Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETE...

By Choco_Lyn

1.7M 92.6K 4.5K

@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan o... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
Epilog

BAB 11

25.6K 1.4K 73
By Choco_Lyn

Cahaya yang menerik dari luar jendela sedikit sebanyak mengganggu lenaku pada ketika itu. Untuk kesekian kalinya, aku mendengar kicauan burung kecil silih berganti seakan jam loceng versi kuno. Serentak itu, mataku ku buka perlahan.

Penglihatanku sedikit samar dek cahaya mentari yang menerobos ke dalam bilik namun perlahan-lahan ianya makin jelas. Untuk seketika, aku menggeliat. Entah kenapa, empuk katil ini lebih selesa daripada biasa. Segar saja badan aku, hilang terus penat aku.

Terus aku membangunkan tubuhku dari perbaringan lalu mataku melilau ke sekitar katil yang aku duduki itu. Fikirku, tempat itu adalah bilik aku namun dua kali celik, aku rasakan ada sesuatu yang berbeza pada bilik itu.

Susunan perabotnya tak sama seperti susunan perabot bilik aku, warna dinding nya juga beza jauh dari warna dinding bilik aku. Terus dahiku berkerut dalam. Pandanganku tundukkan ke arah tilam yang aku tempati sekarang.

Aku jelas terkedu. Katil ini.. bukan katil aku juga!!!

Spontan mataku buntang. Huh?! A-aku kat mana sekarang? Kenapa aku boleh ada kat sini? Siapa yang bawa aku ke sini? Bilik siapa pula ini?!! Bertubi-tubi soalan silih berganti menyapa otakku dan ia terus saja menimbulkan keresahan dalam jiwa aku.

Arghhhhhh!!!!

Laungku sekuat hati bila akalku cuma mampu bertindak sebatas itu. Laungan ku diselangi dengan jeritan meminta pertolongan. Berharap ada jiran tetangga berdekatan dapat mendengar S.O.S yang aku kirim kan ni.

Please, aku tak nak kena jual!!!

Tak semena-mena, pintu bilik tersebut terbuka dari luar. Muncul seorang wanita sekitar 40-an berlari-lari anak merapati ku yang masih meracau tak tentu hala. Spontan, tangannya menekup mulutku yang masih bersuara.

Meronta aku untuk seketika bila dia buat begitu. Meremang bulu roma dibuat nya. Mana taknya, dah terjumpa Ibu Ayam nya!!

"Shhhh.. diam-diam. Pagi lagi ni. Jangan nak bising!" gertaknya sambil menahan mulutku.

Aku pula sudah gatal tangan mahu melepaskan tangannya dari mulutku namun usahaku sia-sia. Tak sangka kekuatannya melebihi jangkaan ku.

Bila lihat aku makin meredha, dia perlahan-lahan lepaskan mulutku. Akur, aku mendiamkan diri sambil mata bulat ku merenungnya takut-takut.

Ya Allah, elakkan lah diriku dari perkara- perkara tak baik. Buatlah wanita di hadapan aku ni lupa siapa aku dan lepaskan aku, hatiku terus menerus memanjat doa.

Keluhan kecilnya terlepas. Mungkin dia dapat baca dari air muka aku sekarang yang aku anggap dia orang jahat.

"Rafa jangan risau. Auntie ni bukan orang jahat. Ini rumah auntie. Rafa selamat dengan auntie." ujarnya sambil mengukir senyum mesra.

Aku tergamam. Spontan dahiku berkerut. Rasanya, ini kali pertama aku bertemu wanita itu.. dan macam mana dia boleh tahu nickname aku itu?

"Auntie kenal saya?" soalku hairan.

Dia angguk kepala berkali. "Anak auntie kenal kamu, katanya kamu rakan fakulti dia di universiti. Nama anak auntie tu Rayn, Rayn Hazel. Kamu kenal?" dia pula aju soalan mengenai anaknya.

Rayn Hazel? Aku ketap bibir. Tak pernah lagi aku dengar nama budak fakulti aku Rayn Hazel. Ermm.. budak baru ke?

Mahu tak mahu, terpaksa juga aku gelengkan kepala. "Tak.. saya tak kenal."

Bila mendengarkan jawapan aku itu, wanita itu sekadar mengangguk. Seakan faham aku. "Rayn tu memang pemalu orangnya jadi memang tak banyak orang kenal dia. Jadi, auntie tak terkejut lah kalau kamu kata kamu tak kenal dia." ujar wanita itu dalam nada santai.

Aku hanya mampu membisu bila wanita itu kata begitu. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Memang betul pun kenyataannya itu. Lagipun.. aku ni ambil tahu hidup orang-orang yang popular aje, yang tak popular.. ehem, siapa erk?

"Ha, mungkin kalau auntie tunjukkan gambar dia mesti kamu kenal. Erm.. susah nak dapat gambar dia sebab dia jarang selfie. Tangkap gambar pun macam apa aje." sempat lagi wanita itu berleter ketika kakinya melangkah pergi.

Namun, belum dua tapak wanita itu menjauh segera tangannya aku sambar. Langkahnya mati lalu wajahku ditatap nya.

"Kenapa Rafa? Kamu ada nak apa-apa ke?" soal wanita itu dalam nada ambil berat.

Gelengan kecil aku berikan sebagai tanda tidak. "Macam mana saya boleh ada kat sini?"

Wanita itu diam untuk sejenak namun segera dia membalas. "Rayn bawa kamu ke sini semalam. Katanya dia jumpa kamu pengsan."

Dahiku sudah berkerut. Pengsan?

Akal warasku cuba mengimbas apa yang terjadi semalam. Aku rasa ada benda buruk yang jadi pada aku semalam. Dan.. itu, berkaitan dengan Faliq.

'Nampaknya Faliq masih tak bagitahu kau perkara ini. Huh.. dia dah bertunang dan perempuan itu adalah atas pilihan aku sendiri. So, aku minta kau jangan nak dekat lagi dengan Faliq'

Tak semena, ayat yang dilontarkan Syed Hadi padaku semalam kembali menerjah fikiranku. Faliq?!! Lelaki itu.. dia khianati aku.

Tanpa aku sedar, rautku berubah sebak. Air mataku mengalir deras tanpa henti. Ada sedu-sedan menjadi latar kesedihan ku. Faliq..

"R-Rafa? Kamu tak apa-apa ke?"
...
Masa lapang selama dua jam itu, dia nikmati dengan bersendirian. Dia mahu jauhkan dirinya seketika daripada kesibukan para pelajar lain. Erm.. ada benda lagi penting yang perlu dia fikir kan ketika ini.

Hampir 15 minit, bukit kecil di belakang fakulti bahasa itu dipanjatnya sebelum akhirnya keluhan leganya dilepaskan. Dari atas sana, dia dapat melihat hampir separuh bangunan yang berada di Universiti Juliaz Hills ini. Al-maklum lah, kawasan universiti ini tersangatlah besar. Tak cukup setengah hari untuk dijelajahi.

Beg sandang biru yang disarungnya sedari tadi ditanggal lalu diletak kemas di atas rumput. Setelah itu, tubuhnya dibaringkan dan beg galasnya tadi dilapik sebagai pengalas kepala. Terus pandangannya dibuang ke langit yang masih kebiruan pada petang itu.

Tak semena, memori semalamnya kembali menjengah. Tak sangka, petang itu akan menjadi pertemuan kali kedua nya dalam masa sehari dengan gadis itu. Tanpa sedar, senyum tipis Rayn terukir.

"Lepaskan sayalah!! Saya nak mati, faham tak?!!! Lepaskan saya!!!" laung gadis itu sudahpun berdiri tegak di atas jambatan yang jarak jatuhnya lebih kurang 30 meter ke bawah.

Rayn sudah resah di bawah. Langsung dia tak menyangka yang dia akan dipertemu kan dengan gadis itu dengan keadaan yang sebegini rupa. Kiri kanannya dipandang, berharap akan ada pertolongan lain namun hampa, tiada seorang pun di situ. Al-maklumlah, jalan raya itu memang jarang orang guna. Nak-nak lagi bila petang menjelma.

"Rafa.. jangan macam ni Rafa. Ramai lagi yang sayangkan awak. Awak aje yang tak tahu." pujuk Rayn sambil cuba menyusun langkah mendekati gadis itu secara perlahan.

Gelisahnya makin bertambah bila dilihatnya tubuh gadis itu terhuyung hayang saja berdiri. Seakan, dirinya berada di bawah pengaruh alkohol. Erm.. Rafa minum alkohol?!

Wajah gadis itu masih berkerut sebak. Tadi reaksi marahnya timbul dan sekarang, raut sedihnya pula bertayang. Persis orang gila lagaknya.

"Diamlah! Kau.. kau tak faham apa yang aku rasa. Aku kena tipu.. aku kena tipu dengan orang yang aku sayang. Kenapa dia tipu aku? Kenapa dia kena sakitkan hati aku? Apa salah aku?!!" rintih Rafa sudah mencucur air mata.

Mendengarkan luahan Rafa itu, Rayn terus saja buat kesimpulan tanpa ragu. Dia pasti Rafa jadi begini kerana Faliq. Yurp, hanya lelaki itu saja yang sekarang ada hubungan dengan gadis itu malah Rayn juga tahu betapa cintanya gadis itu pada Faliq.

"Rafa, jangan macam ni. Bukan dia seorang aje yang ada kat bumi ni. Ramai lagi lelaki yang boleh beri awak kasih sayang itu. Please Rafa, turun." masih Rayn memujuk.

Gadis itu tiba-tiba sahaja ketawa sambil air matanya masih mengalir deras. "Lelaki semua sama aje! Suka sakitkan hati aku! Huh.. aku nak mampus!! Aku malas dah nak tengok kaum korang ni!!" gertak gadis itu sudah berpaling ke bawah jambatan.

Belum sempat Rafa mahu melompat ke bawah, tangan Rayn terlebih dahulu merangkul pinggang Rafa lalu ditariknya ke belakang. Rayn jatuh terduduk ke bawah sambil tubuh Rafa terbaring lesu ke atas ribanya. Terus saja gadis itu tidak sedarkan diri.

Beberapa kali Rayn cuba bangunkan gadis itu namun Rafa langsung tak sedar. Mahu tak mahu, terpaksa juga Rayn bawa Rafa balik ke rumahnya.

"Tak guna betul Faliq itu!" tak semena, ayat bencinya itu terluah. Keningnya sudah berkerut geram.

Kaca matanya yang sudah melorot ke bawah ditolaknya ke posisi yang lebih selesa. Sedungu-dungu dia pun dalam berpakaian, dia masih reti untuk setia. Buktinya, walaupun Rafa langsung tak menyedari kewujudannya sejak tahun pertama namun Rayn tak ambil peduli tentang semua itu. Kerana dia tahu, kesabarannya akan mendapat hasil.

Terus, Rayn bangun dari baringnya. Pandangan penuh tekadnya dilontar. Yurp, dia sakit bila teringatkan detik di mana Rafa menangis. Entah kenapa, kesakitan yang Rafa rasa bagai meresap ke dalam jiwanya. Huh!!

"Aku akan pastikan Rafa jadi milik aku. Itu janji aku!!" penuh tekadnya dia berjanji dan langit menjadi saksi.
...

Continue Reading

You'll Also Like

591K 29.2K 47
Setelah kehilangan orang tersayang, Damia Nabella nekad. Tidak mahu mencintai. Huluran cinta hadir daripada Irfan Izzali, yang dianggap sebagai aman...
2M 90.3K 79
TENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempur...
1.1K 97 4
Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah mudah bagi Thalia. Namun, dia tidak punya pilihan. Membesarkan anak tanpa seorang suami memberi dia kekuatan unt...
100K 3K 55
"You play the game, and I'll determine if you score." ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...