Kepada Dia Dengan Cinta

By karyaseni2u

20.5K 416 15

Tajuk: Kepada Dia Dengan Cinta Penulis: Marissa Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-123-3 Harga: RM22.00 (... More

BLURB
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 7

880 20 0
By karyaseni2u

KELAM-KABUT aku masuk kawasan kilang. Kalau boleh aku mahu sampai terlebih dahulu. Tapi tidak berjaya bila nampak Encik Naufal berdiri di hadapan keretanya sambil pandang ke arah kereta aku.

Alahai...

"Awak lambat lagi." Dia senyum-senyum. Senyuman lelaki paling menawan di muka bumi ini. Senyuman yang mampu membuat perasaan aku cair.

"Biasa aje..." Jual mahal sikit. Kalau tidak, nampak sangat aku melebih.

Dia angkat bungkusan nasi lemak.

"Saya belanja nasi lemak."

"Susah-susah aje."

"Saya dah jumpa nasi lemak yang jual telur kelapa macam mak cik yang jual depan sekolah kita dulu."

"Encik ingat lagi pasal mak cik tu?"

"Mestilah ingat. Kita kan sama-sama beratur nak beli nasi lemak dia. Hari tu saya terjumpa penjual nasi lemak yang sediakan telur kelapa."

Apalah jadi dengan ingatan aku. Semuanya serba tak ingat. Sedangkan itulah saat-saat manis zaman sekolah.

"Sedapnya..."

Tak sabar nak makan.

"Jomlah."

Kami sama-sama melangkah.

"Semalam saya telefon kawan saya. Manalah tahu mereka kenal dengan encik. Betullah, mereka ingat encik. Mereka pun pernah sukakan encik."

Dia toleh pandang aku sambil kerut dahi.

"Encik siap kirim salam untuk saya lagi."

Dia ketawa dengan kuat. Seperti lucu benar. Kemudian dia angguk. Sampai berair mata dia ketawa.

"Ya saya ingat. Dua orang, kan? Dua-dua sekelas dengan awak. Memang saya selalu suruh mereka sampaikan salam pada awak. Mereka sampaikan ke tak?"

"Sampai."

"Tapi awak buat bodoh aje, kan?" Dia ketawa lagi. Masa itulah aku tampar bahunya. Sah Sue dengan Balqis dah cerita semuanya.

"Baru tingkatan dua, kan? Takkan dah gatal."

Aku buat muka masam dan sambung melangkah.

"Ah! Comelnya awak masa tu."

"Comel apa gemuk macam tu."

"Comel la tu."

Kami sama-sama ke kafeteria.

"Weh, mak cik. Tak nak sarapan dengan kita orang ke?" Fisha panggil. Fisha ni kacau daun betullah. Dah nampak aku nak makan dengan Encik Naufal, sibuk pula panggil.

"Awak makanlah dengan kawan-kawan. Nah, nasi lemaknya." Encik Naufal hulur bungkusan nasi lemak kepadaku. Aku sambut dengan rasa berbelah bahagi. Berbelah bahagi antara nak makan dengan dia atau makan dengan Fisha.

"Terima kasih." Akhirnya aku pilih makan dengan kawan-kawan aku.

"Sama-sama."

Aku berjalan ke tempat yang biasa aku dengan Fisha duduk.

"Maaflah. Bukan nak kacau daun. Tapi takkanlah dah dapat Encik Naufal, aku kau tinggalkan." Fisha ketawa-ketawa. Ini kes tak sanggup nak makan sorang-soranglah ni. Rissa hari ni puasa ganti. Tu pasal bersungguh nak aku makan dengan dia.

"Makan dengan sesiapa pun sama aje. Janji perut kenyang." Aku jawab nak tak nak.

"Dia belikan kau nasi lemak ke?"

"Haah."

"Eh, aku rasakan. Orang yang bagi kau bunga hari tu mesti Encik Naufal."

Aku pandang wajah Fisha. Dah lama tak keluar cerita pasal bunga. Kemudian aku pandang Encik Naufal yang sudah mula menjamah nasi lemak. Dia tak sedar aku sedang perhatikan dia.

"Kau rasa dia yang bagi bunga tu?" Saja tanya soalan macam tu sebab tak nak Fisha fikir apa-apa.

"Siapa lagi kalau bukan dia."

Betullah tu. Orangnya pun dah mengaku. Tapi malas nak cerita hal yang sebenarnya. Tak nak jadi isu.

Aku buka bungkusan nasi lemak. Tak sabar nak menikmati nasi lemak yang Encik Naufal kata ada nostalgia kami.

Aromanya memang ada tapi rasanya sedikit berbeza. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya Encik Naufal masih ingat kenangan kami.

Aku makan tak toleh kiri kanan lagi. Mahu kejar masa sama. Selesai makan, Fisha tergesa-gesa bangun sebab dia mahu ke bilik air. Sakit perut katanya.

