Pikat Mr Arrogant(COMPLETE✔️)

By mswni18

1.6M 21.1K 360

Bella Delisha- Kenapa kau payah sangat nak cuba cintakan aku ? Apa salah aku untuk kau terus memarahi dan tid... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42🔞
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55🔞
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Tanya pendapat
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
sorry😌
Bab 89
Bab 88
good news !
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
Bab 96(Ending)
NEW STORY !!

Bab 83

17.3K 217 1
By mswni18

"Isha aku nak jumpa kau tolong la keluar sekejap . Ishaa !" Jerit Hairil dari luar namun langsung tak diendahkan . Setelah hampir 2 jam tercongok depan rumah tanpa apa apa respond dari orang dalam rumah Hairil balik dengan hampa .

****

"Dia dah balik ke ? Diam je kat luar ?" Tanya Mira sambil labuhkan punggung sebelah Isha .

"Dah" jawab Isha sambil tengok tv .

"Kau tak keluar langsung ke jumpa dia ?"

"Tak"

"Ouh . Eh nanti hari jumaat depan nenek aku ada buat kenduri cukur jambul cucu dia baru lahir tu kau nak ikut tak ?"

"Hari jumaat ? Tak boleh kot hari sabtu aku dah nak pergi sana . Berapa hari kau kat sana?" Isha pandang kawannya .

"Sehari je aku pergi jumaat sabtu aku balik la sini balik"

"Ouh okay"

"Betul kau taknak ikut aku ? Kalau kau ikut aku kau bawak jelah terus barang barang kau then dari sana kita terus pergi airport"

"Hm tak la kot nanti rasa macam penat pulak . Aku nak rest dekat rumah jelah . Sorry"

"Takpe faham . Aku bukan apa cuma risau je kau duduk rumah sorang kau dahla tengah pregnant"

"Alah aku tak kesah la"

"Kau beli la phone baru senang kalau jadi apa apa boleh call aku"

"Malas la aku cadang masa dekat sana baru aku nak cari phone baru sekali simcard dekat sana"

"Ish kau ni nanti kalau kau duduk sorang dekat rumah apa apa jadi macam mana? Bahaya la dahla takde phone macam mana nak mintak bantuan ke apa apa ?"

"Alah pandai la aku jaga diri aku sendiri lagipun bukan lama kau pergi sehari je"

"Sehari pun macam macam benda boleh berlaku tau"

"Ish takde apa la dah takpayah fikir sangat" kata Isha . Baru Mira nak membalas kata kata phonenya berbunyi .

"Ha tu 'mr fiance' call tu pergi la otp sana" halau Isha .

"Eii kau ni nasib baik tau dia call kalau tak aku nak bebel lagi dekat kau" kata Mira sebelum pergi ke biliknya .

"Memang nasib baik pun" kata Isha sedikit kuat kemudian sambung tengok tv .

"Hm hello ?" Jawab Mira sambil menerap atas katil .

"Hello sayang dah makan ?" Tanya Syakir sebaik Mira jawab call.

"Dah tadi . You ?"

"Dah jugak . You tengah buat apa ni ?"

"Baring baring je . Ni kenapa call ? Ada hal penting ke saje nak gayut ?" Mira pusing badannya untuk baring .

"Hm dua dua" jawab Syakir .

"Dah agak dah . Jarang you call I siang siang macam ni"

"Hehee"

"Nak cakap apa ? Cakapla" kata Mira

"Hmm errr hmm.." Syakir takut

"Apa dia ?"

"Kalau I cakap jangan marah tau"

"Tengok keadaan . Kalau you cakap nak cancel wedding sebab dah jumpa betina lain ke apa tu bukan marah je I akan bunuh you sekali"

"Huish garangnya tunang I ni baru nak cakap tapi tak jadi la nanti arwah pulak I" gurau Syakir

"You nak I bunuh you malam ni jugak ke ?" Mira mula duduk .

"Hehe gurau je takkan la I nak cancel wedding lagi nak cepatkan ada la"

"Hm kalau macam tu nak cakap apa ? Cepatlah serious"

"Hm pasal Hairil"

"Hm agak dah" Mira baru nak tutup phone Syakir sempat melarang .

"Sayang sayang jangan tutup dulu dengar la apa I nak cakap ni"

"Nak cakap apa ? I taknak dengar pasal dia I takboleh dengar nama orang yang sakitkan hati kawan I"

"Tapi kawan I pun teraniaya bukan semua datang salah dari dia"

"Alah sebab you kawan dia yang you nak back up dia kan ?"

"Tak you and Isha tolong la dengar penjelasan Hairil dulu kesian dia . Dia pun teraniaya jugak dalam hal ni"

"Hm apa apa jelah I nak tidur bye" Mira menutup panggilan"

"Sayang..sayang ?" Syakir lihat phonenya panggilan sudah dimatikan .

"Dia tak percaya bro" kata Syakir pada Hairil .

"Hmm apa patut aku buat ni ? Aku taknak bercerai dengan Isha aku tak sanggup . Aku nak besarkan anak kami bersama sama aku nak tengok anak aku membesar depan mata aku" kata Hairil sambil serabutkan rambutnya .

"Kau usaha lagi Ril jangan mudah give up . Aku yakin kau boleh pujuk Isha . Isha masih cintakan kau cuma dia tengah marah dan sakit hati dengan kau" kata Syakir

"Hm okay aku akan usaha lagi sampai dia berbalik pada aku semula"

"Aku doakan kau ingat jangan cepat give up"

"Okay thanks bro" kata Hairil . Syakir angguk .

****

"Izal mak risau la bini kamu dekat dalam tu dah 2 hari dia langsung tak makan tak minum . Mak bawak makanan atau minuman pun dia tolak mak suruh keluar lepastu dia kunci . Harini dia langsung tak bagi mak masuk dia letak sesuatu belakang pintu masa mak bukak pintu dia guna kunci spare . Mak tengok keadaan dia pun makin teruk"kata Puan Rogayah pada anaknya yang baru pulang dari kerja sambil letak air minuman .

"Takde apa la mak biar la dia" kata Faizal sambil sandar di pintu kemudian minum air yang maknya bawa .

"Kamu jangan bahaya tau dahla bini kamu tu tengah mengandung . Kalau ye pun kamu marah bini kamu jangan sampai anak dalam perut tu jadi mangsa . Kamu tak risau ke nanti jadi apa apa dekat bini atau anak dalam perut tu . Kamu pergi la tengok keadaan dia kot la dengan kamu dia nak"

"Hm yelah kejap lagi Izal pergi"

"Pergi sekarang mak risau la rasa macam tak sedap hati je ni dari tadi" kata Puan Rogayah sambil tolak Faizal suruh bangun .

"Ish mak ni yelah . Bukan ada apa apa pun risau sangat mak ni" kata Faizal sambil pergi ke bilik dimana isterinya duduk .

"Nah kunci spare" kata Puan Rogayah .

"Takde apa yang perlu dirisau mak dia tu cuma stress je tak dapat nak berlaki kan orang kaya . Sepatutnya biar je dia dalam bilik ni tau la dia nak makan ke minum..." bebel Faizal sambil buka kunci bilik tersebut dan tolak guna bahunya kerana disebalik pintu ada sesuatu .

"Astaghfirrullahhalazim Zara" kata Puan Rogayah . Faizal juga turut terkejut dan pergi ke isterinya .

****

"Kami mintak maaf kami gagal selamatkan bayi tersebut" kata Doktor Linda .

"Ya allah" kata Puan Rogayah . Faizal sudah terduduk .

"Kesan tikaman di perut pesakit membuatkan bayi tersebut mati dan jika makcik dan encik lambat hantar pesakit ke hospital kemungkinan besar pesakit juga akan meninggal dunia kerana kesan torehan di tangannya hampir terkena pada urat pentingnya" terang Doktor Linda lagi .

"Jika tak keberatan boleh kami tanya pesakit tersebut ada masalah apa apa sebelum ni ?"

"Hmm kenapa doktor ?" Tanya Faizal sambil dongak memandang doktor tersebut .

"Kami dapati pesakit cuba untuk bunuh diri . Ini kerana pesakit mempunyai masalah 'depression' atau lebih dikenali sebagai tekanan perasaan atau kemurungan . Oleh itu kami terpaksa pindahkan pesakit ke hospital bahagia" Faizal dan Puan Rogayah terkejut sekali lagi .

"Sebab kenapa doktor ? Kenapa sampai menantu saya dipindahkan ke wad sana ?" Tanya Puan Rogayah .

"Kami terpaksa pindahkan menantu makcik ke sana supaya dia dapat rawatan selanjutnya . Jika dia tidak dipindahkan disana kami risau keadaannya semakin teruk dan akan membahayakan dirinya sendiri"

"Ya allah" kata Puan Rogayah sambil menangis . Faizal hanya mampu berserah dan pasrah .

****

"Isha aku merayu tolong bukak pintu ni . Keluar la sekejap aku nak cakap dengan kau" jerit Hairil dari luar .

"Kau taknak keluar ke ? Harini dah 4 hari berturut turut dia datang tau" kata Mira sambil duduk di sofa bawa air minuman untuknya dan Isha .

"Biar je nanti lama lama dia penat lahtu . Ada bini dekat rumah pun sibuk lagi datang sini" kata Isha sambil minum air yang dibawa Mira tadi .

"Hm okay" kata Mira kemudian minum airnya .

****

Day 5

"Isha bagi la aku peluang aku merayu tolong la . Bagi aku jelaskan semua ni" kata Hairil sambil tekan loceng .

Isha langsung tak mengendahkan Hairil diluar . Hatinya benar benar sakit .

Day 8

"Isha keluar la sekejap aku merayu . Aku janji aku takkan buat lagi . Tolong la keluar"

Day 11

"Aku mintak maaf Isha aku tau aku salah . Tolong la keluar sekejap bagi aku peluang untuk explain semua ni . Ishaa.."

****

"Kau boleh ke duduk rumah sorang ni  aku risau la . Jom la ikut aku sekali" kata Mira sambil packing barang .

"Taknak la aku sekarang ni bila banyak jalan rasa mengah je cepat penat" kata Isha sambil tengok kawannya packing baju .

"Itu sebab kau bawak budak dalam perut tu . Perut kau tu dah besar sikit tu yang cepat penat"

"Patutlah aku rasa macam penat sangat . Ni baru 4 bulan nanti dah sarat aku taktau la macam mana"

"Pakai wheelchair la jawabnya hahaha" kata Mira sambil letak beg yang sudah siap di packing di tepi pintu .

"Eii taknak aku macam orang tua"

"Hahaha takdelah gurau je . Eh ni kalau kau tak ikut aku esok nanti kalau Hairil datang macam mana ? Kau okay je ke ?" Tanya Mira sambil labuhkan punggung sebelah Isha atas katil .

"Buat taktau jelah macam biasa"

"Pastu kau tak kesah handle sorang ?"

"Boleh je dia bukan masuk dalam rumah pun . Aku buat taktau jelah nanti bila dia datang"

"Assalamualaikum Isha ! Keluar la aku janji sekejap je aku nak jumpa kau" laung orang dari luar .

"Hm baru sebut dah sampai" kata Isha .

"So memang kau nak duduk rumah sorang sorang ni ?" Tanya Mira kepastian .

"Yee . Kau gerak pukul berapa esok ?"

"Pukul 7 camtulah sebab kenduri tu pukul 12 nanti gerak lambat lauk habis pulak"

"Ouh okay okay" kata Isha sambil angguk .

"Takpe Isha kau taknak keluar kan ? Kalini aku akan duduk sini walau apa pun yang terjadi sampai kau keluar jumpa aku" jerit Hairil dari luar .

"Babe ? Macam mana ?" Tanya Mira

"Biar je aku yakin dia takkan dapat stay lama lama punya . Ni aku tengok hari dah mendung karang hujan dia pergi lahtu" kata Isha

"Kau yakin ?"

"Ye aku yakin . Dahla aku nak solat asar" kata Isha sambil bangun .

"Ha pergi la solat sana"

"Kau tu pun solat" kata Isha sambil toleh ke Mira

"Aku cuti okay kau yelah takde cuti langsung 9 bulan hahaha"

"Eleh kau berlagak eh takpe at least aku tak kene period pain"

"Woi sakit nak beranak lagi sakit tau dari period pain tu"

"Eii kau ni jangan la takutkan aku"

"Hahaha okay tak tak sorry" Mira gabungkan kedua tangannya tanda ampun . Isha masuk ke biliknya untuk solat .

****

"Kau cabar aku kan Isha aku akan buat . Aku takkan pergi selagi kau tak keluar jumpa aku" kata Hairil sambil duduk di tepi .

*bunyi guruh .

"Haduh tolong la jangan hujan" kata Hairil sambil tengok langit yang mula gelap .

****

"Isha ouh Isha" Mira ketuk pintu bilik Isha .

"Hm ada apa ?" Tanya Isha sebaik buka pintu yang masih bertelekung .

"Kau tau tak Hairil ada dekat luar lagi sekarang ni ? Kat luar tu hujan tau" kata Mira .

Isha tengok jam di dinding menunjukkan pukul 8:10 .

"Alah karang dia pergi lahtu . Dahla aku nak baca yassin kejap sementara tunggu Isyak ni" kata Isha

"Kau tak risau ke laki kau kat luar tu ? Dari petang tadi tau hujan"

"Eh bukan laki aku bekas laki"

"Argh what ever la sekarang ni kau tak kesian ke dekat dia ? Lama dahtu kene hujan"

"Ish biar jelah dia . Saje je tu nak raih simpati . Dah kau takpayah pedulikan dia dah bye aku nak baca yassin" kata Isha kemudian menutup pintu bilik .

"Haih Isha Isha" Mira geleng kepala .

****

"Assalamualaikumwarahmatullah" Isha bagi salam belah kiri kemudian usap mukanya . Setelah selesai baca doa Isha lipat sejadah dan digantung telekungnya .

"Kering pulak tekak" kata Isha sebaik siap gantung telekung Isha turun kebawah untuk minum air .

"Woi makan lagi ?" Tanya Isha yang baru sampai ke dapur .

"Lapar la hujan hujan macam ni" kata Mira sambil makan maggi kari dalam cup .

"Tulah pasal hujan lebat betul kan ? Lama dah aku rasa tak hujan macam ni . Ni kalau tido sedap ni" kata Isha sambil tuang air sejuk kedalam cawan dan minum .

"Kau taknak tengok Hairil dekat luar tu ke ? Nanti jadi apa apa dekat dia macam mana ? Jangan la tinggi sangat ego tu aku tau kau masih sayang dan cintakan dia pergi la tengok dia entah apa jadi dia dekat luar sana dengan hujan lebat ni"

"Biarlah dia . Aku takboleh tengok muka dia hati aku sakit"

"Bila aku fikirkan balik kau patut dengar jugak penjelasan dia . Syakir pun cakap dekat aku dengar dulu penjelasan dia Syakir kata dia teraniaya . Kau bawak la bincang elok elok mana tau jodoh kau dengan dia kekal"

"Dengar penjelasan ? Dia pun tak pernah nak dengar penjelasan aku dulu terus terus je judge aku marah aku hina aku . Kau ingat tak sakit ke hati aku ?"

"Ye aku tau aku pun sakit hati tau bila dapat tau dia buat macam tu dekat kau aku marah sangat sangat dekat dia sampai satu tahap aku rasa aku takkan bagi kau jumpa dia lagi tapi aku rasa macam pemusnah rumahtangga orang pulak padahal korang belum sah bercerai lagi korang masih suami isteri . Aku tau kau sakit sangat dengan apa yang dia dah buat belakang kau dan apa yang dia buat dekat kau tapi kau cuba la bagi dia peluang kedua . Semua manusia tak lari dari kesilapan mungkin kalini dia betul betul nak berubah . Kau kene fikir anak dalam perut tu sanggup ke kau nak tengok seorang anak hidup tanpa kasih sayang seorang ayah ?"

"Aku akan jadi mak dan ayah dia . Dia tak perlukan kasih dari seorang ayah yang macam tu"

"Kalau Hairil tuntut jugak hak penjagaan bila korang dah bercerai nanti macam mana ?"

"Sebab tu aku nak pindah dari Malaysia aku nak jauh dari dia supaya anak aku takkan kenal siapa ayah dia dan dia takkan kenal anak dia"

"Ya allah Isha sampai macam tu sekali fikiran kau ? Kau tau tak berdosa buat macam tu kau kene fikir anak kau tu akan berbinti atau bin kan nama dia . Kau nak lari macam mana ? Takkan kau nak bin atau bintikan Abdullah pulak mana boleh"

"Dahla Mira aku malas nak dengar tentang ni lagi . Aku naik dulu" kata Isha dan terus naik ke bilik . Mira geleng kepala .

Isha buka sedikit langsir untuk lihat Hairil dibawah . Ye Hairil masih berada dibawah dalam keadaan berpeluk tubuh bermandikan hujan .

"Jangan mudah kesian Isha dia cuma nak raih simpati kau je . Padahal kereta ada boleh sangat tunggu dalam kereta tu tengah hujan macam ni" kata Isha sambil jeling kemudian naik ke atas katil untuk tidur .

"Hm sedapnya tidur tengah hujan macam ni" kata Isha sambil pejamkan matanya .

Isha pusing ke kanan untuk mencari keselesaan tapi matanya masih takboleh tido Isha cuba pusing ke kiri pula juga tidak boleh tidur . Isha cuba mencari posisi yang selesa untuk tidur namun matanya masih takdapat tidur .

"Ya allah kenapa ni takboleh tido ?" Kata Isha sambil duduk .

"Alah dia okay jelah yang kau nak risau sangat kenapa ? Tolong jangan jadi bodoh tu semua taktik dia je" kata Isha seorang diri kemudian baring semula untuk tido . Isha masih cuba mencari posisi yang selesa untuk tido sekejap pusing ke kiri sekejap ke kanan .

"Arghh serabutt . Kau memang tak guna Hairil !" Kata Isha kemudian keluar dari bilik dan ambil payung di tepi pintu . Kelihatan Mira sudah tidur kerana gelap je semua . Isha ambil payung tersebut dan buka kunci rumah dan keluar pergi ke Hairil .

"Isha ?" Hairil mendongak memandang orang yang berada di depannya sambil berpeluk tubuh . Hairil berdiri dengan gembira apabila Isha akhirnya tampilkan diri mengadapnya .

"I dah keluar kan ? Dah pergi balik"kata Isha menjerit kerana hujan lebat sambil pandang tempat lain .

"Tolong maafkan aku Isha aku merayu aku tau aku salah uhuk uhuk" kata Hairil juga menjerit sambil pegang tangan Isha lagi satu sambil batuk . Badannya menggeletar .

"Sejuknya tangan dia" kata Isha dalam hati .

"Lepaslah . Dah pergi balik" Isha menarik tangannya dengan kasar dan menghalau .

"Hm tolong maafkan a..auchh" Hairil pegang kepalanya yang sakit sambil batuk . Tiba tiba badannya hilang kawalan dan hampir nak terjatuh tapi sempat ditahan Isha . Hairil mula bersin dan pening kepala yang teramat akibat kene hujan yang terlalu lama .

"Haduh kalau macam ni macam mana nak drive balik ?" Kata Isha dalam hati .

"Kepala aku" Hairil memegang kepalanya sambil pegang pagar .

"Dahla jom masuk hujan makin lebat ni" kata Isha terpaksa sambil bawa tangan Hairil ke bahunya dan sebelah lagi peluk pinggang Hairil . Isha pimpin Hairil masuk ke dalam sampai ke biliknya .

"Pergi mandi dulu" Isha hulur tuala pada Hairil yang dah berdiri depan toilet .

"Thanks" kata Hairil . Isha mengendahkannya kemudian pergi turun ke bawah untuk tutup dan kunci pintu .

"Aku tau kau risaukan aku sebab tu kau keluar" kata Hairil senyum kemudian masuk ke dalam toilet sambil pegang dinding kerana badannya rasa sungguh lemah kerana kene hujan terlalu lama .

Isha ambil baju tshirt lengan panjang yang agak besar bersama seluar trek adidas dan diletak atas katil . Isha keluar pergi ke dapur untuk buat milo panas .

Hairil keluar dari toilet dan ambil baju yang disediakan Isha dan terus menyarungnya . Setelah selesai Hairil terus naik keatas katil dan baring sambil menarik selimut dan pejamkan mata dalam keadaan meringkuk . Badannya rasa begitu lemah kepalanya betul betul berdenyut dan rasa berpusing .

"Dah tidur ke ?" Tanya Isha yang baru masuk ke bilik sambil bawa mug yang berisi air milo .

"Hm lantak la dia" Isha letak mug air milo di meja tepi katil .

"Aku nak tidur mana sekarang ni ? Rumah ni pun ada 4 bilik je takkan aku nak tidur dalam bilik iron atau stor ? Kalau ada katil takpe jugak nak tidur bawah sakit pinggang pulak aku nanti . Tidur dengan Mira la" kata Isha seorang diri kemudian pergi ke bilik Mira dan cuba buka pintu tapi berkunci .

"Nak ketuk ke ? Tapi nanti mengganggu pulak esok dahla dia nak kene bangun awal nak memandu sampai ke Pahang nanti dia tak cukup tidur mengantuk pulak masa drive . Haih" Isha mengeluh . Nak taknak dia terpaksa tidur sebilik dengan Hairil . Nasib baik dalam bilik tersebut ada sofa . Tidur atas sofa la jawabnya .

Isha masuk ke dalam bilik semula dan labuhkan punggungnya atas sofa . Isha pandang Hairil diatas katil kemudian baring dan ingin lelapkan mata .

"Uhuk uhuk uhuk" Hairil batuk tapi matanya masih terpejam dalam keadaan meringkuk dibawah selimut .

Baru sahaja Isha mahu lelapkan mata tidurnya terganggu dengan batuk Hairil . Isha pandang Hairil yang sedang batuk itu . Isha pejamkan mata semula apabila Hairil berhenti batuk tapi dalam beberapa saat Hairil mula batuk semula tanpa henti tetapi Hairil masih pejamkan matanya . Kepalanya terlampau sakit sampai dia tidak mampu untuk duduk .

Isha yang mula risau keluar ambil ubat yang ada di dapur dan bawa naik bersama air . Isha duduk disisi katil dan letakkan ubat dan air tersebut di meja sisi katil . Isha rasa dahi Hairil "panasnyaa" kata Isha .

"Hairil bangun makan ubat dulu" kata Isha sambil tepuk perlahan bahu suaminya .

"Hmm" jawab Hairil tapi matanya masih terpejam .

"Bangun la makan ubat dulu karang sambung tido balik" kata Isha .

"Kejap lagi la.." kata Hairil dengan suara serak basahnya . Matanya masih terpejam .

"Bangun dulu makan ubat siap makan ubat sambung balik tidur" kata Isha namun langsung tak diendahkan Hairil .

"Haih degil" Isha bangun dan tarik tangan Hairil untuk dudukkannya dan letak bantal belakang Hairil dan disandarkannya . Hairil akur .

"Nah" Isha hulur ubat panadol pada Hairil . Hairil ambil ubat tersebut dan masuk ke mulutnya . Isha hulur air masak pada Hairil .

Setelah selesai makan ubat Hairil terus baring dan sambung meringkuk dibawah selimut semula .

Isha bangun dan pergi ke sofa dimana tempatnya untuk tidur di malam itu . Isha lelapkan matanya .

Dah tidur ke guys ? Sorry sis baru nak published . Enjoy okay and don't forget to leave your comment about your feelings after read my novel okay❤

Continue Reading

You'll Also Like

1M 52.7K 74
❤️‍🔥 1ST HOT LOVE SERIES❤️‍🔥 Pertemuan yang tidak diduga telah mengubah hidup seorang gadis apabila dia terjumpa seorang lelaki yang berpangkat tin...
480K 14.4K 61
Iris Callista gadis pendiam dan dilabel budak 'nerd' di sekolah. Dia hanya bercakap hal penting sahaja. Aidan Dudley lelaki nakal dan sering melangg...
2.1M 38.5K 54
Demi kesempurnaan, Armaya sanggup meninggalkan Zaquan iaitu lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Namun, kesempurnaan yang dicari bertukar deri...
960K 13.9K 53
[Complete✔️] Satu kemalangan yang melibatkan Datuk Khalid dan Natasha menyebabkan Adam mula membenci Natasha..Bagi Adam,Natasha adalah punca Datuk Kh...