My Evil Cinderella

By CikMimpi_

112K 3.6K 732

Dia bukanlah seorang gadis yang ditindas ibu tirinya. Dia juga bukanlah seorang puteri raja. Dia bukan seoran... More

Prolog
Bab 1:Gadis itu
Bab 2:Pelacur
Bab 3:Special
Bab 4:Nikmat
Bab 5:Tuan Irfan
Bab 6:Bebas
Bab 7:Pantai
Bab 8:Lari
Bab 9:"I Like You"
Bab 10:Future Husband
Bab 11:"Kita Kahwin"
Bab 12:Syarat
Bab 13:"I Love You"
Bab 14:"Dating?"
Bab 15: Mengandung
Bab 16:"Tangkap Basah"
Bab 17:Kahwin
Bab 18:Permulaan Baru
Bab 19:Banglo
Bab 20:Maggi Kari
Bab 21:Girlfriend
Bab 22:Masa Depan
Bab 23:Kontrak
Bab 24:Club
MEC#01
Bab 25:Second Chance
Bab 26:Mual
Bab 27:Sejak Bila
Bab 28:Sweet
Bab 29:I'm Married
MEC#02
Must Read
Bab 30:Sahabat
Bab 31:Mengkhianati
MEC#03
Bab 32:Perasaan
Bab 33:Mimpi Indah
Bab 34:Gugur
Bab 35:Rindu
Bab 36:Perempuan Murahan
MEC#04
Bab 37:Pindah Meja
Bab 38:Bukti
Bab 39:'You Nak Baby?'
Bab 40:Kekok
Bab 41:Serangan
Bab 42:Restu
Bab 43:Cinta
Bab 44:Episod Hitam
Bab 46:Kehilangan
Bab 47:Membalas Cinta
Bab 48:Rahsia Terbongkar
Bab 49:Ruang
Bab 50:Tamparan Sahabat
Bab 51:"Lupakan Ella"
Bab 52:Peluang
Bab 53:Hukuman
Bab 54:Si Kembar
Bab 55:Tunggu
Bab 56:Datang Meminang
Bab 57:Suami Orang
Bab 58:Perampas
Bab 59:"Ceraikan Ella"
MUST READ
Hello

Bab 45:Mak

1.1K 54 7
By CikMimpi_

USAI mengaminkan doa,airmata yang mengalir lebat tadi di seka perlahan.Sesekali hidungnya menarik kembali hingus yang ingin keluar.Seketika Cinderella termenung mengenangkan nasibnya.

Sudah tiga hari Irfan tidak balik.Malam itu adalah hari terakhir dia melihat bayang Irfan.Bila di telefon,panggilannya tidak berangkat.Apalagi pesanan yang di hantar,sepi tanpa balasan.Suaminya sudah benci pada dia.

Telekung di buka kemudian sejadah di letakkan kembali di tempatnya.Tenang.
Itu yang dia rasakan sekarang.Selama ini hidupnya berserabut,hatinya tidak selalu tenteram.Tapi semenjak dia perlahan-lahan kembali mendekati sang pencipta,hidupnya lebih tenang.Walaupun terkadang bisikan syaitan menganggunya,namun dia kuatkan hatinya untuk melawan.

"...jangan buat saya terhumban dekat neraka."

Tidak pernah sesaat pun rasa perit itu hilang tatkala bicara Irfan tempoh hari menjengah di fikirannya.Kerana itu,dia mula perlahan-lahan berubah.Bukan untuk Irfan sahaja,tapi untuk dirinya juga.

Telefon di katil di capai lalu di hidupkan.Duduk Cinderella yang tadinya lemah,menjadi tegak bila melihat ada satu missed call di terimanya.Namun hampa,nama Firdaus yang tertera.

Teringatkan mesej Firdaus yang tidak di balasnya dulu,Cinderella berfikir ada baiknya juga dia menelefon kembali adiknya itu.

Satu kali deringan,masih tidak ada jawapan.Masuk yang ketiga kali,masih juga tidak berjawab.Dahi Cinderella berkerut bila panggilannya masuk ke mel suara,panggilannya segera di matikan lalu jam di skrin telefon di tilik.

"Masih awal lagi,takkan dah pergi sekolah?Tadi baru je call."

Jam panggilan Firdaus di lihat.Sepuluh minit yang lalu.Masih baru lagi,tapi Firdaus tidak menjawab panggilannya pula.

"Nanti call baliklah."

Telefon di masukkan ke dalam saku baju tidurnya.Cinderella mahu turun ke dapur,membuat sarapan pagi untuknya.Selepas ini perlu keluar bekerja pula.Semenjak Suzy di pecat,Cinderella sendiri yang menguruskan perihal kerjanya.