Aku habiskan makanan dan kemudian buang bungkusan nasi lemak ke dalam tong sampah. Dan bergerak tinggalkan ruang kafeteria.

"Eh, budak HR."

Aku toleh untuk melihat siapa yang panggil aku budak HR. Rosie rupa-rupanya. Ini sekutu Cik Sheila juga ni. Geng akauntan kilang.

"Panggil saya ke?" Aku pura-pura bertanya.

"Sejak bila rapat dengan Encik Naufal?"

Dah agak dah. Salah seorang peminat Encik Naufal dah mula berbunyi. Mesti ada yang perhatikan kami.

"Rapat dengan Encik Naufal? Tak adalah. Biasa aje." Selamba aku menjawab.

"Biasa apa bendanya bila tengok rapat semacam."

Eh, tak puas hati pula dia.

"Awak aje yang rasa kami rapat. Saya rasa biasa-biasa aje."

"Boleh tak jangan nak menggatal sangat dengan dia?"

Ini dah melebih ni. Aku tak boleh terima. Bila masa aku menggatal dengan Encik Naufal?

"Menggatal dengan Encik Naufal? Awak pun bukan tak kenal dengan Encik Naufal tu. Dia mana suka orang menggatal dengan dia. Dia takkan pandang punya. Jadi, janganlah suka buat tuduhan tanpa usul periksa."

Wajah Rosie berubah sedikit.

"Encik Naufal!" Terus aku panggil Encik Naufal yang kebetulan baru keluar dari kafeteria.

"Kau buat apa ni?" Rosie dah gelabah. Ini saja caranya untuk selamatkan diri sendiri.

"Kenapa panggil saya? Ada apa-apa masalah ke?" Seriusnya bertanya.

"Rosie dah salah faham. Dia cakap saya menggatal dengan encik. Boleh tak encik terangkan keadaan yang sebenarnya? Saya menggatal dengan encik ke?"

Ambik kau. Dengan aku jangan cuba main-main.

"Menggatal apa bendanya ni?!" tengking Encik Naufal.

"Bukan, encik. Sebenarnya..." Rosie dah tergagap-gagap.

"Sebenarnya apa? Saya nak tahu juga kisah sebenarnya."

"Ada orang beritahu saya encik dengan budak HR selalu berdua-duaan."

"Orang beritahu awak tu siapa? Saya nak jumpa dengan dia sekarang. Tolong bawa saya jumpa dia."

Aku dah nak gelak. Dia ni kalau bab nak marah orang memang pakar.

"Adalah saya dengar cerita."

"Ya, saya tak kesahlah cerita apa yang awak dengar. Sekarang ni tolong bawa saya jumpa orang tu. Saya nak dengar sendiri dari mulut dia."

Rosie nampak tambah gelabah. Dia juga seperti tidak tahu untuk berbuat apa lagi.

"Apa lagi tercegat? Bawa saya jumpa orang tu sekarang juga!"

Keadaan semakin tegang.

"Errr, saya pergi dulu, encik."

"Sekejap. Saya belum habis bercakap."

Encik Naufal halang Rosie.

"Dengar sini baik-baik. Selepas ni, saya tak mahu mendengar apa-apa lagi tentang perkara ni. Bukan masalah orang lain kalau saya rapat dengan sesiapa pun. Bukan maknanya orang yang rapat dengan saya tu dia menggatal dengan saya. Mungkin saya yang menggatal dengan dia."

Tegas suara Encik Naufal. Aura lelaki tulen dah keluar. Rosie seperti tak boleh nak bercakap langsung. Padan dengan muka. Siapa suruh cari pasal?

"Kami berkawan atas dasar ingin berkawan. Saya hanya berkawan dengan orang yang saya rasa sesuai saya jadikan kawan. Bukan semua orang layak jadi kawan saya terutama sekali perempuan. Sekarang saya nak awak minta maaf pada Cik Darlina. Dan berjanji takkan kacau dia lagi. Minta maaf sekarang!" Makin lantang suara dia.

"Eh, tak payahlah minta maaf. Saya cuma nak encik perbetulkan keadaan saja. Saya tak naklah orang akaun tuduh orang HR menggatal dengan encik. Tu saja."

Cepat-cepat aku menyampuk. Aku pun tak ingin nak dengar permohonan maaf daripada Rosie. Dia dah dapat pengajaran pun.

"Minta maaf sekarang juga!"

"Saya minta maaf." Terketar-ketar suara Rosie minta maaf.

"Saya tak dengar. Ulang sekali lagi," arah Encik Naufal. Dia ni pun satu. Tunjuk garang sangat.

"Saya minta maaf."

"Yalah, yalah. Saya maafkan. Tapi lain kali jangan berani-berani nak sound saya tak tentu pasal."

Wah, beraninya aku. Ah! Peduli apa. Encik Naufal kan ada.

