MR POYO MY SWEETHEART

By dominisa143

52.5K 1.2K 73

Syaza Qayla sanggup lepaskan orang yang dicintai kerana satu permintaan. Kahwin dengan anak saudara sendiri b... More

PROLOG
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
PART 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 21
Part 20
Part 21
Part 22

Part 19

1.7K 48 0
By dominisa143


HAMPIR setengah jam Usyair memusing mencari parking kosong baru dapat. Ramai pengunjung dari luar negeri pun ada. Sanggup datang ke Kelantan semata-mata mahu menyaksikan pesta antarabangsa ini.

Keluar dari perut kereta aku terus menuju ke pantai. MasyaAllah cantiknya. Mata aku bersinar-sinar bila melihat angkasa dipenuhi dengan pelbagai jenis wau dipersembahan kepada para pengunjung. Pelbagai jenis bentuk dan rupa wau diterbang di ruang angkasan sana ada yang berbentuk bear dan berbentuk spongebob berbentuk pokemon, doremon dan macam-macam lagi. Siap dipasang khemah lagi maklumlah pesta antarabangsa katakan.

Telefon ditarik dari beg tangan. Terus jari jemari ligat mainkan peranan. Mengambil video dan kepingan gambar untuk merakam suasana yang indah ini.

Aku mencari Usyair dari celahan ramainya manusia yang datang bila tersedar yang aku tinggalkan dia di belakang tadi, tiba-tiba terasa bahu disentuh dari belakang.

"Cari siapa?" soalnya dengan kening terjungkit ke atas.

"Adiklah. Jom tangkap gambar buat simpanan.'

"Oh ingatkan dah nampak wau suami sendiri dah tak diperlukan lagi," Dia memerli.

Aku juih bibir.

"Jomlah adik."

Aku memujuk. Lengannya aku tarik agar mendekat. Senang nak berswafoto sama-sama. Nanti boleh upload dalam page Tumpat Loni cakap akhirnya berjaya memujuk suami datang ke sini. Aku sudah berangan melangit tinggi.

"Malaslah. Adik tak perlukan gambar untuk simpan memori bersama akak cukuplah simpan di hati. Terharu tak?" jawab dia dengan riak.

Aku buat muka. Sambil mendengus geram. Orang serius dia main-main pulak. Hancur impian. Memang anti social!

"Akak tengok wau tu cantiklah," bersuaranya.

Tangan kanan diangkatkan lalu menunding ke arah wau yang berbentuk love.

Aku jeling dia. Dalam banyak bentuk yang itu jugaklah menjadi tarikan di mata dia.

"Cantikkan?" soalnya pada aku di sebelah.

"Tak. Tak suka wau tu ia mengingatkan akak pada kiriman belon dari adik," balasku.

Dia gelak.

"Tak suka eh belon-belon tu?" soalnya lagi.

"Langsung tak. Tak romantik!" bidasku. Sengaja mahu mengenakan dia. Dalam hati sudah berbunga.

Dia mengangguk. Tidak lama kemudian dia melangkah pergi ke arah seorang pemuda yang menjual belon gas.

Aku lihat dia sedang membisikkan sesuatu pada pemuda itu. Lelaki itu terangguk-angguk kemudian dia mengamit aku padanya.

"Kenapa?" soalku.

Usyair hanya senyum tanpa bicara. Dia memberi isyarat supaya aku lihat apa yang pemuda itu mahu buat.

Dari pandangan biasa terus menjadi pandangan teruja.

Pemuda itu membuat belon berbentuk bunga matahari lincah dan pantas. Belon berwarna hijau muda dijadikan sebagai batang manakala belon berwarna putih dijadikan kuntuman kelopak bunga dan akhir sekali belon berwarna kuning dijadikan kuntumnya. Betul-betul kreatif. Siap terus dia hulurkan pada aku. Aku tekup mulut teruja. Menerima dengan hati berbelon gitu. Tapi sempat mengawal reaksi muka takut suami muda perasan.

Usai memberikan wang kepada pemuda itu kami terus melangkah pergi untuk keliling kawasan situ.

Suka? Romantikkan adik?"

Dia bertanya dia sendiri yang jawab.

Aku pandang belon berbentuk bunga dan pandang wajah ceria silih berganti dengan wajah tiada perasaan.

"Ya....suka sangat. Adik sangat romantik,"suaruku dalam dicelah gigi. Menahan geram.

"Lain dari yang lain. Orang lain bagi bunga dekat isteri tapi suami kita bagi bunga belon yang tak berbau apa kes?" Aku buat suara merajuk.

Dia gelak. "Laa beruntung apa. Sejuta dalam satu orang macam adik. Bunga ni memang tak akan layu macam bunga yang sebenar. Lagipun membazir beli punya mahal tak sampai sehari dah layu. Bunga belon dahlah murah 3 hari baru kempis."

"Ada saja buah mulut nak tegakkan benang yang basah. Kalau kedekut cakaplah kedekut."

Kami sudah berperang mulut.

"Puan!"

Jerit seseorang dari arah belakang. Tak sempat kalih dia sudah termengah di hadapan kami. Penjual belon gas tadi.

"Nah! Ini hadiah dari saya untuk kamu berdua."

Dia tersenyum manis. Belon berbentuk hati yang berwarna merah dihadiahkan kepada aku.

Aku jungkit kening seraya pandang wajah Usyair di sebelah. Menghantar isyarat perlu ke aku terima pemberian itu.

Usyair memahami. Dia mengangguk sambil senyum lebar.

"Terima kasih ya. Ini baru romantik," ujarku pada Usyair sebaik penjual itu berlalu pergi.

Dia kerut dahi. Seolah tidak faham apa yang aku maksudkan.

"Orang kalau nak bagi belon biar berbentuk hati. Tanda hati dia diberi pada kekasihnya. Bunga belon buat apa. Berbau pun tak!"

"Tak reti bersyukur langsung!" ujarnya dengan nada geram. Tangan sudah menarik hujung shawl aku.

"Adik habis rosak tudung!" marahku seraya menepis tangannya.

"Ibu...ibu...belon Ina dah terlepas naik atas sana...huawaa!"

"Pegang macam mana? Ibu dah tak cukup duit nak beli lagi. Bukannya murah belon tu!" marah si ibu.

Aku toleh ke kanan bila terdengar suara tangisan seorang kanak-kanak perempuan. Melompat-lompat dengan tangan menunjuk-nunjuk ke udara. Aku agak dalam 5 tahun begitu.

Bila tangisan dia tidak diendahkan raungannya semakin kuat sambil menghentak-hentak kaki. Hatiku bagaikan berpalut hiba bila melihat dia. Tengok pemakaian kanak-kanak perempuan tu nampak orang susah. Mesti nak dapatkan belon tu dah berperang dengan ibu tapi sayang belon dah terlepas pula.

Aku mendapat mereka berdua.

"Untuk si cantik. Jangan menangis lagi."

Aku gantikan belon yang terlepas tadi dengan belon berbentuk bunga kepada kanak-kanak itu.

Dia tersenyum riang. Tak sempat belon itu beralih tangan. Usyair pantas menahan.

"Tunggu dulu!"

Kami bertiga terus pandang dia dengan wajah cuak.

"Kedekutnya," ujarku pada Usyair.

"Adik tunggu sini sekejap!"

Tidak menghiraukan aku dia terus berlari tak lama kemudian dia muncul kembali bersama sebuah belon gas bercorak muka doremon.

"Ini sebagai ganti belon adik tadi. Ini abang punya untuk akak ni."

Hulur Usyair sambil tersenyum.

"Terima kasih abang, terima kasih akak," ucap kanak-kanak perempuan sebaik belon beralih tangan. Siap menyalami tangan kami lagi.

Si ibu turut mengucapkan terima kasih kepada kami.

"Sampai hati bagi hati adik dekat orang lain ya?" ujar Usyair sebaik mereka berdua jauh dari kami. Ada nada rajuk kedengaran.

"Hati?"

Dahi aku sudah berbentuk kerutan.

"Belon itu ibarat hati adik. Setiap belon yang dikirim pada akak ada nilainya tersendiri. Bukti cinta adik untuk akak tapi, senang-senang akak bagi pada orang lain. Kalau nak bagi kenapa tak bagi belon bentuk hati tu. Itu kalau akak nak sedekah adik tak kesah sebab bukan dari adik. Ini yang adik bagi itu jugak nak bagi," protes dia pulak.

Aku tergelak kecil.

"Kenapa suka bagi belon? Padahal banyak lagi adik boleh bagi pada akak sebagai bukti yang adik sukakan akak?" Sengaja aku menguji hatinya.

Dia terdiam sejenak sebelum bersuara, "cuba teka bila belon dicari?"

Aku kerut dahi. Walaupun hairan dengan pertanyaan dia tapi dilayan juga.

"Masa nak buat event ataupun party,"

"Betul! Belon dicari sebagai alat untuk menghiasi sesuatu majlis. Tapi dalam banyak-banyak party, party birthday paling penting. Sebabnya dapat mengingatkan kita supaya sedar diri sikit usia semakin meningkat setahun ke setahun," tuturnya bersahaja.

Sebelah tangan masuk ke dalam poket seluar. Mula melangkah santai.

Aku mengangguk mengiakan katanya dan tidak sampai saat.

"Adik!"

Aku baru sedar yang dia sengaja mengenakan aku!

"Adik! Benci tau sengaja nak kenakan akak kan?" marahku lagi.

Dia yang hanya beberapa meter ke depan aku kejar dan menghulurkan tangan mencubit lengannya tapi dia berjaya mengelakkan dirinya dari dicubit oleh aku.

"Mana ada adik kenakan akak. Betullah setiap kali nak sambut brithday mesti ada belon kan. Seolah macam kalau takde belon tak meriah. Sama macam adik kalau takde adik mesti hidup akak suram."

Tawanya semakin kuat kedengaran. Dengar macam gelak dalam versi jahat. Memang poyo gila.

Aku semakin menyampah dengan perangai naik lif tekan sendiri terus menonong pergi tinggalkan dia di belakang. Tawanya masih kedengaran. Perasaan dia tidak mengejar terus aku menoleh semula.

"Tak nak kejar ke?" soalku dengan wajah mencuka.

"Eh mahu dikejar ke?"

Dia menyoal aku semula dalam tawa. Sesaat kemudian aku lihat dia mula mengatur langkah untuk mengejar aku.

"Tak payah! Hilang dah merajuk," balasku dalam rajuk.

"Okey!" balas dia pulak terus menarik batang leherku rapat padanya sebaik dia sudah di sisiku.

"Adik sakitnya!" jeritku sedikit.

Dengan kudratku terus aku menolak tubuhnya ke sebelah.

Dia hanya ketawa dan berjalan melimpasi aku. Kemudian dia berjalan secara mengundur, perlahan-lahan. Siap flying kiss dekat aku.

Aku bagi jelingan maut. Menyampah!

"Cinta adik pada akak seperti belon. Bila ditiup semakin lama semakin membesar dan membesar bebas berterbangan di angkasa raya..."

Perlahan-lahan aku mencari wajahnya. Cuba mencari keikhlasan pada kata-katanya.

"Lain orang lain caranya untuk mempamerkan rasa cinta pada isterinya. Bagi adik cinta adik pada akak seperti belon, dari kempis bila ditiup menjadi semakin besar dan membesar. Bila ia pecah pecah menghasilkan bunyi. Ia tiada akan tinggal kita begitu saja pasti akan meninggalkan bunyi yang sangat kuat.

Bila akak tinggalkan adik pasti akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Sebab adik tak pernah jauh dengan akak walaupun apa-apapun berlaku. Adik mahu menjadi seperti belon bila akak cintakan adik. Akak akan jaga adik bila akak dah tak perlukan adik biarlah akak lepaskan adik bebas terbang je udara kerana adik yakin pasti adik akan terbang menuju pada akak jugak."

Air mataku hampir menitis turun. Terharu dengan kata-katanya.

"Akak percaya ke?"

Tiba-tiba dia menyoal.

"Huh?" Aku kerut dahi

Dia gelak lagi.

"Adik bohong ajelah. Mana ada hati sendiri boleh diibaratkan seperti belon. Belon bila dah pecah akan dibuang. Bila terlepas akan dibiarkan begitu saja. Buang masa nak ibaratkan hati manusia dengan belon tu. Hati adik adalah hati adiklah. Belon adalah belon. Adik bagi belon sebab adik nak lain dari orang lain itu aje takde maksud lain. Yang pasti akak sendiri minat belon sejak kecil itu yang Usyair cuba cari apa yang akak minat."

Aku kemam bibir kuat.

"Usyair Firas..." Aku menyeru namanya agak keras.

Dia sudah mengatur langkah seribu.

"Nak lari ke mana. Sini akak nak bagi makan belon ni!"

Aku sudah melaung kuat. Mengejar dia yang sudah ke depan. Ketawa dengan senang hati berjaya mengenakan aku. Aku baru nak cair tapi dia berjaya membekukannya semula.

Orang yang masih berpusu-pusu di situ sudah memandang ke arah kami dengan pandang pelik. Orang tua berkejaran macam budak-budak.

Malu dengan situasi itu aku hentikan langkah dan menunduk wajah sambil tepuk dahi sendiri. Malunya. Nasib orang tak tahu aku ni cikgu kalau tak habis satu Kelantan gelakkan aku yang perangai kebudakan ini. Memalukan betul!

Continue Reading

You'll Also Like

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...