Saat tangannya sibuk mengupas bawang,bunyi hon kereta di laman rumah menghentikan kupasannya.Senyum nipis terukir.

Sekurang-kurangnya Ayana ada temankan dia.

******

"Fariz nak kahwin."

Bunyi sudu dan garfu langsung hilang  saat Fariz menyatakan hasrat hatinya.Dato Hashim berdehem perlahan.Walaupun hubungannya dengan Fariz sudah semakin renggang,tapi dia masih perlu mengambil tahu soal masa depan anaknya itu.

"Kamu nak bawa masuk perempuan mana pula dalam keluarga ni?

"Ayah,percayakan Fariz kali ni.Yes,Fariz mengaku Fariz buat salah,Fariz malukan ayah.Tapi kali ni Fariz serius.Fariz tak nak sia-siakan dia lagi."

"Lagi?Siapa perempuan tu abang?Diana?"
Farhana pula yang membuka mulut setelah sedar dari rasa terkejutnya.Tiba-tiba saja abangnya menyuarakan hasrat yang besar,mana taknya dia tidak terkejut.

"Bukan.Kau bagitahu Diana jangan ganggu aku lagi.Aku tak suka dia."

"Tapi..."

Farhana menayangkan riak wajah monyok.Sudah bertahun Diana mengejar abangnya.Dia pula tidak pernah menghalang,malah kadang-kadang akan menyokong sahabatnya itu.Mana dia sanggup melarang Diana supaya menjauh dari Fariz.

"Bawa jumpa keluarga kita dulu.Tak payah terburu-buru buat keputusan."

Tisu yang mengelap mulutnya di letakkan atas meja.Sebelum beredar,jus Oren yang tinggal setengah di habiskan terlebih dahulu.Kedinginan Dato Hisham di rasai kedua anak kembarnya.Itulah perangai ayah mereka semenjak berperang dingin dengan Fariz.Tidak betah dia berlama-lama berkongsi ruangan yang sama dengan Fariz.

"Lama-lama okeylah tu."

Farhana memujuk Fariz pula.Sungguh,dia tidak suka akan ketegangan hubungan mereka.Sudah puas dia menasihati ayahnya tapi tetap sama layanan Dato Hisham terhadap Fariz.

Fariz hanya tersenyum nipis.

******

Cinderella menghembus nafas lega sebaik saja arahan untuk berehat di berikan.Tempat duduknya di tujui.Benda pertama yang di capai semestinya telefon bimbitnya.

Keningnya bertaut tatkala melihat ada lebih 10 missed call dan mesej yang diterimanya.Lebih mengejutkan lagi bila panggilan-panggilan itu dibuat oleh Suzy dan wakil Diamond Skincare.Tidak mahu tertanya-tanya,mesej yang di terima di baca.

Suzy

What happened,Ella?DS call I cakap dia orang nak ganti rugi.Kenapa you cancel kontrak you dengan dia orang?

I tak nak masuk campur but I yang bagi you job ni.

"What?!"

Mata Cinderella membulat,mulutnya ternganga tidak percaya.Mesej dari Diamond Skincare di abaikan.Syarikat itu pula yang di hubunginya.

"Hello,Chris?"

"Yes,Ella."

"Apa maksud you I cancel kontrak kita?I tak buat apa-apa pun."

"Huh?But manager you yang call I pagi tadi cakap you nak undur diri."

Cinderella menarik nafas dalam.Hatinya cuba di sabarkan daripada marah.

"Manager I apa pula?I dah pecat Suzy,I kerja sendiri."

"Tak bukan Suzy.Dia cakap dia manager baru you.And I dah call Suzy minta kepastian tapi dia juga tidak tahu apa-apa."

"Habis tu sekarang macam mana?Seriously,Chris I tak tahu apa-apa."

Keluhan lemah terbit dari mulut Cinderella.Walaupun dia tidak bersungguh mahu menjadi duta produk mereka tapi dia tahu masalah yang dia bakal hadapi.

"I'am very sorry Ella.I dah infrom pihak atasan and dia orang dah setuju cancelkan kontrak tapi dia orang nak you bayar ganti rugi."

"How much?"
Jemari di bawa mengurut pelipis.Satu-satu masalah datang menimpa dirinya.Begitu berat beban yang perlu di tanggungnya.

"Around RM100,000 mungkin."

"What?!Are you serious?I baru sign kontrak dengan kau orang kut,satu kerja pun belum lagi,announce I duta produk kau orang pun belum lagi kenapa boleh sampai macam tu sekali?"

"Dah banyak pihak syarikat laburkan untuk produk ni,dia orang dah bayar untuk promotion.Ingatkan minggu ni you dah boleh start shoot tapi tiba-tiba cancel.I tak boleh buat apa-apa,pihak atasan yang urus."