"Saya minta diri dulu." Cepat-cepat Rosie berlalu.

"Terima kasih." Langsung aku pandang wajah Encik Naufal.

"Lepas ni saya kena buat pengumuman bahawa Cik Darlina Daud adalah kekasih zaman sekolah saya."

"Janganlah. Teruk kena kutuk nanti."

"Apa pasal pula nak kutuk? Suka hati sayalah." Encik Naufal mula melangkah sambil tersenyum.

"Tak naklah..." Aku ikut dia dari belakang menuju lif.

"Ramai sangat yang ambil tahu tentang saya, jadi kenalah saya beritahu."

"Encik jangan mengada-ada. Kalau encik beritahu, saya tak nak kawan dengan encik."

"Yalah, saya tak beritahu. Macam mana dengan nasi lemak tadi?"

"Rasa tak sama macam dengan mak cik kat sekolah kita. Tapi sedap juga. Mengembalikan kenangan zaman sekolah kita."

"Betul tu. Saya memang teringatkan awak setiap kali beli nasi lemak ni. Terbayang awak makan tepi tangga. Penuh mulut awak. Tak toleh kiri kanan langsung."

"Janganlah ingat. Masa tu saya memang kuat makan."

Sumpah, memang aku tak perasan langsung ada orang tengok aku makan. Memang aku suka makan tepi tangga. Masa tu adalah dua tiga orang kawan yang satu kepala dengan aku makan sama-sama.

"Saya pun pernah makan tepi tangga tu."

"Ramai kut pelajar yang makan tepi tangga."

Kami makan tepi tangga sebab kantin jauh. Ambil masa juga nak pergi kantin. Langkah terbaik dan jimat masa adalah makan tepi tangga.

"Kita pun pernah makan sebelah-menyebelah."

Ya ampun, boleh aku tak perasankan dia.

"Maaflah. Masa tu saya memang tak tahu apa-apa."

"Tapi sekarang dah tahu, kan?"

Pintu lif terbuka. Aku melangkah masuk.

"Macam manalah saya tak boleh ingat encik. Sumpah, saya tak perasan langsung."

"Selalu sangat saya ikut awak. Paling best masa sukan. Kita satu rumah sukan. Awak tukang jaga air. Saya berdiri sebelah awak sampai sukan tamat."

Aku tutup muka sambil ketawa.

"Saya tak ingat apa-apa."

"Tak kesahlah. Mulai sekarang awak kena ingat saya selalu."

Pintu lif terbuka. Dan kami berpisah selepas itu. Ya, mulai sekarang aku akan ingat segalanya tentang Encik Naufal.

"Weh, minah akaun tadi nak apa?"

Belum sempat aku duduk, Fisha dah tanya.

"Apa lagi, kes tak senang aku rapat dengan Encik Naufal."

"Aku dah agak dah. Budak akaun ni memang tak senang tengok bahagian kita. Rapat dengan orang pengurusan pun boleh jadi isu."

"Tu la pasal."

Aku mula buat kerja dan tak mahu fikirkan tentang hal tersebut. Anggap sudah selesai.

Puan Normah masuk dan dia letak fail atas meja Fisha.

"Uniform baru untuk operator pengeluaran."

Cepat-cepat aku bangun. Nak tengok uniform kilang yang baru. Bahagian pengeluaran memang ada uniform kilang, hanya bahagian pejabat sahaja tak ada uniform. Bebas pakai baju apa sebab nak kurangkan kos. Tu pasal pekerja bahagian pejabat berlagak sikit. Tapi sama saja kuli.

"Tak cantiknya." Fisha dulu-dulu tinggalkan komen.

Aku ambil kertas reka bentuk uniform dari tangan Fisha.

"Siapa punya design ni? Tak lawa langsung." Aku juga turut bagi komen. Yang penting, bukan bahagian HR punya kerja.

Munirah dah ketawa.

"Nasib baiklah kita tak ada uniform. Kalau ada, memang teruklah aku kena kutuk dengan budak kilang depan." Munirah tergeleng. Yalah, dia yang suka kutuk uniform kilang orang lain.

Aku kembali ke tempat dudukku.

"Ingat semua, hari keluarga tak lama lagi." Rissa tiba-tiba mencelah. Disebabkan terlalu sibuk, aku hampir terlupa dengan hari keluarga yang bakal berlangsung.

"Aku apa pun belum siap lagi ni. T-shirt hari keluarga pun aku tak ingat letak mana." Aku pula menyampuk.

"Cari jangan tak cari."

Fisha ketawa-ketawa. Masing-masing sibuk sebenarnya. Tu sebabnya banyak perkara kadang-kadang terlupa.

Continue Reading

You'll Also Like

397K 23.3K 62
[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pandang sebagai adik sampai bila-bila. Tap...
131K 4.5K 52
Disebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pa...
5.9M 236K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
16.2K 1.1K 16
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...