MR POYO MY SWEETHEART

By dominisa143

52.5K 1.2K 73

Syaza Qayla sanggup lepaskan orang yang dicintai kerana satu permintaan. Kahwin dengan anak saudara sendiri b... More

PROLOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
PART 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 21
Part 20
Part 22

Part 21

1.8K 52 5
By dominisa143


USAI menyediakan juadah makan malam aku memanggil Usyair di bilik. Dia langsung tidak menyahut panggilan aku. Tadi masa dalam kereta nak balik ke rumah pun bila aku tanya dia senyap. Dia masih marahkan aku.

Di meja makan aku hanya menguis spagetthi dengan garpu. Aku kerling Usyair sebelah dia khusyuk menjamu selera. Aku tak sedap hati bila dia terus senyap.

"Dik, Kak Norli ada mesej akak satni. Dia cakap teks ucapan untuk majlis malam lusa dah dia send dekat email adik."

Sepi.

"Dia cakap lagi baju untuk majlis malam nanti sudah dia siapkan. Esok dia minta adik ambil di butik."

Sepi lagi.

"Aa.."

Tak sempat nak bersuara lagi. Dia sudah angkat punggung. Membawa pinggan yang dia makan ke sinki.

Bahuku jatuh. Hilang idea untuk bercakap lagi.

Masuk ke bilik Usyair sudah siap berselimut seluruh badan. Bantal peluk sudah diletak di tengah-tengah sebagai pendinding. Selalu memang ada bantal peluk di tengah. Sebab hubungan kami masih lagi dalam tempoh perkenalan. Belum ke tahap hubungan merasmi. Tapi malam ini dua biji bantal peluk dia jadikan bentang. Nampak sangat dia sedang menjatuhkan hukuman terhadap aku.

"Adik, akak minta maaf. Kalau adik marahkan akak pasal tadi akak betul-betul minta maaf. Akak dah jelaskan semuanya pada dia."

Aku pegang tangannya lalu mengucup lama.

Dia menarik kembali tangannya dan membalikkan tubuh.

Aku sudah terngadah. Satu sikap yang aku belajar tentang Usyair. Bila dia marah jangan dipujuk.

KAMI bersiap-siap untuk ke majlis makan malam sempena Usyair dilantik sebagai pengarah Batik Usmiah Pertama diadakan di Hotel Renaissence jam 8 malam sekejap lagi. Batik Usmiah diambil sempenan nama mama Shamsiah dan Usman nama arwah abah. Seluruh warga kerja butik itu dijemput hadir.

Melalui biasan cermin di hadapan, aku melihat Usyair sedang membetulkan kolar baju kemeja. Pakaian kami sedondon yang dipilih oleh Usyair sendiri dengan bantuan Kak Norli. Gaun yang menutup aurat berwarna biru laut. Shawl aku kenakan warna kontra, iaitu pink.

Ternampak dia mencapai jam tangan di meja solek, aku berdiri lalu mendekati.

"Mari akak tolong pakaikan," pelawaku.

Senyuman terkoyak manis. Jam tangan aku ambil dari tangannya.

"Tak payahlah adik boleh pakai sendiri," bantahnya dingin.

Jam tangan dirampas kembali. Raup mukanya pun beku saja.

Aku kemam bibir. Dia masih marahkan aku pada perkara 3 hari yang lepas ke? Walaupun dia menjawab setiap pertanyaanku tapi intonasi suaranya berbeza. Ini tak boleh jadi. Aku perlu lakukan sesuatu.

"Takpe akak buat!"

Sekali lagi aku mengambil jam dari tangannya. Guna cara halus tak jalan jadi guna cara paksa!

Dia mendengus perlahan. Akur dengan kehendak aku. Dia turuti saja.

Aku tersenyum puas. Kemenangan berpihak pada aku.1-0!

"Okey, nampak sangat kacak walaupun tercacat dengan muka masam mencuka," candaku.

Sebaik memakaikan dia jam. Kononnya mahu buat dia terhibur tapi apa yang aku dapat dia menonong pergi. Ucap terima kasih pun tak.

"Adik! Adik marahkan akak ke?" laungku.

Dia yang hampir di muka pintu terus kalih seraya menggeleng.

"Tak. Jomlah kita dah lewat ni," balasnya seraya menghulurkan tangan kanan untuk mengajak aku.

Wajahnya ada senyuman tipis bersama. Rasa terubat terus aku berlari anak menyambut tangan yang dihulur itu. Lega bila dia cakap dia tak marahkan aku.

Aku pandang ke kiri dan ke kanan. Tiada! Ish, mana 'adik' kesayangan aku ni? Sekejap lagi dia kena naik ke pentas dah.

Haih...aku merengus kasar. Sudahlah masa datang sini dia tak banyak cakap. Itupun sebab aku yang mulakan dulu. Dia memang menipu! Menipu tak marahkan aku. Uf!

"Syaza mana Usyair? Sekejap lagi giliran dia untuk naik ke pentas bagi ucapan pada warga Butik Usmiah," ujar Kak Norli PA mama.

Tiba-tiba muncul di hadapanku. Wajah dia juga nampak resah semacam.

"Kejap Kak Norli, Sya pergi cari dia dulu." Aku cuba menenangkan hati ibu tunggal itu.

Saat kaki mula melangkah mahu mencari jejaknya. Cuping telinga dapat menangkap satu nama yang tidak asing bagi aku dari arah bertentangan. Ada beberapa orang tetamu yang sedang berbual santai salah seorangnya adalah Usyair.

"You ni lawaklah Syair...I mana ada cantik. Biasa-biasa aje,"

"Serius i cakap! You nampak lebih bergaya dan mengancam bila pakai dress ni. Nampak macam model muslimah gitu kan, Malik."

"Ya memang menawan. Nasib you dah nak kahwin kalau tak boleh dijadikan calon."

Mereka gelak mesra.

"I rasa I tahu siapa yang design dress ni."

"Mata you memang Syair! Tajam betul kalau hasil tangan si dia kan?"

"Itu mesti sebab inspirasi dia adalah I."

Hati aku dah mula bengkak bernanah. Punyalah aku kalut mencari dia ke hulu ke hilir rupanya dia dekat sini saja. Sedang menggatal dengan perempuan sebaya dengan dia mungkin? Nampak ramah semacam! Nasib ada kawan lelaki sorang lagi kalau tak aku leku kepala dia biar botak. Ketawa pun tak hiraukan orang sekeliling. Ber I you bagai. Memang nak kena diajar budak ini.

Menyesal pulak aku heret dia pergi kedai potong rambut. Kalau biarkan panjang dan serabai macam orang tak mandi setahun rasanya takde kot orang nak terpikat. Bila dah pendek sikit dan kemas ni...Bukan orang lain, aku sendiri pun boleh mati cair setiap kali menatap wajahnya.

"E....ehem!"

Sengaja aku berdehem kuat. Nak bagitahu 'adik' yang akak dia sedang memerhati.

Dia tidak pedulikan aku. Masih seronok berbual dengan kawan-kawannya itu.

"Usyair Firas.."seru aku lagi.

Kali ini suara aku kedengaaran keras dan tegas. Suara Cikgu Syaza memarahi pelajarnya.

Dia kerling sekilas sebelum memperkenalkan aku pada temannya di sebelah.

"Hanim, Malik kenalkan Syaza Qayla, kakak I."

Mata aku membulat. Ka..kakak?

Aku tak salah dengar kan? Dia memperkenalkan aku pada kawan-kawan dia kakak I. Amboi! Ini kes nak balas dendam ke adik oii...? Mentang-mentang aku pernah cakap dekat member aku yang dia adik aku. Malam ni dia nak balas dendam pulak? Depan perempuan pulak tu. Uf! Benci tahu.

"Hai, Kak Syaza."

Ramah pulak si langau pengacau.

"Hai, Syair cantik kakak kau," puji kawannya yang bernama Malik.

Aku tarik senyum yang tak berapa nak senyum sambil mengangguk. Aku dengan Hanim saling berjabat tangan. Manakala dengan Malik hanya berbalas senyuman.

"Hai, Hanim, Hai Malik. Selamat berkenalan. Adik cepat sikit kejap lagi adik kena bagi ucapan."

"Okey. Nanti adik pergi. Eh, Hanim sekarang you buat apa? Dengar kata kau buat praktikal di sini."

Aku dah terlopong luas. Boleh dia buat tak layan aku? Oo...key! Balik nanti ada orang nak kena halau dari bilik ni.

Aku mengatur langkah untuk bergerak ke meja VIP tapi pandangan masih pada mereka.

Usyair nampak ceria bila dapat berbual dengan minah yang bernama Hanim tu. Sakit hati pulak aku rasa.

Siap kau adik. Balik kang akak kerjakan kau cukup-cukup. Mulut manis bergula tu akak bagi cili sekilo. Biar berasap seumur hidup. Bebelku dalam hati.

Tatkala aku mahu memalingkan wajah untuk pandang ke hadapan. Aku terlanggar seseorang. Hampir sahaja aku mahu tersungkur tapi dia telah berjaya memaut kedua belah bahuku.

"Sya!" serunya.

Aku terkebil-kebil buat seketika waktu.

"Firdaus?!"

Aku terkejut seraya membetulkan kedudukan.

"Kenapa awak boleh ada dekat sini?" soalku.

Iyalah macam mana dia boleh ada dekat majlis ini? Tak akan Kak Norli jemput dia jugak? Aku hairan.

Dia senyum nipis.

"Pekerja awak ada menempah sate dari restoran saya. Sya, saya rindukan awak. Saya nak kahwin dengan awak. Mak saya dah restu hubungan kita, Sya."

Dia mula meroyan sendiri.

"Fir awak dah hilang akal ke apa?"

Aku dah mula naik angin. Suara masih ditahan.

Memandangkan kami dalam majlis. Ikutkan kata hati mahu saja aku bagi penumpuk satu dua dekat dia.

"Saya terlalu cintakan awak. Bukan mudah saya nak lepaskan awak dalam hati saya, Sya." Sayu saja suaranya.

Aku mendengus geram. "

Awak memang dah hilang akal Firdaus!"

"Saya masih cintakan awak Sya. Awak perempuan pertama dan terakhir dalam hati saya, Sya..."

Dia merayu pula.

Aku senyum sinis. Kata-kata dia langsung tidak memberi kesan padaku.

"Saya sedia menerima awak kembali kalau awak tidak bahagia dengan suami awak, Sya. Saya sedia ada untuk awak..." Dia mengayat.

Aku jengil mata. Sungguh aku tak percaya Firdaus sanggup berkata sedemikian.

Tak. Aku tidak akan kembali pada dia. Dia hanya bermanis kata di bibir. Hakikatnya dia langsung tak pernah memperjuangkan cinta kami. Hanya orang munafik saja yang pandai menabur janji melaksanakannya langsung tidak.

Malas nak perang mulut dengan dia, terus aku angkat kaki. Bagi aku masa lalu biarlah berlalu. Kini masa depan aku, syurgaku sudah pada Usyair. Lagipun aku isteri Usyair. Hak milik suami mudaku.

Bila terlihat Usyair sedang mengemaskan bajunya, terus aku berlari mendapatkan dia.

"Adik."

Aku menyapa dalam bahagia.

Tangan aku bawa ke arah leher dengan niat mahu membantu betulkan kolar baju tapi lain jadinya bila dia mendongak pandang aku.

Dahiku berkerut sedikit bila riak wajahnya tampak bengis sedikit.

"Patutlah. Baru tahu antara adik dengan Firdaus akak lebih memilih lelaki itu lagi? Wajah maskulin, macho dan gagah perkasa ciri-ciri lelaki idaman," ujar Usyair satu persatu apa yang aku pernah bagitahu dia dulu.

Suara dia kedengaran sangat keras. Seolah memberi amaran.

Kelu aku seketika. Aku mahu membalas tapi tidak menjadi bila pengacara majlis meminta Usyair untuk naik ke pentas memberi ucapan.

Bahu sudah jatuh. Allah... Ujian datang lagi.

Usyair semakin marah dan dia sudah salah faham tentang aku. Tentang perasaan aku terhadap dia sekarang.

Continue Reading

You'll Also Like

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...