"Oh God,Chris.What should I do?I tak minta pun semua ni."

Lemah.

Hilang semangat Cinderella yang susah-payah di kumpulnya.Belum cukup hal Irfan sekarang dia perlu mencari duit pula untuk membayar ganti rugi.Siapa pula yang menyamar menjadi pengurusnya?

"Orang tu ada cakap ke dia siapa?I nak cari dia."

"Dia ada sebut but I don't remember his name."

His?

Lelaki mana pula yang mahu menyusahkan hidupnya kali ini?

"Boy?Noel?"

"No,bukan nama tu."

Cinderella menguak rambutnya ke belakang.Selain nama dia orang itu tiada lagi nama yang di ingatinya.Hanya mereka berdua yang selalu mengikuti dan memberi dia masalah.

Noel masih tidak serik mengugutnya bila bertembung.Dia juga tahu Boy yang menghantar videonya bersama Fariz kepada Irfan.

"Irfan?"

Mata Cinderella membulat.Nama yang terlintas di fikiran,di luahkan.Bagaikan andainya benar,hati Cinderella mula gelisah.

"Err...I tak ingat lah.Maybe kot Irfan kot,I don't know."

"It's okay,Chris.Nanti I tanya dia but please,kalau boleh tolong I selesaikan masalah ni.Cakap kat boss you,ada orang nak kenakan I."

Terdengar keluhan di hujung talian.

"I'll try tapi kalau tak dapat I minta maaf sangat-sangat."

"Thank you Chris.I really appreciate it."

Panggilan di tamatkan setelah ucapan maaf dan terima kasih di berikan.Jam di skrin telefon di tilik.Waktu sekarang Irfan pasti belum masuk pejabat lagi selepas lunch hour.


Apalagi yang kau nak Irfan?

Tanpa dapat di kawal keluhan kecil terlepas dari bibir Cinderella.Hatinya mahu memberontak marah tapi seringkali akal mengingatkan agar berfikir lebih rasional.

Jika Irfan mahu dia berhenti Cinderella akan menurut,tapi perhitungan tetap akan di jalankan.


******

Tidak di pedulikan pandangan jelik yang dia dapat sepanjang langkahnya menuju ke bilik pejabat Irfan.Dia kesini untuk berurusan dengan Irfan bukannya mereka.

"Irfan mana?"
Sombong nada Cinderella bertanya pada Farhana.Seperti biasa,setiap kali berhadapan dengan Cinderella rasa takut Farhana pasti akan muncul.Di tambah lagi dengan serangan Cinderella terhadapnya tempoh hari.Bukan senang Farhana dapat melupakan detik pahit itu.

"Tuan Irfan ada dekat dalam.Nak saya maklumkan kedatangan Cik?"

"Tak payah."
Arah Cinderella lalu terus memutar tombol pintu.Sebaik masuk ke dalam,kelihatan Irfan sedang leka dengan fail-fail di mejanya.Kehadiran Cinderella langsung tidak di sedari.

"Irfan..."

Ada rasa sebak muncul saat Cinderella memanggil suaminya.Melihat wajah itu membalas pandangannya,dia mahu berlari mendakap tubuh itu.Namun wajah dingin Irfan mematikan niatnya.

Irfan tidak rindukan dia sepertimana dia rindukan Irfan?


Apa rasa benci sudah mengaburi cinta dan sayang Irfan padanya?

"Awak buat apa dekat sini?Nak buat drama lagi?"

Pantas Cinderella menggelengkan kepala,menidakkan tuduhan Irfan.
Meja Irfan di dekati lalu Cinderella melabuhkan duduknya di kerusi.

Wajah Irfan di tatap dalam.Terlupa dia akan tujuannya ke sini.Terleka dia menatap wajah yang di rinduinya setiap saat.

"Saya ada banyak kerja nak buat.Kalau tak ada apa-apa yang penting awak nak beritahu saya,awak boleh keluar sekarang."

Ini suara yang di rindui Cinderella. Suara yang selalu memanjakan dia dengan kata cintanya.Tapi kali ini hatinya merasa pedih mendengar suara itu seakan ingin menghalaunya.

"I nak tanya,you ke yang call Diamond Skincare untuk cancel kontrak I dengan dia orang?"

Irfan mengalihkan pandangan ke fail kerjanya,ingin mengelak dari menjawab soalan itu.Memang betul itu kerjanya,tapi dia ada alasannya sendiri.

"Why,Irfan?Kenapa you buat macam tu?"

