

🌸🌸🌸

"DAH siap?" soal Zaq. Isterinya itu dipandang kosong. Hana sekadar mengangguk.

"Jom." dua buah bagasi dimasukkan ke dalam perut kereta. Di biarkan isterinya itu berdrama airmata dengan ibu mertuanya. Zaqril sekadar jadi pemerhati.

Seusai sahaja bersalam, Zaqril terus sahaja meminta diri. Hana sekadar akur. Iyalah suamikan. Kalau lawan nanti tak cium bau syurga pula.

Suasana tegang antara sepasang suami isteri ini memang tak dapat dileraikan. Yang sorang spesies bisu. Yang sorang spesies telan ego. Hana dari tadi ralit bermain telefon pintarnya. Zaqril masih fokus pada pemanduan. Malas nak tegur isteri disebelah. Dia masih sakit hati akan kejadian yang meragut nyawa tunangnya.

40 minit perjalanan terasa seperti angin lalu. Sampai sahaja di hadapan rumah Zaqril, Hana terus turun. Tidak betah dia berlama-lama di sebelah lelaki itu. Rumah agam Zaqril memang cukup mewah. Leka Hana memerhati sekelilingnya.

"Masuk." arah Zaqril.

Hana sekadar menjadi pengikut setia.

"Jom aku tunjuk bilik kau." ujar Zaqril sinis.

'Alhamdulillah tak sebilik.' ucap Hana dalam hati. Dia sudah tersenyum puas.

"Malam ni masak untuk aku. Ada benda nak bincang." ujar Zaqril sebelum langkah diatur ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.

"Amboi, hempas pintu macam dia yang kena paksa kahwin! Dasar gila!" kutuk Hana sendiri.

Pakaiannya trus dikemaskan. Sedang ralit dia melipat baju, terdengar bunyi kereta suaminya.

"Mungkin ke bandar." duga Hana, malas nak ambil kesah. Lantak dialah.

"Jom?" ajak Zaq yang tiba-tiba sahaja muncul di pintu. Mahu terlepas kain-kain yang diangkat oleh Hana diterjah sedemikian.

"Pergi mana?" soal Hana, kerja-kerja mengemas diteruskan.

"Beli barang untuk masak. Siap cepat dalm 15 minit, aku tunggu dalam kereta." ujar Zaqril lalu meninggalkan isterinya itu terkulat-kulat disitu.

"Amboi! Suka hati dia je buat keputusan sendiri! Tak guna punya suami!" kutuk Hana.

Cardigan hitam segera disarungkan pada tubuhnya. Bawal hitam yang sudah sedia tergantung itu disambarnya. Beg tangan diambil sebelum langkah diatur pantas . Lambat nanti kena tengking, sia-sia hidup.

🌸🌸🌸

"NAK beli apa?" soal Hana. Suaminya itu dipandang kosong.

"Beli je apa-apa untuk barang masak. Aku bayar nanti. " ujar Zaqril. Matanya masih meliar melihat barang-barang yang dijual di dalam supermarket itu.

Hana sekadar mengambil barangan yang perlu dan beberapa barang basah. Mujur sahaja ikan dan ayam di supermarket ini segar-segar belaka. Jadi tak perlulah dia risau untuk membeli.

"Aku nak pergi cari buah. Nanti aku cari kau." ujar Zaq seraya itu meninggalkan Hana.

Sedang ralit dia memilih barang, tubuhnya dirempuh kasar oleh trolley seseorang. Tak pasal-pasal dia jatuh terduduk di situ.

"Aduh, orang ni butakah apa?" soal Hana perlahan. Dia sudah mengutuk dalam hati. Baru sahaja dia hendak memarahi orang yang melanggarnya tadi, lidahnya kelu melihat gerangan tersebut.

"Qyra?"

"Danny..."

"Sorry Qyra, abang tak nampak." ujar Daniel. Dari dulu lelaki itu sentiasa membahasakan dirinya dengan panggilan 'abang'. Kadang meluat juga Hana.

Hana kenal Daniel dari zaman universiti lagi. Namun, selepas sahaja tamat pengajian, tiada satu khabar pun dari lelaki itu. Lelaki ini dulu pernah memberi harapan. Namun penghujungnya? Dia sekadar meninggalkan tanpa sebarang nota.

"Maaf Danny saya minta diri dulu." ujar Hana cuba berlalu dari situ. Namun Daniel lebih cepat bertindak. Tangan Hana direntap kasar.

"Qyra kejap. I can explain." ujar Daniel lembut namun tangannya masih kuat mencengkam tangan Hana.

"Danny sakit...Le..Lepas Danny..." ujar Hana tergagap-gagap, kolam airmatanya sudah mahu pecah.

Zaqril yang baru tiba memandang hairan. Isterinya itu didekati.

"Bro, lepaslah. Apa ni dayus?" mendengar suara itu Hana terus berpaling. Alangkah terkejutnya Zaqril melihat Hana sudah mengalirkan airmata. Serta merta api amarahnya membuak.

Tangan Hana pantas direntap kasar dari lelaki itu. Tubuh isterinya ditarik ke dalam dakapannya.

"Wow bro, kau siapa? Siap peluk dia bagai. Dia girlfriend akulah!" marah Daniel. Geram dengan gerangan yang tiba-tiba muncul ini. Lepastu boleh pula suka-suka peluk haknya. Eh haknya?

"Girlfriend ? HA HA! Kau ni penipu berjaya ke? Lawaklah. Hana ni isteri aku! Kau tak ada hak nak sentuh dia!" marah Zaqril. Tubuh isterinya masih dipeluk erat. Seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Pandangan sinis dilemparkan pada Daniel.

"Is... Isteri?" soal Daniel terkejut.

"Yes bro. We've married." ujar Zaqril sinis.

"Jom sayang?" tambah Zaqril kemudian membawa Hana pergi dari situ.

Isterinya itu dibiarkan duduk di dalam kereta. Wajah pucat isterinya dipandang sayu. Segera dia melakukan pembayaran kemudian semua barang diletakkan ke dalam bonet kereta.

Sepanjang perjalanan isterinya itu sekadar diam dan termenung.

"Kau okey?" soal Zaqril dia masih fokus pada pemanduannya.

Hana tidak memberi sebarang respon. Masih seperti tadi. Bisu dan termenung. Tangan isterinya dicapai dan digenggam lembut. Tersentak Hana, tangannya yang berpaut pada tangan Zaqril dipandang lama. Wajah Zaqril dipandang mencari penjelasan. Zaqril sekadar senyum.

Seketika terdengar esakkan dari sebelahnya. Terkejut dia melihat isterinya menangis semahu-mahunya.

"Eh Hana kenapa?" soal Zaqril cemas.

Isterinya itu masih seperti tadi. Menangis dan tiada tanda tanda mahu berhenti. Mujur sahaja mereka sudah tiba di rumah. Pantas Zaqril keluar dari perut kereta. Tempat duduk disebelah pemandu dituju.

"Hei, kenapa ni? Dah dah. Jom masuk." tubuh isterinya itu dipapah masuk.

Kelihatan Mak Yan sudah sedia di hadapan pintu rumahnya.

"Mak Yan, dalam kereta tu ada barang basah dengan sayur dan buah. Mak Yan tolong ambil ya. Barang-barang lain nanti saya angkat. Saya bawa Hana naik dulu." ujar Zaqril.

Baru setapak mereka suami isteri melangkah di anak tangga yang pertama tubuh Hana rebah longlai. Mujur saja Zaqril setia di sisinya. Tubuh isterinya diangkat terus ke biliknya.

Segera dia menghubungi doktor peribadi keluarganya. Terasa peluh dingin membasahi wajahnya. Dia cemas. Takut pun ada.

❤❤❤

"KENAPA dia?" soal Zaqril.

"Dia terkejut ni. Mungkin dia trauma sikit. Atau mungkin dia fobia dengan detik panik. Tapi kau jangan risau. Dia okay. Oh ya! Isteri kau ni demam sikit. Ni ubat demam. Ambil dua biji lepas makan, dua kali sehari. Make sure kau bagi dia rest dulu." ujar Ridhwan selaku doktor peribadi Zaqril. Kemudian barulah dia meminta diri untuk pulang.

Zaqril duduk dibirai katil. Wajah isterinya dipandang lama. "Kalaulah kau bukan orang yang aku dendam. Mesti aku dah sayang dan jaga kau selayaknya. Tapi kau.. Kenapa kau sanggup Hana?" soal Zaqril sebelum dia melepaskan tangisannya di situ. Langkah diatur keluar tidak betah dia menatap wajah gadis itu lama-lama. Risau jika dia jatuh cinta kali kedua...



Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Continue Reading

You'll Also Like

935K 28.5K 42
"Kalau inilah buatkan abah awak bahagia. Saya izinkan awak kahwin dengan riya,But...Divorce me first!"-Anna marisha "No! Sampai bila bila pun awak mi...
1.7M 62.7K 72
🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup...
1.6M 45.8K 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup memperma...
1.9M 45.9K 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan...