Phone Number ; Miss Me Boss...

Par jimineastry

138K 12.9K 2.2K

"Tolong jangan mengorat saya" - KTH Started : December 2018 #phonenumberversion2 Update setiap kali saya rasa... Plus

Phone Number ; Miss Me Boss?
OFFICIAL POSTER
A E S T H E T I C S
1 ; Hujan
2 ; Adab Mana?
3 ; Bekas Tapi...
4 ; Ada Orang Yang Lebih Baik
5 ; Up Sikit Gaji
6 ; Ketua Pengawas
7 ; Awak dan Saya...Kawan
8 ; Tak Reply
9 ; Aku Simbah Kopi Panas Dekat Dia,Tapi..Tak Apa Kan?
10 ; Memang Perempuan Macam Tu Eh?
11 ; Bunga Yang Malangnya Tak Berbau
12 ; Banyak Cantik Muka
13 ; Bilik Air Tu Banyak Setanlah
14 ; Hari Ini Hari Jadi
16 ; Hormat Pekerja Aku
17 ; Kena Sumpah Jadi Itik Ke?
PNMMB; Raya Special Chapter
18 ; Pergi Cium Aku Buat Apa?!
19 ; Tipu Tetap Tipu
20 ; Pikat Awek Foodpanda Ke?
Raya Special Chapter ; Part 1
Raya Special Chapter ; Part 2
21 ; Hati Berdebar
PNMMB CELEBRATION!
22 ; Penguin Tak Ada Gigi
23 ; Belum Kahwin,Tapi Girlfriend
24 ; Minta 1 Percuma 1
25 ; Yoo Jung Si Anaconda
26 ; Topi,Gelang dan Jungkook
27 ; Misi Mengusik Taehyung
28 ; Mungkin Dah Suka
29 ; Tiga Tiga Tiga
30 ; Second Hand aka Telefon Taehyung
31 ; Benci Sebab Jungkook Betul
32 ; Perbincangan Antara Dua Wanita
33 ; Hari Jadi atau Makan Malam?
34 ; Mohon Hasrat Anda Disimpan
35 ; Si Penipu dan Lelaki Pandai Masak
OPEN QUESTION
36 ; Dating Jom?
37 ; Mazda,Permulaan
Raya Special Chapter 2020
38 ; Wajah Awak Secantik Bulan
39 ; Aku Yang Sakit
40 ; Jadi Saya Pun Sama

15 ; Tekan Garpu,Bukan Tekan Pisau

2.8K 289 22
Par jimineastry

"Ya ya,call je.Okay.Dia dah nak masuk kereta ni.Baiklah,terima kasih Encik Jeon," Soo Min ketawa riang,suka apabila Jungkook setuju dengan ideanya.

Bila matanya menangkap susuk tubuh Kim Taehyung sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kereta,segera dia menghilangkan perasaan terujanya.Telefon disimpan kembali di dalam tas tangan.

"Tuan ada nak pergi mana-mana lepas ni?" tanya Soo Min sebaik sahaja Taehyung sudahpun masuk ke dalam perut kereta.Lelaki itu menggeleng sambil mengukirkan satu senyuman kecil.

Tanpa apa-apa lagi,dia terus sahaja memandu kereta itu keluar daripada kawasan syarikat.Bila kereta dah servis ni,rasa makin sedap pula bawa kereta Taehyung ini.

"Hah kenapa?" suara garau Taehyung berbunyi.Ada orang telefon mungkin.

"Ajak kau beli barang baby?" Taehyung menunjukkan muka pelik.Soo Min menggigit bibir,apalah alasan yang Jungkook bagi ni.

"Untuk Hae Ryung ke?Bila dia mengandung?Tak pulak,habis siapa?Hah anak sedara kau?Eh kalau anak sedara kau mestilah anak sedara aku jugak.Kenapa aku tak tahu ni?Oh anak sedara Hae Ryung?Kau ni cakap pusing-pusinglah," bebel Taehyung.Soo Min hampir tergelak,tapi dia tetap tahan supaya misinya tidak hancur.

"Lah beli barang baby pun nak kena pakai kemas-kemas ke?Betul eh lepastu nak ajak makan?Kaulah belanja,takkan aku pulak.Hah ye lah.Okay pukul 7.40 aku siap.Ye 7.40 aku ada depan rumah.Alright," telefonnya dicampak di sebelah.Dia mengeluh perlahan.

Ingat nak makan dengan orang tu,orang lain pula yang ajak.

Tiba sahaja di Seongbuk Gate Hills,lokasi di mana terletaknya tempat tinggal Taehyung,Soo Min menoleh ke belakang.Dia memerhatikan Taehyung yang sedang bergelut mengemas dokumen-dokumen di tangannya.

Soo Min tersenyum kelat,jarang sekali dia lihat lelaki ini berehat.Bila dapat tahu yang Taehyung ada buat tempahan di restoran itu,dia tahu yang Taehyung cuba mencari masa untuk dia.Tapi kenapa?

Entahlah.Yang penting dia takkan batalkan peluang untuk dia dan Taehyung menjadi kawan pada malam ini sekali lagi.

Hehe

"Selamat hari jadi," Soo Min tersengih di saat Taehyung mengucapkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.

Dia merasakan yang tiga perkataan itu menjadi istimewa apabila Taehyung yang menyebutnya.Terasa seperti lelaki bekerjaya itu akhirnya mengambil berat pasal dia.

"First time Tuan ingat hari jadi saya.Empat tahun sebelum ni,habuk pun tak ada," kata Soo Min dengan nada mengusik.Taehyung sekadar menggulingkan matanya ke atas.

Setelah memastikan Taehyung masuk ke dalam rumahnya,Soo Min menjerit teruja.Dia menepuk tangan,seakan-akan tidak sabar untuk memberi kejutan kepada Taehyung.

Dia tiba di rumah pada jam 6.30 petang.Ada lagi 1 jam untuk dia bersiap-siap.Mulalah segala baju baru dan gaun-gaun yang dibeli dari luar negara ditarik keluar dari almari.

Soo Min meletakkan jari telunjuknya di dagu,berfikir.Nak makan dekat restoran biasa je,bukannya restoran mewah.

Pakai jeans dengan sweater atau pakai dress?
Memandangkan cuaca pada waktu malam agak sejuk kebelakangan ini,dia memilih untuk memakai sweater kelabu dan sehelai skinny jeans.


"Mana Jungkook ni?" Taehyung memejam mata rapat,kepalanya disandarkan pada dinding di luar rumahnya.Lelaki yang namanya disebut,Jungkook,sudahpun lewat 5 minit.

Jam hampir menjejak pukul 7.50,dan kelibat Jeon Jungkook masih belum muncul.Sebaliknya,sebuah kereta merah dengan logo berjenama Mazda pula yang muncul di kawasan perumahannya.

Taehyung terkedu.Bila tengok nombor plat,memang betul keretanya.Tingkap kereta diturunkan dan wajah gembira Soo Min muncul.

"TUAN!"

Taehyung masih lagi kaku.Kenapa orang lain yang ajak,orang lain pula yang datang ni?

"Masuklah,nanti kita lambat,"

"Nak pergi mana?Saya tengah tunggu Jungkook,"

"Ohhh!Encik Jeon sakit perut.Dia minta saya bawa Tuan pergi jalan-jalan memandangkan Tuan dah siap-siap ni," Soo Min tersengih bagaikan kerang busuk.Harap-haraplah lelaki di hadapannya ini bersetuju untuk keluar dengannya.

"Tapi awakkan nak makan–"

"Oh tu esok.Saya cakap dengan diaorang malam ni saya nak spend time dengan bos dulu.Bos perlu diutamakan," tutur Soo Min sehingga membuatkan Taehyung tersenyum malu.

Soo Min meneliti pakaian yang dikenakan oleh Taehyung pada malam itu.Kemeja hitam bersama sweatshirt merah di luar serta seluar slack hitam dipakai.

Dia ni,pakai apa pun handsome.Fikir Soo Min.Agaknya kalau Taehyung memakai baju hujan pun,dia masih nampak kacak di hadapan Soo Min.

"Atau awak memang ada rancang sesuatu ni dengan Jungkook?" teka Taehyung.Soo Min terkelu seketika.

"Ish Tuan ni.Shhh!Dah tahu jangan tanya.Masuklah,minyak habis nanti kang saya jugak yang kena," perli Soo Min.Tapi dia cuma bermain sahaja,tak naklah perli bos sangat.Nanti gaji tak dapat naik.

Dan itulah motif dia pada hari ini.Dia akan minta gaji dia dinaikkan sebagai hadiah hari jadi dari Taehyung.

Eh tak,gurau je.

"Pergi mana?" soal Taehyung setelah dia mengambil tempat di bahagian penumpang.Soo Min mengangkat bahu,ingin merahsiakan destinasi mereka daripada Taehyung.

Tepat jam 8.00 malam,mereka sampai di hadapan sebuah bangunan.Kim Taehyung segera sahaja memberi pandangan konfius ke arah Soo Min.

"The Scenery?"

"Yep.Saya recycle idea Tuan.Tak apakan?"

"Awak tak batalkan tempahan tu?Awak tahu ke tempahan tu untuk awak?"

"Untuk sayalah.Tuan nak ajak siapa lagi makan malam-malam atas rooftop tu.Setahu saya,Tuan tak ada urusan dengan mana-mana klien di waktu malam," Soo Min menjongket-jongketkan keningnya.

"Ceh.Nak kata saya patut bersyukurlah dapat setiausaha 'cepat tangkap' macam awak ni?"

"Urmm tak suruh tapi kalau nak puji tu,tak apa juga.Come on Tuan.Tak apa,saya belanja," ujar Soo Min sebelum dia melangkah keluar daripada kereta.Dia menunggu Taehyung dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.

"Tempahan untuk Tuan Kim?" soal wanita di hadapan kaunter apabila dia melihat wajah Kim Taehyung yang berjumpa dengannya tempoh hari.

Soo Min mengangguk laju.Mereka berdua kemudian dibawa ke bahagian atas bangunan.Duduk sahaja di meja mereka,wanita tadi meletakkan dua buku menu di atas meja.

"Nak makan apa?" tanya Taehyung dengan nada lembut sambil membuka buku menu.Dia tak mahu makan sangat sebab tadi sebelum ambil kereta,dia sudah melantak dengan ayahnya.Makan ayam BBQ kot,takkanlah tak kenyang...

"Urmmmm...lamb chop with balsamic reduction,dengan orange juice," pesan Soo Min.Buku menu ditutup dan dihulurkan kembali kepada wanita itu.

"Bagi saya fries dengan orange juice juga," wanita tadi mengangguk dengan senyuman yang masih melakat di bibir dan akhirnya meninggalkan mereka berdua.

Untuk 2 minit pertama,mereka tidak berkata apa-apa.Masing-masing melemparkan pandangan ke arah kota Seoul.


"Saya tak bawa hadiah awak," tutur Taehyung perlahan.Dia memandang wajah Soo Min yang samar-samar itu kerana keadaan sekeliling agak sedikit gelap.Romantik katanya..

"Eh tak apalah.Saya yang buat Tuan ingat saya dah batalkan tempahan,"

"Itulah.Saya tak bawa duit tau,sebab saya ingat Jungkook yang nak belanja saya makan,"

Soo Min menggaru tepi kepalanya,"tak apalah.Saya belanja.Saya yang pandai-pandai buat macam ni,"

Taehyung mengangkat bahu.Dia menghadiahkan senyuman kepada gadis itu.Sungguh,dia sendiri terkejut bagaimana Soo Min dapat tahu tempahan makan malam itu sememangnya untuk mereka berdua.

"Hurmm tak ada kek," Soo Min mengeluh kuat.Tahulah lelaki itu tak ada buat apa-apa persiapan,tak payahlah nak cakap lagi.

Taehyung tergelak,terhibur dengan Soo Min yang malas melayannya itu mungkin?

"Tuan belikan saya hadiah apa?"

"Tak payahlah panggil Tuan,panggil je lah Taehyung.Mana boleh bagitahu hadiah apa,"

"Yelah.Oh ya,macam mana awak tahu hari ni hari jadi saya?Siap buat sup rumpai laut lagi.Sedap tau Taehyung.Jarang jumpa lelaki pandai masak ni,"

Makanan yang dipesan sudah tiba,mereka berhenti berbual sekejap sehinggalah pelayan itu berlalu pergi.Air Coke dihirup perlahan,cukup sekadar membasahkan tekak sahaja.

"Haritu,diaorang ada letak papan tanda tarikh lahir staf-staf kita.Saya pun tengoklah,sebab benda tak pernah ada kan?Tengok-tengok ada nama awak,"

Soo Min mencebik,pasal tengok papan tanda tu rupanya.Kalau dia tak tengok,memang harulah lelaki itu nak ingat tarikh lahir dia.Rasa tak adil pula dia tahu maklumat peribadi Taehyung tapi majikannya itu hanya tahu sedikit tentangnya.

Tapi tak apalah,mungkin memang dah ditakdirkan Taehyung ternampak benda itu.

"Boleh potong tak?" soalan Taehyung membuatkan dia keliru sementara.Kemudian,barulah dia sedar bahawa maksud soalan itu ditujukan kepada makanannya.

Lamb Chop bukan main besar lagi.Lenguh tangan nak memotong daging tu.

"Boleh,tapi awak janganlah tengok saya potong daging ni macam mana.Nanti saya malu," ujar Soo Min.Pisau dan garpu diangkat,bersedia untuk makan sebelum Taehyung menahan tangannya.

"Saya pernah tengok awak potong daging.Pisau tu kalau boleh nak bergesel dengan pinggan sampai berbunyi.Biar saya tunjukkan cara dia dulu,"

Dengan sekelip mata,pisau serta garpu itu sudah bertukar tangan.Soo Min hanya memerhatikan gaya Taehyung memotong daging kambing tersebut.Fuh ada style!

"Pegang garpu guna tangan kiri dan pisau guna tangan kanan.Tahan steak guna garpu.Ingat,tekan garpu bukan tekan pisau.Potong daging kecil-kecil,and then baru letak pisau lepastu makan," kata Taehyung,memberi sedikit tips kepada Soo Min.Gadis itu hanya mengangguk dan kembali fokus pada tangan Taehyung yang lincah bergerak.

Tiada langsung bunyi pisau bergesel dengan pinggan.Tak seperti yang dia selalu buat.Aduh Soo Min,benda simple pun kau tak tahu.


Gelas wain merah itu diletakkan di atas meja.Matanya tidak lepas daripada memerhatikan gelagat pasangan itu daripada tadi.

Dia tidak nampak wajah Taehyung tapi wajah Soo Min nampak sungguh jelas baginya.Batang gelas itu digenggam erat.Setiap kali dia memandang wajah gadis itu,wujud satu perasaan dalam hatinya.

Perasaan pelik,geram dan...menyesal?

"Jadi,macam mana kita nak songlap duit Crystal Blue kalau diaorang nampak macam tak percaya dengan kau?"

Jimin sekadar tersenyum sinis.Muka Encik Han dijeling seketika sebelum matanya kembali mencari figura Yang Soo Min.

Dalam fikirannya,sudah bermacam-macam idea jahat muncul.Idea jahat untuk memusnahkan Crystal Blue.

Author Note

Maaf.Terpost gambar makanan.Ingat nak update malam semalam 😂

Salam Ramadhan everybody 🌙

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1.1M 61.7K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
190K 11.5K 13
"ဘေးခြံကလာပြောတယ် ငလျှင်လှုပ်သွားလို့တဲ့.... မဟုတ်ရပါဘူးဗျာ...... ကျွန်တော် နှလုံးသားက သူ့နာမည်လေးကြွေကျတာပါ.... ကျွန်တော်ရင်ခုန်သံတွေက...
676K 35.8K 20
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ~By 𝐊𝐚𝐣𝐮ꨄ︎...
4.2M 264K 101
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...