"Saya buat untuk kebaikan awak."
Datar nadanya.Di luar,suara lembut Cinderella bagaikan langsung tidak memberi kesan.Tapi di dalam hatinya,dia ingin sekali melunaskan rindu pada Cinderella.Namun,ego yang Irfan menangkan kali ini.

"Kalau you nak I berhenti jadi model,I will stop.Tapi biarlah I habiskan kontrak dengan dia orang dulu.Sekarang mana I nak cari duit untuk bayar ganti rugi?Pendapatan I tak banyak nak bayar semua tu."

"Saya bayarkan."

Cinderella memandang Irfan tidak percaya.Sesaat kemudian dia menggelengkan kepalanya.Irfan sudah hilang akal mungkin.

"You batalkan kontrak tu,lepas tu you nak bayar ganti rugi untuk I?Kenapa nak susahkan diri you?"

"Saya akan bayar esok."

"Irfan..."

Cinderella mengeluh.

"Kalau dah tak ada apa-apa,awak boleh keluar."

"Benci sangat ke you dekat I sampai nak halau I?"

Soalan itu di luahkan juga.Tidak faham Cinderella.Bila dia cuba berlembut Irfan pula menolaknya.Tempoh tiga hari itu tidak cukupkah untuk memaafkan dirinya?

"Saya ada banyak kerja nak buat.Saya tak nak di ganggu."

"Dulu you sanggup abaikan kerja untuk I.You tak rindukan I ke?I miss you so much."

Fokus Irfan terhenti seketika.Dalam nafas yang di tarik untuk mententeramkan getaran di hatinya saat kata rindu terluah dari mulut Cinderella.

"Irfan...Kita mula balik?Hmm?"

Tangan Irfan di capai,gembira hati Cinderella bila Irfan tidak menolak.
Namun tiada jawapan yang di berikan Irfan.Cinderella masih setia mengusap tangan suaminya berharap Irfan akan berlembut hati sekali lagi.Kali ini dia mahukan perkahwinan seperti pasangan lain.

"I don't know.I need time and space."

Space.

Apa maksudnya Irfan mahu mereka berjauhan sepanjang dia memikirkan keputusannya?Cinderella tidak rela.

"I tak boleh seorang-seorang dalam rumah tu Irfan.I need you."

Irfan membalas tatapan Cinderella.Terlihat ada secebis keikhlasan di mata Cinderella.Namun berapa lama keikhlasan itu akan bertahan?

"Bagi saya masa."
Ayat yang sama di lontarkan.Irfan menarik tangannya dari genggam Cinderella.Mata kembali fokus dengan kerja yang tertangguh tadi.

Cinderella mengeluh perlahan.Kali ini dia akan mengalah.Tapi dia tidak akan berhenti memujuk Irfan.

Baru berura-ura mahu mengangkat punggung,deringan telefon Cinderella mematikan niatnya.Telefon di capai dari dalam beg.Nama Firdaus yang tertera.

"Assalamualaikum,kak?"

Kedengaran esakan Firdaus di hujung talian.

"Waalaikumussalam.Kenapa ni Firdaus?"

"Akak...Mak...Akak mak dah..."

Bicara Firdaus tergantung dengan tangisan yang kuat.Hati Cinderella mula gelisah.Dia yang terduduk tadi kini berdiri tegak.Melihat wajah Cinderella yang bertukar pucat,Irfan segera berdiri merapati isterinya itu.

"Mak dah kenapa Daus?Cakaplah,berhenti menangis."
Tanpa sedar suara Cinderella mula bergetar.Tubir matanya terasa panas.Andaian yang bermain di fikirannya cuba di hapuskan.

"Mak dah tak ada,kak."

_______________________________________

Sebenarnya beberapa hari yang lalu,sis ada buat video trailer untuk cerita ni.And sebenarnya dah buat lama dulu tapi telefon ada masalah sikit so terpaksa format and terpadamlah video tu.Lepas tu,sis nak buat balik.Sis buat guna VivaVideo.Dah buat elok dah.Dah sampai part nak kenalkan watak,nak dekat ending dah tapi tetiba pula lagu mula balik.Sis ingat mungkin ada silap kot then sis try buat video lain and tetap macam tu juga.Mungkin lepas 1.50 minit lagu yang kena letak untuk music tu ulang balik.So,sis dah give up.Uninstall VivaVideo.Dulu okey je tetiba macam tu,bagi harapan palsu betul.Huh!

Ada buat video tapi tak habis,emm.Kecewa dengan vivavideo ni.Ada sesiapa yang tahu apps apa yang okey untuk buat video trailer?

Kindly to leave your vote and comments readers!!

Continue Reading

You'll Also Like

4.1K 346 17
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
7.5K 359 40
๐Ÿฅ€Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...
93.9K 5.1K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
218K 14.2K 76
Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia...