MR POYO MY SWEETHEART

By dominisa143

52.5K 1.2K 73

Syaza Qayla sanggup lepaskan orang yang dicintai kerana satu permintaan. Kahwin dengan anak saudara sendiri b... More

PROLOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
PART 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22

Part 21

1.6K 40 3
By dominisa143

BAB 21

"KENAPA tengok adik macam nak peluk ni? Adik ke butik aje pun tak ke mana-mana tak kan dah rindu?" soal Usyair dalam tawa.

Aku menggeleng. Pandang tetap pada sisi wajahnya. Ikutkan hati sekarang jugak aku nak peluk kemas-kemas tak mahu lepas. Dialah my hero! Dalam diam dia mempertahankan maruahku.

Dia adalah Usyair si poyo tak perlu meminta dia memberi. Tak sama dengan Firdaus bila dengar berita tak sahih terus hilang kejantanan untuk mempertahankan cinta kami.

"Akak kenapa ni? Tengok adik lepastu tersengih-sengih sorang diri macam dah terangau dekat adik pun ya. Ke dah terjatuh cinta dengan adik ni?"

Dia sudah mula nak riak.

Aku terus mencemik.

"Perasaan poyo tu memang tak boleh tinggal langsung. Dik terima kasih ya."

Aku mengutuk dia sekaligus meluahkan rasa terima kasih padanya.

Dia kalih sekilas dengan wajah berkerut sebelum dia mengalihkan pandangan ke depan. Memberi fokus pada pemanduannya.

"Terima kasih sebab apa pulak ni? Akak ni dah kena rasuk dengan jin mana tiba-tiba lain macam aje arini," selar Usyair tanpa rasa bersalah.

Oleh kerana mood aku sedang bahagia aku abaikan kutukannya.

"Jin betina yang sudah terpikat dengan adik yang perasaan nak jadi mamat Korea."

"Mana ada adik perasan. Itu realitilah. Allah anugerahkan wajah adik berbeza dengan yang lain. Ini bermakna adik special sikit berwajah mamat Korea. Lepastu dapat belajar dekat Taiwan dalam bidang perniagaan semakin popularlah adik. Simpan rambut panjang sikit pakai subang perghh.. mengancam habis. Tambahan pula ramai yang cakap Lee Min Ho dengan adik hensem adik jauh."

"Oh tuhan. Sudah-sudahlah angkat bakul sendiri naik lif tekan sendiri. Berbulu telinga dengar tau. Adik tu bukan ciri-ciri akak tau. Mamat Korea nampak jambu sangat. Akak nak yang maskulin macho gagah perkasa gitu," jelasku dalam tawa.

Dia tiba-tiba senyap. Wajah yang dihiasi riak bangga diri terus bertukar masam mencuka.

Tawaku semakin besar. Rasa seronok pulak dapat kenakan dia sekali sekala.

"Ala-ala suami Korea akak dah merajuklah. Bila macam ni nampak semakin hensem kalah Rain Bi!" pujukku dengan nada suara budak tak cukup umur. Pipi kirinya aku cubit.

Tidak semena wajah mencuka dia terus berubah meleret. Lebar senyuman. Makan umpan jugak budak poya ni rupanya.

"Betul eh kalau Usyair marah nampak bertambah hensem?" soalnya. Dia jeling sedikit padaku.

"Aah akak kan cikgu mana boleh jadi penipu?" sogokku lagi.

Kali ini dia pula yang menjuih bibir.

"Ekeleh tak menipu konon. Padahal cikgulah yang paling pandai menipu. Serba serbi boleh buat kan!"

"Suka hatilah! Dik singgap PKT kejap akak ada nak beli barang. Hajat nak masak spagetthi dinner nanti."

"Alah kenapa tak kimchi. Rindu pulak dengan masakan Korea." dia merungut.

Kereta Usyair sudah masuk ke simpang pasar raya PKT yang beroperasi di pekan Wakaf Bharu.

Aku buka seatbelt dan mencapai handbag. Sebaik dia memarkir kereta di seberang jalan.

"Nak merasa masakan Korea tunggu akak dapat ijazah cef dari Korea. Ngada! Belajar di Taiwan nak makan makanan Korea. Orang Malaysia darah Melayu sepatutnya bangga dengan makanan tempatan bukan berbangga sangat dengan masakan luar." Aku sudah membebel.

"Adik ramai kenalan orang Korea malah satu rumah dengan budak Korea. Jadi tak hairanlah kalau adik rindukan makanan sana. Tambahan pula Korea memang popular dengan makananlah kak. Tak percaya tanya lebai google."

Sempat lagi dia cari gaduh dengan aku.

"Dahlah malas nak layan adik. Nak kirim apa-apa tak ni?"

"100 plus ajelah. Cepat sikit jangan nak merayau pulak. Dah dekat margrib ni."

Dia memberi pesanan sebelum aku melangkah keluar.

Aku masuk ke dalam pasar raya dan naik tangga ke tingkat atas menuju ke arah rak yang tersusun rapi. Mencari bahan yang ingin dimasak malam nanti. Plastik spagetthi aku capai sebelum melangkah ke rak di mana disusun sos prego.

Saat tangan mahu mencapai botol sos, plastik spagetthi di tangan tiba-tiba terjatuh. Kebetulan ada seorang lelaki memakai topi sudu itik terus menunduk membantu aku untuk mengambil plastik itu

"Terima kasih," ujarku sambil tersenyum pada lelaki yang wajahnya masih dilindungi oleh topi.

"Sama-sama."

Suara itu seakan sudah sebati di telinga aku. Jangan cakap...

Saat dia mengangkat wajah. Anak mata saling bertembung. Kedua belah mataku terus terbelalak besar. Terkejut melihat orang di hadapan. Seperti yang aku teka.

"Fir!"

"Sya!"

Serentak kami menyeru nama masing-masing. Sama-sama terkejut dengan pertemuaan tidak dijangka.

Tidak menunggu lama aku terus merampas plastik spagettie dan berlalu pergi. Malas nak berjumpa dengan orang yang boleh buat hatiku kembali terluka.

"Sya!"

Dia memanggil dan mengejar aku dari belakang.

Aku mempercepatkan langkah turun dan menuju ke kaunter pembayaran. Saat kaki menapak keluar tiba-tiba tanganku disambar dari belakang.

"Sya!" panggil dia.

"Nak apa lagi Fir?" bentakku seraya menarik lenganku semula.

"Hubung kita dah lama putus."

"Sya, Fir nak minta maaf."

Aku gelak dalam pilu.

"Minta maaf untuk apa? Lepaskan saya sekarang!"

Aku menolak tubuhnya dan melangkah pergi tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Saat itu ada sebuah kereta meluncur di depan aku.

"Sya, awas!"

Firdaus dari belakang terus menarik lenganku dari dilanggar oleh kereta. Tubuh tidak seimbang terus aku terjatuh ke dalam dakapannya.

"Awak okey Sya?" soalnya.

Aku mendongak. Terus menjadi kaku. Terlihat wajahku di anak matanya hati semakin merintih rindu.

Buk!

Satu tumbukan dari arah belakangku terkena bibir Firdaus.

Firdaus jatuh terduduk sampai menyapu hujung bibir yang berdarah sedikit. Aku terkesima dengan kejadiaan mendadak itu.

"Lepaskan isteri aku!"

Terdengar suara Usyair memberi amaran aku terus menoleh.

"Usyair!"

Aku menjerit. Lihat Usyair tiba-tiba muncul di situ dengan wajah penuh amarah.

"Aku hanya mahukan hak aku semula salah ke?"

Ejekan Firdaus membuat aku terus menoleh pada dia di bawah.

"Kau..." suara Usyair kedengaran tertahan.

Tak mahu keadaan lebih parah terus aku menahan dia.

"Jangan adik! Tolong jangan bergaduh di sini. Orang tengok malu. Adik masuk dalam kereta biar akak selesaikan."

Usyair pandang wajahku dengan pandangan tajam. Dada berombak menandakan amarahnya semakin membuak ditambah dengan bunyi gigi dikacip ketat.

"Adik tolong..."

Aku merayu lembut. Mendengar kata Usyair menyambar plastik di tanganku dan terus menuju pada kereta.

"Puas hati awak sekarang?" soalku pada Firdaus sebaik Usyair pergi.

Firdaus bangun mengadap aku.

"Sya..saya betul-betul nak minta maaf. Mak saya juga nak minta maaf pada awak. Semalam Kak Lailatul dan umi dia datang ke rumah dia cerita semua tentang awak. Bodohnya saya percayakan dia. Saya ingat dia orang baik-baik Sya sebab dia dah macam ustazah tapi saya silap."

"Tahu pun diri tu bodoh tapi itulah yang awak pegang. Fir, saya betul-betul kecewa dengan awak. Awak jangan ingat orang bertudung labuh litup tak semua hatinya bersih macam ustazah.

Awak lebih mendengar orang lain daripada saya kekasih awak orang yang bakal nak hidup dengan awak. Opss silap sekarang saya bekas kekasih awak. Tolonglah jangan ganggu saya lagi. Awak nak kemaafan dari saya. Ya saya dah maafkan semuanya."

Aku mahu melangkah pergi.

"Oh ya lagi satu. Awak tahu kenapa Ticer Laika jumpa keluarga awak untuk betulkan keadaan semula? Disebabkan suami saya orang yang baru saja tumbuk muka awak tadi, dia tak perlu fikir panjang untuk mempertahankan maruah saya. Kalau rasa tak cukup lagi dengan tumbukan tu bolehlah berhadapan dengan dia," selarku tajam dan tegas.

Aku lihat Firdaus terkedu. Diam tak terkutik. Langsung tak boleh nak mencelah.

Rasakan. Puas hati aku sekarang. Dulu aku yang terhegeh-hegeh sekarang biar dia pulak rasa.

Tak sangka fitnah ni sangat dahsyat sampai boleh merenggangkan silaturahim. Patutlah Ticer Laika beria meminta maaf. Dia dengan mak dia sekali sekongkol menjaja cerita aku. Nasib minta maaf awal-awal. Kalau tak kena siksa makan daging mentahlah di akhirat sana.

Continue Reading

You'll Also Like

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...